KB | Cerpen : Maafkan diriku, melukakanmu.

Hana yang sudah siap melilit shawl setengah jam yang lalu kini mengeluh kecil. Penat. Penat menunggu kelibat Ismad yang janji nak datang mengambilnya jam 9 pagi. Kini jam sudah hampir menginjak ke pukul 10 pagi.

  Kereta Toyota Putih model DX ke-70 berhenti tepat-tepat di depan rumahnya. Laju Hana mencapai handbagnya menuju ke kereta tersebut.

  “Nape lambat sangat?” Hana mula membuka bicara.

  “Bangun lambat tadi.” Jawab Ismad sambil memandu dengan tenang.

  “Kita nak ke mana?” Soal Hana. Ismad masih membisu.

  Inilah kali pertama mereka bertemu setelah hampir 3 bulan contact melalui facebook kemudian bertukar nombor, berkenalan di dalam whatsapp.

  Hana merenung ke arah Ismad. Namun Ismad sedari tadi, sikit pun tidak memandang ke arah Hana. Seperti yang Ismad katakan. Dia pemalu dengan perempuan.

  “Cuba awak pandang saya.” Ujar Hana.

  “Ish, tak naklah. Nak fokus pada kereta ni haa.” Ujar Ismad sambil matanya masih memandang ke arah jalan. Hana mengalah. Sepanjang perjalanan, hanya suara radio menemani perjalanan mereka. Masing-masing membisu.

  Kini mall The Store Shah Alam berdiri gah di depan Hana. Hm..besar jugak eh The Store Shah Alam. Ala-ala macam The Store Sg. Buloh. Detik hati kecil Hana sambil matanya melilau sekeliling mall tersebut.

  Ismad berdiri tepat-tepat di hadapan deretan bear. Hana hairan. Kenapa berhenti kat sini?

  “Pilihlah mana yang berkenan.” Ujar Ismad. Eh, macam tahu tahu je baca hati aku tau dia ni.

  Hana membelek semua bear di situ. Comel-comel belaka. Bear putih gebu memegang bunga kuning jugak jadi pilihan Hana.

  “Berapa ni?” Soal Ismad.

  “RM118.00 je.” Ujar Hana sambil menayangkan harga.
  Fuh! Boleh tahan harga. Agak mahal. Tapi bolehlah. Bisik hati kecil Ismad sambil membelek wang di dompetnya. Dia berkira-kira.

  “Haa..awak buat apa tu?” Sergah Hana dari belakang.

  “Erh! Takde buat pape la.” Ismad yang sedikit terkejut terus menyorokkan dompetnya didalam poket.

  Setelah penat membeli-belah Hana dan Ismad pun singgah di Tasik Shah Alam. Saja lepak di situ. Ada juga kelihatan photographer sedang mengambil gambar model di jambatan. Pemandangan yang indah!

  “Cuba pandang saya.” Hana mencabar Ismad lagi.

  “Eh, tengok tu. Ada kura-kuralah dalam air ni.” Ismad cuba menukar topik.

  “Ergh! Awak ni. Sajalah tu kan tukar topik.” Bebel Hana. Ismad menyengih. Namun matanya masih memandang ke arah tasik. Manakala Hana, mulutnya tak berhenti cerita itu ini.

  Kalau ikutkan hati teringin sangat Ismad menatap wajah ayu Hana. Namun dikeranakan malu, dia pendam saja keinginan tersebut.

  Setelah itu, Ismad pun menghantar Hana pulang. Kata Hana, dia tak boleh keluar malam. Dia mesti sampai rumah sebelum pukul 6. Kalau tak, mak angkatnya akan perasan akan kehilangannya.

  Hana memandang ke arah bear yang saiznya sederhana besar, inilah hadiah pertama yang dia dapat dari Ismad sempena birthdaynya yang ke 19 tahun.

