Prolog
Assalamualaikum...
Buat kawan baik aku. Aku harap kau sudi maafkan aku. Mungkin saat kau baca surat ini aku dah takde lagi buat selamanya. Aku harap kau sudah maafkan aku ketika ini. Aku bersyukur kerana Allah kurniakan kepada aku kawan yang sejati seperti kau. Yang tak pernah menilai soal keturunan. Dan aku bersyukur kerana Allah meminjamkan aku kebahagiaan bersama wanita yang aku dan kau cintai, Hidayah Alana. Bukan sengaja aku ambil wanita kesayangan kau. Tapi itulah jodoh. Kita merancang, Allah yang menentukan. Cuma ada satu yang aku pinta. Tolong jagakan Lana. Tolong jagakan anak yang dikandungnya. Aku harap kau dapat jaga dia, cintai dia sepanjang hayat kau. Berjanjilah pada aku yang kau akan jaga dia sampai bila-bila. Jangan kecewakan dia. Hanya kau sahabat yang aku percayai. Satu masa dahulu hanya kau adalah lelaki yang telah mencintai Lana setulus hati. Maka jagakan dia untukku. Aku sentiasa ingin jadi kawan baik kau dunia akhirat.
Yang Benar
ADAM
Bab 1 ***
“Lana, cepatlah siap! Kita nak gerak dah ni.” Bebel mak Milah sebaik saja melintas di ruang tamu. Melihat anak daranya masih duduk menghadap tv.
“Ala, mak. Lana malaslah nak pergi. Mak dengan ayah je la pergi.” Ujar Lana sambil matanya khusyuk melayan drama korea.
Mak Milah ni bukan boleh di bawak berbincang. Terus dicapainya remote tv. Laju jarinya menekan butang off.
“Mak cakap, siap. Siap. Jangan lambat-lambat. Ayah dah tunggu kat kereta tu. Kamu tu bukan selalu balik, jarang-jarang je. Dah balik tu bukan reti keluar rumah. Terperap je mak tengok. Sekali sekala, bertegur sapa la dengan orang kampung. Apa kata jiran-jiran nanti tengok ana dara mak tak mesra alam. Ish, anak dara sorang ni la.” Tu dia, panjang lebar bebelan mak Milah.
Lana menghentak-hentak kakinya tanda protes. Dari dulu sampai sekarang mak layan aku macam aku ni budak sekolah rendah. Ergh! Nasib kau la Lana.
Baju kurung pahang kain cotton tanah putih berbunga kuning itu menjadi pilihan Lana. Dipadankan dengan tudung bawal kuning. Lana melihat dirinya dihadapan cermin. Alahai, kenapa rasa macam rupa nak pergi office je. Argh!
“Haa..Lana. Dah okey dah tu. Cepat. Jom.” Entah sejak bila mak Milah berdiri di pintu bilik dia sendiri tak perasan.
Suasana kenduri kahwin di kampung berbeza dengan suasana kenduri di bandar. Kanak-kanak riang bermain di sekeliling bunga mangga.
“Dah besar anak dara hang ni ye Milah.” Ujar mak Wan, yang kebetulan duduk makan berhadapan dengan tempat duduk Lana.
“Mak Wan apa khabar? Sihat?” Soalku, cuba beramah mesra.
“Alhamdulillah. Sihat. Lana sihat ke?” Soal mak Wan. Nampaknya sapaan Lana disambut baik.
“Sihat je.” Jawab Lana sambil mengunyah ulam raja.
“Lana bila pulak nak kahwin?” Hampir tersedak ulam ditekak Lana dengan soalan mak Wan. Dia memang dah agak, confirm soalan tu akan keluar dari mulut mak Wan.
“Erkk!”
“Tulah, Lana ni. Dia jual mahal sangat mak Wan.” Sampuk mak.
“Ish, Lana. Jangan jual mahal. Nanti Lana jadi macam kak Ton isteri pak Mansor tu. Dah hujung-hujung usia baru nak kahwin. Dengar cerita masa muda-muda dulu kak Ton tu jual mahal. Haa..macam Lana lah!” ujar mak Wan.
Gulp! Lana menelan air liur. Mak Wan ni bukan boleh di ajak bersembang. Semua kisah orang kampung ada dalam mulutnya.
“Takdelah Lana sampai macam tu sekali mak Wan. Insya-Allah. Ada jodoh, Lana kahwinlah. Lana akan jemput mak Wan yang pertama. Okay?” Ujar Lana. Mak Wan menyengih. Mak Milah tergelak kecil melihat reaksi anaknya.
“Lana, kan?” Lana yang sedang membasuh tangan terhenti seketika sebaik saja dirinya ditegur.
