Cerpen : Rahsia Ilahi

Bab 1

“Ibu ni.. Kan semalam Auni pesan kat ibu. Tolong kejut Auni. See! Auni dah lambat interview hari ni.” Bebel Auni Zahira sambil berlari anak menuruni tangga.
   “Ibu dah kejut. Auni yang tanak bangun.” Ujar Puan Saleha yang ketika itu sedang elok di meja makan bersama Encik Mohad.
   “Kamu tu kalau tidur, mana nak sedar walau jam 5 bijik ayah letak kat telinga.” Sampuk Encik Mohad sambil matanya menatap surat khabar berita luar negara.
   “Yelah. Auni mintak izin pergi dulu ye ibu..ayah.” Auni mencium tangan kedua orang tuanya.

   Cuaca pagi itu mendung, seperti nak hujan. Kelibat teksi masih belum kelihatan. Auni mulai resah. Namun keresahan Auni tak berpanjangan. Muncul bas menuju destinasi kota.
   Bas pun bas laa! Asalkan aku tak lambat. Ni dah lambat giler. Argh! Auni! Kau patut berubah.
   “Cik.. Cik! Cepat jalan.” Lamunan Auni tersentak sebaik saja drebar bas menegurnya. Oh, ya di belakangnya masih ramai orang awam yang berbaris dgn destinasi tersendiri.
   Hujan mula turun dengan lebat, hingga menyebabkan jalan raya mula di penuhi air. Adakala bunyi hon yang berpanjangan oleh pemandu-pemandu yang tidak sopan.
   Ah! Takleh jadi ni. Pukul 10 last interview. Aku kene cepat! Tanpa berfikir panjang, Auni terus turun dari bas. Bas itu langsung tak berkesempatan nak bergerak. Jem teruk!

* * * * * *

“Kau start dulu. Aku maybe lambat sikit.” Handphonenya di matikan. Time ni la nak eksiden bagai. Aku nak cepat ni.
   Honda Civic miliknya mula bergerak perlahan. Laju tangan Iqram menekan hon. Kereta di depannya leka menonton kemalangan tersebut.
   Jalan berlecak di redah juga. Cuci kereta lagi! Walhal semalam baru aku servis kerete. Rungut Iqram. Tanpa di sedari ada seorang gadis di tepi jalan itu, sedang berjalan. Kelihatan agak basah bajunya dek kerana hujan. Tiba-tiba..
   “Woi! Buta ke? Kau tak nampak ke aku kat sini. Suka suki kau je percikkan lecak kat baju aku!” Bebel Auni. Walaupun kereta tu laju meluncur pergi. Namun, Auni tetap teruskan bebelannya. Ah, lagi 30 minit sebelum pintu interview di tutup.

MARA HOLDING'S

“Akhirnya sampai jugak aku di sini! Hehe..” Kakinya melangkah laju masuk ke dalam syarikat gah itu.
   “Cik, tak boleh masuk. Pengemis tak dibenarkan masuk!” Dua orang guard berbaju kot hitam menghalau Auni.
   “What? Pengemis?! Saya nak interviewlah!” Ujar Auni dengan penuh berkeyakinan.
   “Pengemis kotor camni, confirm bos kami tak nak terima. Dia paling tak suka kotor!” Auni di tolak keluar.
   “Aku bukan pengemis okey!” Marah Auni. Namun pengawal di situ tidak mengendahkannya. Malah menghalang pintu masuk dari di masuki Auni.
   Argh!! Gara-gara kereta bodoh tadi percikkan lecak tadi, peluang kerja aku tak dapat! Ah! Aku tanak keje kat tempat lain. Ni tempat impian aku. Biarlah aku berdiri kat sini sampai aku di terima.

