Bab 1
Malam kian jauh pekat. Petir berdentum dentam menghentam syaitan nirrojim. Hujan lebat mulai membasahi bumi yang sudah lama kering. Jalanraya mulai sesak. Jammed! Langsung tak bergerak. Mungkin ada kemalangan di hadapan.
Kalau macamni la keadaannya, sampai esok aku tak sampai rumah! Getus hati kecil Iqbal. Stereng kereta diketuk kuat hingga dia tertekan hon.
Setelah hampir satu jam Iqbal tersekat di atas jalan raya, barulah Iqbal boleh bergerak bebas memandu tanpa kekacauan kereta lain. Tiba-tiba..
Bunyi seperti langgar sesuatu. Iqbal terpempan seketika. Objek apakah yang telah di langgarnya? Manusiakah? Atau bukan manusia?
Iqbal terus turun kereta untuk melihat siapakah gerangan mangsa yang telah dilanggarnya. Dalam hatinya tak putus-putus membaca ayat kursi.
Kelihatan susuk tubuh kurus di hadapan keretanya. Rambutnya berjurai menutupi wajahnya. Iqbal menguak lembut rambut yang berjurai itu. Ya, seorang gadis! Dia telah melanggar gadis itu. Baru Iqbal nak bangun, cuba untuk melarikan diri. Lampu siren polis peronda jauh kelihatan. Cepat-cepat Iqbal mengangkat tubuh gadis itu memasuki keretanya.
Aku kat mana ni? Kenapa aku kat sini? Dirumah siapakah aku berada? Mata Mira meliar sana sini mencari jawapan. Namun dia kehampaan.
Kepalanya terasa berat untuk bangun. Tangan belakangnya menyentuh dahi. Dia menyentuh pula pipinya. Panas! Ya, aku demam. Matanya terasa agak pedih.
“Dah bangun?” Suara garau itu mengejutkan Mira.
“Err..” Mira terdiam. Terdiam terkaku melihat lelaki segak di hadapannya berkemeja biru berseluar slack hitam serta briefcase di tangan kirinya. Ah, siapa dia? Putera idaman akukah?
“Saya dah lewat nak ke tempat kerja, saya nak gi dah ni. Awak makan tu apa yang saya dah tinggalkan kat atas meja. Pastu awak boleh balik rumah.” Ujar Iqbal. Mira membisu lagi.
Baru Mira nak bangun, dunianya terasa berputar lalu Mira terjatuh. Mujur di sambut Iqbal. Iqbal menyentuh dahi Mira.
“Awak demam ni. Makan dulu sarapan. Kalau tak boleh bersarapan, awak minum air milo dalam peti. Then makan ubat. Kalau nak muntah, muntah kat sinki.” Ujar Iqbal.
“Saya tak larat.” Mira mengurut dahinya. Tak sampai hati pula Iqbal meninggalkan gadis yang sedang sakit itu.
'Aku ambik cuti hari ni. Tolong ganti syif aku.' Pesanan ringkas itu dihantar pada nombor rakannya, Johan.
“Awak larat tak ni? Kalau larat, mandi dulu.”
“Saya pening kepala.” Mira mengeluh kecil.
Baju t-shirt lebar serta seluar longgar menjadi pakaian Mira hari ini. Mira melihat dirinya di hadapan cermin. Terasa comel pula sebab terpaksa meminjam baju Iqbal.
Setelah selesai makan, Iqbal datang duduk di depan Mira lalu menyuakan termometer di mulut Mira. Comel pulak dia pakai macamni.
“Nanti lepas baju awak dah kering, dah sihat sikit ni. Saya hantar awak balik.” Ujar Iqbal sambil membaca bacaan termometer yang di tarik dari mulut Mira.
“Balik rumah??”
“Ye, balik rumahlah.” Ujar Iqbal sambil menampal koolfever di dahi Mira.
“Saya tanak balik. Please.. Jangan hantar saya balik..” Rayu Mira.
“Eh, mana boleh awak tinggal dengan saya. Saya ni bujang lagi tau. Kang jadi pape kat awak macammane?” Ujar Iqbal menakut-nakutkan Mira.
“Mira tau encik orang baik. Pleaseeee. Jangan hantar Mira. Mira tak nak balik rumah. Mira benci rumah. Please encik.” Rayu Mira lagi.
“Err.. Tak boleh! Tak boleh. Awak tak boleh tinggal sini.” Iqbal cuba bertegas dengan perempuan di hadapannya. Mira terus memeluk lengan sasa Iqbal sambil terus merayu.
