“Qis, bangunlah..!” Nisha menggoncang-goncang tubuh Qistina yang sedang lena di ulit mimpi.
“Hmm..” Qis bergerak sikit je.
“Isyarat kau tu tak laku dah. Cepat laa bangun Qis. Kau kata nak mekapkan aku. Hari ni kan hari bahagia aku.” Bebel Nisha.
“Oh.. Hmm..” Qistina menarik comforter menutupi tubuhnya yang agak sejuk.
“Baik aku takyah ajak kau tidur rumah aku kalau gini laa gayanya! Lau kau buat aku lambat lupakan je laa tawaran aku tu, kau tak payah ikut aku gi honeymoon okey!” Mata Qistina membulat.
“Aku lupa! Kau nak nikahkan..haa..jom mekap jom! Sini. Sini.” Dengan mata masih terpejam, Qistina memeluk Nisha.
“Wei..apa ni? Mamai lagi la tu.” Kini Nisha berdiri ala tentera di tepi katil Qistina. Qistina mengesat-ngesat matanya.
“Pukul berapa dah?” Soal Qistina sambil menyanggul rambut ikalnya yang kian memanjang.
“Pukul 7!” Melompat Qistina.
“Ya Allah! Lupa..lupa. Sorry babe! Aku mandi jap eh.” Laju Qistina lari mencicir ke bilik air. Nisha hanya menggeleng.
“Janganlah kedip-kedip mata tu. Tengah pakai eyeliner ni. Aku smackdown kau kang. Grr..” Bebel Qistina.
“Oi..orang mengandung mana boleh perangai tak senonoh. Aishh..kau ni.” Nisha mengutik perut Qistina yang kian membulat.
“Baby aku gerak-geraklah. Janganlah kejut dia bangun. Kang tak jadi keje.” Ujar Qistina sambil mengenakan touch up terakhir di muka Nisha.
“Yela yayang.” Ujar Nisha kembali duduk diam. Sebenarnya berdebar.
“Nisha, hensem tak bakal husband kau tu..?” Soal Qistina sambil memuatkan blous labuh saiz ibu mengandung di tubuhnya.
“Kacak! Ada janggut sejempol, mata seksi kau. Ingat eh. Jangan usha husband aku lama2 tau. Kau tu bukan boleh. Kang laki aku jadi list laki pujaan kau. Kacak gitu.” Ujar Nisha.
“Eeuuww..geli je nak listkan laki kau sebagai laki pujaan aku. Haha.” Tangan dibahu, mata ke atas.
“Hahaha.” Nisha ketawa berdekah-dekah.
“Gelak tu cover la yayang. Kang tanggal mekap tu. Penat tau i touch up you.” Ujar Qistina sambil membetulkan sedikit tudungnya. Nisha menekup mulutnya, tahan ketawa.
“Nisha, pengantin lelaki dah nak masuk. Siap sedia.” Ujar Datin Rosnah, mama Nisha.
“Ye maa..Nisha ready.” Ujar Nisha. Tangannya mengenggam jari jemari kawan baiknya itu, Qistina.
“Kau nervous ke weh? Berpeluh-peluh kau. Rileks okey?” Peluh di dahi Nisha di lap Qistina. kelihatan pengantin lelaki sudah duduk melutut depan pengantin perempuan.
Namun sebaik saja mata pengantin lelaki bertaut mata dengan Qistina. Kedua-duanya terpaku! Qistina mula rasa sesak nafas! Seolah-olah aircond di bilik pengantin tu tak mampu menampung kepanasan Qistina.
Irsyad Zikri?! Apa dia buat kat sini? Takkanlah..ah! Tak mungkin! Takkk!!
“Irsyad, kenapa dengan kamu ni? Cepatlah sarung cincin tu.” Tok imam menegur. Tersedar Irsyad akan kelakuannya yang jadi tumpuan tu, terus Irsyad menyarung cincin dijari Nisha.
Setelah itu sesi photoghrapher. Klik sana sini. Keresahan pengantin lelaki takde sape yang sedar. Irsyad mula tak tenang terpandangkan perut Qistina.
Mengandungkah dia? Getus hati kecil Irsyad.
Qistina yang agak lelah, terus duduk di sebuah kerusi. Tika itu baru nampak bonjolan perutnya. Tenang je wajah Qistina yang tersengguk kerana letih.
“Qis, bangun. Jom. Aku nak tukar baju pengantin ni. Nak sanding dah.” Qistina membuntuti Nisha. Sebaik je masuk bilik kelihatan Irsyad juga turut ada.