  “Wah, comelnya bear ni. Siapa bagi ni haa.” Soal Mira yang tiba-tiba meluru bilik Hana. Mira juga merupakan anak angkat kepada keluarga angkat Hana.

  “Opss..” Hana mengangkat bahu. Mira pulak sibuk mengusap-ngusap bear putih itu.

  “Apa nama bear ni.” Soal Mira lagi.

  “Err..bear. Eh, bebear! Haa..nama dia bebear.” Ujar Hana sambil menyikat rambutnya yang sudah panjang melepasi punggung.

  “Comelnya awak ada nama!” Ujar Mira sambil main aucak-aucak dengan bear putih tersebut.


  Boringlah. Tak tahu nak buat apa hari ni. Stalker facebook Ismadlah! Walaupun sudah 2 tahun Hana berkenalan dengan Ismad, Hana tak pernah usha lebih mendalam lagi facebook Ismad.

  Laju tangannya mencari post2 status yang lama-lama. Gigih Hana menunggu walaupun agak lama loadingnya. Maklumlah, curi wi-fi pejabat mak angkatnya.

  Tengah khusyuk Hana membaca komen kawan-kawan Ismad yang kebanyakannya lelaki, tiba-tiba mata Hana terpana seketika pada komen yang pemiliknya adalah perempuan. Yes, PEREMPUAN! Siapa perempuan tu?

  Segera Hana mencari nama Ismad didalam contact whatsappnya.

Sape Wanda ni? -Hana-
Wanda? -Ismad-
Jangan la buat-buat tak kenal. -Hana-
Oh..Wanda. Ex saya. Kenapa eh? -Ismad-
Masih contact dia lagi? -Hana-
Tak pun. Kenapa ni? -Ismad-
Betul? Tak tipu? -Hana-
Yup! Betul. Wanda tu kisah lama saya. Nape? -Ismad-
Sayang dia lagi tak? Cantik orangnye. -Hana-
Dia antara ex yang paling lama dengan saya. Last sekali dia tinggalkan saya. Sebab ekonomi saya tak stabil lagi time tu utk jadikan dia isteri saya. -Ismad-
Ohh.. -Hana-

  Hana mengurut dada laju-laju. Hampir saja dia nak maki Ismad atas kecemburuannya itu. Barulah Hana sedar, Wanda itulah perempuan yang pernah Ismad ceritakan.


  Migrain Hana datang lagi. Sedangkan hari ni dia ada kerja lain yang nak dibuat. Lampu LED blackberry Hana menyala merah menandakan ada mesej. Whatsapp dari Ismad rupanya!

Haii. -Ismad-
Ye. -Hana-
Awak okey? -Ismad-
nope! -Hana-
haa..? Ape tu? -Ismad-

  Hana menepuk dahinya. Terlupa pula dia yang Ismad tak pandai bahasa inggeris. Hana mengeluh seketika. Lalu menyambung menaip whatsapp Ismad.

Saya tak sihat. -Hana-
Ade ubat? -Ismad-
Dah habis. Migrain ni. Nak demam pulak tiba-tiba. -Hana-
k. -Ismad-

  Cehh...hampeh betul laa mamat ni. Bukan nak cakap, jap lagi saya belikan awak ubat. Ni jawapan dia 'K' je? Nyampah pulak rasa. Kalau dibuat pakwe tak romantik langsung!

  Handphone Hana berbunyi. Nama SYARIF tertera di skrin blackberrynya. Hana mengeluh. Sudahlah dia berhutang dengan lelaki itu RM300. Sekian lama dia cuba mengelak dari lelaki itu sebab dia masih belum ada duit untuk membayarnya.

  “Hai Hana.” Kedengaran suara Syarif yang sedikit merdu di corong telefon. Maklumlah orangnya agak berbadan gempal dan pendek.

  “Ye.” Hana malas melayannya.

  “Aihh..macam tak sihat je bunyinye. Hana okey ke tak ni? Sihat?” Soal Syarif.

