“Will you marry me?” Soalan itu membuatkan aku menoleh kiri kanan mencari arah suara.
“Who are you?” Soalku lagi.
“Your prince.”
Yang peliknya aku tak nampak sesiapa di sini. Suara siapakah ini? Yang ada hanyalah hutan belukar dengan di tumbuhi pokok-pokok liar. Aku berjalan lagi. Cuba mencari suara itu. Mungkin suara itu mampu membawa aku keluar dari hutan itu.
“Where are you?”
“I'm here.” Muncul di hadapanku seorang lelaki beruniform formal bewarna putih sedang menunggang kuda. Wajah lelaki itu terlalu bersinar membuatkan aku gagal menangkap wajah lelaki itu.
“Can you be with me?”
Lelaki itu menghulurkan tangannya padaku, tanda dia ingin mengajak aku menunggang kuda bersamanya. Baru aku ingin mencapai tangan putera raja itu, tiba-tiba kedengaran namaku di laung sebegitu kuat.
“SABRINA!!!”
Sabrina membuka mata! Aduh, aku mimpi je ke tadi? Sabrina memandang sekelilingnya. Dia masih di biliknya. Sabrina melihat jam di tangannya. Baru pukul 2 petang. Rasanya ni time dia rehat.
“Ye makk..” Belum sempat Sabrina menyahut, satu tangan hinggap dipipinya. Terasa berpinar sekejap dunianya. Pedih.
“Kau memang saja nak malukan aku?! Kecoh satu kampung cakap kau bermain cinta dengan Rizman! Mana aku nak letak muka ni? Penat-penat je aku bela kau, ni yang kau balas?!” Maki mak Nab sambil bercekak pinggang.
Sabrina terpinga-pinga. Sudahlah dia baru saja bangun dari tidur. Kini dikejutkan dengan penampar dari mak Nab. Entah apa salahnya. Dia masih belum dapat memahami keadaan 100 peratus.
“Ni la perempuan murahan. Kau tu sedar diri sikit. Dahlah bodoh. Belajar setakat spm. Kau tak layak dengan Rizman lulusan London tu!” Ejek Diyana, kakak tiri Sabrina.
Baru seminggu ayahnya meninggal dunia, sudah bermacam-macam dua beranak ini lakukan padanya.
“Hei, kau dengar sini. Malam ni tok Jalil ketua kampung kita tu buat kenduri. Jadi kau tak payah mengada-ngada nak datang. Faham?!” Ujar mak Nab.
“Baik mak.” Ujar Sabrina sambil mengangguk. Pipinya yang masih merah itu di usap perlahan. Sakit. Itulah yang dia rasakan.
Jam menandakan sudah pukul 6 petang. Mak Nab dan Diyana awal-awal lagi sudah pergi ke rumah tok Jalil. Katanya nak tolong di sana.
Langit mendung, lalu hujan pun turun dengan lebat. Baru Sabrina ingin ke biliknya untuk menutup tingkap tiba-tiba kedengaran pintu rumahnya di ketuk kencang!
Awalnya mak dan kak Diyana balik.
Sangka Sabrina mak Nab dan Diyana, rupa-rupanya bukan. Seorang lelaki tak dikenali dengan mukanya yang berdarah-darah berdiri didepan pintu.
“Err..en..encik sape?” Soal Sabrina. Namun soalannya tak dijawab. Sebaliknya lelaki itu terus masuk dan tiba-tiba jatuh di situ.
“Encik! Encik!”
Sabrina takde pilihan lain lagi, melainkan mengheret lelaki itu ke sofa. Kain yang di celup dalam air suam di perah perlahan lalu di cuci luka-luka di muka lelaki itu.
Sedikit demi sedikit terserlah wajah tampan lelaki itu. Entah kenapa jantung Sabrina berdegup kencang. Mungkin kerana inilah kali pertama dia dekat dengan lelaki selain ayahnya. Sabrina mengambil selimut di biliknya lalu meletakkan di atas tubuh lelaki itu.
“Mak!!!”
Jeritan Diyana yang agak nyaring itu membuatkan Sabrina terjaga dari lenanya. Namun Sabrina lebih terkejut kerana dia tertidur di dada seseorang.
“Sabrina? Ni jantan mana kau bawak ni?! Tak dapat Rizman, yang ni pun kau kaut?! Kau memang kaki jantanlah!” Rambut Sabrina di tarik kuat.
“Mak..mak..Sabrina tak buat apa-apa. Betul mak..”
“Diyana, panggil tok imam cepat. Kau betul-betul memalukan aku!” Tangan mak Nab sudah memegang rotan. Tubuh kurus Sabrina di campak lalu di rotan berkali-kali. Diyana sudah hilang entah ke mana.
“Mak..sumpah Sabrina tak buat apa-apa. Mak..mak..tolong jangan pukul Sabrina lagi mak..” Sabrina merayu-rayu. Namun sikit pun mak Nab tak endahkan. Mak Nab terus menerus merotan Sabrina.
“Perangai kau ni sama dengan mak kau kat kubur tu! Perampas! Kaki jantan! Semua lelaki nak kaut!”
Berbisa-bisa tubuh Sabrina saat ini. Lengannya yang berbirat keluar darah sedikit. Walaupun begitu keadaannya Sabrina tidak menangis. Dia terus menahan. Sebab memang sejak kecil lagi dia bukan seorang yang mudah menangis.
“Astaghfirullah al azim.. Nab dah dah. Sabrina apa kamu dah buat ni?” Ujar tok imam yang baru muncul.
“Perempuan ni pelacur.”
“Siapa jantan ni?”
“Ish..tak tahu malu!”
Kedengaran suara-suara sumbang mengutuk Sabrina. Sabrina sudah duduk terperuk menahan kesakitan.
“Anak muda. Bangun.” Kejut tok imam. Lelaki itu terjaga! Pelik! Kenapa semua orang berkerumun ni? Aku kat mana? Kenapa aku kat sini?
“Ya Allah ya Tuhanku..Sabrina..apa semua ni?” Soal tok Jalil. Turut Rizman ada di belakang tok Jalil.
“Dah terlanjur tok. Dibiar berdosa. Ada baiknya kita nikahkan je diorang ni. Dibuatnya Sabrina mengandung, siapa nak bertangungjawab? Malu kita sekampung.” Ujar salah seorang dari kalangan orang kampung.
“Riz tak percaya dengan apa yang Riz tengok sekarang. Ada baiknya kita tanya mereka betul-betul.” ujar Rizman.
“Tadi Diyana tengok diorang berpelukan. Takkan tak percaya lagi? Perempuan ni dah gatal merenyam. Tunggu apa lagi? Nikahkan terus!” Diyana mula mencelah.
“Tolong percayakan Reyna. Reyna tak buat semua ni tok...” Belum sempat Sabrina cakap ada suara mencelah.
“Perempuan sundal!” Semua mengejek-ngejek Sabrina.
“Awak, cakaplah dengan semua orang. Kita tak buat apa-apa. Ceritakan kebenarannya awak.” Rayu Sabrina pada lelaki itu. Namun lelaki itu masih termangu-mangu.
“Assalamualaikum..” Sekumpulan orang berserban berkopiah, berjubah datang. Penduduk kampung menoleh.
“Maaf menganggu. Kami dari jabatan agama terima laporan mengatakan ada perbuatan sumbang di sini.” Ujar seorang lelaki berserban serta berjanggut putih.
“Ya, di sini.” Ujar tok imam.
“Mari kita selesaikan kat masjid.” Orang-orang kampung mula kecoh sana sini. Mengiyakan tindakan jabatan agama.
“Aku terima nikahnya NUR SABRINA binti KENIT dengan mas kahwinnya RM80 tunai.” Dengan sekali lafaz Sabrina sah menjadi isteri kepada lelaki yang dia tak pernah kenal. Dan saat hendak diijab kabul baru dia tahu nama suaminya sahaja. Iaitu ZAM HEZRIQ.
Usai sahaja pernikahan mereka Sabrina terus ke bilik air. Dia menangis semahu-mahunya. Dia malu! Malu dengan semua orang kampung.
Dikeranakan tindakannya yang berniat nak menolong lelaki itu, dia akhirnya terperangkap dengan fitnah.
Manakala Rizman yang duduk didalam kereta menumbuk-numbuk stering keretanya. Geram kerana dia tak dapat pertahankan wanita yang dia ingin jadikan isteri.
Zam menguak rambutnya ke belakang. Apa salah aku sampai begini nasib aku?!
“Anak muda, ingatlah. Allah maha pengampun. Bertaubatlah nak.” Ujar tok Imam. Zam membisu.
Semuanya berlaku begitu pantas. Hanya dengan satu malam hidupnya terus berubah. Biarlah malam yang pekat itu berlalu dengan cepat. Dia mahukan siang. Dia nak bangun dari mimpi ngerinya! Sabrina menghela nafas panjang.