   “Encik Iqram, ade seorang pengemis wanita berdiri dari tadi kat depan pintu utama wpun saya dah cuba halau. Tapi dia..” Belum sempat pun pengawal tu berkata, muncul Auni dengan baju kurung birunya yang sudah di selaputi warna coklat.
   “Encik..tolong! Saya nak sangat keje sini. Tolong terima saya please!” Rayu Auni.
   “Maafkan saya Encik Iqram. Dia lari laju sangat.” Pengawal lagi sorang termengah-mengah.
   “Its okey. Awak berdua keluar dulu.” Ujar Encik Iqram.
   Cantiknya office dia. Dah macam bilik tetamu hotel dah kat sini. Patutlah kawan-kawan aku cakap Mara Holdings ni syarikat tip top di Malaysia.
   “Kenalkan diri.” Encik Iqram mula melayan lap topnya.
   “Saya Auni Zahira binti Mohad. Umur 21 tahun. Belajar kat Universiti Malaya ambik jurusan akaun..dan..” Belum sempat Auni habiskan ayatnya, Encik Iqram memotong kata-katanya.
   “Tak perlu bebel panjang macam karangan.” Ringkas dan padat! Tersentap i tau!
   “Saya berminat dengan jawatan setiausaha sebab saya suka..” Sekali lagi Encik Iqram memotong.
   “Ada pengalaman bekerja?”
   “Ada. Dulu saya tolong macik saya jaga taska. Saya tolong masak, buat air susu, tidurkan baby.” Beria Auni bercerita. Namun ceritanya terhenti dengan renungan tajam mata Encik Iqram.
   “Sini syarikat perlancongan. Bukan syarikat Jabatan Kebajikan Masyarakat. So kalau awak nak keje2 camtu jangan bazir masa saya.” Lagi sekali lelaki arrogant ni bersuara.
   “Saya nak cari pengalaman keje ngan encik.” Auni membalas.
   “Memandangkan jawatan setiausaha dah ada. Saya rasa awak tak perlu kot memohon jawatan ni lagi. Kerana kami dah ada calon setiausaha.” Ujar Encik Iqram. What?!
   Auni Zahira berjalan lemah meninggalkan pejabat tersebut. Namun matanya membulat sebaik saja terpandangkan nombor plat pada kereta Honda Civic di depannya.
   “Tak guna! Sebab kaulah aku tak dapat keje. Elok kete kau ni aku calarkan je!” Kaki Auni menendang-nendang tayar honda tersebut. Duit syiling 5 sen dijumpai di poket handbagnye.
   Dengan sekali tarik, kereta hitam itu kelihatan bercalar di sisi kirinya. Cantik!
   “Awak buat apa dengan kereta saya?!” Tiba-tiba satu sergahan muncul di belakangnya.
   “Calarkan! Sebab kereta poyo ni la saya tak dapat keje kat Mara Holdings!” Ujar Auni selamba tanpa ketahui siapa gerangan yang bertanya. Lalu Auni menoleh untuk melihat siapa yang menegurnya.
   Alamak!!!
   “Kalau sikit je, saya tak kisah. Tapi ni garis panjang dah bercalar.” Tunjuk Iqram. Auni terkulat-kulat.
   1 2 3 lari!!
   Belum sempat Auni melangkah larikan diri. Tangannya di rentap kuat. Matanya memandang ke arah tangan sasa yang memaut lengannya.
   “Saya nak ganti rugi!”
   “Eleh! Sikit je! Tu pun nak tuntut.” Auni mencebik.
   “For your infomation encik, saya takde duit! So ganti rugi tu tak boleh di ganti. Encikkan KAYA! Pegi la servis!” Auni masih dengan gaya selambanya.
   “Saya tak kira! Awak mesti tampal kereta ni dengan apa cara sekalipun.” Iqram mula bengang. Tak pernah dia jumpa perempuan mulut celupar macam Auni.
   “So? How?” Ujar Auni sambil ketuk2 cermin keretanya. Dia sendiri pun tak pernah ketuk cermin. Perempuan di depannya betul-betul brutal!
   “Keje dengan saya 7 bulan baru langsai hutang. Gaji di potong 20% untuk bayar hutang!” Ujar Iqram.
   “Tu pun kalau saya masih hidup sampai 7 bulan.” Ujar Auni.
Eh? Dapat pulak keje. Tadi macam tanak bagi. Ah, pape je la. Rezeki!
   “Ape awak cakap?!”
   “Er.. Takde pe! Sy jawab okey je!” Auni menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Bab 2

“Auni, bos panggil.” Ujar kak Nana, setiausaha Encik Iqram.
   Auni yang baru sampai, terkejut. Kedatangannya terus di minta ke pejabat. Nak kata lewat tak gak. Oh~first day. Pintu bilik pejabat CEO Iqram Zamani di ketuk.
   “Masuk.”
   “Yes bos. Auni Zahira melapor diri bos!” Kening Iqram bertaut.
   “Hm..keje first awak. Please bancuh teh o untuk saya. Pekat dan tak manis.” Arah Iqram sambil menaip sesuatu di laptopnye. Auni berlalu pergi ke pantry.
   “Awak budak baru ye.” Auni menoleh. Dia tak kenal sesiapa di pejabat tu lagi. Baru hari pertama.
   “A'ah.” Ujar Auni sambil ligat membancuh teh.
   “Name ape ye? Panggil saya Wani je.” Ujar gadis tinggi itu. Sambil menghulurkan salam perkenalan.
   “Auni.” Auni menyambut huluran wani.
   “Oo..nice ur name. Nak tahu tak satu citer pasal bos?” Ujar Wani.
   “Wani orang lame ke kat sini?” Soal Auni ingin tahu.
   “A'ah. Wani keje masa Datuk Ilham jadi ketua jabatan lagi. Encik Iqram tu anak Datuk Ilham. Tu poyo lebih tu.” Ujar Wani. Eh? Kau ajak aku ngumpat ke?
   “Iye? Poyo ke orangnye?”
   “Yup! Dengan sombongnye, pastu suke arah-arah orang. Dia kat opis tu layan youtube je kalau Auni nak tahu.” Membulat mata Auni. What? Layan youtube je?
   “Eh..nanti sambung oke. Saya nak bawak teh ni kat bos.” Auni berlalu pegi sebaik saja teh itu siap di bancuh.
   “Nah bos. Ni teh nye. Lagi keje?” Soal Auni.
   “Hm..tolong susun fail tu ikut tarikh. Saya kadang2 main tarik je.” Ujar Iqram sambil tuding jari fail di belakangnye.
   Auni terus menyusun sambil matanya curik2 pandang laptop Iqram. Yosh! Tepat! Tengah layan drama korea! Ini bos bangang! Keje suruh orang lain buat, tapi beliau layan drama. Citer ape tu? Oh, The moon embracing the sun. Drama fevret aku!
   “Nanti Maharaja tu jumpe gak dgn heroin dia tu. Aaa..time ni maharaja dah rasa Wol tu sama dgn perempuan yang dia suke tu. Ala, dah tengok habis dah.” Tiba2 Auni bersuara. Iqram menoleh ke belakang.
   “Buat keje awak boleh?!”
   “Boleh bos.” Terkulat-kulat Auni di sergah Iqram.