  “Tak. Hana demam campur migrain.” Ujar Hana acuh tak acuh.

  “Makan ubatlah. Ada ubat tak?” Soal Syarif lagi.

  “Ubat dah habis.” Ada nada mengeluh dihujungnya.

  “Jap lagi Syarif hantar ubat kat Hana ye. Tunggu.” Ujar Syarif lalu menamatkan panggilan. Hana terkejut seketika. Sedangkan Syarif dengannya bukanlah rapat mana. Cuma rumah mereka berdekatan je.

  Tak lama kemudian kedengaran bunyi hon motor kapcai. Hana berjalan menuju ke pintu. Syarif dah melambai-lambai plastik ubat ke arah Hana.

  “Terima kasih Syarif.” Ujar Hana. Lelaki ini tak pernah putus asa dengannya. Seringkali cuba memikat hati Hana.

  “Kasih diterima.” Ujar Syarif. Hana menumbuk manja bahu Syarif.

  “Eii..dia ni. Berayat manis pulak dengan Hana.” Ujar Hana ketawa kecil. Syarif menyengih menampakkan susunan giginya yang cantik.

  “Opss..pergi dulu tau. Nanti mak angkat Hana nampak kang kita berpacar-pacaran di sini.” Ujar Syarif lalu terus berlalu bersama motornya.

  Ya, mak angkat Hana sangat tegas orangnya. Dia yang menghalang Hana berkawan dengan lelaki. Namun facebook membuatkan Hana mengenali lebih ramai lelaki, termasuk Ismad dan Syarif.


  “Hana, setelah lama kita berkawan. Awak tak rasa sesuatu ke antara kita?” Soal Ismad. Hana yang sedang menghirup air strawberry sedikit tersedak.

  “Rasa sesuatu? Rasa apa tu?” Hana menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Ah, sudah. Dia start main perasaan pulak dengan aku!

  “Sayang ke? Rindu bila lama tak jumpa. Atau..” Ismad terdiam. Hana memandang Ismad. Ismad menggulung-gulung kuey tiew goreng pada garpunya.

  “Entah. Sayang tu adalah sikit-sikit. Rindu tu tak pasti.” Ujar Hana. Ismad tersenyum. Green light!

  Sejak pertemuan mereka hari itu, Ismad nampak lebih kepada caring dengan Hana. Perempuan mana yang tak suka lelaki caring tentang dia, kan.

  Kalau keluar berjalan-jalan dengan Ismad, duit Hana sesen pun tak luak. Semuanya belanja pakai duit Ismad. Ismad sanggup berhabis duit demi wanita kesayangnya.

  Berlainan pulak dengan Syarif. Bila keluar dengan Syarif. Syarif sangat berkira-kira bab makan dan belanja. Bak kata Syarif dia memegang kata-kata ustaznya. “Buat apa berbelanja dengan wanita yang belum tentu jadi isteri kita.”


  Hana memandang ke arah skrin blackberrynya. Dia sayang sungguh dengan blackberry tersebut. Sebab itu satu-satunya hadiah yang paling mahal dia dapat.

  “Akak, pinjam handphone jap. Boleh?” Ujar Mira yang entah dari mana munculnya lalu duduk di sisi katil.

  “Aik? Nak buat apa? Cakap dulu.” Ujar Hana.

  “Boringlah. Nak tengok isi dalam blackberry yang canggih ni je. Takkan tu pun tak boleh. Jangan kedekut.” ” Ujar Mira.

  “Yelah. Yelah. Nah. Tapi ingat. Jangan bukak mesej, whatsapp, bbm, wechat, dan e-buddy. Faham?” Ujar Hana lalu menyerahkan blackberrynya pada Mira. Mira mengangguk faham.

  “Akak! Sape Ismad ni? Pakwe eh?” Ujar Mira yang tiba-tiba separa menjerit. Hana segera merampas balik blackberrynya.