Sabrina diam membisu melihatkan Zam selamba je tidur di atas katilnya tanpa pedulikan dirinya. Sabrina tahu, mesti Zam marah akan dirinya. Atas kebodohannya, dia dan Zam akhirnya berkahwin.
Sabrina memeluk kakinya, dagunya diatas lutut. Sabrina menangis. Kenapa nasibnya begini? Kenapa tidak saja dia mati, bukan ayah dia?
Ibu, Reyna rindukan ibu. Ibu, maafkan Reyna. Ayah, kenapa ayah pergi dulu? Ayah tak kesian ke kat Reyna? Akhirnya dengan air mata Sabrina tidur, tangannya di alas sebagai bantal.
“Bro, Kereta aku eksiden kat kampung apa entah namanya. Kau datang ambik aku kat sini boleh?”
“Okey, set!”
Sabrina yang dah terjaga, pura-pura tidur mendengar perbualan Zam di telefon.
Dia nak balik tempat dia? Tinggalkan aku? Lepas ni, aku di panggil isteri tinggal. Dan aku dikutuk lagi oleh orang kampung? Arghh!!
“Awak nak balik dah ke?” Soal Sabrina sambil mengesat-ngesat matanya.
“Yelah!” Jawab Zam malas.
“Nak ikut.” Ujar Sabrina.
“Kau nak buat apa kat kL? Nak malukan aku depan mama papa aku?” Soal Zam. Sabrina menggeleng.
“Reyna tanak duduk sini. Reyna malu.” Akui Sabrina.
“Lantak kaulah. Ni kira okey la tau, aku nikah dengan kau. Lepas 3 bulan aku akan datang dengan surat cerai. Kau just tandatangan je.” Ujar Zam. Sabrina menggeleng-geleng.
“Tolong. Tolong bawak Reyna keluar dari kampung ni. Reyna malu.” Rayu Sabrina lagi sambil memaut kaki Zam.
“Hish! Aku tak naklah. Kau nak duduk mana nanti. Takkan sebilik dengan aku?” Ujar Zam menepis tangan Reyna.
“Tolong..bawak Reyna. Reyna tahulah nak hidup ditempat lain nanti macammana.” Rayu Sabrina. Zam mengalah.
“Hish.. Kau ni! Tak boleh ke tak menyusahkan aku?! Yelah. Yelah. Kemas barang sekarang.” Sabrina tersenyum. Akhirnya dia akan meninggalkan kampung ni juga.
Kereta mewah warna putih berhenti tepat di hadapan rumah itu. Diyana yang sedang duduk di tangga meloncat-loncat lari ke bilik memanggil maknya.
“Mintak izin mak, kakak.” Sabrina menyalam tangan mak Nab dan Diyana. Manakala Zam sudahpun memasuki kereta.
“Kaya laki kau. Nanti kirim-kirim duit kat mak tau. Mak sayang kau.” Ujar mak Nab. Sambil memeluk Sabrina. Diyana mendengus kuat.
* * * * * * * * * *
Sebaik saja Zam menghantar kawannya, Sabrina terus ke seat sebelah pemandu.
“Nak aku hantar kau kat mana ni?” Soal Zam sambil matanya fokus pada pemanduannya.
“Hantar Reyna kat mana-mana pun boleh.” Jawab Sabrina.
“Hish, kau tu budak kampung. Mana tau hidup kat kL ni macammana.” Ujar Zam.
“Takpe. Reyna tahu jaga diri.” Ujar Sabrina. Dia dah banyak menyusahkan lelaki itu. Kali ni biar dia berdikari.
“Bagi nombor kau.” Ujar Zam. Sabrina menggeleng-geleng.
“Reyna takde handphone.” Zam menepuk dahinya. Segera mereka berhenti di kedai telefon. Iphone menjadi pilihan Zam. Dalam 30 minit selesai beli nombor, cepat-cepat Zam mengambil nombor tersebut.
“Jangan tukar nombor. Hafal nombor aku. Apa-apa hal, call.” Ujar Zam.
“Terima kasih.” Reyna memandang handphone tersebut. Dia bukanlah kekampungan sangat. Dia bukan takde handphone. Tapi mak Nab yang tak benarkan dia memakai handphone, malah merampasnya lalu diberikan pada Diyana.
“Kau dengar tak ni?” Soal Zam.
“Ye.” Zam menghulurkan sedikit duit lalu berlalu pergi meninggalkan Sabrina terkontang kanting di tengah-tengah kota Bandaraya Kuala Lumpur.
Perut Sabrina sudah berbunyi, tanda dia sedang lapar. Terus Sabrina berjalan ke arah sebuah restoran.
"Berdikarilah Reyna. Jangan menyusahkan orang lain. Jangan tumpang kekayaan orang. Berdirilah dengan kaki sendiri. Bersabarlah walau sebesar mana ujian itu." Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir arwah ayahnya itu.
Sesudah Sabrina mengisi perut dia berjalan lagi, dia meneruskan nekad mencari kerja. Namun semua menolak permohonannya. Dek kerana penat, Sabrina berehat sebentar di kaki lima sambil melunjurkan kakinya.
“Tolong! Tolong! Peragut!”
Tiba-tiba seorang lelaki yang sedang berlari laju jatuh tersungkur di hadapan Sabrina dikeranakan tersadung. Orang ramai mengerumuni lelaki itu. Beberapa orang polis peronda datang menangkap lelaki tersebut.
“Ya Allah, syukurlah selamat. Terima kasih nak.” Ujar wanita yang mungkin berusia 40-an sambil mencapai handbagnya.
“Ni sebagai tanda terima kasih mak cik pada anak.” Ujar wanita itu lagi sambil menghulurkan not 50 5 keping. Sabrina menolak.
“Maaf puan. Saya hanya bantu sikit je. Selebihnya berserah pada Allah. Biarlah Allah yang balas.” Ujar Sabrina.
“Ibu..ibu..ibu okey?” Entah dari mana munculnya wanita cantik tinggi lampai persis model yang tiba-tiba menyapa wanita hadapan Sabrina.
“Alhamdulillah. Ibu okey. Terima kasih kat anak ni yang tolong ibu.”
“Hai. thank you very much.” Wanita cantik yang menggelar dirinya Aira menghulurkan tangan. Sabrina menyambut huluran tangannya.
“Duduk mana ye? Nak akak hantarkan?” Soal Aira.
“Saya dari kampung kak. Belum ada tempat tinggal.” Ujar Sabrina jujur.
“Ehh..baguslah tu. Apa kata kalau keje kat tempat akak. Kebetulan ade kekosongan.” Ujar Aira.
“Betul ke ni kak?” Soal Sabrina. Aira tersenyum.
“Iye, betul. Jom ikut akak ke rumah. Stay rumah akak dulu. Boleh kan ibu kita tumpangkan?” Ujar Aira.
“Boleh.” Ujar wanita berusia itu. Sabrina menghela nafas lega. Nampaknya itulah rezeki dia. Sepanjang perjalanan itu Sabrina dan Aira, mereka berkenal-kenalan.
Rumah 3 tingkat tersergam indah dihadapannya. Di hiasi dengan tanaman bunga raya di lamannya itu benar-benar menarik perhatiannya.
“Jom Reyna.” Pelawa Aira. Wanita cantik ini baik hati orangnya.
Bilik kosong yang hanya ada katil serta set almari dan meja solek sudah cukup memadai bagi Reyna.
“Rehatlah dulu. Esok, Reyna kena lapor diri kat bos akak. Okey?” Ujar Aira. Reyna mengangguk.
Setelah selesai mengemas Reyna terus mencapai telekung untuk solat maghrib. Bilik sebesar itu sangat mencukupi bagi dia. Usai solat maghrib sempat Reyna membaca quran yang dibawanya ke mana saja sementara menunggu waktu isyak.
“Reyna, jom makan malam.” Ujar Aira di luar bilik.
“Okey kak.”
“Reyna janganlah malu-malu dengan akak. Apa-apa nanti tanya akak. Tau.” Ujar Aira lagi sambil menguis-nguis nasi dengan sudunya.
“Terima kasih akak. Kalau Reyna tak jumpa akak, tak tau la malam ni Reyna tidur mana.” ujar Reyna. Aira tersenyum.
“Akak rasa happy sangat sebab dapat tolong Reyna.” Ujar Aira.
Sementara itu, Zam sudah ke hulu ke hilir di ruang tamu. Datin Mariam naik hairan dengan anak terunanya. Sekali sekala Zam seperti menghubungi seseorang.
“Apa yang kamu risau sangat ni Zam? Ke hulu ke hilir.” Bebel Datin Mariam.
“Nothing ma.” Zam sudah duduk di sofa. Tangannya menekan punat astro. Namun satu rancangan pun tak menjadi tarikannya.
Dah pukul 9 malam, tapi masih tak telefon aku. Argh! Takkan aku nak call dia pulak tanya. Nampak macam terhegeh-hegeh sangat.