“Assalamualaikum... Kami JAIS. Jabatan pencegah maksiat. Kami di fahamkan ada pasangan bukan muhram tinggal sebumbung di sini.” Entah dari mana muncul pak lebai mereka pun tak tahu.
Bab 2
“Aaaaaa!” Mira terduduk. Dia meraup wajahnya. Sungguh ngeri mimpinya itu. Namun matanya membulat sebaik saja melihat dirinya bukan di biliknya.
“Awak dah bangun?”
“Arghh! Apa semua ni?” Mira terkejut sebaik saja melihat hero dalam mimpinya itu kini berada pada dunia realitinya.
“Tadi awak pengsan.” Ujar Iqbal acuh tak acuh sambil meletakkan air kosong segelas di sisi Mira. Dahi Mira di sentuhnya. Sudah suam-suam kuku.
Mira baru nak mencapai air di sisinya, tiba-tiba matanya terpandangkan cincin di jarinya. What?!!
“Ni apa?” Soal Mira.
“Ini yang awak nakkan? Jelas. Awak dan saya adalah suami isteri. Tapi ada sesuatu yang awak perlu ingat. Bila family saya datang sini, tolong layan diorang. Dan saya akan cakap awak pembantu rumah saya. Jangan perkenalkan awak sebagai isteri saya. Sebab mummy saya tak tahu. Kalau dia tahu, dengan awak-awak dia kerat 18. Tahu?!” Mira mengangguk laju. Iqbal berlalu pergi.
Air mata Mira mengalir deras. Kenapa ini yang di takdirkan untuk aku? Aku tak nak yang ini! Jiwa kecilnya memberontak.
“Anggaplah ini sebagai muhrim kita sebumbung. Sekurangnya taklah saya tanggung dosa tengok aurat rambut awak. Bila sampai masanya saya akan ceraikan awak.” Kata-kata Iqbal pada malam selepas mereka sah menjadi suami isteri masih terngiang-ngiang di telinganya.
Setelah selesai membasuh pinggan tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta di laman rumahnya. Baru Mira ingin menyambut, kelihatan ada wanita yang begitu cantik orangnya keluar dari seat sebelah penumpang.
“Darling.” Rengek wanita cantik itu.
“Yes baby girl.” Sepertinya Iqbal sedang mabuk. Bau arak menyengat hidungnya.
“You dah sampai ni.” Zana memeluk manja lengan Iqbal. Eeee! Bencinya. Aku tak pernah pun semesra tu dengan suami aku tau.
“You teman i malam ni, please.” Meleret-leret ayat Iqbal.
“You siapa perempuan selekeh kat rumah you ni?” Soal Zana.
“Maid je. Jangan jeles. You lagi cantik”
Tiba-tiba handphone Zana berbunyi. Segera di jawabnya. Iqbal yang masih mabuk tu menyengih gembira.
“You, sorry. Mama call suruh balik sekarang. Sorry sayang.” Pipi Iqbal dikucupnya. Tubuh Iqbal dibiarkan atas sofa. Segera Zana berlalu pergi. Mira buntu. Apa nak buat dengan orang mabuk ni? Hmm..
Air teh dihulur pada Iqbal. Iqbal mencapai lalu meneguknya. Entah macammana tiba-tiba Iqbal muntah atas karpet. Habis bau kencing syaitan merebak satu ruang tamu. Setelah muntah, Iqbal terus tidur di sofa itu.
Miralah yang mencabutkan stokin di kaki Iqbal. Membuka tali leher agar Iqbal tak lemas ketika tidur. Muntahnya itu di bersihkan.
“Sayang..” Lengan Mira di tarik. Saat itu mata Iqbal masih memandangnya. Mira terpana seketika.
“I love you.” Pipinya dicium Iqbal. Mira memegang pipinya yang baru dicium suaminya. Seperti ada renjatan eletrik menyambar di hatinya.
“Siapa yang kotorkan karpet kesayangan mummy saya ni? Awak ke?” Marah Iqbal sebaik saja melihat karpet di sidai di luar.
“Bukan saya. Awak.” Ujar Mira
“Apa pulak saya?! Masa bila pulak saya kotorkan karpet?!” Marah Iqbal. Malas Mira hendak bercakap lagi. Melayan orang seperti Iqbal ibarat melayan anak patung yang tak paham bahasa.
“huh!” Iqbal terus ke biliknya. Sakit hatinya bercakap dengan Mira.
“Suka nak persalahkan orang tiba-tiba.” Ngomel Mira sambil tangannya laju menyudahkan kerjanya. Sedang Mira sibuk menyimpan apa yang patut di peti sejuk. Matanya terpandangkan barang-barang basah yang dah hampir habis.