“Err..”
“Tolong mekap sikit encik hubby kita ni..boleh yayang?” Nisha buat muka manja kat Qistina.
“Yelah..yelah. Apa je untuk kau, aku sanggup.” Ujar Qistina. Di saat Qistina ingin mendekati Irsyad, jantungnya terasa berdegup laju!
“Duduk diam-diam ye ab..eh..Encik Irsyad.” Ujar Qistina. Fuh! Nasib aku tak tersasul.
Majlis berjalan dengan lancar di dewan Hotel Pashmina, dengan bertemakan biru terkoise, merah lembut dan putih. Hasil cadangan Qistina.
Pada malamnya..
“Mama..ada minyak angin tak?” Soal Nisha yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Semua yang ada di ruang tamu pandang Nisha. Baik mama, papa, pacik macik, sepupu, sepapat, semua ada. Irsyad juga turut ada. Sedang menonton bola perlawan persahabatan Harimau Malaya dengan Philipina rupanya..!
“Ada kat dalam kotak kecemasan. Kenapa Nisha? Nisha sakit ke?” Mama risau.
“Taklah. Kawan Nisha, Qistina. Sakit pinggang katanya. Kaki dia bengkak sikit.” Ujar Nisha. Kata-kata Nisha membuatkan Irsyad tersentak!
“Haih..biarlah mama pegi tengok. Itulah, mama dah cakap dengan Qis semalam jangan keje kuat2. Kan dah sakit. Orang mengandung mana elok buat keje sangat. Lagi-lagi anak sulung. pape jadi kita yang salah.” Bebel mama. Nisha membuntuti mamanya.
“Qistina, cepatlah turun.” Teriak Nisha dari tingkat bawah. Kelihatan Qistina agak terkial-kial turun dengan beg bagasi mininya.
“Biar saya tolong.” Irsyad muncul dari arah belakang. Namun Qistina buat tak tahu. Laju Qistina jalan membiarkan lelaki itu terpaku keseorangan.
“Qis, kau okey ke? Kita nak pegi jauh ni. Tapi sedih laa kalau kau tak okey. Takde kawan aku nanti.” Bebel Nisha.
“Aku okey je lah. Hehe.. Takyah risau okey. One day, kau pun akan jadi macam aku gak! Maybe besar lagi.” Gurau Qistina sambil bermain dengan touch screen handphonenya.
“Mesti comelkan. Aku ngidam itu ini. Hahaha. Kau tu lagi teruk, ngidam udang galah. Jenuh tau aku ngan Irsyad carik. Sampai ke Pahang nuu.” Ujar Nisha sambil ketawa terbahak-bahak.
“Erkk! Kau carik ngan Irsyad ke time tu? Maaflah susahkan korang.” Ujar Qistina.
“Alah, takpe. Anak kau, anak aku gak. Anak aku, anak kau gak.” Ujar Nisha. Irsyad membisu seribu bahasa.
“Qis duduk mana..?” Tiba-tiba Irsyad bersuara.
“Qis duduk kat kL ni jugak. Dulu housemate Nisha. Sekarang, Nisha dah ada 'roommate' baru. So tinggal sorang je la.” Ujar Qistina sambil menyimpulkan senyuman.
* * * * * *
Sebaik sampai di bumi sakura, mereka terus mendiami sebuah hotel yang bernama Hotel Nikko Tokyo. Terletak di Tokyo Bay.
“Rehatlah dulu. Dah jauh malam. Kang esok kitorang nak keluar, aku call kau okey?” Ujar Nisha sambil memaut lengan Irsyad.
“Okey.” Pintu biliknya di tutup. Bilik Qistina bersebelah je dengan bilik Nisha.
Sebaik je pintu di tutup, air mata Qistina terus mengalir. Air mata yang di tahan sejak lepas Nisha menjadi isteri Irsyad. Hatinya pedih yang amat sangat.
----------
“Apa?! Nak kahwin dengan perempuan ni? No no! Mama takkan setuju!” Bantah Datin Jasmin.
“Ma..please. Chad cintakan Tina ma.”
“Perempuan miskin ni nak harta Chad je! Dia tak layak jadi bini Chad tahu tak!” Maki Datin Jasmin.
“Mama..tolong jangan hina dia ma. Walau apa pun, Chad tetap dengan keputusan Chad! Chad akan jadikan Qistina isteri Chad. Muktamad!”