Depan mesin photostat Auni berdiri je. Lama di tenung. Aku tak tahu nak guna camne. Aduh, camne eh? Sekejap Auni belek2. Sekejap Auni baca kertas yang patut di copynya. Ah! Macam2 la bos ni.
   “Tumpang tanye, sape pandai gune mesin ni. Saya tak reti laa.” Soal Auni. Semua memandangnya. Muncul seorang wanita persis agak tampak lebih matang darinya.
   “Mari sini akak tolong. Awak sape ye? Tak pernah nampak pun.” Ujar wanita itu yang menggelar dirinya "akak".
   “Auni Zahira.” Ujar Auni sambil matanya menangkap tiap jari jemari akak tu yang ligat menekan punat-punat mesin.
   “Oh..ni Auni. Pembantu peribadi Encik Iqram ye. Ni kak Nurul tau.” Ujar kak nurul tu.
   “A'ah kak. Ade kontrak keje ngan dia.” Ujar Auni.
   “Bos tu garang tak ngan Auni?” Soal kak Nurul.
   “A'ah. Suka arah orang itu ini. Pastu dia rileks2 je.” Ujar Auni.
   “Kalau Auni nak tahu, Auni adalah orang ke 33 di lantik sebagai pembantu peribadi dia.” Ujar Kak Nurul. Melopong mulut Auni. Biar betul!
   “Abis tu mane lagi 32 orang tu kak?” Soal Auni.
   “Resign! Tak tahan.” Terhambur ketawa Auni. Bos taklah garang mana. Suka arah orang je.

Bab 3

   “Eh? Auni, awak tak keluar makan?” Soal Rizal, rakan sepejabatnya.
   “Keje lagi sikit, bos bagi banyak sangat keje ni haa.” Auni merungut. Rizal mengerutkan dahinya lalu duduk di sisinya sambil melihat apa yang Auni sedang buat.
   “Biar saya tolong awak ye. Pastu jap lagi kita keluar makan.” Ujar Rizal. Auni terdiam. Baiknya dia.. Dari jauh, Auni dan Rizal menjadi perhatian seseorang. Meja di hentak, marah!
   “Eh, cepatnye da nak siap.” Auni tersenyum kegembiraan.
   “See..! Siap dah. Jom gi makan.” Auni membuntuti Rizal.
   “AUNI ZAHIRA!!”
   Kedengaran suara Iqram menjerit di interkom. Seluruh pejabat dengar nama Auni di laung begitu keras nadanya. Auni yang baru balik lunch dengan Rizal terperanjat.
   “Auni, bos panggil...” Ujar Kak nana berlari-lari anak ke meja Auni.
   “Baik kak.” Auni bangun lalu berjalan terhesa-gesa menuju ke bilik pejabat Iqram.
   “Ye bos.” Ujar Auni sambil senyum menghadap Iqram.
   “Ape senyum-senyum ni? Sape suruh awak senyum?!” Jerkah Iqram. Terperanjat Auni. Tak pernah Iqram tinggikan suara padanya.
   “Senyum tu sedekah bos.” Balas Auni.
   “Saya tak mintak sedekah pun.” Ujar Iqram.
   “Senyum jugak satu kemesraan, saya bukan nak bagi sedekah. Saya tau tuan kan KAYA, tak terima sedekah2 ni. Tapi jangan takbur sangat dgn harta yang ade!” Auni melawan sambil bibirnya masih senyum.
   “Tutup mulut awak! Ni ade keje sikit ni. Saya nak awak carik maklumat perlaburan 5 mei tahun lepas. Sekarang! Urgent ni.” Ujar Iqram. Mencicit Auni berlari mencari fail tersebut.
   “Sampai jumpe..” Bisik hati kecil Iqram.
   Entah di mane fail tersebut. Puas Auni selongkar. Bahkan fail-fail lama dalam stor juga di geledah Auni.
   “Jumpe ke tak?” Soal Iqram.
   “Da nak jumpe.” Balas Auni sambil matanya menyusun semula fail yang telah di periksa.
   “Selagi tak jumpe, selagi tu awak tak boleh balik!” Iqram berlalu pergi keluar dari pejabatnya.
   “Eee! Menyampahnya aku! Berlagak!”
   Auni menghempas selonggok fail di atas mejanya. Semua memandang ke arah Auni.
   “Hei, kenapa ni?” Soal Intan, gossip star kat office tu.
   “Bos singa tu la! Suruh Auni carik fail. Entah kat mane fail yang dia sorok tu.” Bebel Auni.
   “Oo..bos tu memang. Jahat sikit perangai dia. Opss.. I mean, nakal!” Intan ketawa mengekek lalu menyambung kerjanya.
   “Ya Tuhan banyaknye fail. Nak buat ape ni Auni?” Soal Wani.
   “Bos suruh carik fail perlaburan 5 Mei tahun lepas.” Ujar Auni.
   “5 Mei tahun lepas?” Kak Nurul pelik.
   “Kenapa kak?” Soal Auni.
   “Akak rasa bos nak buat angkara ngan kau ni.” Ujar kak Nurul sambil tersengih-sengih. Auni memandang ke arah kak Nurul.
   “Maksud akak?”
   “Mana ada fail tu. Hahaha. Dah di musnahkan atas sebab pembatalan pelaburan. Bos suruh bakar. Akak sendiri yang bakar..” Ujar kak Nurul. What the..? Arghh!! Tak gune!!
   “Kuang asam betul bos kita tu.” Ujar Rizal yang lalu meja Auni. Auni ketawa kecil, ketawa kerana ini pertama kali dia di perbodohkan.