“Hai, Zam. Muka macam orang mati bini. Monyok semacam.” Sapa Datuk Nahis.
“Takde apelah pa.” Ujar Zam.
“Zam ada sorokkan apa-apa dari papa ke? Papa kenal anak papa ni.” Ujar Datuk Nahis sambil duduk di sofa tunggal. Zam menyengih.
“Nothing pa. Okeylah. Zam masuk bilik dulu. Esok nak masuk kerja balik.” Ujar Zam.
“Kereta Zam dah siap baiki?” Soal Datuk Nahis.
“Azroy kata esok baru siap.” Jawab Zam.
“Pakailah kereta yang dah lama tak digunakan tu.” Ujar Datuk Nahis.
“K.” Zam berlalu meninggalkan Datuk Nahis dan Datin Mariam yang agak kehairanan dengan sikap anak terunanya. Selalu waktu begini, Zam akan bincangkan masalah syarikat. Ataupun mungkin tanya khabar adiknya di Jepun. Hari ni tak pula. Mungkin Zam penat. Sangka Datin Mariam.
Baju kurung arwah ibunya tersarung elok ditubuh Reyna. Warna merah hati menjadi pilihan Reyna hari ini. Rambut ikalnya di biar lepas.
“Reyna dah siap? Jom. Nanti terlewat pulak.” Panggil Aira sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Reyna.
“Dah kak.” Ujar Reyna.
“Eh, cantiknya baju Reyna.” Puji Aira. Reyna tersenyum. Aira dan Reyna pun pergi kerja bersama-sama.
Sebaik sahaja tiba di perkarangan office, Reyna dan Aira jalan bersama menuju lift.
“Nanti ingat tau. Kenalkan diri. Kalau Reyna tak tahu buat kerja sangat, akak boleh ajar. Mintak tolong akak tau.” Ujar Aira.
“Terima kasih kak.” Ujar Reyna.
“Eh, Aira. Siapa tu?” Soal Jaja, rakan sepejabat Aira.
“Oh, ni aku ambik pekerja baru untuk bos.” Ujar Aira.
“Bos tak datang lagi.” Ujar Jaja.
“Yeke? Okey. Reyna tunggu dulu kat sofa tu ye.” Ujar Aira pada Reyna.
“Morning bos!”
Reyna yang menunduk itu hanya ternampak kaki bersut hitam berjalan laju memasuki pejabatnya. Cara jalannya seperti lelaki sombong!
“Reyna, masuklah.” Ujar Aira. Reyna sedikit gugup. Ah, inilah kali pertama dia terpaksa berhadapan dengan lelaki berjawatan tinggi.
Tuk tuk!
“Masuk!”
Reyna berdiri tepat di hadapan meja bosnya. Lelaki itu masih khusyuk cek fail-fail di mejanya.
“Kenalkan diri.. Eh, kau?!” Reyna kalut! Ya Allah! Alamak, takkanlah ni ofis dia?
“Err..ye bos.” Reyna menunduk.
“Kan semalam aku belikan kau iphone. Kenapa kau tak angkat calling aku?” Soal Zam.
“Err...” Reyna tergagap-gagap. Macammana aku nak jawab ni..? Aduh!
“Kot ye pun kau dah dapat rumah, call aku bagitahu.” Marah Zam. Aku risaukan kau! Bisik hati kecil Zam.
“Maaf.” Ujar Reyna serba salah.
“Maaf! Maaf! Tu je la kau tahu.” Zam menumbuk mejanya.
“Dahlah! Kau pergi jumpa Aira tanya dia kerja apa kau boleh buat. Jangan duduk goyang kaki kat office aku.” ujar Zam. Reyna mengangguk faham.
Sebaik saja Reyna keluar dari bilik bos semua mata memandang ke arahnya. Hairan. Kenapa pekerja baru dimaki bos?
“Reyna, awak okey?” Soal Aira.
“Okey je kak.” Ujar Reyna sambil menyimpulkan senyuman. Dengan sekali tunjuk ajar Reyna dah boleh buat kerja.
“Angin bos tak baik kot. Kesian Reyna. Sabar ye.” Pujuk Aira.
“Eh, hai. Pekerja baru ke?” Soal Faizal yang duduk di meja sebelah Reyna.
“Ha'ah.” Ujar Reyna.
“Saya faizal.” Faizal mengenalkan dirinya.
“Reyna.” Balas Reyna.
“Cantik nama secantik orangnya.” Ujar Faizal.
“Hai, Faizal. Mengorat adik akak ke? Baik kau buat kerja cepat sebelum bos seru nama kau.” Ujar Aira.
“Yela. Yela. Buat kerja la ni. Orang tanya je pun. Manalah tahu leh cucuk jarum.” Ujar Faizal. Aira ketawa.
“Dah dah..tak payah cucuk jarum sangat. Lina kau tu nak campak mana? Bagi can kat aku pulak.” Sampuk Azim. Reyna ketawa kecil. Geli hati dengan rakan-rakan barunya.
“Bos tu handsomekan.” Ujar Aira tiba-tiba. Sengaja membuka topik. Reyna yang sedang menghirup sirap tersedak.
“Uhuk! Mana akak tahu dia hensem? Macam tak je.” Ujar Reyna. Aira ketawa.
“Handsome bagi akak. Bos tu bujang lagi tau. Reyna tanak pancing hati bos ke?” Soal Aira. Reyna menggeleng-geleng.
“Hai, nak duduk semeja. Boleh?” Sapa Faizal.
“Sila.” Pelawa Reyna. Nampaknya Reyna mula menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepejabatnya.
“Faizal, Lina kau tak marah ke kau makan sebelah Reyna ni?” Usik Aira. Faizal menyengih.
“Alah, kak. Takyahlah cakap pasal Lina. Faizal nak kawan dengan Reyna je. Boleh, kan? Kan?” Ujar Faizal. Reyna memandang Faizal sambil tersenyum.
“Berkawan je tau.” Ujar Reyna. Masing-masing ketawa. Namun di waktu mereka ketawa, Zam yang melintas disitu berasa iri hati.
“Eh, waktu lunch dah nak habis. Cepat habiskan makanan.” Ujar Aira sebaik saja melihat jam ditangannya. Sesudah makan mereka pun bersama-sama masuk ke office.
“Reyna, bos panggil.” Ujar Lili. Reyna terus ke bilik pejabat Zam. Entah apa lagi yang lelaki tu mahukan.
“Ye, bos.” Ujar Reyna.
“Fail ni kau yang check, kan?” Soal Zam sambil melonggarkan tali lehernya sedikit.
“Ye.” Jawab Reyna antara dengar tak dengar.
“Kau tahu, kan. Aku paling tak suka kesalahan ejaan! Camni kau nak suruh aku bentangkan untuk meeting? Camni ke?!” Zam mencampak fail tu ke lantai.
“Maaf Encik Zam.”
“Buat semula. Betulkan ejaan. Ejaan macam budak darjah 6!” Ujar Zam dalam nada marah.
Terkial-kial Reyna mengutip kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Zam tersenyum. Dia rasa puas dapat buat wanita itu berwajah sedih. Jauh dalam hatinya belum puas hati, kerana Reyna tak pernah sikit pun menangis di depannya macam pekerja wanita yang lain sebelum ni.
“Reyna, awak okey ke?” Soal Jaja sebaik saja melihat Reyna keluar dari bilik bos. Reyna hanya menyimpulkan senyuman manis. Semua kehairanan, Reyna masih tersenyum walaupun sudah di maki hamun Zam.
“Kadang-kadang aku peliklah. Kenapa dengan Reyna je mesti bos nak marah-marah bagai. Padahal dengan kita-kita ni biasa je.” Ujar Lili pada Jaja.
“Hei, syhhh...jaga hati orang sikit boleh tak?” Tegur Faizal. Lili dan Jaja berpandangan sesama sendiri lalu berlalu pergi.
“Reyna, are you okay?” Soal Aira.
“Ye kak. Reyna okey je. Cuma tersilap buat.” Jawab Reyna.
“Nak akak tolong?” Soal Aira yang cuba menghulurkan bantuan. Namun Reyna hanya menjawab dengan gelengan sambil tersenyum.
Sekejap-sekejap Reyna mengira dengan jarinya. Diselak-selak helaian kalender tu sambil dikira-kira. Puan Intan naik hairan melihat sikap Reyna.
“Apa yang Reyna duduk termenung depan kalender tu?” Sapa Puan Anita, mak Aira.
“Takde apalah ibu.” Jawab Reyna yang dah terbiasa memanggil Puan Anita ibu.
“Reyna, nak ikut akak tak? Hari ni ada fesyen show Hijabistar kat PWTC.” Ujar Aira.
“Emm..boleh jugak! Ibu nak ikut sekali?” Soal Reyna. Puan Anita menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang kebiasaan Puan Anita lebih selesa duduk dirumah berbanding ikut mereka berjalan-jalan.
