Cerpen : Jodoh itu tertulis untuk kita

“Aduh! Pukul 9 dah ke? Terbabas subuh la pulak!” Pantas Asya menepuk dahinya. Beginilah lumrahnya kalau hari cuti. Asyik bangun lambat. Asya meraba sisi kirinya.

Eh? Mana handphone aku ni?
  Bulat matanya mencari. Kelihatan handphonenya terletak elok di balik comforter.
Adapun! Bukak twitterlah jap.
  Sedang Asya scroll TL twitter. Kelihatan beberapa rakannya mention nama Encik Mimpi. Ah, pape je la korang! Di pandangnya nota di atas meja lampu tidurnya. Eh, nota?
'Aku keluar sampai petang. Aku kejut kau tak nak bangun. Tadi Afiq call aku. Dia tanya pasal kau.'
Eeee! Ape lagi si Afiq ni nak? Hadoii..dahlah melayan lagu kau malam tadi buat aku terbabas subuh! Grrr.. Bisik hati kecil Asya.
    Laju Asya bangkit dari katil mencapai tuala lalu membersihkan diri. Setelah itu, Asya pun sarapan mee goreng air tangan Irin yang sudah sejuk. Mungkin sudah lama terhidang.
  *music* When your gone...belum sempat lagu tu abis, laju Asya menekan punat hijau. Tak lain tak bukan, Afiqlah yang rajin call Asya.

  “Hello babe.” Kedengaran suara garau serak basah Afiq di corong telefon.

“Ye, ade apa incik Afiq.” Ujar Asya laju sambil menyua mee goreng kedalam mulutnya.

“Haha..saje aku kacau kau. Boring! Tak tahu nak buat apa.” Ujar Afiq.

“Pastu kau nak aku buat apa?” Ujar Asya selamba.

“Aku nak kau dengar aku nyanyi jap.” Argh! Aku dah agak! Kau ni kan Afiq, aku sekeh kau kang!


Ku benar-benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku

Daku berkelana mencari
harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu sayangku
Ku adalah milikmu yang kau rindu

Doa doakanlah diriku
Di dalam hatimu, Di dalam nafasmu
Sepanjang hari harimu

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu..

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh jangan janganlah kau
bersedihkan hatimu kekasih

Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu


  “Okey tak?” Asya tersenyum. Suara kau memang sedap Afiq.
  “Bolehlah sikit-sikit. Weh! Aku nak gi basuh pinggan. Nanti aku call kau eh?”
  “ok.” Balas Afiq hambar. Laju jari Asya tekan punat merah lalu membiarkan handphonenya di atas meja. Matanya terpandangkan stor. Ya, dah lama tak kemas stor. Kemas storlah jap lagi.

  Tengok jam dah pukul 4 petang. Eh, mandi japlah! Melekit pula badan ni. Selepas selesai mandi, terus Asya duduk depan tv. Hiptv takkan aku tinggalkan! Hehe

  “Bersama di alam fantasi, di alam Mr. Mimpi, tidur jap. Mimpi?” Ucap pengacara hip tv, Aidid Marcelo.
  “Ye, saya..” Ujar Encik Mimpi.
  “Sekali tengok macam bandi amuk. Ramai yang jumpe, eh ingat bandi amuk.” Ujar Aidid Marcelo.
  “Saya bandi amuk jugak.” Ujar Encik Mimpi selamba.
  “Tapi tak amuk dah sekarang?”
  “Ye, tak dah sekarang.”
  “Okay, panggil nama Mr. Mimpi?”
  “Ah, ya. Mr. Dream atau dalam bahasa melayu Encik Mimpi.”
  “Ha..encik bermimpi?”
  “Ah, tidakk.. Nama je encik mimpi. Tapi saya tidak bermimpi.” Ujar Encik Mimpi.
  “Siapa yang pernah bukak youtube nyanyian Encik Mimpi tahulah. Sekarang ni parodi2 jadi trend. Siapa yang pandai sket, kreatif sket dia akan meletup. Tapi awak, memilih masa yang sesuai. Rezekilah tu. Dengarnya awak ada lagu single terbaru.” Ujar Aidid Marcelo.
  “Ya, yang bertajuk 'Rindukanlah'.”
  “Macammana boleh tercetusnya lagu rindukanlah? Biasa orang yang buat parodi ni selalu ada kaitan dgn hidup dia.” Tanya Aidid Marcelo.
  “Sebenarnya lagu rindukanlah bukanlah ciptaan saya sendiri. Sayakan aktif dalam youtube. Jadi ada seorang telah melamar saya, nyanyikan lagu rindukanlah. Saya rasa lagu ni macam boleh pergi, then sesuai dgn vokal saya and try lah. Alhamdulillah dia dah jadi lagu untuk drama Playboy Itu Suami Aku.” Terang Encik Mimpi.
  “Nyanyi sikit boleh?”
  “Daku ini cinta sejatimu, Daku ini harapan hatimu. Oh janganlah engkau bersedih, Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu.” Nyanyi Encik Mimpi.
    “Kalau nak panjang2, kene belilah album single terbaru Encik Mimpi.” Ujar Aidid Marcelo mengakhiri perbualannya.