  “Mana kau tahu?” Soal Hana.

  “Tu. Akak tak keluar dari inbox facebook. Mira terbaca. Kemain ayat akak.” Sakat Mira. Hana menggaru-garu kepalanya. Aduh, camne ni?

  “Rilekss..Mira bukan mulut bocor. Kalau hubungan Mira dan Am pun akak boleh rahsiakan dari mak Dah, apakan lagi hubungan akak ngan Ismad. Mira pasti rahsiakan. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!” Ujar Mira. Hana menepuk dada lega.

  “Yang sebenarnya Ismad ni just kawan aku je.” Ujar Hana.

  “Tau dah. Mira tahu akak tak percaya pada cinta kan. Tapi tadi Hana nampak akak panggil Ismad sayang. Camne tu?” Soal Mira.

  “Aku cuba sayang dia sebab dia sayang aku sangat-sangat. Tapi tu lah. Aku takde feel langsung ngan dia.” Ujar Hana. Mira mengangguk faham.

  Seperti Hana yang Mira kenali. Seorang yang tidak pernah percaya dengan cinta. Yang tak pernah jatuh cinta. Kata-kata cinta bagi Hana, itu semua hanya kata-kata kosong yang tidak membawa kebahagiaan pun.


  “Awak, awak tau kan saya sebenarnya sayang dekat awak.” Ujar Ismad malu-malu. Bunyi deruan ombak mengisi perbualan hambar antara Ismad dan Hana.

  “Pastu?” Hana yang sedang memandang ke arah pantai morib memandang ke arah Ismad. Sebaliknya Ismad memandang ke arah lain.

  “Saya nak kahwin dengan awak. Boleh?” Ujar Ismad.

  “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Ujar Hana. Ismad faham maksud Hana. Iaitu Hana juga menyetujui dengan hasratnya.

  “Tapi saya takde duit. Camne?” Keluh Ismad.

  “Entah.” Hana mendiam. Selama ni pun Hana tak pernah simpan perasaan apa-apa pada Ismad. Baginya Ismad adalah kawan. Tak lebih dari itu.

  “Berapa wang hantaran awak nak?” Soal Ismad. Hana berkira-kira. Sementara Hana berkira-kira sempat Ismad mengintai wajah ayu wanita di sebelahnya. Itulah satu-satunya wanita yang berjaya merawat luka hatinya setelah dia di tinggalkan Wanda.

  “20k. Amacam? Okey tak?” Hana menjungkit-jungkit keningnya. Ismad terkedu. 20k? Banyak gila. Mana aku nak carik 20k?

  “20k tu wang hantaran je kan? Kenduri lain?” Soal Ismad.

  “Ishh..saya taklah kejam sangat awak. 20k tu sekali dengan kenduri la ni.” Ujar Hana. Ismad mengangguk faham. Matanya memandang lagi ke arah ombak yang menampar pepasir di pantai.

  “Saya ingat nak kahwin dengan awak hujung tahun ni. Tapi tu la. Bajet takde.” Keluh Ismad. Hana membisu.


  “Hek eleh. 20k pun takde duit. Apesal miskin sangat mamat tu kak?” Sapa Mira. Hana yang sedang menikmati nasi goreng menoleh ke arah Mira.

  “Entah. Biarlah dia.” Ujar Hana.

  “Apa yang 20k ni?” Soal mak Dah yang tiba-tiba datang ke dapur. Selalu time macam ni mak Dah keluar berurusan. Siapa mak Dah? Mak Dah inilah mak angkat Hana dan Mira.

  Hana mencubit peha Mira, isyarat suruh diam. Jangan cakap apa-apa.

  “Ouchh.. Akak niii.” Muncung Mira sedepa.

  “Hana..nanti ikut mak Dah pergi Low Yatt. Nak?” Ujar Mak Dah. Hana mendongak memandang ke arah Mak Dah. Argh..low yat! Pasti aku akan bertemu dengan Syarif.