“Akak, Reyna sebenarnya dah lama teringin nak pakai tudung. Tapi Reyna tak pandai pakai tudung.” Ujar Reyna.
“Eh, baguslah tu. Sebelum pergi fesyen show, kita gi cari tudung dulu nak?” Ujar Aira. Reyna mengangguk laju. Dia bersyukur kerana bertemu dengan insan sebaik Aira.
“Amacam? Selesa tak?” Soal Aira sebaik saja selesai mengenakan shawl di kepala Reyna.
“Selesa kak. Reyna suka.” Ujar Reyna. Penjual tudung di butik itu turut tersenyum melihat Reyna terus memakai tudung butiknya. Aira turut menarik beberapa helai lagi shawl 2 tone.
“Okeylah. Jom. Takut lambat pulak nanti.” Ujar Aira. Reyna mengangguk. Terharu melihat dirinya yang sudah bertudung.
“Akak..terima kasih belanja Reyna tudung.” Ujar Reyna.
“Its okeylah. Reyna ni dah macam adik akak. Apa salahnya akak berbelanja untuk adik akak.” Ujar Aira sambil matanya fokus pada pemanduannya.
Sebaik saja tiba, hampir juling mata Reyna melihat bermacam-macam patern tudung yang cantik-cantik di jual di situ.
“Eh, Ra. Sampai pun you. Cepat sikit. I dah kelam kabut ni. Tiba-tiba tak cukup model lagi sorang ni.” ujar Auntie Sara.
“Sorry, lambat sikit. Kalau yang adik I jadi model auntie nak tak? Kata tak cukup orang kan.” Ujar Aira sambil menunjuk Reyna. Auntie Sara mendekati Reyna.
“Siapa ni?” Soal auntie Sara.
“Adik angkat Aira.” Ujar Aira.
“Okey jugak! Jom kita ke belakang. Lagi 10 minit dah nak start fashion show.” Ujar auntie Sara sambil menarik lengan Reyna.
Di belakang itu Reyna dipersiapkan dengan make up dan tudung serta baju anjuran hijabistar sendiri. Sempat juga Aira mengajar Reyna cara jalan.
“Akak, Reyna nervous la kak.” Ujar Reyna.
“Rileks. Kalau Reyna berjaya jadi tumpuan. Nanti banyak syarikat permodelan boleh ambik Reyna sebagai model diorang. Inilah peluang Reyna.” Pujuk Aira. Reyna mengangguk faham.
Zam mengeluh kecil. Tak pasal-pasal hari ni dia jadi mangsa teman Datin Mariam keluar, semuanya kerana Datuk Nahis keluar pergi main golf hari ni.
Jalan pula agak jem di Kuala Lumpur. Biasalah, hari ahad. Hari orang bercuti bersama keluarga.
“Eh, Yam. Ni anak you kan?” Sapa Datin Liza sebaik saja melihat kelibat Datin Mariam.
“Ha'ah. Anak teruna. Ni la Zam.” Ujar Datin Mariam.
“Eh, duduklah jom. Kita borak-borak kat sana.” Pelawa Datin Liza. Kebetulan seat vip barisan depan kosong lagi 3 kerusi.
Muzik dah mula di pasangkan. Satu persatu model berjalan ke stage. Reyna perhati gerak geri Aira. Sebaik saja tiba gilirannya, dengan jantung yang berdebar Reyna melintas.
Saat kamera semua sedang mengambil gambar, tiba-tiba mata Reyna tertangkap susuk tubuh seseorang yang dia kenali.
Zam! Apa dia buat kat sini? Aduh. Peluh gelisah terasa menitik di dahinya. Reyna mengawal perasaannya lalu berjalan memasuki barisan bersama model-model yang lain.
“Eh? Apa perempuan tu buat kat sini?” Ujar Zam perlahan. Zam juga turut terkejut melihat Reyna di atas pentas.
“Reyna, ada pihak majalah panggil. Interview katanya.” Ujar Aira. Reyna yang sedang membetulkan kasutnya terkejut. Hah? Sudahlah dia terkejut melihat Zam berada di barisan penonton vip. Kini dipanggil pulak dari syarikat majalah.
Sementara itu, Zam sudah ke bilik persalinan. Dia mencari-cari bayang Reyna.
Tak! Tak mungkin tu Reyna. Mungkin aku yang rindukan dia. Arghh..pergilah bayang-bayang Sabrina!
“Eh, Encik Zam. Buat apa kat sini?” Sapa Aira.
“Err..tak ada apa-apalah.” Ujar Zam.
“Akak, Reyna dapat...eh?” Belum habis Reyna bercakap dia terkelu seketika melihat Zam di situ.
“Reyna, model sambilan.” Ujar Aira selamba.
“Ohh..okeylah. Saya minta diri dulu.” Ujar Zam lalu berlau pergi. Pelik dengan sikap Zam.
Pusing kiri bayang Reyna muncul. Pusing kanan bayang Reyna ketawa.
“Argh!!” Zam terus duduk. Dia tak boleh tidur.
“Zam? Are you okey?” Soal Datuk Nahis yang tiba-tiba muncul di pintu biliknya.
“I'm fine pa.” Zam meraup wajahnya. Makin hari makin menebal rasa bersalah dia pada Reyna. Reyna itu isterinya! Tergamakkah dia membiarkan wanita itu?
“Zam?” Rupanya Datuk Nahis masih berdiri di pintu melihat aneh kelakuan anaknya.
“Papa, kondo papa tu papa dah jual ke?” Soal Zam.
“Belum. Kenapa?”
“Zam nak duduk situ boleh?” Soal Zam lagi.
“Memang untuk Zam. Tapi kan hari tu Zam cakap tak nak. Ni nak pulak. Kunci ada kat mama. Minta kat mama ye. Dah. Tidurlah. Esok nak kerja.” Ujar Datuk Nahis. Zam mengangguk.
“Sabrina!”
Reyna yang baru saja tiba di pejabat, belum sempat panas punggung terkejut dengar namanya di laung kat interkom. Rasanya dia tak datang lewat hari ni. Kalau datang lewat pasti Aira juga di panggil. Sebab mereka datang bersama.
“Reyna, pergilah. Bos panggil tu.” Ujar Aira. Reyna mengangguk.
Hari ini, Reyna anggun bertudung. Semalam sebelum pulang, sempat Reyna membeli tudung di gerai-gerai sekitar majlis Hijabistar.
“Yes, bos!” Reyna berdiri menghadap.
Zam terdiam seketika. Tergamam. Melihat Reyna sudah bertudung. Cantik.
“Pindah rumah aku esok.” Ujar Zam.
Mulut Reyna sedikit terlopong. Buang tebiat ke hape mamat ni. Tiba-tiba mintak pindah.
“Err.. Tapi..”
“Takde tapi-tapi. Aku cakap pindah, pindah je la.” Ujar Zam. Reyna menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Tindakan apa ni?
“Petang nanti aku hantar kau. Nak tau rumah. Senang aku nak mencari esok.” Ujar Zam.
“Camane Reyna nak explain kat kak Aira?” Soal Reyna.
“Cakaplah kau dah dapat rumah sewa lain. Takkan itu pun tak boleh. Jangan kau cakap pulak, pindah rumah suami. Diorang satu office ni tak tau kau tu isteri aku.” Ujar Zam.
“Ok.” Reyna keluar dari bilik pejabat Zam dengan penuh tanda soal. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
“Fuyoo..lawa gila. Reyna, awak ke ni?” Puji Faizal yang baru punch card.
“Yelah. Ni Reyna yang baru.” Ujar Reyna sambil menghadiahkan senyuman.
“Weh, lawa kot kau pakai tudung.” Puji Lili.
“Yeke? Thanks.” Ramai rakan sepejabatnya memuji-muji Reyna. Tak sangka perubahannya lagi membuat ramai rakan pejabatnya menegur.
“Reyna dah siap kerja? Jom balik.” Soal Aira, sambil mengemaskan lagi pegangan tab di tangannya.
“Belum lagi kak. Ada banyak lagi ni.” Ujar Reyna sambil menyelak-nyelak fail. Hanya lampu di tempatnya saja belum terpadam.
“Sambung kat rumah nak? Akak kena balik awal. Suami akak akan balik malam ni dari Amerika.”
“Takpelah. Akak balik dulu. Reyna akan balik jap lagi naik teksi.” Ujar Reyna.
“Ish..janganlah macam tu. Akak risau keselamatan Reyna je.” Ujar Aira lagi.
“Banyak lagi kak kerja Reyna. Memang kena siap sebelum esok pagi. Encik Zam nak meeting awal esok.” Ujar Reyna yang cuba beralasan lagi. Sedangkan mana ada kerja dah. Dia terpaksa buat-buat ada kerja, supaya Aira balik terlebih dahulu darinya.