  Melopong mulut Asya. Sedapnya suara Encik Mimpi ni. Aku kena cari ni video dia. Laju tangan Asya menaip 'Encik Mimpi'. Mak!! Banyak betul video mamat ni. Satu persatu di klik dan Asya melayankan saja. Tapi kenapa suara dia macam suara orang yang aku kenal eh?
  Asya bukak fb Encik Mimpi, button 'like' ditekan. Yeahh! Blogger Encik Mimpi digeledah abis. Twitter Encik Mimpi? 'Follow' je la. Tiba2 ade notification kat interaction. Ehh? Dia followback aku weh! Biar betul! Artis followback! Wahhh..

Esoknya.....

'Asya, jom lepak ngan aku.' -afiq-

'Em..kat mane?' -asya-

'Mana2 la. Aku boring.' -afiq-

'Aku gi rumah kau eh.' -asya-

'Ok' -afiq-

  Dicapainya tudung dan kunci keretanya di atas meja. Kelihatan Irin sedang tidurkan anak sedara yang dijaganya sejak kecil lagi.
  “Nak gi mane tu?” Soal Irin sambil menepuk lembut punggung anak sedaranya yang sedang menyusu botol.
  “Pergi rumah kawan jap!” Ujar Asya.
  “Oh, Afiq kau tu eh?” Asya menyengih sahaja. Nampaknya Irin sangat tahu keakraban Asya dan Afiq.

  Sebaik sampai kat rumah Afiq, Asya terus duduk kat gazebo berdekatan dengan kolam ikan rumahnya. Afiq pula keluar dengan gitar cinta hatinya.
  “Aku ganggu kau ke?” Soal Afiq. Asya geleng.
  “Kau dah makan ke? Aku adalah bawak Sardin Roll untuk kau. Nak tak?” Laju Afiq mencapai lalu menyua kedalam mulutnya.
  “Oi..baca bismillah dulu, kang tercekik.” Nasihat Asya. Muka Afiq merah.
  “Eh, apesal? Pedas ke?” Afiq buat isyarat pegang leher. Laju Asya sua air. Air kosong diteguk hampir setengah botol.
  “Tercekik!” Tu dia. Keluar suara Afiq. Asya gelak terbahak-bahak.
  “Tulah kau. Makan tak sempat bismillah..kan dah tercekik. Haha.” Ketawa Asya masih bersisa. Afiq pandang je Asya, geram!
  “Seronoklah kau ketawakan aku, kan.” Asya diam.
  “Aku gurau je. Weh, kau nyanyi lagu ape eh semalam. Aku sukalah. Nyanyi lagi boleh?” Asya memandang Afiq penuh mengharap.
  “Lagu ape? Banyak lagu aku nyanyi tau.”
  “Yang kau nyanyi kat aku semalam tu la.” Lama Afiq fikir.
  “Oh, lagu Rindukanlah. Nak dengar eh? Jap.” Afiq mula memetik gitar lalu nyanyi lagu tersebut.
  “Eh..wait2. Apesal suara kau sama macam suara Encik Mimpi?” Soal Asya.
  “Hah? Sebab akulah encik mimpi. Haha.”
  “Ee..aku tanye serius ni.”
  “Ye, akulah encik mimpi. Kacak tak aku?” Ujar Afiq. Asya memandang anak mata Afiq.
  “Haha! Sah kau tengah tipu aku.” Asya tumbuk dada Afiq. Bibir Afiq tersenyum sungging.
   *music* when your gone...pantas Asya menjawab incoming call tersebut walaupun tiada nama tertera.
  “Hello.”
  “Memang free pun. Awak kat mana ni?”
  “Okey, jumpa dinner malam nanti ya.”
  Panggilan dimatikan. Afiq pandang Asya dengan penuh tanda tanya. Siapa yang call dia?
  “Ni ha. Kawan pejabat aku. Ajak dinner. Pukul berapa dah ni?” Soal Asya. Sambil menarik lengan Afiq untuk melihat jam di tangan Afiq.
  “Kau nak dengar lagi tak lagu aku?” Soal Afiq sambil petik gitar perlahan.
  “Asyik kau je nyanyi. Jom rayau jap!” Sengih Asya sambil menayang giginya. Comel!
  “Yela2 intan payung! Jom aku belanja kau makan kat Tutti Frutti. Nak tak?” ujar Afiq sambil menyimpan gitarnya kedalam sarung.
  “Sedapnya ais krim! Thank you Afiq. Kaulah kawan dunia akhirat aku. Jom!” Ujar Asya nada teruja. Sejak dari sekolah menengah mereka rapat sebagai kawan baik. Sama2 cemerlang. Dan memasuki dunia universiti bersama hinggalah ke dunia pekerjaan. Sebab tu bagi Asya, lepak rumah Afiq, bagaikan balik rumah keduanya.

