Cerpen : Hati yang tak mungkin dikhianati

“What? Kau nak kahwin dengan playboy malaya tu?” Hampir tersembur air kopi yang diminum Aiza sebaik saja mendengar cerita dari kawannya, Wati.
  “Yes.” Jawab Wati selamba sambil menayang cincin tunangnya pada Aiza.
  “IYAZ HAIDAR. Playboy Malaya. Fuh..sape tak kenal dia weh. Bila majlisnya?” Soal Aiza.
  “2 minggu lagi.” Jawab Wati.
  “Kau serius ke dengan dia beb?” Soal Aiza.
  “Rilekslah. Aku ada plan aku sendiri. Kau tunggu dan lihat je la.” Ujar Wati. Aiza menggaru-garu kepalanya.
  Ah, sudah. Apalagi si Wati ni akan buat?

  “Kau serius ke nak kahwin ni Iyaz?” Soal Ansar.
  “Kau nampak aku main-main ke?” Soal Iyaz sambil menelek-nelek jam tangan couple dihadapannya.
  “Err..tak. Aku bukan apa. Mana kau nak campak Juliya? Tasya? Marina? El?” Ujar Ansar.
  “Hari ni aku akan putus dengan diorang semua. Aku bukan serius dengan diorang pun. Diorang tu semua nak duit aku je.” Ujar Iyaz.
  “Kira kau serius habislah ni dengan Wati? Kau yakin dia pilihan terbaik kau?” Soal Ansar.
  “Ish, kau ni. Jangan api-apikan akulah. Aku tahu dia yang terbaik. Sebab Wati ni lain la. Dia tak macam perempuan-perempuan yang aku kenal.” Iyaz mencapai jam tangan silver putih sebagai pilihannya lalu diserah pada kaunter untuk dibungkus.
  “Aku bukan api-apikan kau. Kau tu kan playboy. Tak pernah serius dengan perempuan. Tak percaya cinta. Tiba-tiba, kau jumpa Wati, terus kau serius dengan dia. Korang pun baru 2 bulan kot kenal.” Ujar Ansar
  “Aku tak nak kenal dia sangat. Aku nak kenal dia lebih mendalam lepas kitorang kahwin. Aku betul-betul cintakan dia.” Ujar Iyaz sambil menghulur kad kredit. Urusan pembayaran selesai.
  “Baguslah kalau kau betul-betul serius. Aku sebagai bestfriend kau akan sentiasa support kau.” Ujar Ansar.
  “Thanks bro.” Ujar Iyaz sambil menepuk-nepuk bahu Ansar.

  “Aisya, I risau la kalau baju ni terlebih saiz untuk pengantin perempuan.” Bebel Nash.
  “Dah tu, how?” Soal Aisya sambil menjahit labuci pada baju pengantin.
  “Hm..i think you sama badan kot dengan pengantin perempuan yang datang hari tu. I nak you try. Now!” Ujar Nash.
  “Haa..?? Sekarang?” Soal Aisya.
  “Yes.. Yes! Now!! Opss..terkeluar suara jantan i.” Ujar Nash. Aisya ketawa kecil.
  “Taraaa..!!” Jerit Aisya sebaik saja keluar dari bilik persalinan.
  “Oh my god! Aisya..you look beautiful. Macam tak percaya yang berdiri depan I ni Aisya sempoi. Hihi. Sudi tak you jadi pengantin I?” Nash berseloroh.
  “Encik Nash, ape ni..? Komen la jujur-jujur sikit. Tak serius tau.” Ujar Aisya.
  “Cantik.” Puji Iyaz. Entah sejak bila munculnya Iyaz, mereka sendiri tak sedar.
  “Alamak, sorry Encik. Saya try je..” Ujar Aisya separuh malu.
  “Its okay. Lagipun hari ni my partner tak datang. Jadi tengok contoh you pakai pun dah okay.” Ujar Iyaz.
  “Kan. Pekerja I ni memang berbakat jadi model, jadi tukang jahit labuci and jadi pengantin pun boleh. Thank you Iyaz sebab percayakan I.” Ujar Nash.
  “So semua yang I minta hari tu dah ada?” Soal Iyaz.
  “Settle! Eh, sejak you nak jadi pengantin ni. I tengok you makin mengancam la. Aummm!” Ujar Nash ala-ala gaya mak nyah gitu.
  “Eee..korang ni..”
  “Shadap you Aisya. Kang i tampar you laju-laju baru tau” Ujar Nash. Aisya ketawa kecil. Nash ni kalau marah, tak macam marah. Mungkin sebab gayanya ala-ala gaya sotong kurita kot.