“Ooo..dah pandai melawan mama..? Dari kecik mama jaga Chad, mama tak pernah marah Chad..tapi di sebabkan perempuan ni, Chad tengking Mama? Ini ke balasan Chad kat mama? Mane lagi penting Chad? Mama yang mengandungkan Chad ke atau perempuan yg tiba2 muncul dalam hidup Chad?” Soal Datin Jasmin yang cuba syscho anaknya.
“Mama.. Chad jatuh cinta dengan dia sorang je ma.”
“Hei perempuan. Nasi kangkang mana kau bagi anak aku makan, ha?! Ke kau dah bomoh2 kan anak aku? Sini aku bagi kau amaran! Kau dan anak aku tak boleh kahwin! Aku tak restu!” Marah Datin Jasmin sambil jarinya telunjuknya menolak-nolak kepala Tina. Air mata Tina tak boleh tahan lagi dgn penghinaan wanita kaya di hadapannya.
“Mama..ape ni kecoh2?” Tan Sri Azri muncul tiba-tiba. Seraya itu Tina bangkit lalu berlari keluar dari rumah.
“Aku terima nikahnya Ismi Qistina Binti Ahmad Habib dengan mas kahwin 100 ringgit malaysia tunai..” Lancar bibir Zikri melafazkannya.
Entah apa tok imam Thailand tu katakan, lalu bagi sijil nikah Thailand pada Zikri.
“Sayang, abang janji.. Lepas ni kita balik, kita jumpa mama dan papa abang. Then kita cakap kita dah nikah. Mesti diorang kena terima sayang, kan. Sebab kita dah jadi suami isteri.” Zikri memeluk Tina.
“Eh, kenapa Irsyad beria ajak mama ngan papa candle light dinner sejak balik oversea kat Thailand ni?” Soal Datin Jasmin.
“Ada berita gembira.” Zikri masih lagi dgn senyumannya.
“Apa dia? Tak sabar papa ni.” Tan Sri Azri excited.
“Chad dah kahwin.” Melopong mulut Datin Jasmin. Kelihatan Tina datang dengan berbaju kurung cotton.
“Haaa..baguslah tu. Tak lama lagi papa timang cucu.”
“Perempuan ni?!!” Datin Jasmin separa menjerit.
“Mama..papa..” Baru nak di salamnya, Datin Jasmin menampar Tina. Bukan setakat tu je, air yang tersedia di meja tu di simbah.
“Tolong sedar diri boleh? Kau tu miskin! Hei, orang miskin memang suka lelaki kaya macam anak aku. Berharta! Kau nak kikis harta anak aku kan! Dengan rupa macam perempuan kampung! Kau takde mak bapak kan? Anak luar nikah? Kau ingat aku tak tahu kau nikah kat Thailand. Kau tu layak jadi perempuan simpanan jer!” Maki Datin Jasmin.
“Cukup! Mama..apa ni?!” Sampuk Zikri.
“Tengoklah abang, anak kita melawan cakap saya. Syurga Chad bawah tapak kaki mama tau. Restu ke hape semua di tangan mama.” Datin Jasmin membela diri.
“Maafkan saya mama..papa.. Abang..” Tangan Zikri di capai lalu di salamnya. Tina berlari keluar dari restoran itu.
----------
“Dah call ke kawan sya tu? Kita nak rayau Tokyo ni..” Ujar Irsyad sambil menyikat rambutnya rapi.
“Dah. Tapi tak berangkat.” Ujar Nisha.
“Jap lagi kita try pegi bilik dia.” Cadang Irsyad. Nisha angguk setuju.
Entah kali ke berapa loceng ditekan namun takde jawapan dari Qistina. Setelah agak lama, Nisha dan Irsyad terus minta kunci pendua bilik Qistina.
“Qis...” Kelihatan Qistina masih berbaring kat katil.
“Korang pegi laa.. Aku nak rehat. Penat.” Ujar Qistina. Dahinya di sentuh Nisha.
“Kau demamlah. Nanti aku mintak orang hotel hantar ubat okey?” Qistina mengangguk lalu bersembunyi dalam selimut. Malu. Mukanya sembab kerana semalaman dia menangis sepuasnya. Nisha berlalu pegi.
Ting tong..!
Dengan rasa sejuta kemalasan Qistina gagahkan juga bukak pintu setelah pintu hotelnya beberapa kali berbunyi.
“Err..”
Tanpa di jemput, laju Irsyad masuk dengan baju pelayan. Terus tutup pintu dan kunci.
“Qiss..mana Qis hilang selama ni? Kenapa Qis menyorok dari abang? Qis tahu tak abang sayang Qis? Abang menderita rindukan Qis..” Irsyad menghampiri Qistina.