“Lepas siapkan dokumen ni, pastu cek balik fail projek ni. Dan terus laporkan kemaskini.” Ujar Iqram.
   “Okey bos!” Sudah kelelahan. Dahlah tadi dia baru jadi jurucakap bos ketika temujanji dgn klien. Kini buat kerja setiausaha. Padahal ada je kak Nana utk buat keje2 ni.
   'PapP!' Fail-fail tersebut di hempas di atas meja. Bengang! Semua mata memandang ke arah Auni.
   “Pehal ni marah-marah?” Soal Intan lagi.
   “Si kucing besar tu laa.. Macam nak terkam tikus macam aku ni. Di suruh aku buat itu ini. Apa dia ingat orang tak tau erti penat ke?” Marah Auni. Kesabarannya ada jugak batasnya.
   “Dia tu memang. Suka arah orang, sabar eh Auni.” Ujar Intan.
   “Eleh, ingat big bos boleh buat aku suka hati. Padahal aku assisten peribadi dia kot!” Marah Auni.
   “Kau sabar je la.” Ujar Wani pula.
   “Kalau ada garpu besar nak je aku cucuk2 muka dia bagi cacat. Biar rase diri tu tak perfect. Apa? Ingat bagus sangat. Harap muka hensem, perangai macam kucing! Tau terkam tikus comel macam aku.” Auni marah-marah lagi.
   “Pstt..” Intan cuba bagi isyarat. Namun Auni masih mengkritik bosnya. Tanpa dia sedar, Iqram berdiri di belakangnya.
   “Dah habis ngumpat saya cik Tikus?” Auni menoleh. Alangkah terperanjatnya dia melihat wajah Iqram yang agak sudah kemerahan.
   “A'ah. Dah!” Selamba Auni menjawab.
   “Ikut saya!” Kedengaran keras nada Iqram. Auni membuntuti Iqram yang berjalan agak laju darinya.
   “Awak tahu etika pekerja macammana? Tak boleh mengumpat bos!” Eh? Ade ke? Tak tau pun.
   “So?” Auni selamba lagi.
   “Hah! Menjawab..menjawab! Saya potong gaji awak 30%.” Ugut Iqram. Wah, main ugut-ugut aku pulak.
   “Potonglah. Saya tak halalkan gaji lagi 30% tu bos.” Bebel Auni.
   “Cuba jangan menjawab, boleh?”
   “Boleh bos!” Balas Auni. Geram Iqram dibuatnya.

   “Siapkan proposal pembentangan meeting esok. Pukul 8 mesti dah ada atas meja saya. Faham?” Iqram berlalu pergi. Auni baru nak bercakap. Tapi Iqram berlalu pergi tanpa sikit pun menoleh. Marah agaknya. Auni memasamkan wajahnya.
   “Sian Auni, kene buli.” Ujar kak Nurul.
   “Takpe la kak. Kita ni kuli batak je.” Ujar Auni. Sedang Auni berjalan menuju ke pantry, Auni terdengar perbualan seseorang. Seperti sedang katakan tentang diri dia.
   “Dia yang bagi muka, memang la kena pijak dengan bos.”
   “Kadang2 aku pelik, kenapa dengan kita takla teruk sangat bos suruh tu ini. Tapi dgn Auni, macam2 keje kena buat.”
   “Bos tak suke dia kot.”
  “Atau..maybe Auni ada hutang dgn bos kot. Sebab tu dia kekal keje sampai sekarang. Asisten sebelum ni baru 2 minggu terus resign.”
   “Ehem..!” Auni mencapai mug lalu di isi nescafee 3 in 1.
   “Eh, Auni. Muka kau pucat laa.” Tegur Rizal. Wani turut mengiyakan.
   “Yeke? Aku tak mekap hari ni. Tu pucat.” Ujar Auni sambil menyimpulkan senyumannya.
   “Oh..ingat kau sakit tadi.” Ujar wani.