  Entah ke berapa kali telefonnya berdering barulah Aisya tersedar. Aisya memang begitu kalau tidur malam, tidur mati.
  “Ye umi. Apehalnya call Sya memalam buta ni?” Soal Aisya.
  “Malam buta? Sya tak solat subuh lagi eh? Cuba tengok jam pukul berapa sekarang?”
  “Alamak!! Umi.. Sya dah lewat. Sya nak kena ke kejar hantar baju kahwin. I call you back later ya umi.” Aisya terus saja laju bangkit dari katil sebaik saja tersedar yang dia sudah bangun lambat.
  “Rumah nombor 13-A.” Ujar Aisya pada pak guard warga Burma. Pak guard terus menuding jari menunjuk arah.
  “Thanks.” Laju Aisya mengikut arah pak guard.
  Mak aih, ni bukan rumah orang kaya biasa. Ni istana. Anak raja ke pengantin yang order baju ni? Perghh..!!
  “Eh, lambatnya sampai. Cepat. Pengantin dah tunggu kat atas. Bawak baju ni cepat.”
  Aisya menggaru-garu kepalanya. Mana biliknya? Ada dua pintu ni. Kalau tak kanan, kiri. Kalau tak kiri, kanan. Arghh.. Kiri kot. Laju tangannya membuka pintu bilik.
  “Aaaaaa!!!” Aisya yang terkejut terus saja menjerit. Mujur ada tangan laju menekup mulutnya.
  “Oi, masuk tak reti ketuk ke?” jerit Iyaz.
  “Sorriii..”
  Aisya terus ke bilik sebelah. Katanya bilik sebelah tempat pengantin perempuan bersiap. Namun sebaik saja pintu bilik dibuka, tiada orang. Mungkin tengah mandi. Tunggu je la!
  “Awak pengantinnya ke?” Soal mak andam sebaik saja memasuki bilik tersebut.
  “Bukan. Saya dari butik baju pengantin. Tunggu pengantin.” Ujar Aisya.
  “Oh..saya pun dari tadi tunggu. Entah ke mana pengantin perempuannya. Jap ye, nak cari tuan rumah.” Mak andam berlalu pergi. Apesal aku rasa majlis kahwin kali ini macam kelam kabut? Bukan aku tak pernah uruskan sebelum ni, pernah je. Tapi takdelah seserabut ini.
  “Pengantin perempuan dah larikan diri. Macammana ni?” Ujar seorang perempuan yang aku agak ia baru 40-an memasuki bilik pengantin.
  “Awak siapa?” Soal wanita itu.
  “Sa..sa..saya Aisya. Dari butik pengantin. Saya boleh jadi pengantin. Opss!” Ishh, ape aku cakap ni. Kan dah tersasul!
  “Sekejap ya.” Wanita itu hilang bersama mak andam. Aku dengar suasana kalut diluar. Iyaz masuk ke bilik pengantin perempuan yang aku sedang duduk.
  “Eh, apa awak buat ni? Pengantin awak takde kat sini..” Ujar Aisya.
  “Sudi tak awak jadi pengantin saya?” Soal Iyaz. What? Mamat kacak ni lamar aku? Aisya menampar-nampar dirinya.
  “Awak tak mimpi. Saya tengah lamar awak.” Ditambah pula dengan suara romantiknya. Aku cair.
  “Sudi!” Ujar Aisya.
  “Alhamdulillah.” Baru aku perasan ada mata-mata lain disitu. Aku tersenyum malu.
  “Haa..apalagi? Siap cepat. Mama tunggu.” Ujar wanita itu yang menggelar dirinya mama. Mama? Amboi..melampau!
  “Eh..tak boleh! Tak boleh!” Tiba-tiba Aisya membantah.
  “Laa..dah kenapa tiba-tiba tak boleh. Tadi cakap boleh.” Iyaz panik.
  “Siapa nak jadi wali saya?” Soal Aisya. Masing-masing menepuk dahi.

  Segala kelam kabut tadi semuanya sudah berakhir. Aisya menghela nafas lega. Dia menggaru kepalanya. Maknanya tadi aku sudah jadi isteri orang?
  Arghh!! Tak mungkin.
  Teringat Aisya akan muka bosnya iaitu Encik Nash sebaik saja ia selesai akad nikah tadi.
  “Tahniah. Dah jadi isteri orang. Lepas ni, i mesti lonely takde you. I dah melepas sebenarnya. Sepatutnya i lamar you dari dulu.” Ujar Nash.
  Aisya melihat dirinya dihadapan cermin besar. Masih lengkap berbaju pengantin. Tak sangka baju pengantin yang dijahitnya itu menjadi baju pengantinnya.
  Tiba-tiba terasa ada tangan memeluknya dari belakang. Bulu romanya menegak. Aisya ni bukan boleh terkejut, laju je tangan dia bertindak!
  “Opsss!!” Barulah Aisya tersedar yang tangannya kini melekat dipipi seseorang.
  “Adoi, sakitnya! Penangan malam pengantin. Argh..” Iyaz memegang pipinya. Aisya menekup mulutnya. Manakala Iyaz mengusap-ngusap pipinya yang terasa agak pijar akibat ditampar.
  “Awak sorry. Saya memang camni, tak boleh terkejut.” Ujar Aisya sambil menarik tangan Iyaz. Dilihat pipi Iyaz merah sedikit. Aisya mengusap pipi Iyaz.
  “Sorry tau.”
  “Tangan kecil, tapi menyakitkan.” Aisya menyengih.
  “Dahlah, jom tidur. Dah malam.” Ujar Iyaz. Laju Aisya menggeleng.
  “Saya perioud!” Laju Aisya membalas. Iyaz ketawa kecil.
  “Eh, budak kecik. Apa yang ada dalam otak awak ni? Tidurlah.” Ujar Iyaz lalu menyambung ketawanya. Aisya menggaru-garu kepalanya. Dia panggil aku budak kecik?
  “Saya nak mandi, belengas!”