“Awak..” Pintu bilik Iqbal diketuk bertalu-talu.
“Yerr..” Iqbal menjengulkan wajahnya di celahan pintu biliknya.
“Jom teman saya beli barang dapur. Lauk mentah dah nak habis.” Ujar Mira. Iqbal memandang Mira sambil mengerutkan dahinya.
“Yelah. Yelah.” Pintu bilik di tutup kuat.
Sedang Mira membeli barang dapur dengan Iqbal. Tiba-tiba handphone Iqbal berdering. Sejurus itu Iqbal menjarakkan dirinya untuk menjawab panggilan itu.
“Saya ada emegency case kat hospital. Awak belilah barang dulu. Ni kad kredit saya. Jangan boros-boros.” Iqbal terus berlalu pergi. Mira terpinga-pinga sendirian.
“Amira Falisya kan?” Mira terkejut sebaik saja dirinya di tegur seseorang yang dia cukup kenali. Tak! Tak mungkin! Apa dia buat kat sini?
“Eh, tak. Encik salah orang kot.” Laju-laju Mira menyusup masuk di celah orang ramai. Aku tak boleh bertembung dengan dia!
Setelah selesai buat pembayaran, cepat-cepat Mira menaiki teksi.
Sebaik saja tiba di rumah. Cepat-cepat Mira mengunci pintu. Dia cuba bertenang. Risau. Dirinya mungkin sedang di jejaki. Mungkin kerana dia sudah bertudung, orang dah kurang mengecam dirinya.
Handphone Mira berdering. Rasa takutnya datang lagi. Namun dia ingatkan dirinya yang dia sudah tukar nombor.
"Masak sedap-sedap. Mummy nak datang malam ni." Ujar Iqbal. Mira mengangguk.
"Awak dengar tak ni?" Mira angguk lagi. Entah kenapa dia begitu selamat selepas mendengar suara lelaki yang bergelar suami ekspress itu.
"Are you okey?" Mira menggeleng. Papp! Mira menepuk dahinya. Dia lupa yang dia sedang cakap dalam telefon.
"Okey." Mira terus mematikan panggilan itu. Barang-barang itu dikemaskan. Mujurlah dia sempat beli barang tadi, sekurangnya taklah pening kepala nak masak apa untuk mummy.
Kan bagus kalau satu hari nanti aku pengsan then tiba-tiba aku disahkan sakit barah hati stage 4. Sekurangnya saat-saat terakhir aku diisi dengan penuh kebahagiaan.
Di tambah lagi, suami yang di sisi menjaga aku dengan penuh cinta. Umi yang selalu memberi sokongan. Mira memejam matanya seketika. Rindunya dia pada umi. Dan juga abah yang sentiasa memahami diriku. Abah? Kerana lelaki bergelar abahlah aku tekad pergi sejauh ini. Air mata Mira mengalir di saat dia memejam matanya.
Kemunculan lelaki tadi, membuatkan Mira teringat pada keluarganya. Bukan dia tak rindu. Cuma di tahan-tahan saja rindu itu.
“Awak okey?” Mira membuka matanya. Wajah Iqbal dekat dengannya. Berdegup kencang jantungnya. Seperti baru lepas lari maraton.
“Kenapa menangis ni?” Jemari kasar Iqbal mengesatkan air mata di pipi Mira. Mira menggeleng-geleng. Sungguh dia rindukan abahnya. Tubuh Iqbal di peluk Mira seeratnya.
Kenapa aku rasa sakit dengan air mata wanita di hadapanku ini? Kenapa aku rela tubuhku jadi sandaran wanita ini? Jangan-jangan aku dah..ah, tak mungkin!
“Maaf.” Mira melepaskan pelukannya.
“Kalau awak tak nak masak, takpelah. Kita order luar je.” Ujar Iqbal. Mira menggeleng-geleng.
“Takpe. Chef Amira kan ade.” Ujar Mira dalam senyuman bersama sisa air mata di tubir matanya. Mira mencapai apron yang tersangkut kemas di tepi almari lalu memakainya.
Bab 3
Ting tong!
Segera Iqbal ke pintu utama. Mira pula masih sibuk siapkan karamel di dapur. Membuat pencuci mulut itulah kepakaran Mira sejak zaman universitinya lagi.
“Iq, camne dengan hospital? Okey tak? Mummy ingat..eh, siapa ni Iq?” Ujar Datin Afifah sebaik saja nampak Mira datang dari dapur sambil tangannya membawa dulang berisi karamel.