  “Tak naklah!” Ujar Hana. Mak Dah mengangguk lalu berlalu ke ruang tamu.

  “Akak, pasal mamat 20k tu kan..tak silap Mira, akak tak cintakan dia pun kan?” Ujar Mira. Suapan Hana terhenti.

  “Yup. Aku tak cintakan dia. Dia just kawan je, tak lebih dari tu. Tak naklah aku berlaki kan mamat tu. Tak romantik langsung youu.” Ujar Hana menyambung suapan terakhir.

  “Akak..akak. Mira no komen. Cuma nasihat Mira, jangan mainkan perasaan lelaki sebaik dia.” Ujar Mira lalu berlalu pergi ke sinki. Hana mengangguk faham.


  Kata-kata Mira yang terakhir di meja makan tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya.

  Ya, dia memang rasa bersalah dengan lelaki sebaik Ismad. Ismad tak pernah pegang tangannya. Ismad tak pernah ambik kesempatan pada dia.

  Tak mungkin dia akan sakiti Ismad. Ismad adalah lelaki baik. Namun hati Hana tidak pada dia. Hana tak mencintai Ismad dan siapa pun. Hatinya tak tahu untuk siapa. Dia pun tak pasti.

  Sekarang Ismad sudah mula memasang angan yang tinggi untuk berumah tangga dengannya serta memiliki 3 orang anak bersama. Namun itu tak mungkin bagi Hana.

  “Apa kata kalau saya jual kereta dan motor saya untuk dapatkan 20k. Kemudian lepas kahwin, awak duduk rumah mak saya. Sementara saya kumpul duit balik beli motor.” Ujar Ismad baru-baru ini.

  Takkan nak angkut aku naik motor sana sini? Tak naklah! Aku ni dahlah fobia motor.

  Lepas tu duduk rumah mak mentua kat kampung tu? Hish! Tak naklah!

  Ismad juga tak habis-habis cakap. Kalau lepas kahwin nak bawa Hana duduk dengan emaknya. Kalau dah pindah bandar, tiap-tiap minggu balik rumah emaknya. Apa-apa emaknya. Memang bagus. Namun lama kelamaan Hana menjadi rimas! Rimas kalau keadaan berterusan begitu.

  “Mungkin dia anak emak?” Luah Hana tiba-tiba.

  “Sape anak mak kak?” Soal Mira. Yang sedang baca buku di bilik Hana.

  “Eh, takde siapalah! Hish..budak ni. Muncul aje.” Ujar Hana.

  “Ismadkan? Eeeee..kalau Mira, Mira takkan kahwin dengan anak emak ni. Gelilah! Asyik duduk bawah ketiak emak je. Apa-apa, emak emak. Ish! Serabut.” Ujar Mira.

  “Yang kau emo sangat ni pesal?” Soal Hana.

  “Hehe. Seriuslah kak, Hana benci lelaki anak emak. Memanglah tanggungjawab lelaki pada emaknya baru isterinya. Tapi rasanye kalau kawin duduk dengan mak mentua, rasa macam diri ni tunggul kot kat rumah.” Ujar Mira. Ada benarnya kata-kata Mira.

  Ismad tak boleh jadik suami aku! Tak boleh camni. Camne eh aku nak putus dengan Ismad ni? Kang menangis pulak mamat ni.

  Teringat pula Hana, dia juga pernah acah-acah mintak putus dengan Ismad. Lama Ismad mendiam dalam talian, sesekali terdengar bunyi hingus di sedut-sedut. Sah! Ismad menangis. Ya, lelaki itu menangis.


  “Hana, Syarif dah beli kereta. Lepas ni target nak beli rumah pulak untuk kita.” Ujar Syarif sambil memandu proton viva putih yang baru dibelinya sebulan yang lalu.

  “Err..kita?” Soal Hana.

  “Yelah, sayang. Kita. Tak suka eh?” Soal Syarif.