  “Morning pengantin baru.” Sapa mama.
  “Morning mama. Papa.” Jawab Iyaz.
  “Mama masih belum kenal siapa menantu mama ni.” Ujar mama lalu menarik tanganku duduk di atas sofa disebelahnya.
  “Selamat datang ke keluarga baru.” Ujar papa. Keluarga ini sungguh baik, mereka menerimaku dengan tangan terbuka.
  “Err.. Puan nak minum apa?” Soal Aisya.
  “Puan? Ish, tak nak lah gelaran puan. Ini mama la Aisya. Bibik kat rumah je boleh panggil puan.” Ujar mama. Aisya ketawa kecil.
  “Comelnya Aisya ketawa. Mama rasa macam ada anak kecil je kat rumah ni.” Ujar mama. Lagi sekali aku dipanggil budak kecil?
  “Aisya, kalau Iyaz ni buat apa-apa kat Aisya report je kat papa. Papa sentiasa akan tolong Aisya.” Ujar papa.
  “Apa sangatlah Iyaz nak buli budak kecik ni pa.” Jawab Iyaz.
  “Dia bukan budak kecil tau. Dia isteri Iyaz. Ingat tu.” Balas papa. Masing-masing ketawa.
  “Umi dan abi Aisya mana?” Soal Aisya pada mama.
  “Malam tadi umi dan abi Aisya terus balik. Lepas mama sembang panjang, umi tiba-tiba mintak diri. Katanya ayam kat kampung dah panggil.” Ujar mama.
  “Umi tu memang. Tak boleh langsung terpisah dengan ayam.” Ujar Aisya.
  “Bu, pak. Sarapan udah siap.” Pelawa bibik.

  “Kau biar betul Wati?! Kau tak datang majlis nikah kau? Habis tu apa jadi dengan Iyaz?” Soal Aiza, terhenti aktiviti makannya sebaik saja mendengar pengakuan Aiza.
  “Lantak dialah nak jadi apa. Yang penting dendam aku dah terbalas! Hahaha.” Ujar Wati sambil ketawa berdekah-dekah. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki playboy itu.
  “Aku nak dia rasa sakit hati sebab dia mainkan perasaan kawan aku..” Ujar Wati.
  “Eh? Wait. Wait. Siapa kawan kau selain aku?” Aiza terus bangkit dari meja makan lalu duduk bersila di atas sofa. Terus dia berminat ingin tahu kisah dendam Wati pada Iyaz.
  “Marliya. Dia bestfren sekolah menengah aku dulu. Lama dia kenal Iyaz. Masa tu diorang masih study kat UK. Balik Malaysia dia dapat tahu Iyaz ada perempuan lain. Bukan sorang, 3 orang. Sedih bak ang ati dia. Frust gila dia bila dapat tahu Iyaz dah lama ganti-ganti girlfriend tanpa pengetahuan dia. And finally, Marliya bunuh diri. Tu yang aku sedih sangat tu.” Ujar Wati.
  “Bunuh diri? Serius?” Hampir menganga mulut Aiza dibuatnya.
  “Sejak tu aku memang target goda Iyaz sampai dia lupakan perempuan lain, hingga sudi peristerikan aku. Then aku akan tinggalkan dia, biar dia terkial-kial menagih cinta kat aku.” Ujar Wati.
  “Fuh..macam dalam drama je kisah kau ni.” Ujar Aiza.
  “Now, aku baru balik dari Jepun. Aku nak tunggu respon Iyaz. Dekat inbox aku ada beratus-ratus email Iyaz. Ni aku tunggu dia datang berlutut kat aku.”
  “Aku rasa..kau dah terlambat. Aku dengar cerita, Iyaz tu dah kahwin.”
  “What do u mean Aiza. No. No. Iyaz takkan khianati aku. Cinta dia aku punye.”
  “Better, kau patut jumpa dia kat office dia.” Cadang Aiza. Wati terdiam seketika. Nampaknya rancangannya gagal separuh jalan.

  Aisya menghela nafas kecil lalu melangkah masuk ke butik. Kelihatan Nash sedang sibuk menelek baju-baju pengantin. Sudah seminggu dia tak masuk butik ini.
  Hari ni Nash lain sangat. Tak macam dulu. Dulu kalau pakai baju mesti ade reben kat leher. Kali ni Nash berkemeja kemas bersama rambut lelakinya. Nash yang kali ini, adalah Nash yang terlebih kelelakiannya.
  “Morning bos.” Sapa Aisya. Namun Nash sikit pun tak balas ucapan Aisya.
  “Bos, marah Sya datang lambat ke?” Soal Aisya.
  “Seminggu you takde. I susah hati you tau tak. Otak I terbayang-bayang you honeymoon dengan badan tegap Iyaz tu.” Ujar Nash.
  “Hahahaha.” Sakan Aisya bantai ketawa.
  “Amboi, gelakkan I ye you ni.”
  “Rileks laa. Badan tegap Iyaz tu Sya tak apa-apakan pun.” Ujar Aisya.
  “Maksud you?”
  “Kitorang just pergi holiday. Dont worry, bilik asing-asing.” Ujar Aisya.
  “Betul ke ni Iyaz tak apa-apakan you?” Soal Nash.
  “Ye. Sya berani sumpah okay.” Ujar Aisya. Nash terus memeluk Aisya.
  “Syukur you tak apa-apa.”
  Aiseymen, lain macam je bos aku.
  “Err..bos.. Bos. Please dont.” Ujarku, tak selesa.
  Kebetulan Iyaz nak hantar sarapan dekat Aisya, terhenti langkahnya sebaik saja melihat Nash memeluk Aisya. Terasa sakit hatinya melihat adegan itu. Padahal dia dan Aisya bukan saling mencintai pun. Mungkin ini adalah rasa untuknya sebagai suami Aisya.