Qistina menutup telinganya sambil menangis. Hiba hatinya. Sedih.
“Abang minta maaf Qis...” Perlahan-lahan Irsyad menarik Qistina ke dalam dakapannya. Penuh syahdu. Kedua-duanya menangis. Menangis di atas kesilapan mereka.
“Kalau sayang kenapa kahwin lain?” Qistina masih menangis
“Abang rindukan isteri abang.. Abang sunyi..” Tubuh Irsyad di tolak.
“Pergilah. Anggaplah Qistina dah takde dah.” Qistina menolak Irsyad keluar.
“Tolong bagi abang peluang menebus kesilapan abang.” Qistina terus menutup pintu. Maafkan Tina abang..
* * * * * *
Sejak balik Malaysia, Qistina asyik terima hadiah memohon kemaafan dari Irsyad. Tak pernah skip hari. Ada je hadiahnya. Tidak jemukah dia?
“Qis, jom lepak rumah aku 2 3 hari.” Ajak Nisha.
“Laki kau ade tak?” Soal Qistina.
“Ade je. Boringlah. Hari-hari hadap muka dia.” Bebel Nisha. Qistina hanya menyimpulkan senyuman.
“Aku malas.” Ujar Qistina.
“Alaaa...! Jomlaaa..” Sedaya upaya Nisha ajak Qistina. Akhirnya Qistina termakan pujuk rayu Nisha.
“Eeee..bulatnya perut kau kan.” Nisha mengusap perut Qistina. Irsyad hanya perhatikan dari jauh je. Sedih. Teringin dia mengusap perut Qistina. Teringin dia lalui hari-hari sukar bersama Qistina.
“Kau pun nanti bulatlah tu.” Ujar Qistina.
“Aku lambat lagi.”
“Alamak, Qis..aku ada hal jap. Jap lagi aku balik. Kau lepaklah dulu tau.” Ujar Nisha yang tiba-tiba terus keluar. Tinggal Qistina dan Irsyad.
“Sayang sihat ke?” Soal Irsyad sambil membawa dua mug milo. Qistina memandang Irsyad pelik.
“Err..sihat.” Qistina mencapai mug tu lalu menghirupnya perlahan. Tiba-tiba tangan Irsyad di perut Nisha. Nisha terkejut lalu menepisnya.
“Qis..tolong bagi abang peluang. Abang tau, ni anak kita.. Kan?” Irsyad tak berputus asa. Kali ni Irsyad sentuh lagi, Qistina membiarkan saja. Tiba-tiba...
“Argghh...!” Qistina mengerang.
“Ke..kenapa sayang?” Irsyad panik.
“Perut tegang. Baby tendang.” Irsyad cuba amati. Tiba-tiba terasa ada yang menendang-nendang tangannya. Automatik air matanya mengalir.
“Baby respon..dia tahu tu tangan ayah dia.” Ujar Qistina.
“Iyeke?” Irsyad teruja.
“Sayang dah scan baru belum?” Irsyad mula bertanyakan hal anak.
“Belum lagi. Esok kut.” Qistina mula usap lembut pinggangnya.
“Esok abang hantar sayang pegi klinik.” Janji Irsyad.
“Jangan.. Nanti apa kata Nisha pulak.” Ujar Qistina.
“Abangkan ayah baby ni.” Irsyad masih tak nak mengalah. Qistina ketawa kecil.
“Qis.. Taraaa..!! Aku bawak aiskrim febret kau!” Nisha tiba2 muncul, mengejutkan Irsyad dan Qistina.
“Alhamdulillah..baby Puan Qistina sangat aktif dan tiada apa-apa yang buruk setakat ni.” Ujar Dr.Hamad.
“Terima kasih doktor.” Irsyad teruja.
Semakin hari, hubungan Irsyad dan Qistina mula pulih seperti sediakala. Mereka bagaikan belangkas. Namun seperti ada yang menghidu hubungan mereka.
“Mari sini abang urutkan sayang. Sakit mana?” Kaki Qistina di urut. Itulah tugas para suami di saat sang isteri hamilkan anaknya.
“Lapar tak?” Sambil urut sempat Iryad pegang perut Qistina. Baby tendang kuat.
“Lapar.”
“Abang tak pandai masak. Kita makan luar ye sayang.” Ujar Irysad. Qistina mengangguk. Susah payah Qistina bangun. Teringin je Irsyad dukung Qistina ke mana saja.
“Eh, takpe ke datang rumah ni? Kang Nisha cari.” Ujar Qistina sambil menghidangkan mee bandung di meja makan.