  “Eh, taklah. Sukalah viva ni. Comel.” Ujar Hana.

  “Lepas tu, Syarif akan cepat-cepat meminang Hana jadi isteri Syarif. Dan lahirkan anak 4 orang.” Ni lagi sorang! Kahwin jugak yang dia fikir.

  “Ke tak payah beli rumah, Hana duduk dulu rumah mama.” Ujar Syarif. Ni lagi sorang. Yang ni memang jelas dan nyata anak emak.

  “Rumah mama yang comel tu?” Comel bermaksud kecik. Hana menapis ayatnya agar Syarif tak terasa. Maklumlah, anak emak. Dia akan lebih terasa kalau orang persenda apa-apa kaitan dengan emaknya.

  “Yelah. Ada bilik untuk kita.” Ujar Syarif.

  “Hana rasa kan, baik Syarif carik rumah sendiri. Kita nak buat apa pun bebas. Seganlah kang mama dengar apa-apa.” Ujar Hana. Ayat pancing!

  “Ada betulnye tu.” Ujar Syarif.

  Kereta mereka berhenti di bahu jalan. Syarif keluar. Dia merokok sebentar. Inilah satu sifat syarif yang Hana paling tak suka. Merokok. Bukan Hana tak tegur. Tapi lagi di tegur, lagi menjadi-jadi ketagihannya.

  Hana sendiri tak tahu macammana dia boleh ada hubungan mesra dengan Syarif. Terjadinya hubungan rapat antara Hana dan Syarif semula selepas Syarif kecewa dengan Ayu, girlfriendnya.

  Ayu mengandung anak luar nikah. Katanya di rogol. Saat Syarif kemukakan hasrat ingin menikahi Ayu, keluarga Syarif menentang hebat. Akhirnya terpaksalah Syarif meninggalkan Ayu.

  Hanalah pemberi semangat. Yang sering mengisi kesunyian lelaki itu. Hingga Syarif tersalah anggap dengan Hana. Syarif menyangka Hana menyukainya.

  “Hana, dah sampai. Jom.” Ujar Syarif. Kini mereka di depan butik pengantin. Hana memandang Syarif. Nampaknya lelaki ini betul-betul serius ingin mengahwininya.

  “Welcome. Jemput tengok fesyen gaun pengantin versi terkini.” Ujar Mrs. Yong. Hana memusing-musing melihat gaun yang serba cantik.

  “Ada yang berkenan tak sayang?” Soal Syarif. Hana menggeleng. Sebenarnya cantik-cantik semuanya. Namun, berkahwin dengan Syarif bukan keinginannya!

  “Laparlah. Jom makan.” Ujar Hana. Syarif memandang Hana.

  “Hana belanja. Jom.” Hana dah agak yang Syarif agak kedekut mengeluarkan duit bab makan. Syarif mengangguk lalu mereka memasuki sebuah restoran.

  “Insya-Allah. Saya akan dapatkan rumah dalam masa terdekat ni.” Ujar Syarif sambil menikmati udang galah bergoreng. Hana mengangguk. Whatsapp dari Ismad dari tadi dia tidak membalasnya.

  Dengan Syarif jangan main handphone. Kuat cemburu juga dia ni. Begitu juga dengan Ismad. Cuma dengan Ismad, Ismad sembunyi cemburunya. Ismad hanya akan menegur tanya dengan siapa Hana berbalas whatsapp.


  Kalau semalam dia meluangkan sehari dengan Syarif. Hari ni dia kena luangkan masanya dengan Ismad.

  “Saya dah fikir masak-masak. Saya nak jual kereta dan motor tu. Hujung tahun ni kita kahwin.” Ujar Ismad terus terang.

  “Habis tu kalau ada emegency, nak bawak ke klinik dengan apa? Ktm? Bas? Cakap dengan saya.” Ujar Hana.