  “Saya nak awak berhenti kerja.” Ujar Iyaz.
  “Tapi kenapa?” Soal Aisya.
  “Saya cakap berhenti, berhenti jelah! Itupun susah ke?” Marah Iyaz.
  “Tapi tu impian Sya sejak kecil lagi. Tolong izinkan Sya terus kerja.” Ujar Aisya.
  “Seronokkan kerja dengan bos pondan you tu. Baru seminggu tak jumpa terus peluk-peluk.” Tambah Iyaz.
  “Awak cemburu?” Soal Aisya.
  “Setakatlah saya nak cemburu dengan budak kecik macam awak. Saya suami, saya tak nak tanggung dosa awak berpeluk dengan lelaki bukan mahram.” Ujar Iyaz.
  “Okay. Sya berhenti. Puas hati?” Ujar Aisya lalu terus keluar dari bilik mereka. Sakit hati.
  Baru 2 hari mereka balik dari Krabi. Baru 2 hari mereka pindah rumah sendiri, mereka sudah bertikam lidah.
  “Sya..” Tegur Iyaz sebaik saja melihat Aisya didapur. Sedang membancuh air.
  “Ya..” Balas Aisya acuh tak acuh. Iyaz memeluk Aisya dari belakang.
  “Maafkan saya, please.” Rayu Iyaz. Bahu Aisya sudah terhincut-hincut. Rupanya Aisya tidak membancuh air. Hanya menggerakkan sudu, menutup rasa sendunya.
  “Aisya tertekan sangat...” Kedengaran ada nada sendu dihujungnya. Aisya pusing menghadap Iyaz.
  “Alolo..dah lenjun dah muka budak kecik ni. Dah..dah. Jangan nangis. Saya minta maaf, okay?” Iyaz mengesat air mata di wajah Aisya dengan tangannya.


Bab 2


  Berpeluh-peluh muka Iyaz sebaik saja melihat Wati, perempuan yang pernah dicintainya itu sedang duduk di atas meja pejabatnya.
  “Sayang...i'm sorry.” Wati terus menerpa ke arahnya.
  “You buat apa kat sini?” Soal Iyaz.
  “I datang ni nak minta maaf. Sebab hari tu I tak datang majlis nikah kita. Bukan I tak nak datang. Masa tu, I kena balik Singapore. Daddy I kena heart attack.” Ujar Wati yang cuba mencipta alasan.
  “Kenapa you langsung tak call I? Lepas dah sebulan berlalu, baru hari ni you datang jumpa I. Macam tu?” Soal Iyaz.
  “I nak jadi isteri you.”
  Mengapa hati aku terlalu mudah maafkan dia? Mengapa semudah ini Wati menggoda aku? Mengapa aku boleh kalah dengan Wati? Argh!!
  “I dah kahwin.” Ujar Iyaz.
  “What? You kata you cintakan I. Habis kenapa you kahwin dengan orang lain. Sayang.. Tell me why?” Rayu Wati.
  “Majlis tak boleh cancel. Family besar I semua turun demi majlis tu. Tapi you..you tak ambik serius.” Ujar Iyaz.
  “I sanggup jadi isteri kedua you!” Hampir terkeluar jantung Iyaz mendengar permintaan Wati.
  “Yaz, err..” Ansri sedikit terkejut sebaik saja melihat Wati yang sudah duduk diriba Iyaz.
  “Wati, you tak malu ke? Tepi sikit. I ada kerja ni.” Iyaz menolak Wati.
  “Masuk je. Wati, you balik sekarang.” Arah Iyaz.
  “Okay, i will come back sayang.” Wati berlalu pergi.
  “Iyaz..jangan cakap cinta kau datang balik.” Ujar Ansar.
  “Aku pun tak tau la, kenapa aku macam tak boleh pisah dengan Wati.” Ujar Iyaz.
  “Aku masih cintakan dia..” Tambah Iyaz.

  Iyaz tidak lagi seperti dulu. Iyaz yang kini adalah Iyaz yang sering keluar hingga lewat malam. Bahkan Iyaz bukan lagi Iyaz yang Aisya kenali. Iyaz sering marah-marah Aisya.
  Dengan berbekalkan petua yang umi bagi. Kata umi, pemikat hati suami adalah dengan masakan seorang isteri
  Sebagai suri rumah, Aisya sering memasak untuk Iyaz. Walaupun Iyaz tak pernah menjamahnya. Namun Aisya tak putus-putus terus memasak untuk Iyaz.
  Kebetulan hari ini, Iyaz tak pergi kerja. Cuti. Iyaz lebih banyak bersendiri di bilik kerja.
  “Awak, jom makan.” Pelawa Aisya. Tak lama kemudian, Iyaz pun ke ruang makan.
  “Kau masak apa ni?!!” Maki Iyaz.
  “Sardin.” Jawab Aisya.
  “Makanan kucing ni kau bagi kat aku?! Huh!” Laju tangan Iyaz mencampak semangkuk sardin ke lantai. Iyaz terus berlalu ke biliknya.
  Laju Iyaz menjawab panggilan sebaik saja handphonenya berdering.
  “Hello.”
  “Okay, kita makan luar.”
  “On the way lagi 10 minit I sampai.”
  Tanpa pedulikan Aisya, Iyaz bangkit meninggalkan Aisya yang masih terduduk membisu.
  Dengan linangan air mata Aisya mengutip. Sudahlah dia pun belum makan. Kini lauk sudah bersepai diatas lantai bersama-sama kaca. Dia sungguh tak memahami Iyaz.
  Kalau tak mengenangkan nasihat umi, dah lama aku tinggalkan rumah ni.
  “Tempat seorang isteri adalah disisi suami.”