  “Saya suka awak!” Ayat itu sahaja membuatkan Asya bagai terpukau dengan lamaran lelaki kacak dihadapannya, Haris. Dengan rupa beliau yang kacak dan berkarisma mampu membuat kaum hawa jatuh bersujud dikakinya.
  “Err..Haris. Are you kidding me?” Soal Asya separa gagap.
  “Nope! Saya betul-betul maksudkannya.” Ujar Haris sambil senyum nipis. Ah! Senyuman inilah igauanku. Asya teruja.
  “Izinkan saya jadi boyfriend awak boleh?” Terkebil-kebil mata Asya. Apakah dia melamar aku? Yeahh!

  Sejak Haris melamar Asya, sejak itu Asya jarang luangkan masa bersama Afiq. Asya seolah-olah mencipta jarak di antara mereka. Asya sentiasa bersama dengan Haris.
  “Boringnya. Hari ni, Haris ada keje. Tinggal laa aku cuti tanpa Haris.” Bebel Asya sambil baring2 di atas sofa.
  “Eleh, kau. Asyik berkepit je dengan Haris tu, dah macam laki bini. Baru tak jumpa sehari. Dah macam orang mati laki.” Balas Irin sambil tuang air panas ke dalam botol susu.
  “Kau bolehlah. Single and available. Aku dan Haris dah plan. Hujung tahun ni nak tunang. Tunang 2 tahun, then baru kahwin.” Ujar Asya sambil mengira-ngira guna jarinya.
  “Awat lama sangat! Tak baiklah tunang lama-lama.” Ujar Irin.
  “Dah plan dia macam tu. Aku nak buat ape lagi? Merayu? Oh, please!”
  Just give me a reason, just...pantas Asya membuka inbox sebaik saja bunyi tone mesej.
  “Alaa..Afiq lagi.” ucap Asya perlahan.
  “Pergilah keluar dengan dia. Kaukan kawan dia. Kesian dia tahu tak. Hari-hari tanya aku pasal kau.” Bebel Irin. Belum pun sempat Irin membebel kedengaran pintu bilik ditutup.
  “Laa..lari masuk bilik pulak. Macam-macam.” Irin menggeleng sambil mendukung anak sedaranya.

'asya, jom keluar lunch. Aku belanja kau.' -Afiq-

'Em..sekarang ke?' -asya-

'Yela. Takkan besok pulak.' -Afiq-

'Ok, aku siap. Kau datanglah amek aku. Aku malas drive kete.'