“Maid Iqbal je la mummy.” Ujar Iqbal.
“Maid? Budak secantik ni kau buat maid ye Iq? Baik buat isteri.” Ujar mummy.
“Cantik ke? Takpun. Dia bukan taste Iqbal la mummy.” Ujar Iqbal sambil tangannya ligat makan sotong goreng serta sambal udang. Sedap.
“Iqbal ni kan. Tengoklah masakan dia sedap-sedap. Sayanglah. Mummy nak ambik dia jadi menantu mummy. I mean, untuk abang Iq la.” Ujar mummy. Nak tergelak pulak Mira mendengar perbualan anak beranak.
“Elok la tu Fah. Kebetulan si abang masih single.” Ujar Datuk Hasran yang tiba-tiba muncul. Mira terus ke dapur.
“Maid Iq ni bukan taste abang pun mummy, daddy.” Ujar Iqbal lalu laju meneguk air kosong akibat tersedak dengan kata-kata mummynya.
“Mummy nak pinjam maid Iqballah kalau camtu. Kita try. Kalau abang macam suka je ngan Mira. Kita boleh buat weeding hujung tahun ni.” Ujar mummy sungguh-sungguh.
“Alah, sape nak jadi maid Iqbal pasni kalau Mira jadi 'kakak ipar' Iq?” Soal Iqbal. Berderau jugak darah mendengar yang mummynya berkenan Mira untuk jadi 'kakak ipar'nya.
“Mummy bagi yang lain. Nak?” Ujar Datin Afifah lagi.
“Takpelah mummy. Iq dah biase dengan maid yang ni.” Ujar Iqbal.
“Mummy pinjam je lah. Nanti Iq hantar maid ke rumah ye. Kejap je. Pastu nanti mummy pulangkan balik maid Iq ni kalau abang tak berkenan.” Ujar Datin Afifah. Iqbal sudah garu kepala. Macammane kalau abangnya berkenan? Macammane nak bagitahu mummy yang maid-nya tu sebenarnya isterinya?
Lepas kepulangan mummy. Iqbal cepat-cepat ke dapur. Melihat Mira sudah pun selesai menyudahkan kerjanya.
“Dah selesaikan? Jom ke ruang tamu. Ada benda nak bincang.” Ujar Iqbal agak serius kali ni. Tak pernah Iqbal berwajah serius selama 3 bulan Mira duduk sebumbung dengannya.
Mira pun duduk di atas sofa. Melihat Iqbal yang sedang ralit bermain di handphone. Girlfriend dia mungkin.
“Mummy nak awak jadi maid mummy. Mummy kata kalau awak berjaya tawan hati abang saya, mummy nak kahwinkan awak dan my brother. Cuma kat sini, nak ingatkan. Awak tu still my wife. Kalau boleh jangan goda abang saya, mummy, daddy. Sometime saya akan ceraikan awak. Waktu tu kalau awak nak goda abang saya, saya dah tak kisah.” Ujar Iqbal.
Tersentap hati Mira. Dia sudah sayangkan lelaki itu. Mira sendiri lupa bahawa lelaki itu tidak pernah mencintainya.
“Okeylah. Nak keluar ni.” Iqbal terus keluar bersama kereta kesayangannya. Iqbal kalau stress memang akan keluar sampai pukul 2 3 pagi. Mungkinkah Iqbal tertekan? Tapi sebab apa? Sebab akukah? Atau sebab mummy?
Jam menunjukkan angka ke pukul 3 pagi. Barulah kedengaran enjin kereta. Tapi bukan kereta Iqbal. Mira terus membuka pintu. Melihat Iqbal mabuk teruk. Bau arak kuat menyengat hidungnya.
“Eh, kau tolong angkat Iqbal ni. Mabuk sangat. Nanti esok kau cakap dengan dia. Ambik sendiri kereta kat depan pub selalu dia pegi tu.” Ujar Zana lalu mencampak kunci di muka Mira. Segera Mira memapah Iqbal ke bilik.
“Sayang....he he he. Sini laaa.” Iqbal memaut pinggang Mira. Mira menepis kasar tangan lelaki itu. Namun kekuatan lelaki mabuk itu jauh lebih kuat. Mira cuba melarikan diri lagi. Akan tetapi tindakan lelaki itu membuatkan Mira hanya mampu menangis.
“Arghhh!!! Apa ni?” Iqbal menjerit terkejut melihat ada Mira sedang membalut tubuhnya dengan comforter di sisinya. Wajah Mira ada kesan orang baru lepas menangis.
“Ke..kenapa kau kat bilik aku?!!” Jerkah Iqbal.