Bab 4

“Auni, tak tidur lagi?” Soal Puan Saleha yang muncul tiba-tiba.
   “Eh, ibu. A'ah. Kerja sikit bu.” Ujar Auni lalu menanggalkan cermin matanya. Tulang hidungnya di urut perlahan.
   “Jangan tidur lambat sangat, rehat secukupnya.” Ujar Puan Saleha.
   “Ye bu.”
   “Rajin sangat anak ayah ni. Ayah ajak keje ngan ayah tak nak. Nak cari duit sendiri. Kan banyak keje. Keje dgn orang memang camtu.” Ujar Encik Mohad.
   “Ayah..orang nak pengalaman. Nanti orang tolong laa ayah uruskan kilang air mineral tu.” Ujar Auni sambil memaut lengan Encik Mohad.
   “Yela..yela! Promise tau.” Ujar Encik Mohad.
   “Thanks so much ayah. I love you.” Ujar Auni. Encik Mohad dan Puan Saleha berlalu pergi.
   Keesokan harinya,
   “Sayang, mari makan dulu.” Pelawa Puan Saleha. Kelihatan Auni berlari anak bersama fail di tangannya.
   “Ibu, sorry. Auni dah lambat. Bos meeting pukul 8.” Ujar Auni lalu mencium pipi Puan Saleha. Tangan tua itu di raih lembut lalu di kucupnya.
   “Ayah mana ibu?” Soal Auni.
   “Ayah pegi berjogging agaknya.” Ujar ibu sambil lehernya di tinggikan mencari kelibat Encik Mohad.
   “Takpelah ibu, kirim salam kat ayah ye. Auni lambat sangat ni.”. Ujar Auni. Ah, gara-gara printer rosak malam tadilah ni aku leka tak sedar entah pukul berapa aku baiki. Sudahnye aku dah lambat ni!

   “'Kucing besar' dah sampai ke?” Handphone ditelinganya diperkemaskan lagi.
   “Belum lagi.” Ujar kak Nurul.
   “Huh! Lega. Thanks tau sebab jadik spy Auni.” Ujar Auni lalu mematikan panggilannya. Namun nasibnya malang apabila keretanya di ekori polis trafik. Ah!!
   “Encik, sori. Saya kena cepat. Ada orang dah nazak. Tolong lepaslan saya.” Rayu Auni. Manakala polis trafik tersebut sedang memeriksa lesen Auni.
   “Em..rekod bersih. Baiklah. Saya lepaskan cik kali ni. Saya ingatkan, tolong jangan bawak kereta sambil membuat panggilan.” Pesan polis trafik tersebut.
   “Thanks encik.”

   “Awak memang tak reti menepati masa ke? Kan saya cakap pukul 8, ni pukul 8.02 baru sampai.” Marah Iqram.
   Eleh, 2 minit je. Takkan tu pun nak berkira!
   “Maaf bos.”
   “Maaf..maaf! Tu je la awak tahu!” Maki Iqram lagi. Auni sudah tunduk ke bawah.
   “Abis tu bos nak saya buat ape?” Soal Auni.
   “Hah! Menjawab! Menjawab?” Jerkah Iqram. Auni terkejut!
   “Sorii bos..” Entah kenapa rajin sangat mulut aku ni balas cakap bos! Ish! Geram betul!
   “Hilang mood sy nak meeting. Saya nak pegi main golf.” Ujar Iqram.
   “Abis tu.. Meeting?”
   “Batal je la.” Iqram mencapai kotnya di penyangkut baju. Eh? Batal camtu je? Kau tau tak aku tak tidur semalaman gara-gara nak buat pembentangan kau tu! Ah!!
   “Cepat laa. Awakkan asisten sy. Nah pegang ni.” Beg bimbit dan kot nya di beri pada Auni. Eh? Ni keje asisten ke?
   “Psssttt..nak gi mane?” Soal Wani sebaik saja nampak Auni berjalan mengiringi Iqram bersama beg keje bosnya serta kot di lengan. Gaya macam isteri Iqram pulak. Auni angkat bahu tanda tak tahu.

   Entah dah berapa lama Auni berdiri tercongok macam orang bodoh kat padang golf tu menemani Iqram.
   “Nak try, boleh tak Encik Iqram?” Soal Auni.
   “Ish, tak boleh. Awak mane reti main golf.” Ujar Iqram.
   “Bie, miss you.” Anatasya girlfriend Iqram sudah muncung sebaik saje Iqram tidak respon apa2. Sebaliknya Iqram fokus kat golf.
   “You ajar I main ni.” Anatasya sudah menggesel-gesel dengan Iqram.
   “Yelah..yelah. Sini i ajar.” Anatasya di depan, manakala Iqram betul-betul di belakang Anataysa. Tangan Anatasya di kawal Iqram. Tergedik-gedik Anatasya bile mereka berdekat-dekat begitu.
   “Eee..geli geleman aku!” Auni berjalan ke tempat lain.
   “Nak try main? Boringlah main sorang2. Papa i kat sana dah.” Pelawa seorang lelaki rupa wajahnya ala2 sepanyol.
   “Boleh gak. Meh.” Auni mencapai kayu golf lalu di pukulnya. Dalam masa sekejap, bola tu masuk tepat ke dalam lubang.
   “Wow! Boleh tahan hebat.” Lelaki itu memuji Auni.
   “Nasib baik je tu.” Auni menyambung lagi, begitulah seterusnya. Pukulannya sentiasa tepat.
   “Air?” Lelaki itu menghulurkan sebotol mineral pada Auni.
   “No, thanks.” Auni menolak lembut huluran lelaki itu.
   “Oh, ya. I Jimmy.”
   “Auni.”
   “Woah! nice ur name! Auni Jimmy. Very nice. Haha.. Just kidding.” Ujar Jimmy ketawa kecil. Auni turut ketawa. Selamba je Jimmy ni menggabungkan namanya dengan Auni.
   “You datang sini dengan sape?” Soal Jimmy sambil lap peluhnya.
   “Dengan bos i.” Ujar Auni.
   “Oh, man! I ade peluang ngorat you la ni. I ingat tu boyfriend you.” Ujar Jimmy. Auni buat muka meloya.
   “Ishh! Mintak di jauhkan laa.. Hahaha..” Mereka berjalan berdua sampai ke kafeteria yang di sediakan. Dari jauh ada pandangan tajam memandang Auni dan Jimmy.
   “You nak minum ape? I belanja.” Ujar Jimmy. Auni kerut dahi. Serius? Rezeki jangan di tolak.
   “Copuccino, fish and chip.” Ujar Auni pada pelayan di situ.
   “White Coffee, italian pasta.” Pesan Jimmy.
   Sebaik je hidangan sampai, Auni baru nak makan muncul Iqram bersama kayu golf.
   “Jom! Kita balik.” Ujar Iqram.
   “Bie, apa ni? I camne?” Anatasya mula merengek macam anak kecil.
   “Sebab perangai you macam ni buat i menyampah! I dah kata, jangan kacau time I selagi I tak call you!” Maki Iqram. Suasana hingar bingar.
   “Sory, i need go now.” Ujar Auni. Jimmy angguk faham.
   “Jom bos!” Lengan sasa Iqram di tarik Auni. Iqram berlalu pergi meninggalkan Anatasya yang sudah mencebik.