h0nn..h0nn..!!
  Eh, mak kau! Asya menyelak langsir kelihatan sebuah kereta putih tersadai dihadapan pagar rumahnya. Afiq!
  “Oi..aku baru je send. Kot ye pun sabarlah.” Bebel Asya membetulkan tudungnya. Afiq menyengih. Rindu betul dia dengan Asya. Sebab tu bila Asya balas ok je, laju Afiq drive.
  “Aku tadi kebetulan lalu dekat dengan perumahan kau.” Bohong Afiq. Asya merenung ke dalam anak mata Afiq. Mata Asya mengecil.
  “Afiq ni. Suka tipu Asya laa..” Tamparan lembut dari Asya membuatkan Afiq terpana sebentar. Sudah lama mereka tak bertepuk tampar. Dan lama itulah dia tidak mendengar suara Asya membebel macam mak nenek.
  “Heee.. Asya ni tahu2 je.” Afiq mengekek.
  “Eleh, kau ni. Macamlah aku tak kenal kau. Dah lama kut. Haha.” Asya ketawa pula. Lagilah nak meruntun jiwa Afiq. Asya..ketahuilah. Aku hanya ada kawan baik kau sorang je.
  “Asya aku ada reka satu lagu lagi tau. Kau nak dengar tak?”
  “Siapa lagi pendengar kau kalau bukan aku. Cepatlah nyanyi. Nak hayati ni.” Afiq parkir kereta ketepi lalu mencapai gitar di seat belakang.
  “Tajuk dia S.U.K.A.”


Ku suka padamu
Suka caramu
Pabila ku bersamamu
Hatiku riang selalu

Ku suka tawamu
Suka senyummu
Pabila kau bercerita
Akulah pendengar setia

Namun ku tidak tahu
Cara untuk kata padamu
Aku jatuh suka padamu
Maka ku tuliskan lagu

Menyampaikan rasa sukaku
Ku ingin kau dengarkan aku

Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mulai petikkan gitar

Ku tak mahu dirimu berduka
Itu aku tak suka
Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mengalunkan suara

Ku mahu mendengar kau ceria
Sebab itu yang paling ku suka

Terkadang ku malu
Bila denganmu
Tak tahu kenapa begitu
Mungkin sebab ku suka kamu

Ku bayangkan kamu
Sebagai temanku
Walau sebenarnya ku takut
Akan kehilanganmu

Jangan kau jauh dariku
Aku jenis tak tahan rindu
Nanti hidupku bercelaru

Tolonglah dengar lagu ku
Jika kau juga rindukan aku
Ku suka kau dengarkan aku

Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mulai petikkan gitar
Ku tak mahu dirimu berduka
Itu aku tak suka

Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mengalunkan suara
Ku mahu mendengar kau ceria
Sebab itu yang paling ku suka

Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mulai petikkan gitar
Ku tak mahu dirimu berduka
Itu aku tak suka

Ku mahu kau selalu suka
Bila ku mengalunkan suara
Ku mahu mendengar kau ceria
Itu yang aku suka

Dan ku lakukan semua yang kau suka
Andai itu membuat hatimu suka
Aku suka melihat kau suka
Sebab kamu yang paling ku suka
Aku SUKA...
Aku SUKA...
Padamu...


  “Suka..suka! Ehem..lagu ni untuk sesiapa ke?” Ujar Asya sambil menjongket kening sebelah. Afiq menyengih sambil menggeleng.
  “Laparlah. Jom gi makan.” Ujar Afiq.
  “Kau ingat kau sorang je lapar, aku pun lapar tau. Tengok gitar kau macam tengok peha ayam.” Terus terang Asya.
  “Err..jangan makan gitar aku. Jangann.” Asya menyengih.

Pada suatu petang,
  “Eh, Encik Mimpi baru upload ke video ni?” Bebel Asya sambil menjamah coklat didepan laptop.
  “Tajuk ape?” Soal Irin.
  “Ayuh tinggalkan dia.” Jawab Asya.
  “Oh.” Irin seperti tak berminat dengan lagu. Dia lebih kepada bahagian fesyen. Minatnya terhadap dunia fesyen terlalu mendalam melebihi segalanya.


Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
Entah bagaimana kau sangkut kepadanya
Aku lihat dia taklah sekacak mana
Ai geram hati ku rasa

Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
Janganlah tunggu lama-lama

Oh sayang sayang sayang sayang
Sejuta kali sayang
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Sayang ku pada kamu takkan menghilang

Oh rindu rindu rindu rindu
Sejuta kali rindu
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku

Sayang, ku kan setia
Akan ku pastikan kamu bahagia
Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta

Sayang ku kan mencinta
Lebih dari apa kau dapat darinya
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh~Tinggalkan lah dia

Akan ku binakan mu istana bahagia
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
Yang akan melindungi kamu setiap masa
Kerna kamu sang puterinya

Sayang, ku kan setia
Akan ku pastikan kamu bahagia
Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta

Sayang ku kan mencinta
Lebih dari apa kau dapat darinya
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh~~Tinggalkanlah dia
Ayuh~~Tinggalkanlah dia