“Kau memang nak sangat eh? Buat-buat konon aku merogol kau. Lepas tu kau mengandung. Kau cakap tu anak aku. Kau nak aku jadi pak sanggup kan? Dengan jantan mana kau dah tidur? Sampai begitu berani kau masuk bilik aku. Tanpa sehelai benang duduk kat sebelah aku..kau..” Belum habis Iqbal cakap, Mira sudah memotong kata-katanya.
“Enough! Jangan fitnah Mira macam-macam.” Mira bangkit mengutip baju-bajunya yang berterabur di lantai. Malu, marah, sakit semua ada. Mira berlalu pergi meninggalkan Iqbal termangu sendirian. Mata Iqbal terpandangkan setompok darah di cadarnya. Takkan aku dah....? Tak mungkin!!
Sejak kejadian itu, hubungan Mira & Iqbal menjadi dingin. Masing-masing tak bercakap. Hanya bahasa kertas je di jadikan pengganti perbualan mereka.
“Mira.”
“Ye.”
“Siaplah.”
“Untuk?”
“Jadi maid mummy.” Mira berlalu ke biliknya. Dia memandang sayu je pada Iqbal. Terus mereka ke rumah Villa Vistana.
Bab 4
“Sedap betul puding ni kan. Tak sangka Mak Pah pandai buat puding.” Puji Azroy, abang kepada Iqbal.
“Bukan mak Pah buatlah. Tu ha..maid baru mummy Tuan Azroy yang buat.” Ujar mak Pah. Azroy pelik. Maid baru?
“Mana dia?” Soal Azroy. Sepanjang dia duduk di banglo itu. Tak pernah pula dia jumpa pembantu rumah yang lain selain mak Pah. Kelihatan mummy datang dengan senyuman lebar.
“Az, mummy nak ke company dulu. Nanti Az follow ye.” Ujar Datin Afifah. Azroy mengangguk paham. Datin Afifah terus berlalu pergi.
“Mak Pah, mana hanger?” Soal Mira yang tiba-tiba muncul dari dapur. Azroy tergamam seketika. Cantik wanita di hadapannya itu.
“Ada kat tepi mesin basuh. Mira, ni la Tuan Azroy. Abang Tuan Iqbal. Tuan Azroy CEO dalam syarikat Datuk Hasran.” Perkenal mak Pah.
“Oo.. Hai, saya maid baru Tuan Azroy. Panggil saya Mira je.” Ujar Mira. Namun tiada respon dari Azroy. Azroy masih memandangnya.
“Heloo..” Mira memetik jarinya di depan mata Azroy. Azroy tersedar dari lamunan.
“Oh. Hi. Nice to meet you.” Ujar Azroy.
Sementara itu, di rumah Iqbal...
“Mira, buatkan air fresh oren satu.” Suasana krik krik. Sunyi sepi. Iqbal menepuk dahinya. Dia terlupa, Mira sudah tinggal di banglo mummynya.
Bila malam, baring kanan nampak muka Mira senyum. Baring kiri muka Mira ketawa. Pejam mata, mimpi Mira. Sudah angaukah dia?
Iqbal ke bilik Mira. Masih ada bau vanilla, perfume milik Mira. Seolah-olah terasa Mira masih di rumah itu. Kadang-kadang wajah Mira dan air mata melintasi di benaknya. Ah! Nampaknya, dirinya sudah merindui wanita itu.
Zana juga sudah jauh berpaling darinya. Zana sudah ada penggantinya. Meninggalkan dirinya kesepian lagi.
Sejak kedatangan Mira di rumah tu. Dari suasana suram terus menjadi ceria. Ada saja lawak jenaka dari Mira membuatkan seisi rumah itu ketawa.
“Tuan Azroy nampak sentiasa senyum gembira sejak Mira duduk sini.” Ujar mak Pah.
“Serius? Sebelum ni kenapa?” Soal Mira.
“Sejak Tuan Azroy putus tunang. Dia tak pernah senyum, tunangnya itu sebenarnya isteri orang.” Ujar mak Pah.
“Kesiannya.” Ujar Mira sambil memotong buah.
“Buat apa tu?” Ujar Azroy yang muncul tiba-tiba.
“Potong buah. Nak minum pape tak?” Soal Mira. Azroy tersenyum sambil tangan menongkat dagu.
“Nak jus special yang selalu Mira buat. Boleh?” Soal Azroy. Mira mengangguk.
“3 minute.” Serentak Mira dan Azroy. Lalu mereka ketawa geli hati. Azroy kenal benar perangai Mira yang baru sebulan di situ. Iqbal yang baru datang bertandang ke dapur terus tak jadi masuk dapur mengacau daun.