  “Bik, mas Iyaz suka makan ape?” Akhirnya Aisya menemui jalan terakhir. Dengan menanyakan makanan kegemaran Iyaz pada bibik.
  “Oh. Mas Iyaz paling suka makan western food. Spaggeti carbonara. Mushroom soup. Lasagna. Shaped pies. Mashed potato. Egg tart. Cheese cake.” Ini rupanya makanan favourite Iyaz. Aisya tersenyum. Dia harus memenangi hati Iyaz.
  Dengan bantuan google, Aisya belajar masak western food seperti yang dikatakan oleh bibik.

  Seperti biasa, hari ini Aisya akan ke kedai membeli barang dapur. Sesekali Aisya singgah ke kedai baju. Namun langkahnya terhenti sebaik saja melihat seseorang yang dikenalinya.
  “Sayang..today kita makan pizza tau!” Amboi, melintuk-lintuk badan perempuan tu kat laki aku. Eeee..sakit pulak hati kita yang menengoknya.
  Iyaz pula selamba badak je peluk pinggang perempuan tu. Tidak sedikit pun Iyaz perasan bahawa Aisya sedang melihatnya. Kalau ikutkan rasa sakit hati ni, nak je Aisya tenyeh-tenyeh muka perempuan tu.
  Patutlah selama ni Iyaz dah tak layan aku macam dulu. Agaknya Iyaz suka kot kat perempuan seksi macam ni. Try la pakai baju macam ni time candle light dinner kami nanti. Hehe. Bisik hati kecil Aisya.
  -Malam esok, adalah malam happy anniversary kita yang pertama. Sya ada buat special dinner. Jangan makan luar malam esok. Pastikan perut kosong-
  Berkerut-kerut dahi Iyaz membaca mesej dari Aisya. Kebetulan Wati hari esok ada hal lain. Jadi dapatlah dia luangkan masa dengan Aisya.
  Iyaz yang baru pulang dari tempat kerja sudah terhidu bau stik daging bersama sos istimewanya dari luar rumah. Sebaik saja masuk ke dalam rumahnya, makanan kegemaran Iyaz sudah terhidang cantik.
  Nampak sedap! Try rasalah! Baru Iyaz ingin mencuit, Aisya terlebih dahulu menepis tangan Iyaz.
  “Opss! Tak boleh lagi. Naik atas mandi dulu.” Ujar Aisya yang baru muncul dari dapur bersama potato saladnya.
  Hampir terbuntang mata Iyaz melihat Aisya yang berani berpakaian begitu dihadapannya. Selama ini Aisya hanya bert-shirt longgar. Kali ini Aisya lain. Dengan rambut ikalnya yang disanggul kemas. Dress tanpa lengan warna merah betul-betul mengikut bentuk badan Aisya.
  “Okay, abang mandi dulu. Wait me!” Laju Iyaz menghilang.
  Abang?
  Iyaz yang segak bersut hitam itu duduk dihadapan Aisya. Malam mereka yang ditemani lilin. Terasa aroma romantik ala-ala orang inggeris.
  “Mana sayang dapat idea semua ni?” Lagi sekali Aisya terpaku dengan gelaran Iyaz padanya. Kenapa dia panggil aku sayang? Selama ni tak keluar langsung sepatah haram perkataan 'sayang'.
  “Sya google.” Jawab Aisya sambil menayangkan giginya.
  “Jom kita makan. Dah tak sabar ni nak rasa masakan Sya.” Ujar Iyaz. Aisya tersenyum. Entah kenapa dia rasa malam ini Aisya ada aura menggoda padanya.
  Apa salahnya isteri goda suami kan? Bisik hati kecil Iyaz.
  “Sayang, thank you for tonight. Ini baru betul-betul supprise!” Ujar Iyaz sebaik saja selesai makan. Memang berselera sungguh Iyaz makan.
  “Sama2. Lagipun sebelum ni Sya tak tau pun awak suka western food. Inipun sebab tanya bibik.” Ujar Aisya.
  “Terima kasih sebab bersusah payah mas..” Belum sempat Iyaz menghabiskan ayatnya, kedengaran panggilan telefon dari tingkat atas. Aisya bergegas lari ke bilik.
  “Assalamualaikum, umi.”
  “Waalaikumsalam. Apa kabar anak umi?”
  “Sihat je.”
  “Ni umi nak tanya dalam perut kamu tu dah berisi belum?”
  Alahai umi aku sorang ni la. Alih-alih soalan tu. Sabarlahhh. Masa aku bujang, sibuk tanya bila nak kawin. Dah kawin, sibuk tanya bila aku nak beranak. Ergh!
  “Umi dulu baru sebulan kahwin, inai masih merah, kamu dah duduk dalam perut umi tau. Kamu jangan lambat sangat.” Bebel umi.
  “Umi tak sabar nak bercucu.” Luah umi lagi.
  “Insya-Allah, ade rezki. Ada la cucu umi nanti.” Jawabku.
  “Umi, jangan risau. Dalam sebulan umi akan dapat cucu!” Ujar Iyaz sebaik saja merampas handphone dari tangan Aisya. Laju Iyaz mematikan panggilan.
  “Awak buat apa ni? Eeee..kacau je orang nak cakap dengan umi.” Bebel Aisya.
  “Umi sayang, umi abang jugak.” Ujar Iyaz.
  “Okay.” Balas Aisya, acuh tak acuh.
  “Where are you going sayang?” Soal Iyaz terus saja dia memeluk Aisya seeratnya.
  “Err..Sya.. Please jangan macamni. Sya tak selesa.”
  “Sya saja goda abang kan malam ni.” Ujar Iyaz, dia masih tidak melepaskan pelukannya walaupun Aisya berusaha meloloskan diri.
  “Takdelah. Mana..mana ade!” Jawab Aisya.
  “Habis, sayang pakai seksi camni nak goda sape? Guard luar rumah tu ke?” Soal Iyaz.
  “Sya tau kan. Kita dah lama kahwin.”
  Argh..tak habis-habis soalan perangkap aku dapat. Aisya menggigit bibir.
  “Sayang, izinkan abang jadi suami dalam erti kata sebenar.” Ujar Iyaz. Aisya tergamam. Lidahnya kelu.
  Aisya! Diakan suami kau. Bukankah kau simpan kehormatan kau untuk suami kau? Hari ini suami kau menuntut, takkan kau tak nak bagi. Kau nak dosa?