  Lagu tu macam dituju untuk dia pula rasanya. Sudahlah suara Encik Mimpi ni merdu. Laju saja tangannya mendownload video tersebut.
  *music* when your gone...tertera nama Afiq. Tangan Asya sudah dipunat hijau tapi masih belum rasa nak tekan.
  Suruh Afiq nyanyikanlah!
  “Hello!” Asya pelik!
  “Helooo..ade orang tak?”
  “Yee..ade orang. Hehe..”
  “Kau nikan. Wat suspen je la. Ade ape call aku?” Ujar Asya sambil mencapai putik kapas lalu mengorek telinganya. Ah, itu memang tabiat Asya. Telefon Afiq sambil korek telinga.
  “Akukan nak nya..” Belum abis Afiq cakap, laju Asya memotong.
  “Nyanyi ape? Nyanyilah.” Ujar Asya.
  “Eleh, tau2 je kau ni. Aku boringlah. Takde orang dengar aku nak nyanyi.” Ujar Afiq. Asya menyengih. Afiq terus mengalunkan lagunya bersama gitarnya.
  “Tajuk dia ape eh lagu ni?”
  “Ayuh Tinggalkan Dia.” Patutlah aku macam pernah dengar. Lagu Encik Mimpi!
  “Hei, kau cetak rompak lagu Encik Mimpi eh?”
  “Eh? Ni lagu akulah. Encik Mimpi tu yang parodikan lagu aku.” Ujar Afiq. Asya menjongkit kening. Susah betul nak pastikan ini betul atau tak. Kalau Afiq depan mata, dah lama aku usha mata dia.
  “By the way, lagu ni sedap! Tapi hari tu pun kau nyanyikan kat aku lagu rindukanlah, tu kan Encik Mimpi punya jugakkan? Kau parodikan lagu dia eh?” Bebel Asya.
  “Ish! Tak kuasalah aku parodi lagu sendiri. Lagu akulah.” Tettt! Alah! Henpon matilah pulak. Battery low. Mata Asya terpandang lappynya. Eh, ada email dari Haris.

-Esok pergi keje dengan saya ye.- Haris

-Okey. Pukul berapa?-Asya

-Pukul 7.30 saya sampai-Haris

  Jangan lambat tau. Saya tak suka menunggu. Afiq_ jari Asya berhenti menaip. eh?? Nape nak letak nama Afiq pulak ni? Nasib baik tak tekan enter. Fuhh! Penangan lagu Afiq.

-Jangan lambat tau.-Asya

-Okey Dear, goodnight and sweet dream. I love you-Haris

-Night! Sweetdream too.-Asya

  Entah kenapa bila dengan Haris aku macam takde feel. Masa mula-mula dia lamar aku je rasa teruja sikit. Maklumlah takde orang melamar. Em.. Asya menutup buku diarinya. Hari ni catatannya pendek dan ringkas.

  Berdentum-dentum petir diluar membuatkan Asya terjaga kesejukan. Aircond ditutup. Susah pula nak tidur semula. Kalih kanan tak selesa. Kalih kiri juga begitu. Kenapa dengannya? Asya terus ke bilik air, lalu mengangkat whuduk.
  Sejadah dihamparkan, telekungnya di sarung cantik. Sembahyang sunat tahajjud ditunaikan. Setelah bertahajjud barulah Asya perasan jam sudah ke angka 5.30pagi. Dah nak subuh! Asya terus mencapai tualanya lalu mandi.
  Wajah Afiq bermain di mindanya. Asya membuka mesej dihandphonenya. Kebanyakannya mesej Afiq dan dia dulu. Tak pernah rasa ingin padam. Azan subuh berkumandang. Lalu Asya menunaikan solat subuh. Terasa angin pagi itu begitu berlainan.
  Asya segera menyiapkan dirinya. Kerana sebentar lagi Haris nak ambil dia untuk pergi kerja bersama.
  “Asya, bangun subuh! Kau ni pagi2 susah betul nak ba..” Belum abis Irin membebel Asya sudah menjengulkan kepalanya dipintu siap berbaju kurung lagi.
  “Err..awalnya kau bangun.”
  “Aku bangun awal pun salah ke?” Ujar Asya sambil menyanggul rambutnya.
  “Takdelah. Pelik je. Nak makan apa? Aku nak masak special untuk kaulah. Sebab kau bangun awal.” Ujar Irin. Asya menyengih.
  “Takpelah sayang. Aku tak lapar. Aku makan kat tempat lain je la.” Asya berlalu pergi. Menaiki kete hitam yang baru tiba.