Hatinya jadi panas saat melihat gelagat mesra Azroy dan Mira. Seperti dah lama kenal.
“Mira nak ikut gi jalan-jalan tak?” Soal Azroy.
“Jap. Nak fikir.” Sekali lagi Mira & Azroy berkata serentak. Sebab Azroy kenal sangat apa jawapan yang akan Mira bagi sebaik saja dia pelawa Mira untuk keluar bersama.
“Hei, lepaskan! Lepaskanlah!” Mira menarik lengannya yang di cengkam kuat oleh Iqbal.
“Kan aku dah cakap. Kau tak boleh goda abang aku!” Marah Iqbal. Mira terdiam.
“Mira tak goda dia pun.” Ujar Mira. Iqbal merasa marah dengan jawapan Mira. Sudahlah dia dah lama tak bertemu gadis itu. Bila bertemu Mira lebih kepada Azroy berbanding dirinya.
“Kalau tak goda, macammane abang aku boleh cakap dengan mummy untuk langsungkan majlis dia dengan kau bulan depan?!!” Maki Iqbal.
“Kau sedar tak kau tu isteri aku?!! Kau ingat kahwin ni perkara main-main ke?” Air mata Mira sudah tidak tertahan lagi. Kini dia menangis di depan lelaki itu. Sakit hatinya mendengar kata-kata Iqbal.
Iqbal mula berasa serba salah kerana memarahi Mira sehingga wanita di hadapannya itu terluka hatinya.
“Tolonglah. Jangan cemburu lagi. Mira sedar akan diri Mira. Tapi tolong. Tolong jangan hina Mira.” Tersedu-sedu Mira menangis.
Ingin dia memeluk wanita itu. Dia berharap dia mampu menenangkan wanita itu. Ya, dia dah jatuh sayang pada Mira. Sejak permegian Mira. Hatinya di paut kerinduan tak terkata.
“Mira.. Abang rindukan Mira. Abang sayang Mira. Abang cintakan Mira.” Luah Iqbal. Membuatkan Mira bertambah-tambah menangis. Tubuh Iqbal di peluknya. Iqbal membalas pelukan itu.
“Sayang.. Maafkan abang.” Mira tak tahu hendak di luah bagaimana lagi. Dia terlalu terharu.
“Mira.. Tadi saya dengar awak nangis. Are you okey?” Kedengaran suara Azroy memanggil-manggil Mira dari luar. Mujur pintu biliknya sudah dikunci.
“Ye Tuan Azroy. Sa..saya okey.” Ujar Mira.
“Aduh, kacau je. Orang tengah feeling ni kan sayang.” Ujar Iqbal bisik di telinga Mira. Mira ketawa kegelian.
Hubungan Mira dan Iqbal lebih baik dari sebelum ini. Namun hubungan mereka masih di sembunyikan. Adakala, lewat malam barulah Iqbal berkesempatan menyorok di bilik Mira. Kadang-kadang sengaja Iqbal memanggil Mira mengemas biliknya.
Hari dah jauh lewat malam, Mira terjaga. Perutnya terasa lapar. Segera Mira ke dapur. Membancuh segelas nestum untuk dinikmatinya. Tiba-tiba dia ternampak bayang lembaga membongkok-bongkok ke dapur. Sudahlah dapur gelap. Mira mencapai senduk lalu mengetuk kepala lembaga itu.
“Ouchh! Sakit.” Alamak! Macam suara Iqbal je.
“Sorry. Tak nampak.” Mira gelabah.
“Ni abanglah.” Ujar Iqbal. Mira menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia ingat perompak. Segera Mira menarik Iqbal ke bilik. Sebaik je lampu bilik dibuka, kelihatan jelas terserlah benjol di dahi kanan Iqbal.
“Hahaha. Kelakar betul muka abang camni. Macam ikan flowerhon. Dahi jendul.” Mira ketawa sambil meletak ais di dahi Iqbal.
“Tak pasal-pasal abang kena lepuk free dari isteri abang ni.” Ujar Iqbal. Mira menyengih je.
“Ni nape sayang bangun tengah malam?” Soal Iqbal.
“Mira lapar.” Iqbal mengangguk faham. Eh, wait wait. Lapar tengah malam? Petanda apakah itu?
Bab 5
“Mummy nak buat weeding Azroy tema inggerislah!” Ujar Datin Afifah. Iqbal memandang bosan ke arah mummynya yang suka berangan.
“Mummy, mana Mira?” Soal Azroy.