  “Sayang! Bila you nak tetapkan tarikh nikah kita ni?” Soal Wati.
  “Hm..you sabarlah. Bagi I masa. Nanti I mintak dia sign. Okay?” Ujar Iyaz sambil mengusap rambut Wati.
  “Promise?” Soal Wati.
  “I promise you.”
  Aisya yang kononnya nak datang bawa bekalan makan tengahari untuk suaminya, terus tak jadi masuk pejabat suaminya sebaik saja melihat Wati di atas riba Iyaz. Aisya terus berlalu pergi. Sebak.
  “What? Dia curang dengan you? Eeee..geramnya I!! Berani dia lukakan hati kesayangan I ni. Sabar ye Sya.” Pujuk Nash. Entah pada siapa lagi dia harus mengadu. Hanya bekas majikannya saja yang menjadi tempat Aisya luahkan segalanya.
  “Nash, I just luah kat you je. Jangan la you bertampar-tampar laki I pulak. Okay.” Ujar Aisya.
  “Yela. I know. I janji tak tampar dia.” Ujar Nash. Terajang boleh kan? Detik hati kecil Nash.
  Nash betul-betul menjadi lelaki sekarang. Dah nampak wibawanya tinggi. Tak macam dulu, kalah sotong.
  “I balik dulu.” Baru Aisya nak bangun, dia terjatuh semula. Mujur Nash sempat menahan Aisya dari terus jatuh.
  “Are you okay?” Soal Nash.
  “Kepala I pening.” Ujar Aisya.
  “You pragnent kot.”
  “Ish, taklah!”
  “Okay, I hantar you pergi klinik dulu. Muka you pucat ni.” Ujar Nash.
  “I nak balik.” Ujar Aisya.
  “Okay..okay. I hantar you balik. You tak boleh drive kalau keadaan you macamni.” Ujar Nash. Aisya mengangguk. Nash menawarkan diri untuk papah Aisya. Namun Aisya menolak dengan baik. 

  “Dasar jantan tak guna!!” Nah satu penumbuk. Dia betul-betul tak boleh kawal diri lagi. Sakit hatinya.
  “Kalau kau lukakan hati Aisya lagi. Aku tak teragak-agak akan rampas wanita sebaik secomel Aisya dari kau. Dan waktu tu, kau jangan harap dapat ambil Aisya dari genggaman aku.” Nash mula memberi amaran.
  Ansar yang turut berada disitu terkejut melihat kedatangan Nash di pejabat mereka secara tiba-tiba. Tambahan pula Nash terus menyerang tanpa penerangan terlebih dahulu.
  “Kau memang ada hati dengan isteri aku la kan?” Soal Iyaz.
  “Yes, aku memang ada hati dengan isteri kau. Sejak dia jadi pekerja aku lagi. Aku memang cintakan dia. Tapi sebab kau yang jadi suami dia, aku percayakan kau. Aku rela biarkan dia jadi isteri kau. Tapi kalau engkau ada niat nak duakan dia, sorry bro. Isteri kau akan jadi milik aku.” Ujar Nash lalu pergi dari situ.
  Iyaz memegang mulutnya. Berdarah. Tak sangka, penangan lelaki 'pondan' tu masih berbisa.
  Sementara itu, Wati telah membuat satu pertemuan dengan Aisya.
  “Iyaz tu hak aku. Kau yang rampas dia dari aku.” Ujar Wati.
  “So apa masalah kau? Tak puas hati? Kau nak dia? Ambiklah!” Ujar Aisya.
  “Aku nak kau sign borang ni. Tanda rela kau menerima aku sebagai isteri kedua Iyaz Haidar.”
  “Aku cuma nak cakap, perempuan macam kau ni berlambak kat Malaysia. Gila harta.” Ujar Aisya.
  “Yes, tu memang aku. Lepas aku tahu Iyaz Haidar bakal jutawan Malaysia. Aku kembali pada dia. Untuk mengambil hak aku. Tak sangka pulak ada pengantin terjun rela jadi isteri dia.”
  “Itulah namanya jodoh. Bukan pengantin terjun. Dan Iyaz Haidar bukan hak kau.”
  “Dia sepatutnya hak aku. Tapi kau yang rampas dia dari aku.”
  “Sign ni cepat!”
  “Kalau aku tak nak?” Soal Aisya selamba. Dalam ketidak sihatnya itu dia gagah juga melawan Wati.
  “Aku suruh sign, sign je la!” Akibat jerkahan itu ramai yang melihat mereka direstoran itu. Dengan selamba Aisya mencapai kertas itu lalu dikoyaknya cebisan demi cebisan dihadapan Wati.
  Dia tak sanggup lagi duduk lama disitu. Berhadapan dengan 'perempuan gila' dihadapannya. Aisya terus berjalan meninggalkan restoran itu, sambil tangannya memaut dinding. Pening teruk kepalanya kali ini. Dia perlukan bantuan. Akhirnya Aisya jatuh pengsan. Dia sudah tidak kisah lagi apa akan jadi seterusnya.