   “Ehem!” Iqram berdehem.
   Sebaik saje terdengar deheman Iqram, Auni melepaskan pautannya di lengan Iqram.
   “Sorry bos!” Iqram berlalu memasuki kereta, sebaliknya biarkan Auni terkulat-kulat segan.
   “Office.” Pak Usin terus memandu kereta mewah itu ke destinasi Iqram.
   “Tadi bos kata tanak masuk ofis.” Auni pelik.
   “Tadi lain, sekarang lain. Yang awak menyibuk kenapa?” Soal Iqram sambil melayan facebooknya.
   “Oh..” Tiba-tiba Auni merasakan kepalanya sedikit sakit.
   “Auni, nanti awak tetapkan tarik dan waktu free saya. Set supaya kita boleh meeting dengan Staf pengurusan. Saya nak buat dinner ofis.”
   “Dan lagi satu nanti cek fail yang baru saya approve. Ada projek travel yang saya tak cek. Saya nak awak siasat pasal resort baru tu. Nak buat promosi baru... Auni, awak..” Kata-kata Iqram terhenti sebaik saja lihat wajah Auni pucat dan macam nak muntah.
   “Berhenti Pak Usin.” Kereta terus park tepi. Auni berlari keluar. Bunyi muntah kuat, tapi yang keluar hanya air liur. Sekali keluar muntah air liur warna kuning.
   “Pak Usin..ade air masak tak?” Soal Iqram.
   “Ada. Nah!” Air masak dihulur. Terus Iqram bagi pada Auni untuk berkumur.
   “Auni? Are you okey?” Auni angguk lemah berjalan masuk kereta. Namun langkahnya terhenti, lalu Auni jatuh dan pengsan.
   “Auni!”

Bab 5

      “Cik Auni Zahira tak apa-apa. Cuma gastriknya menyerang. Tolong pastikan dia makan ye.” Soal doktor. Iqram mengerutkan dahi. Takkan tak makan lagi?
   “Baiklah doktor.” Di intai bilik Auni. Auni sedang berehat di wad itu sambil menonton televisyen.
   “Auni, doktor suruh makan dan minum ni dulu. Baru makan ubat.” Ujar Iqram. Auni memandang Iqram. Kosong.
   “Tanak!” Tangannya di silangkan sambil matanya menjeling ke arah Iqram.
   “Saya akan tunggu kat sini sampai awak makan.” Ujar Iqram. Sukahati kau lah bos!
   “Aduhh. Sakit perut! Tumpang tandas.” Laju Iqram berlari. Melihatkan Iqram sudah tiada, laju Auni mencapai sandwich lalu di jamahnya.
   Ooo..tau pulak lapar ye! Rupanye Iqram ngintai dari bilik air. Semata-mata nak Auni tengok Auni makan. Namun tiba-tiba kelihatan muka Auni kemerahan. Pedas ke?
   Mendadak Auni muntah dalam baldi yang di sediakan. Eh? Teruknya gastrik kau.
   “Auni, awak tak pape?”
   “Encik Iqram jangan tengok saya dalam keadaan camni..” Ujar Auni. Namun Iqram buat tak peduli. Lengannya di singsingkan, baldi itu di angkat Iqram lalu di cuci. Kain tuala hospital di jadikan kain lap mulut Auni.
   Entah kenapa bos ni ambik berat sangat pasal aku. Hish.. Sebelum ni kemain kau buli aku.

Seminggu kemudian...
   “Auni, awak dah tempah dewan untuk kita buat dinner? Bajet semua berapa?” Ingatkan lepas 2 hari kat hospital, buat bos insaf. Rupanya tak. Lagi berlambak kerja di buatnya.
   “Maaf bos, saya tengah cek pasal resort kita yang baru open tu. Saya sedang kira anggaran untuk majlis perasmian.” Balas Auni.
   “Takpe la camtu.” Ah, lega.
   “Nanti dah selesaikan tu, siapkan pasal dinner kita yang lagi 3 minggu tu.” Arah Iqram. Laaa!! Tetap keje aku jugak ke?
   Kepala Auni mula berdenyut. Baru seminggu start keje setelah dia keluar hospital, kini kepalanya pula buat hal.
   “Auni, kau okey ke?” Soal Rizal.
   “Haha..okey je. Kenapa? Ada yang tak kena ke kat aku?” Soal Auni. Rizal meletakkan jarinya di hidung Auni.
   “Ade darah kat hidung kau.” Auni membulatkan matanya. Terkejut!
   “Ish..ni sebab cuaca la ni. Panas sangat kan.” Helah Auni. Padahal office tersebut ada banyak penghawa dingin.