“Entah. Tadi pagi pun mummy nampak mak Pah je.” Ujar mummy. Iqbal mula rasa tak sedap hati.
Iqbal terus ke bilik Mira. Kelihatan Mira masih lena di pembaringan. Tubuh Mira di goncang lembut.
“Sayang..bangun. Dah nak tengahari ni.” Ujar Iqbal. Mira menggeliat kecil lalu sambung tidur.
“Mira ngantuklah.” Ujar Mira. Sejak dua menjak ni Mira cepat berasa letih, lepas je Mira memasak dia akan makan dan sambung tidur.
“Eh, Tuan Iqbal buat apa kat bilik Mira nih?” Soal Mak Pah. Cepat-cepat Iqbal menekup mulut mak Pah. Lalu pintu bilik di tutup.
“Mak Pah jangan salah sangka. Mira isteri saya.” Hampir saja mak Pah nak jerit. Iqbal terus isyarat jari telunjuk tanda diam.
“Mak Pah tolong coverline. Nanti kemudian hari Iqbal akan citer kat semua dari A sampai Z.” Ujar Iqbal. Mak Pah tersenyum lalu mengangguk.
Sebaik saja mak Pah keluar, kelihatan Azroy sudah berdiri tercegat di depan pintu.
“Mak Pah, Mira mane?” Soal Azroy.
“Mira tidur. Tak sihat katanya.” Azroy angguk-angguk lalu pergi. Kesian Azroy, kalaulah dia tahu Mira ni adik ipar dia. Agak-agak dia akan jadi macam dulu lagi tak?
Lembik! Itulah yang patut di kategorikan pada Mira. Lemah tubuhnya sejak awal pagi tadi. Tiba-tiba tak sedap perut. Mira muntah-muntah. Nak mengadu pada Iqbal, Iqbal out station di Amerika.
“Mira..eh, ya Allah. Kenapa ni?” Mak Pah terkejut melihat Mira yang baru keluar bilik air sedang memegang kepalanya.
“Demam ni. Jom ke klinik?” Baru mak Pah nak tolong papah, Mira sudah berlari-lari lagi menuju ke bilik air. Mira muntah-muntah. Teruk. Cepat-cepat mak Pah maklumkan pada Azroy.
Azroy memecut laju ke hospital sebaik saja melihat tubuh Mira longlai. Mira sempat meninggalkan email pada Iqbal.
“Tahniah. Puan Amirah pragnent 10 minggu.” Azroy yang mendengar hampir pitam menerima berita itu. Mira mengandung? Anak siapakah?
“Apa?! Mira pragnent 3 bulan?” Mummy jugak turut terkejut menerima berita itu. Putus harapannya untuk bermenantukan Mira.
“Sebelum ni Mira maid Iqbal. Takkanlah mengandung anak Iqbal? Ahhh! Iqbal tak mungkin buat perkara-perkara tak senonoh.” Datin Afifah mengurut dahinya memikirkan.
“Apa yang awak fikirkan tu?” Soal Datuk Hasran.
“Mira pragnent bang.” Ujar Datin Afifah.
“Baguslah tu. Apa masalahnya?” Ujar Datuk Hasran.
“Tapi anak tu, anak siapa? Hancur berkecailah harapan mummy nak bermenantukan Mira.” Datin Afifah berasa terlalu kecewa.
“Pragnent? Alhamdulillah.” Ujar Iqbal yang segera pulang ke Malaysia sebaik saja dapat khabar Mira jatuh sakit.
“Berapa bulan sayang?” Soal Iqbal melihat Mira yang masih terlantar di atas katil hospital.
“10 minggu.”
“Alhamdulillah. Anak papa, tak mau nakal-nakal dalam perut mama.” Iqbal mengusap perut Mira yang masih kempis. Mira ketawa gelihati.
“IQBAL? Anak Iq?” Datin Afifah yang sebenarnya dari tadi mendengar perbualan mereka terus rasa terkejut.
“Erkk! Mummy. I can explain.” Ujar Iqbal. Dia tahu mummynya tak mudah melatah. Iqbal mula menceritakan dari A sampai Z. Tahulah Datin Afifah. Rupanya Mira adalah menantunya. Dan dia bakal mendapat cucu.
“Mira rindu abah dan umi..” Mira menangis lagi yang entah ke berapa kali di dada bidang Iqbal. Wanita yang sedang mengandung memang sensitif.
“Kita jumpa mereka.” Ujar Iqbal sambil mengelus jari jemari isterinya.