Bab 3


  “Sayang kat klinik.” Wajah pertama yang aku lihat adalah Iyaz.
  “Abang kalau nak kahwin dua, pergilah. Sya izinkan. Tak payah bersayang-sayang dengan Sya.” Ujar Aisya yang sudah mulai tawar hati.
  “Sayang, abang mintak maaf.”
  “Sikitpun abang tak pernah cerita kat Sya tentang Wati. Patutlah selama ni abang buat tak tahu dengan Sya. Rupanya sebab kehadiran Wati. Perempuan yang paling abang cintai seumur hidup. Habis tu, Sya ni siapa? Siapa Sya dihati abang? Mana janji abang saat malam pertama kita?” Aisya sudah menangis.
  “Sayang, please jangan stress. Doktor tak bagi. Tak baik untuk baby kita. Abang minta maaf. Abang janji, abang hanya ada sayang.” Ujar Iyaz.
  Aisya terdiam. Baby?
  “Baby? What do you mean?”
  “Yes, dalam ni ada baby kita.” Ujar Iyaz dalam nada teruja.
  Ya Allah, disaat hatiku terluka. Kau anugerahkan padaku harapan. Terima kasih ya Allah. Menitik air matanya. Tanda dia bersyukur dengan pemberian Allah.
  Kali ni entah yang ke berapa kali Aisya ulang alik ke sinki. Habis segala makanan dimuntahnya.
  “Ada rasa nak muntah lagi tak?”
  “Em..dah takde dah.” Ujar Aisya. Lembik sudah badannya. Sejak kandungannya masuk 2 bulan, dia alami alahan teruk.
  “Ni boleh tak ni jalan jauh? Kata nak balik jumpa umi abi.” Ujar Iyaz.
  “Tak laratnya.”
  “Okay, camni. Abang suruh umi abi sendiri turun tengok Sya, okay? Lagipun doktor kata, selagi sayang belum 3 bulan. Sayang tak boleh naik kereta sangat. Banyak hentakan.” Ujar Iyaz.
  “Abang, Sya rasa macam nak muntah lagi. Uww..” Habis segala muntahnya kena pada baju Iyaz.
  “Baby punya pasal, takpelah. Abang tak kisah.” Ujar Iyaz.

  “Macam teruk sangat Aisya alah tu. Dahlah badan dia kecik je. Sian pulak mama tengok. Patutnya Iyaz bagi badan dia debab sikit.” Ujar mama sebaik saja tiba dirumah mereka.
  “Yelah ma. Ni tak termasuk manja dia.” Ujar Iyaz.
  “Mama kamu tu dulu, masa mengandungkan kamu. Gitu jugak rupa dia. Manja. Asyik nak duduk bawah ketiak papa. Papa tak boleh nak pergi keje. Sebab mama nak berkepit memanjang.” Ujar papa.
  “Eh..mama. Papa. Bila sampai?” Soal Aisya.
  “Ya Allah, sampai pucat menantu mama. Takpe la, mama stay sini jaga Aisya.” Ujar mama sambil membantu Aisya.
  “Assalamualaikum..”
  “Waalaikumsalam..umi, abi.” Aisya berteriak kecil. Teruja dengan kedatangan umi dan abinya.
  “Lebih teruk keadaan Aisya ni mengandung dari awak.” Ujar abi pada umi.
  “Tu yg umi risau tu.” Meriah rumah dengan kehadiran umi, abi, mama dan papa.
  “Abang...sakit.” Aisya menggoncang-goncang tubuh Iyaz. Aisya ni memang jenis jarang sangat terjaga malam. Namun malam ini, pinggang kanannya terasa menyucuk-nyucuk.
  “Em..apa dia?” Ujar Iyaz yang masih mengantuk.
  “Sakit....” Iyaz terus terduduk.
  “Mana yang sakit? Takkan nak bersalin dah? Baru 26 minggu.” Iyaz sudah menggaru-garu kepala.
  “Tak tau kenapa. Tolong abang. Sakit.” Rayu Aisya.
  Laju Iyaz membawa Aisya ke hospital. Otaknya tak dapat berfikir dengan baik.
  “Encik, isteri encik harus dibedah sekarang. Risau apendik akan pecah. Ia akan menganggu bayi dalam perut. Tolong tandatangan sini.” Ujar doktor. Laju Iyaz menurunkan tandatangan.
  Sepanjang malam itu, Iyaz tidak boleh tidur. Dia menghabiskan waktu menunggu dengan solat hajat.
  Berkat sembahyang hajatnya, Aisya selamat dibedah. Syukur bila doktor melaporkan tiada komplikasi lain. Turut dihubungi umi dan abi kat kampung serta mama dan papa.
  “Sayang..abang takkan maafkan diri abang kalau jadi apa-apa kat sayang dan baby kita.” Ujar Iyaz.
  “Its okay, i'm fine.” Ujar Aisya sambil memegang tangan Iyaz memberi kekuatan.
  “Sya, are you okay?” Soal mama sebaik saja tiba. Aisya hanya mampu tersenyum lemah. Umi dan abi turut ada bersama.