* * * * * *

“Auni..” Iqram menepuk dahinya. Hari ni adalah hari ketiga Auni mengambil cuti emegency, entah ape emegency dia pun tak tahu. Mujurlah semua kerja hampir 80% Auni siapkan.
   Sejak Auni tak datang kerja, hampir setiap hari Iqram duduk di meja Auni. Memeriksa meja, barang dan data2 komputer yang di gunakan Auni.
   Kadang-kadang lama Iqram mengintai dari arah biliknya bertentangan dengan meja Auni.
   Kenapa lama sangat Auni ambik cuti. Lagi 3 hari makan malam akan di adakan. Aku ada kejutan buat dia.
   Nombor Auni di hubungi tapi yang menjawab panggilannya hanyalah operator.
   “Maaf, nombor ini berada di luar kawasan.”

   “Sejak kau takde, encik Iqram tu hari-hari datang meja kau. Duduk lama kat situ.” Adu Rizal, kawan pejabat yang paling Auni rapat.
   “Yeke? Haha..kesian!” Ujar Auni.
   “Kau pun dah lama tak balik opis. Bila sambung keje?” Soal Rizal.
   “Tak tau lagi. Kenapa? Kau rindu aku eh?” Ujar Auni.
   “Ofis jadi suram jek sebab takde lagi orang yang berani kritik2 bos sukahati.” Ujar Rizal.
   “Haaa..okeylah tu. Kucing besar kan dah insaf.” Auni ketawa kecil.
   “Yela. Cepat-cepatlah sihat. Aku dah tak larat temberang bos ni. Dia asyik tanya pasal kau kat aku.” Ujar Rizal.
   “Insya-Allah, lagi 2 hari aku keluar la ni.” Ujar Auni.
   “Aku balik dulu tau. Jangan cakap kat bos. Yang aku masuk hospital. Kau tolong eh.” Pesaan Auni. Ternyata Rizal memang pandai simpan rahsianya. Wpun Rizal sendiri tak tahu wanita itu sakit apa. Tapi dia tetap rasa ingin menolong Auni.

   “Eh, Auni. Lamanye cuti.” Usik kak nurul.
   “A'ah la kak. Hilangkan stress. Memang kena lama-lama kan.” Ujar Auni.
   “Aku dah nak mati keboringa sebab takde Auni. Hehe.” Sampuk Wani.
   “Elele..ni idup je lagi. Haha..” Ujar Auni.
   “Eee..makin kuruskan Auni ni.” Ujar kak Nurul. Wani juga turut mengiyakan. Dari jauh kelihatan, Iqram sedang memerhatikan pekerja-pekerjanya.
   “Diet la tu. Aku nak kurus macam ko gak!” Ujar wani. Auni ketawa kecil. Padahal sikit pun dia tak diet.
   “Hei..hei. Buat keje. Jap lagi kucing besar ngapp tikus cam kita baru kau tahu.” Ujar Rizal. 'Kucing besar' nama gelaran khas untuk Iqram oleh Auni.
   “Yelah..kami yang tikus ni kuli-kuli je.” Sahut Auni.
   “Ehem! Auni, masuk bilik saya jap!” Suara Iqram jelas di interkom. Auni bergegas masuk ke bilik Iqram.
   “Assalamualaikum, bos!” Auni memberi salam.
   “Awak ingat ni ofis ayah awak ke? Nak cuti lama-lama suka hati. Sikitpun tak call saya bagitahu kenapa awak ambik cuti lama.” Marah Iqram.
   “Bos, jawab salam dulu.” Suara kecil Auni bagai tikus mencicit je.
   “Hari ni kita kena pegi dewan tu untuk siapkan dinner malam esok! Awak faham?” Ujar Iqram. Auni angguk faham.
   “Baik bos.”

   Auni sibuk mengarah susun itu ini. Memang hasil kerja Auni kreatif. Dan nampak Auni pandai mengambil padanan warna tema mereka kali ni. Biru terkoise di gabungkan dengan warna krim.
   “Auni, awak dah makan ke?” Soal Iqram yang berdiri di sebelah Auni tanpa sikitpun memandang ke arahnya.
   “Cakap dengan saya ke?” Soal Auni.
   “Yelah, takkan saya cakap dengan pentas ni pulak.” Ujar Iqram dalam nada menyindir. Auni sengih seperti kerang busuk.
   “Dah, bos.”
   Auni meneruskan kerjanya menyiapkan hiasan reben. Sungguh cantik. Handphone yang dari tadi berdering terus di tukar mood viber.
   “Encik Iqram dah siap,” namun kali ni kepalanya berdenyut kuat, pandangan Auni mula berpinar.
   “Auni, hidung awak. BerDARAH!” Hanya ayat tu je yang Auni dengar. Selainnya pandangan kelam, terasa tubuhnya ringan. Kedengaran suarau-suara tenggelam timbul memanggilnya.
   Telefon Auni bergetar lagi!
   “Hello, ini Hospital Specialist Ampang. Cik Auni Zahira, awak di mana? Tumor dekat kepala awak tahap serius! Kami tak dapat mengesan awak. Tolong bagi kerjasama.” Handphone itu terlepas di tangan Iqram. Tubuh Auni yang sudah tidak sedarkan diri itu di dukung Iqram.