Azroy yang baru mengetahui hubungan Iqbal dan Mira berasa sedih. Lalu menjauhkan dirinya. Minta transfrer syarikat kerja kat Dubai. Semuanya demi melupakan perasaannya pada Mira.
Amat perit menerima kenyataan. Ku terima walau perit. Ku tempuhi walau pahit. Aku berharap kau bahagia di sampingnya..-Azroy-
Rumah banglo tersergam nan indah. Mira berdiri terpacak di luar pagar besar itu. Sebaik saja kakinya melangkah ke dalam. Kelihatan umi dan abah sudah berdiri menyambutnya. Mira terus menyalam abahnya.
“Abah, Mira minta maaf.” Ujar Mira.
“Abah tak marah pun Mira. Abah suka tengok Mira camni. Maafkan abah sebab tak memahami keadaan anak abah.” Ujar Datuk Farid.
“Mira, kenapa lari dari rumah..?” Wajah umi sebak. Rindu seorang emak pada anaknya. Mira memeluk uminya.
“Amirah Falisya.” Ah, suara itu lagi? Mira memandang lelaki yang berdiri tegak di hadapannya.
“kenapa masa abang tegur Mira hari tu, Mira lari?” Soal Hakim. Hakim adalah abang angkat Mira. Mira tersenyum lalu menggeleng-gelengkan wajahnya.
“Abang faham kalau Mira tak nak jadi isteri abang. Tapi Mira kena faham kerisauan umi dan abah tu.” Ujar Hakim namun jauh di sudut hatinya terasa dengan Mira. Iqbal memegang erat jemari isterinya. Dia tahu isteri kuat.
“Umi..kenalkan, ini suami Mira. Tengku Muhamad Iqbal. Dia yang jaga Mira. Mira minta maaf buat umi dan abah risau.....” Ujar Mira. Sebak hatinya melihat umi dan abah hanya senyum.
“Terima kasih sebab Iqbal jaga anak umi yang nakal ni,” ujar umi. Iqbal mencium tangan kedua orang tuanya.
“Bro, jangan buat adik manja guwa menangis.” Ujar Hakim sambil menepuk2 bahu Iqbal.
Mencintai tak semestinya memiliki. Biarpun dirimu milik yang lain. Namamu tetap di hati. Andai ini takdirnya. Aku terima.-Hakim-
“Camne abang boleh jatuh cinta dengan Mira?” Soal Mira sambil menongkat dagu.
“Manalah abang tahu. Tiba-tiba je abang rindu kat sayang lepas sayang gi rumah mummy.” Ujar Iqbal.
“Eleh, dah jauh-jauh baru nak sedar dalam hati tu ade jugak rasa sayang kat Mira. Hehehe.” Ujar Mira sambil jari telunjuknya di dada kiri Iqbal. Iqbal memegang tangan Mira sambil matanya memandang tepat ke arah Mira.
“Terima kasih sayang, sebab sudi jadi isteri abang. Sudi bersama susah senang. Dan abang minta maaf, sebab abang mabuk sayang jadi camni..” Iqbal sebak.
Mira terus bangkit dari kerusinya lalu mendekati Iqbal. Kemudian Mira memeluk Iqbal dari belakang.
“Abang..ni anak kita. Tak kisahlah macammana pun ia terjadi. Tapi ia dari darah daging kita. Mira dah lama maafkan.” Ujar Mira. Lagilah terharu Iqbal. Jemari Mira di kucupnya dengan penuh kasih sayang.
“Insya-Allah, sayanglah isteri abang dunia akhirat. Terima kasih kerana sentiasa setia walaupun buruknya layanan abang kat sayang selama ni.” Akui Iqbal.
Sedap sangat cerpen ni,buat lah lagi ye
BalasPadamBest
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBest laaaaa buat la lagii
BalasPadamkritikan membina
BalasPadamSeeloknya semak dahulu cerpen sblm publish
Ape pon good try
Mak aihhh best nya
BalasPadamMasa kawen mesti ada wali dia. Tp dlm cite ni mcm mira berkahwin tanpa wali. X boleh cmtu. Crita, mmg la rekaan tp mesti berlandaskan fakta yg betul. Kalau kena tangkap jais pun, kahwinnya perlu wali jugak.
BalasPadamSo,Iqbal tu berubah tak daripada sikap dia yg suka mabuk tu?
BalasPadamboleh tahan good job
BalasPadamJalan cerita ok . Best sangat tapi keharusnya detailkan jalan cerita tu. Pape pape pon congrate
BalasPadamJalan cerita ok . Best sangat tapi keharusnya detailkan jalan cerita tu. Pape pape pon congrate
BalasPadam