“Okeylah. Akak pergi dulu. Nanti apa-apa call akak eh. Take care dear.” Ujar Aira. Reyna mengangguk. Sayang benar Aira dengannya. Aira berlalu pergi. Tinggal Reyna sendirian.
“Dah dah la tu pura-pura buat kerja. Jom.” Ujar Zam sambil membimbit beg laptop. Reyna membuntuti Zam.
Sebaik saja tiba di car park, Reyna terus mendekati Zam. Dia sangat takut berjalan sendirian di situ. Kata Aira, kat car park selalu berlaku rompakan dan ragut. Tanpa sedar Aira memaut lengan Zam.
“Hei, kau dah kenapa pegang lengan aku ni?” Soal Zam.
“Opsss.. Sori. Terpegang.” Cepat-cepat Reyna melepaskan pegangannya.
Zam melonggarkan sedikit tali lehernya lalu menekan pedal minyak. Reyna hanya memerhati. Dia tak biasa berdua-duaan dengan lelaki itu.
“Rumah kat mana?” Soal Zam.
“Villa Nusa.” Balas Reyna.
Sangka Reyna Zam akan membelok ke perumahan jalan duta, ternyata tidak. Zam terus menuju entah ke arah mana.
“Kita nak ke mana?” Soal Reyna.
“Makan. Aku lapar.” Jawab Zam. Reyna membisu lagi. Kekok bila bersama dengan Zam.
Reyna membisu begitu juga Zam. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga saja. Sesekali Reyna memerhati jam dinding di restoran. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Pasti Aira risaukan dia yang belum pulang.
“Apa yang kau gelisahkan sangat ni?” Soal Zam yang agak terganggu melihat Reyna berkerut-kerut dahi.
“Err..kak..” Belum habis Reyna meneruskan kata-katanya, iphonenya sudah berdering. Nama 'Aira' tertera di skrin handphonenya.
“Hello.”
“Reyna kat mana? Reyna okey?”
“Maaf kak. Reyna lupa nak bagitahu Reyna lambat sikit. Jalan jem.” Ujar Reyna.
“Haa..hati-hati sikit. 'Pemandu teksi' sekarang bukan boleh percaya sangat.”
“Ye, insya-Allah kak.”
“Siapa tu?” Soal Zam sebaik saja Reyna mematikan panggilan.
“Kak Aira.” Ujar Reyna. Zam mengangguk-angguk sambil menguis-nguis nasi ayam yang masih berbaki-baki.
“Syukur Reyna selamat pulang.” Ujar Aira sebaik saja Reyna masuk ke dalam rumah.
“Heeee..maafkan Reyna kak. Buat kak Aira susah hati je kan.” Ujar Reyna.
“Ayang..kita nak makan mana malam ni?” Soal Hashim, suami Aira. Reyna terpinga-pinga siapa lelaki yang baru muncul ni?
“Oh, ya. Reyna, ni husband akak. Abang, ni Reyna. Adik angkat Aira.” Ujar Aira.
“Oh..kira abang ni abang ipar Reyna la ye?” Seloroh Hashim.
“Yelah. Takkan bapa mertua pulak.” Ujar Aira dalam nada bergurau.
“Reyna, jom makan luar.” Ajak Aira. Reyna mengangguk saja.
Masing-masing membisu, menikmati makan malam. Reyna masih berkira-kira untuk beritahu tentang hal dia nak pindah. Sekali sekala Aira bergurau-gurau dengan Hashim. Mereka memang pasangan bahagia.
“Ibu..kak Aira. Abang Hashim. Err..” Masing-masing sudah memandang Reyna.
“Cakap je la. Akak, ibu dan abang sedia mendengar.” Ujar Aira.
“Reyna serba salah ni. Tapi nak tak nak Reyna kena cakap jugak dengan akak. Esok Reyna akan berpindah ke rumah sewa.” Ujar Reyna.
“Aik? Tak bincang dengan akak pun. Tup tup dah nak pindah. Kenapa ni? Reyna tak suka duduk sini ke.” ujar Aira separuh merajuk.
“Eh, bukan. Reyna tak nak susahkan akak. Reyna cuma ada duit lebih sikit. Tu yang nak duduk rumah sewa. Sekali sekala Reyna akan ziarah ibu dan akak.” Ujar Reyna.
“Hurm..bosanlah akak takde Reyna.” Ujar Aira.
“Sayang, dia pun perlukan privasi. Biarlah Reyna buat keputusan.” Ujar Hashim, memujuk Aira.
“Okeylah kalau camtu. Tapi janji tau. Mesti datang rumah akak selalu.” Ujar Aira. Reyna mengangguk.
Reyna melangkah masuk ke dalam kondominium mewah milik Zam bersama bagasinya. Inilah keputusannya di atas desakan Zam. Tiba-tiba saja lelaki itu mengajaknya tinggal bersama.
“Aik? Bilik satu je?” Soal Reyna sebaik saja melihat bilik algi satu dipenuhi fail-fail dan komputer riba.
“Kau ingat ni drama ke bilik asing-asing. Tu bilik kau dan aku. Jangan risau. Iman aku masih kuat lagi.” Ujar Zam sambil meletakkan handbag Reyna di atas meja ruang tamu.
“Err..” Reyna terus memasuki memasuki master bedroom. Luas dan kemas.
Cepat-cepat Reyna mengemas baju-bajunya untuk di masukkan ke dalam almari. Manakala Zam sedang membancuh air oren di dapur.
Sebaik saja Reyna selesai mengemas barang-barangnya, dia pun duduk di ruang tamu. Rumah itu agak kosong.
“Kau tahu kenapa aku ajak kau ke rumah ni?” Soal Zam. Reyna menggeleng-geleng.
“Aku nak kau kemas rumah ni, basuh baju dan masak apa yang aku nak makan. Faham?” Soal Zam.
“Faham encik Zam.” Ujar Reyna.
“Kat rumah tak payah ber-encik dengan aku. Macam kat pejabat pula. Oh, ya. Pergi kerja asing-asing faham? Kau naik kenderaan awam. Aku tak nak nanti orang perasan.” Ujar Zam.
“Tapi..”
“Takde tapi-tapi. Aku tak suka perkataan TAPI!”
“Okey.” Malas Reyna nak bertekak dengan Zam. Cukuplah kat office saja dia jadi mangsa makian lelaki itu.
Mengiring ke kiri, Zam sedang berdengkur. Mengiring ke kanan, menghadap bilik air gelap. Sudahnya Reyna tak boleh tidur. Terpaksalah Reyna ke ruang tamu duduk di atas sofa sambil melayan channel tengah malam.
“Bangun. Bangun. Dah pagi buta dah ni.” Terasa ada orang mengunggah-unggah bahunya.
“Eh, sa..saya k..kat mane ni?” Ujar Reyna takut-takut. Bulat matanya melihat sekeliling. Zam yang masih berbaju tidur naik hairan melihat Reyna tidur di atas sofa.
“Kat rumah aku la.” Ujar Zam. Reyna melihat jam. Dah hampir ke angka 8 pagi. Cepat-cepat Reyna bangun.
“Kau nak ke mana?”
“Kerjalah.” Ujar Reyna.
“Hari ni ahad, cuti.” Ujar Zam. Reyna menepuk dahinya. Dia terlupa. Patutlah Zam rileks je berbaju tidur.
“Aku lapar.”
“Jap. Bagi Reyna mandi sekejap. Baru Reyna siapkan sarapan untuk awak.” Reyna terus menghilang masuk ke dalam bilik. Lima minit kemudian kedengaran air mencurah di bilik air, tanda Reyna sedang mandi.
Setelah selesai mandi, Reyna terus ke dapur. Tiba-tiba teringat. Dia nak masak apa? Lelaki tu suka makan apa?
“Awak..awak..” Panggil Reyna.
“Ye.” Sahut Zam malas.
“Nak makan apa?” Soal Reyna.
“Apa-apa yang berkhasiat.” Balas Zam.
Reyna mencapai pisau dan papan pemotong lalu memotong apa yang patut. Zam ketawa terkekek-kekek. Entah apa Reyna akan masak untuk dia. Entah sedap entah tidak.
Setengah jam kemudian, bau aroma haruman masakan Reyna menusuk hidung Zam.
“Jom makan.” Ajak Reyna. Zam mengangguk.
Terhidang di atas meja 4 biji telur rebus, roti telur serta sepinggan sardin roll. Semuanya menyelerakan. Terus Zam makan tanpa sikit pun komen.
“Boleh tahan masakan kau ni.” Puji Zam sambil menikmati nescaffe.
“Ada nak apa-apa lagi?” Soal Reyna. Kenakan dia bagus jugak ni. Bisik hati Zam.
“Aku nak baca surat khabar. Kau pergi beli jap kat kedai bawah. Harian metro.” Ujar Zam.
Hah? Reyna? Ergh! Menyesal tanya!
Sebaik saja Reyna ke bilik, kelihatan Zam sedang membaca surat khabar Harian Metro.