Bab 6

Auni kini terlantar koma setelah di bedah. Sudah hampir sebulan lamanya dia di tempatkan di ICU. Iqramlah yang menemaninya.
   “Terima kasih Iqram sebab jagakan anak mak cik.” Ujar Puan Saleha terharu.
   “Mak cik, kalau mak cik izinkan. Saya nak bernikah dengan Auni. Boleh saya nak merisik dia?” Ujar Iqram terus terang.
   “Anak mak cik koma, tak dapat bahagiakan Iqram. Mak cik tak kisah.”
   “Eloklah bernikah syar'ie. Supaya dia halal untuk kamu jaga siang malam. Tak elok bukan muhram berduaan sekalipun anak pak cik tak sedar.” Ujar Encik Mohad.
   Setelah mendapat persetujuan. Datuk Ilham dan isterinya Datuk Rohaya merestui untuk nikahkan Iqram dan Auni yang masih belum sedar.
   “Auni, sudi ke awak jadi isteri sebagai peneman sepanjang hidup saya..? Saya nak awak sentiasa ada saat suka duka saya.” ada air mata mengalir di tubir mata Auni.
   Kini mereka sah menjadi suami isteri. Walaupun sudah 3 bulan Auni terlantar sakit, namun Iqram tak pernah lupakan tanggungjawabnya sebagai suami menguruskan Auni.
   “Encik Iqram, saya rasa Puan Auni dah tak boleh lama lagi. Saya minta encik Iqram panggil family sahabat handai datang ziarah Puan Auni. Kita tak boleh selamanya bergantung pada mesin oksigen.” Ujar doktor.
   “Takkan takde insiatif lain doktor?” Soal Iqram, tak puas hati.
   “Maaf, ini je teknologi yang ada di negara kita. Kami pihak hospital dah cuba sedaya upaya termampu untuk selamatkan Puan Auni. Selebihnya, terserah pada kekuatan semangat.” Ujar doktor itu lagi. Iqram terduduk. Pasrah!

“Sayang.. Tolong bangun. Abang cintakan sayang forever. Sampai bila-bila abang takkan maafkan diri abang kalau jadi pape kat sayang. Abang bersalah.”
   “Rindu nak dengar sayang lawan cakap abang, rindu nak dengar sayang ketawa. Rindu tengok muka sayang marah. Please sayang. I know, you can be storng!”
   “Amalan kita tak banyak. Gunakan peluang yang ada untuk menebus kesilapan lalu.”
   Tittt...! Titt...! Titt...!
   Eh? Pernafasan normal! Jantung normal. Jari jemari Auni bergerak perlahan. Mata Auni mula terbuka luas.
   “Doktor! Doktor!” Beberapa orang doktor pakar mula memeriksa keadaan Auni. Lama mereka di dalam. Entah apa yang mereka buat pada isterinya.
   “Iqram..? Mana menantu mama?” Datuk Rohaya mula risau sebaik saja dapat panggilan awal pagi tadi.
   “Kat dalam ma..” Iqram kelihatan kusut masai.
   “Anak ibu mana? Mana Auni?” Puan Saleha juga turut baru sampai.
   Setelah itu, doktor-doktor itupun keluar. Terus Iqram mendapatkan doktor tersebut.
   “Alhamdulillah..Puan Auni sudah stabil. Ini betul-betul di luar jangkaan kami. Mujurlah kita tak bukak alat bantuan pernafasan Puan Auni. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang salah silap itu dari kelemahan kami sendiri.” Doktor itu menepuk-nepuk Iqram.

----------

   “Hai mak cik gendut! Lama tak nampak.” Sapa kak nurul.
   “Sape macik gendut? Auni comel lagi okey.” Ujar Auni sambil berjalan ke arah meja kak Nurul.
   “Busy ke? Kemain kau ye sekarang. Makin bam bam sejak naik pangkat ni.” Usik Wani. Auni menyengih seperti kerang busuk.
   “Duduklah. Macik gendut takleh jalan banyak. Kang terberanak.” Pelawa kak Nurul.
   “Hehe..sedap je kau ngata aku eh. Eh..nak gi jumpe my asben jap! Tata..” Ujar Auni lalu berjalan terkedek-kedek menuju ke bilik Iqram Zamani.
   “Eh sayang! Jauhnya berjalan. Kan abang cakap nanti abang ambik kat klinik.” Ujar Iqram yang baru saja mematikan panggilan.
   “Penat tunggu abang.” Muncung Auni memanjang.
   “Haa..jangan muncung2. Dah-dah. Jom. Mama, ibu, papa, ayah. Semua dah tunggu kita. Tak sabar nak tau pasal cucu sulung diorang ni.” Ujar Iqram sambil mengusap perut Auni. Auni ketawa mengekek. Manja sejak bakal bergelar ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ty so much for reading