  “Haris, awak betul-betul suka saya ke?” Ujar Asya tiba-tiba setelah agak lama berdiam dari tadi melayan handphonenya.
  “Ye.” Balas Haris.
  “Saya takut saya mainkan perasaan awak. Saya takut, awak terluka. Sebab saya sebenarnya takde perasaan apa-apa pun kat awak.” Ayat itu bagaikan halilintar menyengat telinga Haris. Haris terkejut. Stereng kereta laju menyenget ke arah bertentangan.
  “HARIS!!!”
  Gelap! Gelap? Aku dah tak nampak apa-apa. Kenapa gelap? Terasa air mengalir didahinya. Namun Asya tak dapat melihat air apakah itu.

  Hah!!
  Asya terjaga. Ya Allah! Aku mimpi ngeri rupanya. Astaghfirullah al azim. Tangan Asya meraup wajahnya. Eh?? Nape tangan aku berselirat wayar ni?
  Kelihatan Afiq sedang terlena di kerusi menunggu. Eh? Aku di hospital? Maknanya aku tak mimpi?
  “Haris mane? Haris?? Haris? Awak tak ape2 ke?” Oleh kerana teriakan Asya kuat, Afiq terjaga.
  “Asya..Haris dah takde.” Afiq menenangkan Asya. Teresak-esak Asya menangis.
  “Afiq..Asya salah! Semua ni salah Asya. Kalau bukan sebab Asya cakap macam tu. Haris takkan accident.” Esak Asya.
  “Syttt..bukan salah Asya. Haris sebenarnya nak bunuh diri. Dia sengaja. Dan dia sebenarnya saja nak libatkan Asya.” Ujar Afiq sambil memegang jemari Asya.
  “Kenapa Afiq cakap macam tu?” Asya memandang Afiq meminta kepastian.
  “Sebab saksi yang cakap, Haris sengaja menukar stereng ke arah bertentang. Dan keretanya takde masalah brek atau apa pun.” Asya mengangguk faham.
  “Haris mana? Aku dah berapa hari kat sini?” Lama Afiq diam.
  “Dah seminggu dia dikebumikan. Meninggal masa dalam perjalanan nak ke hopital.” Bermakna aku koma seminggu.
  “Kau tipu aku?!! Penipu!! Berambuslah kau!! Aku nak Haris!! HARIS!!” Asya hilang kawalan, berkali-kali Asya menumbuk lengan Afiq. Beberapa orang doktor bersama jururawat menerpa ke arah Asya.

Hampir setahun sudah Afiq menghilang sejak peristiwa dihospital. Asya menyesal memarahi Afiq. Selama seminggu selepas dia kemalangan. Afiqlah yang menjaga Asya siang malam. Setelah pemergian Afiq, barulah Asya sedari bahawa dia sayang Afiq.
  Kini Asya telah membuka butik pengantin hasil titik peluhnya. Dia mengusahakan bersama Irin. Oleh kerana Asya bos, maka harinya dihabiskan dengan melayan email. Entah dgn siapa dia berbalas-balas email.

-Hai, awak apa kabar?-EM

-kabar baik. Awak?-Asya

-saya pun baik2 je-EM

-awak, saya rindu kawan baik saya. Afiq! Dah lama dia menghilang. Saya menyesal marah dia-Asya

-kalau satu hari nanti dia muncul depan mata awak, agak2 awak nak minta maaf tak kat dia?-EM

-mestilah. Saya silap besar dengan dia. Saya dah buat salah dengan dua lelaki.-Asya

-masa yang lalu jangan dikenang. Saya yakin, satu hari nanti dia akan datang pada awak.-EM

-saya harap masa tu akan tiba tak lama lagi-Asya

-kalau betul-betul dia ada depan awak. Apa awak nak cakap kat dia?-EM

-eh, mana boleh bagitahu. Rahsia.-Asya

-amboi, selama ni tak pernah berahsia dgn EM pun. Takpelah. Hak awak, privasi awak. Saya just tanya je.-EM

-eleh, merajuk ke?-Asya

-taklah-EM

“Amboi, makin pendek ayat kau ye EM.” Bebel Asya sendiri.