“Kau lambat sangat. Aku beli sendiri tadi.” Ujar Zam.
Kenekan akulah tu. Macamlah aku tak tahu! Hishhh! Geramnya. Baru sehari duduk sini dah bertimpa-timpa geram kat hati ni tau.
Reyna menanggalkan tudungnya. Lalu menukar baju kurung kepada baju t-shirt.
Punat remote astro ditekan-tekan, namun satu pun tidak menarik perhatiannya. Reyna mengeluh kecil. Tanpa disedari akhirnya Reyna terlena di situ.
“Kau...” Zam terdiam sebaik saja melihat Reyna terlelap di atas sofa. Cara Reyna tidur akan menyebabkan lehernya terkehel, Zam bertindak mengangkat Reyna ke dalam bilik.
Rambut ikal Reyna diselak. Wajah mulus yang penuh kasihan itu tidur dengan lena.
Reyna menarik lengan Zam lalu dipeluknya. Sangka Zam Reyna sedar rupanya tak. Dia sedang tidur. Mungkin terbiasa tidur peluk sesuatu. Nak tarik tak sampai hati pula rasa.
“Ehh?” Reyna terjaga! Dia terkejut melihat Zam dihadapannya.
“Kau peluk tangan aku. Lepaskan!” Ujar Zam. Reyna termalu sendiri. Zam berlalu pergi. Reyna menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Hairan bagaimana dirinya boleh terpeluk tangan lelaki itu.
“Awak, saya keluar kejap.” Ujar Reyna yang dah bersiap-siap dengan tudung dan blouse.
“Pergi mana?” Soal Zam.
“Kedai je. Beli barang jap.” Zam mengangguk lalu Reyna pun berlalu pergi. Tiba-tiba mata Zam terpandang sesuatu di atas katil.
Eh? Dompet dia. Kau membayar dengan apa nanti. Ish! Cuai betul laa dia ni.
“Reyna..!” Laung Zam, namun takde sahutan Reyna. Zam terpaksa kejar Reyna.
Reyna tersenyum melihat barang dalam troli. Bersusah payah dia ke mall situ semata-mata membeli barang dapur yang nampak serba tak lengkap.
Sebentar lagi giliran dia membayar. Reyna mencari-cari dompet di seluarnya. Tapi malangnya takde! Ke mana dompetnya? Takkan tercicir masa dia berjalan tadi?
“Eh..Sabrina!” Reyna mencari-cari arah suara yang memanggilnya.
“Sabrina kan? kenal saya lagi tak?”
Alangkah terkejutnya Sabrina melihat Rizman turut ada di situ. Malah di belakangnya. Apa lelaki tu buat di sini?
“Cik..semua sekali RM181.00.” Reyna tak sedar sejak bila penjaga kaunter mengira barang-barangnya.
“Err..kejap lagi saya bayar, boleh? Dompet saya tercicir la.” Ujar Reyna.
“Sorry cik. Cik kena bayar sekarang. Tengok orang kat belakang tu. Ramai beratur cik.”
“Betul. Saya bayar jap lagi. Kat saya betul-betul takde duit.” Rayu Reyna lagi.
“Takpe. Saya bayarkan untuk dia.” Rizman menghulurkan kad kreditnya. Hanya sekali tarik, Reyna dah selesai bayar.
“Awak..terima kasih ye. Nanti saya bayar balik.” Ujar Reyna.
“Takpelah. Anggap je saya belanja.” Ujar Rizman.
“Takpe ke? Ishh..bagi nombor bank awak. Nanti saya bank in kan balik.” Ujar Reyna lagi. Dia risau berhutang dengan lelaki itu.
“Its okeylah. Saya belanja. Jom kita pergi minum-minum jap.” Ajak Rizman. Reyna mengangguk. Orang dah belanja, takkan nak tolak pelawaan. Macam tak beradab pula.
Zam yang melihat Reyna berbual dengan lelaki entah dari mana terus rasa hatinya bagai dibakar-bakar. Sakit hatinya. Zam terus mengikuti Reyna dan Rizman ke destinasi mereka.
“Awak tahu tak apa-apa berita pasal Diyana dan mak Nab?” Soal Rizman. Reyna menggeleng-geleng sambil menghirup jus mangga dengan straw.
“Mak Nab dan Diyana dah jual rumah arwah ayah awak. Dan sekarang sape pun tak tau mana diorang pindah.” Ujar Rizman.
“Hm..takpelah. Takde kaitan pun ngan saya. Kan kan.” Reyna memonyokkan wajahnya.
“Sabrina..Sabrina.. Wpun awak duduk kL awak tetap Sabrina yang saya kenal dulu. Awak hanya berubah dari segi pemakaian. Tapi diri awak tetap awak.” Puji Rizman.
“Yeke? Ade-ade je tau awak ni.” Ujar Reyna ketawa kecil.
Zam sudah menngepal-ngepal buku limanya. Geram melihat kemesraan Reyna dan Rizman.
“Assalamualaikum..” Reyna mengangkat barang-barangnya ke dapur. Kelihatan Zam duduk didepan tv tanpa endahkannya.
“Awak..nak makan apa tengahari ni?” Soal Reyna.
“Lagi 2 bulan aku akan ceraikan kau. Tak payah baik-baik dengan aku. Benci aku!” Reyna tersentak. Kenapa tiba-tiba Zam berkasar dengannya? Tadi okey je.
Sejak hari itu, Zam tak pernah senyum dengan Reyna lagi. Masakan Reyna langsung tak disentuhnya. Bahkan kemarahan rumah di bawa ke office. Kadang-kadang Zam stress di pejabat, bawa ke rumah.
“Aku tak nak laporan belacan ni! Kau kemaskan balik laporan ni. Tolong jangan buat office aku macam tempoyak!” Maki Zam. Habis segala kertas laporan semua bersepah sepai.
“Maaf, tak sengaja.” Berkali-kali Reyna mohon maaf namun Zam tetap terus memaki hamun Reyna. Sampai ke luar pejabat dengarnya.
“Kau tak payah cakap maaf dengan aku! Aku bencilah dengar!” Zam makin meninggikan suara. Menggigil Reyna mencapai kertas-kertas yang bertaburan.
Namun walau seteruk mana Zam marah Reyna, Zam tak pernah nampak Reyna menangis. Keras benar hati Reyna.
Suatu malam, sedang Reyna mandi, tiba-tiba lampu terpadam! Reyna panik. Dia takut gelap. Dia perlukan seseorang. Kalau dulu, arwah ayahlah peneman Reyna dikala bekalan eletrik terputus di kampung.
“Tolong..Reyna takut! Ayah! Reyna takut!” Dengan bertuala Reyna berlari keluar bilik air. Terasa ada tubuh seseorang terus Reyna memeluk. Dia sangat takut.
“Ayah..tolong..Reyna takut.” Adu Reyna.
“Hei hei.. Kenapa peluk aku ni? Lepaslah!” Zam terus menolak Reyna.
Reyna memegang dadanya. Dia sesak nafas. Reyna cuba menggapai apa-apa. Namun tak terasa. Dunianya gelap gelita. Manakala Zam pergi membetulkan suis utama. Tak lama kemudian lampu terbuka semula. Lega.
Zam ke bilik. Melihat wajah Reyna dah pucat kebiruan seperti orang dah nak mati.
“Reyna! Reyna!” Zam menggoncang tubuh Reyna. Cepat-cepat Zam memeluk tubuh Reyna. Barulah Reyna menarik nafas panjang seperti tercungap-cungap.
“Ayah..tolong..Reyna takut gelap!” Laa..bini aku ni takut gelap rupanya. Terus Zam memeluk Reyna. Bukan main risau Zam tadi sebaik saja melihat wajah Reyna dengan keadaan Reyna terbaring begitu saja.
“Arghh! Apa..apa kau buat ni?” Reyna menolak Zam. Dia malu diperlakukan begitu.
Aik, aku tolong dia. Dia tolak aku balik. Punyalah macam mayat hidup rupa kau tadi.
Lampu terpadam semula. Terus Zam rasa tubuhnya dipeluk. Kalau beginilah caranya untuk Reyna dan dia berbaik, baik biar terus blackout. Zam tersenyum sambil memeluk erat Reyna.
Percayalah, dalam hati aku sikit pun tidak membenci kau Reyna. Aku sayang kau sebenarnya! Bisik hati kecil Zam.
“Arghhhh!!!” Jeritan Reyna membuatkan Zam yang di dapur bergegas lari ke biliknya.
“Kenapa?” Soal Zam. Reyna terdiam. Dia cuba putar balik apa yang berlaku malam tadi. Reyna mengeluh kecil. Dia tahu dia kini sudah jadi isteri Zam yang sebenar. Bukan isteri di atas kertas lagi.
“Jom sarapan. Nanti lambat masuk kerja.” Ujar Zam sambil memakai kemeja biru pekat.