  Aisya memeriksa buku pinknya. Dia tersenyum. Kini usia kandungannya sudah masuk 37 minggu. Aisya mengusap perutnya yang sudah membulat. Tak sabar menjadi seorang ibu.
  Tiba-tiba loceng rumahnya berdering berkali-kali. Aisya mulai terasa aneh. Namun dia terus membuka pintu tanpa periksa siapa diluar.
  “Perempuan tak guna!! Sebab kaulah Iyaz mintak putus hubungan. Kau patut mati la perempuan!” Wati menyerang. Aisya yang tak sempat selamatkan diri, terus dicekak Wati.
  “WATI!” Entah dari mana munculnya Iyaz, dia sendiri tak pasti. Alangkah terkejutnya Iyaz melihat isterinya yang sedang sarat mengandung diserang oleh wanita gila, Wati.
  “I nak bunuh isteri you!!” Laju Wati mengeluarkan pisaunya.
  “Wati, tolong..jangan sentuh Aisya.” Rayu Iyaz.
  “Why? Sebab dia pragnentkan anak you! Hei, I pun boleh mengandungkan anak you. Sekarang pun boleh. Tapi you, you tu yang tak nak! Jual mahal.” Maki Wati. Aisya terkapai-kapai kelemasan.
  “Wati..please.. Aku akan mintak Iyaz ceraikan aku. Aku akan pergi jauh kalau kau nak. Tolong, lepaskan aku. Aku izinkan kau bahagia dengan Iyaz.” Rayu Aisya.
  “Sya..dont say about that. Please.. ” Iyaz terduduk lemah.
  “Sekarang depan I, I nak you lafaz cerai.” Wati mencabar Iyaz.
  “Aku ceraikan Aisy...” Belum sempat Iyaz meneruskan lafaz, beberapa orang polis dan doktor tiba. Mujur mereka pakar dengan kes begini. Laju saja mereka 'menangkap' Wati.
  Aisya terduduk lemah. Dia terbatuk-batuk. Segera Iyaz berlari mendapatkan Aisya. Risau. Hanya perasaan itu yang bermain dihatinya.
  “Are you okay?” Soal Iyaz. Aisya mengangguk. Syukur segalanya baik-baik saja. Iyaz terus memeluk Aisya.
  “Wati...err...” Aiza terkaku. Kelu lidahnya sebaik saja melihat Iyaz dan Aisya.

  “Macam tu la kisahnya.” Ujar Aiza sambil menikmati pemandangan kolam ikan dihadapannya.
  “Marliya? Rasanya I takde girlfriend nama Marliya. Dia salah orang kot.” Terkilan juga Iyaz sebaik saja mendengar kisah sebenar Wati.
  “Be..betul ke..d..dia bunuh diri?” Soal Aisya sebak.
  “Tak sure la..tak pernah tanya. Actually, sebelum dia serang Aisya. Dia asyik cakap 'nak balas dendam'. Tu yang I follow dia. Tapi I terlepas dia kat trafik light. Mujur ada bisnes kad you, I curi dari beg dompet dia. Itu yang I sampai ke sini.”
  “Ada handphone dia kat I. Maybe you all nak cari Marliya yang I maksudkan.” Aiza menghulurkan handphone Wati pada Iyaz.
  “Thanks Aiza. I terhutang budi pada you. Mungkin ini balasan I akibat aniaya hati perempuan kat luar sana dulu.” Ujar Iyaz.
  “You baik orangnya. I risaukan Aisya. Takut dia jadi sasaran ex girlfriend you sebelum ni.” Ujar Aiza lagi.
  “Insya-Allah. I akan jaga dia. Thank you sekali lagi.” Ujar Iyaz sambil memeluk bahu Aisya. Lalu Aiza pun meminta diri untuk pulang.
  Setelah disiasat, Marliya yang Wati sebut tak pernah wujud pun dalam hidup Iyaz. Dia sendiri tidak faham kenapa wanita yang dulu dia cintai membalas dendam.
  Kini Wati dipenjara seumur hidup atas kesalahan cubaan membunuh 2 kali. Wati juga disahkan alami masalah mental.

8 ulasan:

  1. Hasil karya yg menarik....saya suka baca...

    BalasPadam
  2. Karya yang best...saya suka...good job

    BalasPadam
  3. Best..patut la wati tu mcm org ta btul. Rupa2 sakit jiwa..hahah

    BalasPadam
  4. xde tulis pun dia rujuk balik..... even lafaz aku ceraikan dah jatuh talak......

    BalasPadam
  5. xde tulis pun dia rujuk balik..... even lafaz aku ceraikan dah jatuh talak......

    BalasPadam
  6. Eng ko tunggang lnggang ni. Klu xtau xyh guna. Nmpk sgt ko ni mcm xreti eng.
    And also bnykkn mmbaca. Cite ko ni trlmpau cliche. Belambak dh ad kt blog lain.

    BalasPadam

Ty so much for reading