-saya nak cakap yang saya minta maaf kat dia. Saya nak cakap saya rindu dia sangat-sangat. Dan saya nak sangat bagitahu dia yang saya cintakan dia dalam diam.-Asya

-wah, bagusnya. Untunglah dia.-EM

  “Asya, customer ada call mintak hantar bunga-bunga ni ke dewan pengantin sekarang.” Ujar Irin sambil meletak ganggang telefon.

-awak, saya ada kerja, bye. Take care.-Asya

-ok dear. Take care too. Hope awak jumpe dia nanti.-EM

  “Em, yelah! Aku pergi hantar sekarang.” Ujar Asya lalu mencapai kunci keretanya. Lori yang membawa hiasan bunga itu hanya follow kereta Asya dari belakang.
  Jalan Melati? Sini kot. Eh, besarnya dewan dia. Nanti weeding aku nak lagi besarlah! Haha
  Sebaik saja kaki Asya menapak di dewan itu mulutnya melopong kecil. Tema putih merah. Cantik!
  “Saya tak nak meja hidangan di tepi sini je. Sana pun elok letak juga!” Kelihatan beberapa orang sibuk mengangkat meja.
  Hah?! Kaki Asya terpaku. Lidah Asya kelu. Peluh merenik jatuh. Seram sejuk. Adakah itu dia?
  “Asya?!” Ternyata dia juga terkejut.
  “A..a..Afiq..” Asya tergagap. Ish, apesal dengan aku ni.
  “Jom sembang sana.” Nampaknya Afiq sekarang tampak lebih kacak dan berkarisma. Asya diam dan hanya membuntuti Afiq.
  “Lama tak jumpakan.” Tangan Afiq sebelah diseluk dalam poket. Matanya memandang kolam. Asya diam tak berkutik.
  “Kenapa Asya diam ni?” Soal Afiq.
  “Asya tak suka jumpa Afiq ya? Takpelah. Afiq masuk dalam dulu. Banyak benda Afiq nak prepare untuk weeding nanti.” Ujar Afiq. Ah, kenapa terbalik ni? Dulu aku yang banyak cakap.
  “Afiq..” Panggil Asya sebaik saja lihat seolah-olah Afiq ingin pergi.
  “Ye Asya.” Asya diam lagi. Tak tahu nak mula dari mana. Nampak air mata jernih di mata Asya sedang bergenang.
  “Hei, kenapa ni?” Afiq panik!
  “Asya cakap nak minta maaf kat Afiq. Nak cakap Asya rindu Afiq. And nak kata yang Asya..” Asya mengangkat wajahnya. Afiq? Mana kau tahu semua ni?
  “Mana..mana afiq tahu?” Asya mendekatkan wajahnya.
  “Tengok ni.” Afiq menunjuk ipadnya. What? EM tu engkau ya Afiq?
  “Afiq!! kau ke selama ni yang asyik berbalas email ngan aku?” Afiq angguk. Rupanya selama ni Asya tak pernah berpisah dgn Afiq. Malu rasanya. Berbagai cerita tentang Afiq Asya tahu. Termasuk tabiat buruk Afiq ketika tidur.
  “Afiq jahat!” Asya menumbuk-numbuk manja di dada Afiq.
  “Fiq.. Dah siap belum prepare weeding? Berdating pulak dia.” Kelihatan seorang gadis cantik berdiri tidak jauh dari mereka. Afiq menyengih.
  “Sekejap ye.” Afiq berlalu bersama gadis tu.
  Afiq dah nak kahwin dengan gadis itu. Kenapa saat dia sudah hampir menemui kebahagiaan, Afiq pula pergi? Kenapa? Segera Asya ke keretanya. Airmatanya mengalir selaju-lajunya. Sampai hati Afiq tak tunggu Asya! Terasa sakit hatinya bagai dirobek-robek begitu sahaja.

h0nn..h0nn..
  Asya masih lagi berkurung dalam bilik. Entah kali ke berapa dia membaca jemputan kad kahwin yang baru diterimanya.
  “Asya. Afiq kat luar tu. Tunggu kau.” Ujar Irin.
  “Kenapa dia datang? Nak sakitkan hati aku lagi? Camtu?” Marah Asya.
  “Kenapa marah ni? Afiq kan dah jemput kau. Mestilah kau kena pergi. Jadi pengapit perempuan.” Ujar Asya.
  “Dia saja nak bagi aku menangis agaknya. Aku tak naklah tengok weeding dia! Sakit hati ni tau tak. Aku sayang dia. Aku cintakan dia.” Luah Asya.
  “Kut ya pun sayang tak payah la jerit Cik Asya. Awak nak saya dukung awak paksa jadi pengapit? Bukan saya yang kahwinlah. Abang saya.” Ujar Afiq. Laju Asya menyorokkan dirinya yang tidak bertudung itu.
  “Yelah! Saya pergi.” Jerit Asya kegembiraan.