Reyna anggap seperti tiada apa berlaku malam tadi. Dia mendiamkan diri seperti mana hubungan mereka sebelum ni.
Inilah kali pertama Zam hulurkan tangan dan mereka bersalaman sebelum ke tempat kerja.
Entah kenapa terasa hati nyaman sekali diperlakukan begitu. Seolah-olah tiada marah lagi di hati. Dan untuk kali pertama Zam mencium dahi Reyna sebelum keluar.
Ish, kau dah kenapa Sabrina. Nak berjiwa romantis sangat dengan laki kau!
Di pejabat semua hairan dengan sikap Zam yang tiba-tiba terlebih mesra. Siap belanja sarapan pagi satu office.
“Pelik betul bos, mood dia baik sangat hari ni kan.” Ujar Faizal.
“A'ahlah. Kau tau tak kenapa Reyna?” Soal Lili. Reyna angkat bahu tanda tak tahu sambil menikmati nescaffe 3 in 1.
“Reyna, saya nak jumpa awak sekejap.” Panggil Zam yang tiba-tiba muncul di muka pintu pantry. Semua memandang Reyna. Kalau sehari bos tak panggil, tak sah. Wajib jumpa Reyna hari-hari.
Reyna membuntuti saja Zam sampai ke pejabat. Takut juga kalau-kalau dia di marahi lagi.
“Tengahari ni lunch sama-sama nak tak?” Soal Zam. Reyna mengangguk. Sangkaannya benar-benar meleset. Zam sikitpun tidak marah, malah mempelawa makan bersama.
“Angguk je?” Zam sudah berdiri tepat-tepat dihadapan Reyna. Reyna membisu. Zam memegang jari jemari Reyna dengan penuh rasa kasih.
“Sayang, tolong maafkan abang..abang janji lepas ni takkan kasar-kasar lagi dengan sayang. Mulai hari ini, saat ini kita panggil abang-sayang. Okey?” Kata-kata Zam membuatkan Reyna kaku. Dia benar-benar terkejut dengan perubahan Zam. Lagi-lagi bahasa diri bertukar menjadi 'abang'.
“Reyna pun nak minta maaf.” Ujar Reyna.
“Its okey sayang. Kita lupakan perang dingin tu please.” Rayu Zam. Reyna memandang Zam, lalu mengukirkan senyuman. Zam memeluk Reyna.
Mulai saat itu hati masing-masing bertekad untuk terus menyayangi.
Terasa ada orang mencuit-cuit hidungnya. Sesekali terasa pipinya di usap-usap. Matanya yang terasa kelat, tambahan pula dengan kesejukan aircond membuatkan lebih sukar untuk bangun.
“Morning sayang.” Wajah lelaki berjanggut nipis dan kemas ini yang pertama menghiasi pagi Reyna.
“Morning abang.” Hanya senyuman saja yang mampu Reyna beri.
“Kenapa tiba-tiba pagi ni sayang nampak seksi sangat ni? Nak goda abang ke apa ni? Kang lambat abang gi keje.” Usik Zam. Reyna menjegilkan matanya.
“Seksi? Mana ada. Abang ni.” Tumbukan manja didada Zam sempat Zam tangkap. Lalu tangan Reyna di kucupnya. Terasa saat ini dia betul-betul bahagia.
“Lambatnya kau datang kerja. Nasib baik bos tak da..” Belum sempat Faizal bersuara kelihatan Zam di belakang Reyna.
“Morning bos.” Ucap Faizal. Zam hanya mengangguk lalu berlalu pergi.
“Aik? Kenapa lambat sampai?” Soal Aira.
“Jalan jem.” Ujar Reyna.
“Ooo..tahu tak, hari ni Datuk dan Datin nak datang lawat office?” Ujar Aira.
“Iye? Tak tahulah kak.” Ujar Reyna.
“Dah dah..buat kerja cepat.” Pintas Faizal.
“Ish! Sibuklah kau ni Faizal!” Ujar Aira. Seperti yang di maklumkan. Datin Mariam dan Datuk Nahis pun tiba untuk datang melawat office.
Ooo..inilah mak mertua aku. Bisik hati Reyna. Datin Mariam dan Datuk Nahis pun masuk ke pejabat.
Buatkan air nescaffee 3 in 1 tanpa gula 2 cawan. -Suamiku-
Amboi..berwhatsapp pulak laki aku ni tau. Bukan nak cakap depan-depan.
“Buat untuk siapa tu?” Soal Lili.
“Bos suruh.” Ujar Reyna sambil mengacau-ngacau air dua cawan.
“Encik Zam? No wonderlah dia tak pesan apa-apa. But mana awak tahu air apa untuk Datuk dan Datin?” Soal Lili lagi.
“Err..biasakan orang tua-tua suka air camni.” Ujar Reyna.
“Ohh..yelah.” Dulang yang berisi dua cawan di angkat Reyna menuju ke pejabat.
“Nadya tu pun lawa jugak. Zam pilihlah mana-mana yang sesuai untuk buat isteri....”
'Prangg!!'
Dulang yang di pegang Reyna terlepas! Reyna tercegat seketika. Datin Mariam dan Datuk Nahis turut terkejut.
“Eh, kenapa ni?” Soal Zam.
“Maafkan saya Encik Zam. Saya tak sengaja. Tadi tangan saya licin.” Tipu Reyna sambil mengutip kaca-kaca panas yang sudah pecah. Tangannya yang berdarah dibiar saja.
“Ni pekerja baru ke? Mama macam tak pernah nampak je.” Ujar Datin Mariam sambil mengecilkan matanya melihat Reyna yang mencangkung sambil kutip kaca.
“A'ah mama.” Ujar Zam.
“Cantik orangnya.” Puji Datin Mariam.
“Zam, papa ada hal ni. Nak mintak diri dulu. Mama, jom.” Ujar Datuk Nahis.
“Ha..yelah. Lupa pulak mama. Zam fikir-fikirkan calon yang mama cakapkan tu.” Ujar Datin Mariam.
“Ye ma, papa.” Zam mencium tangan kedua orang tuanya. Lalu Datuk Nahis dan Datin Mariam pun pergi.
“Sayang, what are you doing? Dah dah..tengok ni tangan sampai darah.” Zam memegang tangan Reyna menghalang Reyna terus mengutip kaca.
“Abang sukalah tu kan..” Ada nada merajuk di situ.
“Alolo..comelnya sayang abang merajuk. Ish, abang setia pada yang satu. One day abang akan cakap jugak kebenarannnya pada mama dan papa.” Ujar Zam. Reyna terus keluar menuju ke pantri membiarkan kata-kata Zam berlalu bagai angin. Zam mengikuti Reyna. Reyna membasuh tangannya tanpa sikitpun pedulikan Zam.
“Sayang..i love you.” Pinggang Reyna di rangkul dari belakang.
“Apa abang ni. Nanti satu office nampak.” Reyna menepis tangan Zam.
“Yelah. Yelah. Maafkan abang tau.” Ujar Zam.
“Yelah. Janji ye pasni mesti bagitau mama dan papa pasal status abang.” Ujar Reyna.
“Janji.” Ujar Zam.
“Eh, Encik Zam buat apa kat sini? Kalau nak air cakap la dengan saya.” Sapa Lili.
“Err..taklah. Saya berbual jap tadi dengan Reyna.” Zam berlalu pergi.
“Amboi, berdua je. Apa yang korang bualkan?” Soal Lili seperti menghidu sesuatu.
“Cakap pasal proposal dia la. Apa lagi.” Ujar Reyna.
“Yeke? Lain macam je reaksi muka korang dua tadi. Baik jujur ngan aku.” Ujar Lili.
“Eeee..mana ada apa-apalah. Urusan keje je pun. Ish.” Reyna berlalu pergi. Risau rahsianya akan terbongkar.
“Balik masak, tunggu abang balik k.” Pesan Zam sebelum Reyna pulang.
Entah kenapa letih pula Reyna hari ni. Padahal bukan kerja banyak pun. Reyna menekan punat 13, lift bergerak.
Sebaik saja tiba, terus disediakan bahan memasak. Lalu memasak. Rasa seluruh badannya penat sangat. Sedang Reyna menggoreng daging, kedengaran bunyi ting tong.
Alamak, dah balik ke? Ish..awalnya.
Terkial-kial Reyna berlari ke arah pintu lalu membuka pintu. Namun yang berdiri dihadapannya bukan Zam! Tapi Datuk Nahis dan Datin Mariam.
“Apa awak buat kat sini?” Soal Datuk Nahis.
“Err..encik Zam suruh saya masak. Saya ambik part time jadi tukang masak Encik Zam.” Tipu Reyna.
“Oooo..baru nak buat suprisse sempena birthday kat Zam. Takpelah. Kita tunggu je la kat rumah ni.” Ujar Datin Mariam. Datuk Nahis mengangguk. Ooo..patutlah beria suruh tempah kek bagai.