  “Lepas je kahwin. Saya akan cari motor dengan cepat.” Ujar Ismad. Hana mengeluh.

  “Saya tak nak awak gadaikan motor dan kereta kesayangan awak tu demi nak kahwin.” Ujar Hana.

  “Saya cuma nak halalkan hubungan kita. Sekurangnya saya boleh pegang tangan awak waktu lintas jalan. Boleh peluk isteri saya bila-bila je.” Ujar Ismad.

  “Yang tu awak fikir la. Tanggungjawab? Nafkah?” Ujar Hana.

  “Tanggungjawab suami dengan beri nafkah. Nafkah batin, wajib! Nafkah zahir, pun ada jugak. Hehe.” Jawab Ismad. Ah, lelaki ini semakin pandai menjawab. Geram aku dibuatnya.

  “Dah bersedia nak tanggung dosa saya? Dah bersedia ilmu agama di dada? Kalau satu waktu jatuh hukum zihar macammana?” Ujar Hana. Ismad terdiam.

  “Kuatkan ilmu agama dulu, baru cakap pasal nikah. Ni hukum munakahat dah habis khatam belum. Nanti isteri nak mengaji, suami kene betulkan tajwid. Kalau isteri buat salah, suami kene tegur dan kaitkan dengan hukum itu dan ini. Pandai ke?” Sambung Hana.

  “Menyesal saya belajar main-main time agama.” Keluh Ismad.

  “Saya bukan nak mengajar awak. Sekurang-kurangnya suami kena pandai dari isteri, baru isteri tak pijak kepala suami yang jadi macam akhir zaman ni.” Ujar Hana. Ismad mengangguk faham.

  “Lagi satu, jangan gadaikan motor dan kereta awak semata-mata untuk kahwin. Tu keperluan. Nak kahwin? Cari duit lain.” Ujar Hana.

  “Saya serius nak memperisterikan awak.” Ujar Ismad. Hana memandang Ismad. Wajah lelaki itu penuh kasihan. Namun dalam hatinya tiada cinta untuk lelaki itu, wpun Hana pernah memaksa hatinya mencintai Ismad.


  Kini Syarif sudah memiliki kereta dan rumah. Syarif berjaya membeli rumah di Sri Hartamas. Kini masa untuk dia kumpulkan duit untuk majlisnya sahaja.

  “Hana, Syarif dah kotakan apa yang Syarif janjikan. Sekarang Syarif tengah kumpul duit untuk majlis kita.” Arghh! Serabut. Kenapa semua ajak aku kahwin ni? Aku cantik sangat ke? Aku baik sangat ke?

  “Syarif.. Sebenarnya Hana tak suka lelaki merokok. Hana nak Syarif berhenti merokok mulai sekarang.” Ujar Hana terus terang.

  “Merokok ni bukan boleh stop macam tu je Hana.” Syarif beralasan.

  “Hana tak kira apa alasan Syarif. Tapi tolong jangan dekati rokok. Buang rokok kat poket seluar Syarif sekarang.” Ujar Hana yang hakikatnya dia sangat takut kalau-kalau lelaki itu naik angin dengannya.

  “Hana. Please sayang. Bagi Syarif peluang.” Rayu Syarif.

  “Kalau tak boleh. Mulai sekarang kita takde apa-apa lagi. Hana tak nak bersuamikan lelaki perokok.” Ujar Hana. Ya, ini sebenarnya hasrat Hana, memutuskan hubungan!

  Hana bangkit dari kerusinya. Lalu berjalan meninggalkan Syarif.

  Syarif, kalau kau nak tahu. Aku sebenarnya tak cintakan kau. Aku tunggu waktu ini, agar aku boleh meninggalkan kau di saat kau ada segala-galanya. Aku doakan kau akan bertemu jodoh dengan wanita yang tulus mencintaimu. Jujur aku katakan, merokok akan meragut nyawamu. Sebab tu aku suruh kau tinggalkan rokok. Agar kau boleh hidup bahagia dengan wanita yang mencintai kau, dan kau juga mencintai dia. -HANA-


  Misi seterusnya, Ismad! Ya, Ismad lelaki baik. Mana mungkin aku akan kecewakan dia seperti mana aku kecewakan Syarif. Maafkan aku Syarif.