“Abang cakap balik lambat hari ni.” Ujar Irsyad sambil melonggarkan tali lehernya.
“Lagipun abang rindu masakan isteri abang ni. Qis tau tak sebab apa abang jatuh cinta kat Qis? Sebab Qis pandai masak. Sedap! Tip top!” Puji Irsyad lalu jamah mee bandung masakan Qistina.
“Macam-macamlah abang ni. Makan jom. Baby lapar, ibu pun dah lapar.” Ujar Qistina lalu makan dengan begitu selera.
“Qis..thank you sebab terima abang.” Jari jemari Qistina di capai lalu di kucupnya.
Tiba-tiba.....
“Rupanya inilah keje abang ye!” Nisha tiba-tiba terjengul depan pintu bersama beberapa orang polis dan lelaki berserban. Qistina terkejut.
“Nisha..dengar penjelasan abang dulu.”
“Tanak! Qis! Kan aku dah cakap dengan kau. Jangan jadikan suami aku sebagai list laki pujaan kau! Ni siap ajak masuk rumah lagi. Entah-entah dah sampai atas katil!” Maki Nisha. Qistina cuba bangun namun terjatuh.
“Arhhhh!! Sakit!! Tolong abang..tolong Ni..nisha..tolong a..ak.. Aku..sakit.....!!!” Darah mengalir banyak. Nisha terkejut. Lantas Irsyad mendukung tubuh Qistina.
Cahaya terang membuatkan lena Qistina terganggu. Ah, sape yang kacau aku ni. Mata Qistina membulat! Aku kat mana ni? Kenapa tempat ni asing bagi aku. Qistina meraba perutnya. Kempis!
“Qis..” Kelihatan Irsyad di sisi Qistina. Sedang memaut jari jemari Qistina.
“Abang..mana baby kita?” Qistina mula bangun. Tapi terasa sakit.
“Sayang tenang. Baby kat wad. Doktor kata keluar tak cukup bulan. Excited sangat kut nak jumpa ibu ngan ayah dia.” Ujar Irsyad. Dada Irsyad jadi sandaran Qistina.
“Assalamualaikum..eh..Sya ganggu ke?”
“Waalaikumsalam.. Sya..aku minta maaf..aku..”
“Its okay.. Abang dah citer segalanya kat aku. Aku patut minta maaf.. Aku tak tahu pun, percayalah.. Aku takkan melebih-lebih dgn abang. Sebab aku yang rampas suami kau.” Nasha memegang jemari Qistina.
Datang seorang nursa bawak bayi kecil. Ya Allah..anak aku ke? Yang selama ni duduk dalam perut..dah keluar? Terima kasih ya Allah.
“Qis..doa kau makbul. Lepas ni aku macam kau. Bulat!” Ujar Nisha. Qistina membulatkan matanya.
“Serius?”
“Yup! 2 bulan..” Perut kempis Nisha di usap Qistina. Irsyad memandang ke arah kedua orang isterinya.
“Qis..mama minta maaf.” Datin Jasmin datang memeluk Qistina. Sekian lama wanita itu mencari Qistina untuk minta maaf di atas ketelanjuran kata-katanya.
“Mama.. Qis dah lama maafkan mama.” Ujar Qistina sambil memegang jemari tua wanita itu.
Ala knp kawin lain huhuhu
BalasPadamWhyyyyyy??????kahwin lainnnnnnnnnnn....
BalasPadamWhyyyyyy??????kahwin lainnnnnnnnnnn....
BalasPadamTak pe, kan dah terlanjur, yg penting adil, hehehe
PadamSekadar cerita saja
Padamohmy!!madu???no!no!no!
BalasPadamciter nie best tapi asal kahwin lain....
BalasPadamCakap sayang qistina....tapi kahwin lain....erkkkk
BalasPadamMenarik tp knp bermadu 😥😥😥
BalasPadamCakap syg tpi nisha blh mengandung pula😕😕
BalasPadamTlg email ke syarifmikhail00@gmail.com..ad bnda sy nx bncng
BalasPadamTlg email ke syarifmikhail00@gmail.com..ad bnda sy nx bncng
BalasPadamKawan baik jadi madu la weyh😂 hebat arh
BalasPadamkta syangggg,, mngndung plk ?? plikkk...
BalasPadamCiter yg lgusung x logik..annoying
BalasPadamI'm sorry, but I don't like it
BalasPadamMungkin dah takdir diorang untk bermadu
BalasPadamMungkin dah takdir diorang untk bermadu
BalasPadam