Ting! Tong!
Cepat-cepat Datin Mariam menuju ke pintu. Ingin menyambut anaknya.
“Hai say...hai mama.” Alangkah terkejutnya Zam melihat Datin Mariam dan Datuk Nahis ada di situ.
“Eh..bila mama dan papa datang?” Soal Zam.
“Supprise! Ni haa..mama kamu cakap nak sambut birthday bersama.” Ujar Datuk Nahis.
Mana Reyna? Takkan dia duduk dalam bilik? Habislah kalau mama dan papa nampak. Zam melangkah ke biliknya. Mencari bayang Reyna. Namun tiada! Hidangan masakan semua dah terhidang.
“Kamu cari tukang masak kamu ke?” Soal Datin Mariam.
“Mana dia pegi ma?” Soal Zam.
“Mama cakap kalau dah habis masak bolehlah balik. Biar mama hidang.” Ujar Datin Mariam. Balik? Balik mana? Takkan nak tinggalkan mama dan papa pulak semata-mata cari Reyna. Zam terus menikmati hidangan yang dimasak Reyna. Sesekali Zam usha handphonenya kalau-kalau Reyna ada call. Namun hampa, Reyna langsung tidak hubunginya.
Jam menandakan sudah pukul 2 pagi. Hujan diluar makin lebat. Di tambah pula dengan guruh berdentum dentam. Zam nekad terus keluar mencari Reyna.
Reyna duduk di taman itu sambil berbuai-buai di atas buaian kanak-kanak. Entah ke mana dia harus pergi.
“Reyna?” Reyna menoleh!
“Sayang..kenapa tak call abang? Puas abang cari sayang. Rupa-rupanya di sini isteri abang bawak diri.” Ujar Zam.
“Maafkan Reyna.”
“Dah jom balik. Mama dan papa dah balik dah.” Ujar Zam.
Entah kenapa hari ni kepalanya betul-betul sakit. Nak bangun terasa berat sekali kepalanya.
“Sayang..” Zam memegang tangan Reyna. Sejuk.
“Sayang demam?” Dahinya di sentuh. Panas.
“Jom ke klinik.”
“Abang meeting pagi ni. Lupa ke?” Soal Reyna. Zam menepuk dahi. Pagi ni dia ada meeting penting. Terpaksa dia pergi kerja membiarkan Reyna. Baju kemeja dan tali leher di capainya lalu di pakai. Sesekali Zam menoleh ke arah Reyna yang sedang lena dikatil.
“Abang pergi dulu ya.” Dahi Reyna dikucup lembut lalu Zam pun pergi.
Eh, apa benda atas meja tu? Reyna bangun dengan gigihnya. Melihat fail di atas meja. Alamak? Ni pembentangan meeting penting ni!
Dengan seribu daya, Reyna bangun lalu mencari teksi. Dia harus cepat. Cepat sebelum terlambat. Reyna berlari-lari menuju lift. Masih ada 15 minit lagi. Bisik hati kecil Reyna.
Tiba-tiba lift berhenti! Lampu terpadam. Reyna panik. Nafasnya seolah-olah tersekat. Reyna mencengkam dadanya! Dia perlukan udara.
“Tolong...sesape kat luar...tolonggg....” Pintu lift diketuk-ketuk Reyna.
Manakala Zam yang baru nak menuju ke dewan meeting tergendala. Katanya lift rosak. Sempatlah Zam membuka mesej handphonenya.
- Abang tertinggal fail penting.
- Reyna otw hantar fail abang.
- Reyna dalam lift.
Lepas mesej dalam lift dah takde mesej dah. Adakah Reyna di dalam lift? Atau dia dah selamat sampai?
“Ada orang ke dalam lift ni?” Soal Zam pada petugas-petugas yang bertungkus lumus membaiki lift.
“Ada encik. Tapi orang dalam ni mungkin dah pengsan. Ambulan dalam perjalanan.”
Manakala Reyna pula sudah antara sedar dan tak sedar dalam lift tu. Dia dengar banyak suara memanggilnya. Namun dia tak mampu berbuat apa-apa.
“Cik, awak okey?” Kedengaran suara pada speaker.
“Cik..” Suara itu semakin lama makin tenggelam.
Zam dah gelisah. Sudahlah Reyna demam. Kini alami kegelapan dalam lift. Terbayang-bayang Zam wajah pucat Reyna.
“Buat kerja cepat sikit boleh tak? Isteri aku kat dalam!” Maki Zam. Kebetulan Lili dan Faizal lalu di situ turut terkejut mendengar pengakuan Zam. Isteri? Siapa isteri Zam?
“Zam, sabar sayang.” Datin Mariam cuba menenangkan anaknya.
“No mama. Dalam tu ada isteri Zam mama!” Zam makin gelisah. Sudah 10 minit masih belum siap di baiki.
“Isteri?” Soalan Datin Mariam di abaikan Zam.
Tak lama kemudian pintu lift pun terbuka. Kelihatan Reyna sudah terbaring tak bermaya. Zam terus menghampiri Reyna.
“Sayang..bangun please. Jangan buat abang risau. Sayanggg..” Zam berasa amat takut melihat Reyna yang sudah pucat. Para ambulan turut menghampiri. Bantuan oksigen diberikan.
“Encik..cik ni kena bawak hospital sekarang. Dia dalam kritikal.” Ujar salah seorang jururawat.
“Reyna isteri Encik Zam?” Soal Aira sebaik saja diberitahu Lili dan Faizal.
“Korang sure ke?” Soal Jaja. Lili mengangguk kepastian. Kelihatan Zam keluar dari pejabat tergesa-gesa dengan beg bimbitnya.
“Aira, cancelkan semua appointment atau meeting saya hari ni.” Ujar Zam. Aira mengangguk.
“Alhamdulillah.. Puan Sabrina tak apa-apa. Kandungannya juga baik-baik je.” Ujar Dr.Kumar. Zam mengucap syukur berkali-kali sambil menghela nafas lega.
“Dah pragnent?” Soal Datin Mariam. Zam mengangguk.
“Mama..Zam akan explain macammana Zam boleh ter'kahwin' dengan Reyna. Ma, pa, sorry for everything.”
“Its okay Zam. Apa yang membahagiakan Zam, itulah sebenarnya kebahagiaan kami.” Ujar Datin Mariam.
“Jomlah kita lawat menantu kita.” Ujar Datuk Nahis. Zam bersyukur kerana mama dan papanya mampu menerima Reyna sebagai sebahagian dari keluarganya.
“Sayang..dah rasa okey sikit?” Soal Zam. Reyna yang masih memakai alat bantuan penafasan hanya memberi respon angguk je.
“Dont worry, mama dan papa dah tahu pasal kita. Cepat-cepat sihat tau.” Ujar Zam. Reyna mengenggam erat jemari Zam. Datin Mariam mengusap-ngusap lembut kepala Reyna. Dia sudah jatuh kasih pada menantunya.
“Benci tau. Kahwin tak ajak!” Rajuk Aira.
“Nak buat camne, Reyna kahwin masa tu sebelum kenal akak lagi.” Ujar Reyna sambil mengusap perutnya yang sedikit mem'buncit'.
“Tengok tu! Dah ada baby. Laju betul.” Ujar Aira lagi.
“Janganlah jeles.” Ujar Zam yang tiba-tiba muncul dari dapur.
“Bos kita ni kahwin senyap-senyap je. Tengok-tengok dalam perut dah ada isi. Geram betul Lili ngan bos tau.” Ujar Lili. Zam ketawa.
“Alah, nak buat camne. Kahwin ekspress je.” Ujar Zam lalu duduk di sisi Reyna. Sesungguhnya aku sangat mencintaimu.
“Abang!” Jerit seorang gadis comel yang tiba-tiba muncul bersama bagasinya di depan pintu.
“Ehh..honey!”
“Abangggg! Siapa tu?” Reyna dah muncung.
“Opsss..lupa. Hani, ni kak Reyna. Kakak ipar Hani. Sayang, ni Hani, adik abang yang belajar kat Jepun tu.” Ujar Zam.
“Hai kakak ipar. Mama cakap Hani bakal dapat anak buah! Betul ke kakak?” Soal Hani. Reyna mengangguk.
“Aaaaa! Sayang kakak ipar! Hani ada beli something untuk bakal anak buah serta kakak ipar Hani.” Ujar Hani lagi.
“Aik? Isteri abang je dapat? Untuk abang?”
“Ade jugak. Sabar. Sabar.” Ujar Hani. Eksited!
“Jomlah makan. Makanan dah siap.” Panggil Faizal dan Jaja sebagai tukang masak.
“Yeay! Jom makan!” Ujar Reyna lalu memaut lengan Zam.
Sangat menarik 😊
BalasPadamBest sangat 😊 .. 👍👍
BalasPadamcomel je diorang ni:)
BalasPadamBest
BalasPadam