“Supprise apa lagi yang awak nak buat kat saya ni? Lepas satu, satu.” Ujar Asya sambil menjengilkan matanya. Afiq menyegih.
  “Ada lagi satu yang awak tak tahu tentang saya.” Asya mengerutkan dahi sambil tangannya mengipas pengantin.
  “Nanti awak tahu ye sayang.” Arghh! Geram dengan Afiq. Mula-mula kejutan email sebagai 'EM'. Kemudian kejutan weeding abang dia rupanya. Lepas ni aku tak tahulah! Nasib baik takde heart attack. Afiq, awak memang sweet! Sweet macam gula-gula.
  “Di atas permintaan ramai, kita ada artis jemputan. Iaitu Encik Mimpi dengan lagu, izinkan hatiku.” Ujar pengacara. Muncul lelaki berkemeja merah hati bersama tai leher polka dot. Eh, tai tu bukan aku yang hadiahkan dulu ke?
  “Lagu ini khas untuk someone. Cik Asya Adrina.” Asya terkejut! Eh, encik mimpi mention nama aku? Arr..teruja!


tak terlintas difikiranku mengenalimu
tak terbayang diriku utk mengimpikan kamu
apa yang ku harapkan darimu adalah
tulus ikhlas dalam persahabatan

hari berganti hari tanpa ku sedari
hatiku mulai menyayangimu sepenuh hati
tapiku tak pasti maksud di sebalik semua ini
hanya sekadar sayang ataupun cinta sejati

sayang izinkan hatiku ini memiliki kamu
ku tak bisa melepaskanmu dalam dakapanku
sayang izinkan hatiku ini bersama denganmu
walau hanya sesaat
ku hanya dambakan cinta darimu

hari berganti hari tanpa ku sedari
hatiku mulai menyayangimu sepenuh hati
tapiku tak pasti maksud di sebalik semua ini
hanya sekadar sayang ataupun cinta sejati

andai ini suratan hidup kita
untuk ditakdirkan bersama
aku hanya mampu tersenyum
kerna kebahagiaan yang ku impikan
telah ku miliki selamanya
aku cinta kamu sayang

sayang izinkan hatiku ini memiliki kamu
ku tak bisa melepaskanmu dalam dakapanku
sayang izinkan hatiku ini bersama denganmu
walau hanya sesaat
ku hanya dambakan cinta darimu


  Gadis-gadis yang meminati Encik Mimpi berteriak sekuat mungkin. Apakah terlalu teruja. Aku yang gilakan Encik Mimpi takde pun berteriak. Asya berlari ke belakang dewan!
  “Afiq!” Encik Mimpi terkejut. Topeng di buka. Segera baju kemeja ditukar, baju melayu merah disarung semula.
  “Supprise!” Asya memuncungkan mulutnya.
  “Afiq banyaknye supprise! Eeee..”

Di ringkaskan cerita. Setahun kemudian, Asya dan Afiq selamat diijabkabulkan. Mereka disatukan. Asya telah pun mengandung 2 bulan hasil ikatan cinta mereka.
  “Asya tahu tak kenapa email abang EM?” Asya menggeleng.
  “E adalah Encik dan M adalah Mimpi.” Asya melopong.
  “Abang ni..teruklah. Eee..apa lagi yang abang sembunyikan dari Asya. Geram tau!” Muncung Asya tinggi. Afiq mencapai hanger.
  “Boleh sangkut hanger. Macam comel je. Dah..dah..tak mau tarik muka depan suami dosa. Jangan muncung2 gitu. Nanti baby ikut.” Usik Afiq. Terus Asya tersenyum. Pandai betul dia ni ambil hati aku. Suami saya memang sweet.

1 ulasan:

  1. babyliss pro titanium flat iron
    babyliss pro titanium flat iron · titanium bmx frame 1. Material: Aluminum · 2. titanium gr 2 The primary material of the ribline. · 3. The secondary does titanium set off metal detectors material of the titanium joes ribline. · 4. The primary material of titanium flash mica the ribline. · 5.

    BalasPadam

Ty so much for reading