  Hari ini Ismad mengajak aku berjumpa. Hari ni juga merupakan 4 tahun perkenalan antara aku dan Ismad.

  “Awak, mulai hari esok. Saya akan sibuk. Jadi kita kurang whatsapp macam selalu. Saya nak kumpul duit. Nak beli rumah dan kereta.” Nampaknya Ismad sudah ada tekad.

  “Takpe. Saya faham.” Ujar Hana.

  “Demi kebaikan masa depan kita.” Ujar Ismad. Hana mengangguk faham.

  “Lepas ni takde alasan lagi tau nak jual kereta or motor kesayangan awak tu. Kalau jual jugak. Saya tak nak kahwin dengan awak!” Ujar Hana sambil ketawa kecil. Nadanya bergurau, hakikatnya Hana tetap maksudkannya.

  Sejak pertemuan itu, Ismad dan Hana amat jarang sekali contact. Kadang-kadang dua tiga hari baru Ismad whatsapp. Nampaknya Ismad betul-betul mengotakan janjinya.


  “Awak,” Ismad membuka bicara sambil memandu dengan tenang kereta wira hijau yang baru di tukarnya.

  “Ye.” Hana memandang Ismad.

  “Saya gagal kumpul duit.” Ujar Ismad, jujur.

  “Aik? Selama ni awak diam je. Takkan gagal kot.” Ujar Hana. Ismad menggeleng-geleng.

  “Kereta dan motor asyik mintak duit tiap-tiap bulan. Asyik masuk wad je. Akhirnya saya terpaksa jual motor dulu.” Rungut Ismad.

  “Kesiannya. Dah tu camne?” Soal Hana.

  “Saya nak kahwin dengan awak.” Ujar Ismad.

  “Apa kaitan kereta motor dan nak kahwin?”

  “Kaitannya saya nak gadai dua-dua ni dan kahwin dengan awak.” Ujar Ismad.

  “Saya tak suka lelaki yang ambik jalan mudah ni. Kan saya dah cakap jangan jual. Awak jual jugak. Fine. Kita putus. Saya dah cakap awal-awal. Kalau betul awak nak sesuatu, berusaha.” Ujar Hana.

  “Yelah. Lelaki miskin macam saya, siapa nak. Awak pun dah tinggalkan saya.” Ismad bernada sedih.

  “Takde istilah miskin kalau awak berusaha.” Jawab Hana.

  “Saya dah berusaha.” Ujar Ismad.

  “Saya pernah bagi awak cadangan kerja gaji lumayan. Tapi awak tak nak. Nak jugak kerja dengan gaji RM2500. Saya tau tu minat awak pada keje tu. Zaman sekarang semua perlukan duit awak. Minat tolak tepi kejap. Bukan awak tak boleh carik balik keje awak sekarang.” Ujar hana panjang lebar.

  “Saya akan berusaha.” Ujar Ismad.

  “Cukup. Saya tak nak jadi andartu. Awak lelaki, takpe kawin lambat. Perempuan kawin lambat tak boleh.” Ujar Hana. Ismad berhentikan kereta. Hana memandang Ismad seketika, lalu keluar dari kereta tersebut.

Maaf, saya tak mampu membendung rasa bersalah pada awak lagi Ismad. Biar awak kecewa sekarang. Saya tak nak awak kecewa kemudian hari. Saya betul-betul tak cintakan awak. Lelaki yang baik macam saya tak patut dipertemukan. Semoga awak bertemu jodoh yang baik. Cukup sampai di sini saja kisah kita. -HANA-

1 ulasan:

Ty so much for reading