“Yup!” Jawab Lana lalu menoleh melihat gerangan yang menegur.
“Ajol??” Lana cuba mencari kepastian.
“Ye, ni Ajol lahh. Fuyoo..Lana. Lawa gila kau sekarang.” Puji Ajol.
“Ish, takdelah. Biasa je.” Ujar Lana lalu mengesat tangannya dengan tisu.
“Kau kerja apa sekarang Lana?” Soal Ajol.
“Aku? Kerja biasa je. Haha. Kau?” Ujar Lana.
“Aku kerja kat kampung ni je. Tolong-tolong apa yang patut. Tengah simpan duit. Cukup duit, aku nak meminang kau. Hahahahaa.” Ujar Ajol diikuti ketawa terbahak-bahak.
“Kau ni. Main-main kan.” Lana mencubit Ajol. Dia memang rapat dengan Ajol sejak kecil lagi.
“Lana, serius aku cakap kau dah lawa sekarang. Tak macam dulu. Pakai tudung kelepet sebelah, lipat baju sampai siku. Jalan macam gangster. Haha.” Ajol masih membahan Lana.
“Ish, kau ni. Zaman ber-style aku tu. Jangan diingat. Malu siot!” Lana menyiku Ajol.
“Weh, Lana!!” Jeritan itu! Aku kenal suara tu. Tapi..Lana menoleh. Ayda sudah tersengih-sengih.
“AYDA!! What are you doing here?” Soal Lana.
“Isk! Kau ni. Pengantin lelaki tu pak cik akulah. Dia kahwin dengan anak gadis kampung ni. Haha.” Ujar Ayda.
“Oh. Patutlah!”
“Kau tak nak kenalkan aku ke, siapa mamat tu.” Usik Ayda.
“Oh, ni Ajol. Kawan lama aku. Ala, kawan masa zaman bodoh-bodoh aku tu la. Haha.” Ujar Lana.
“Hai..saya Ayda. Housemate Lana!” Ujar Ayda.
“Oh...” Ajol mengangguk.
“Lana, aku gi masuk dalam dulu okey. Panas la kat luar ni. Kau kalau nak lepak bilik aku masuklah. Kat dalam ada aircond. Bilik nombor 2 tau.” Ujar Ayda.
“Okay.”
“Jangan silap masuk bilik pulak.” Pesan Ayda sebelum menghilang.
“Lana, housemate tu apa?” Soal Ajol.
“Teman serumah laa. Ape daa. Aku ingat kau tau tadi.” Ujar Lana. Ajol menyengih.
“LANA!!”
Sedang Lana leka mendengar lagu, berasa terkejut sebaik saja mendengar suara mak Milah melaung namanya. Cepat-cepat Lana menanggalkan earphonenya.
“Ye, mak.”
“Pekak ke kamu ni? Dah hampir sepuluh kali mak panggil nama kamu.” Ujar mak Milah. Lana menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Sorry mak. Tak dengar. Tadi Lana, sumbat telinga. Hehe.”
“Tulah keje kamu. Dengar lagu memanjang. Apalah salahnya tolong mak kemas rumah ke, bagi makan kat kucing kat luar tu ke. Ni haa..mak ada buat kuih lompat tikam. Tolong hantarkan kat rumah Tuan Haji Malik. Isteri Tuan Haji, auntie Mardhiah tu suka sangat kuih ni.” Ujar mak Milah panjang lebar. Lalu menyerahkan kuih lompat tikam pada Lana.
“Err..mesti ke Lana yang hantar. Ayahkan ada, mintalah ayah hantar dengan motor.” Ujar Lana sambil memuncungkan bibirnya ke arah ruang tamu dimana ketika itu Pak Hamid iaitu ayah Lana sedang leka membaca surat khabar.
“Kamu tak nampak ayah kamu tengah baca suratkhabar tu? Lagipun dekat je. Jalan kaki je la. Tak payah motor-motor, jimat minyak.” Ujar mak Milah.
“Yelah..yelah..” Lana mencapai tudung bulat lalu disarungnya.
“Lana, takkan kamu nak pakai camni pegi rumah Tuan Haji?” Soal mak Milah sebaik saja melihat Lana selamba keluar rumah dengan seluar jean bersama t-shirt lengan panjang.
“Dah tu?” Soal Lana.
“Pakailah sopan sikit.” Ujar mak Milah.
“Yelah..”
Lana berasa kurang selesa apabila dia terpaksa memakai blous labuh. Sesekali Lana membetul-betulkan bajunya. Tiba-tiba muncul satu kereta model Porsche warna silver melintasinya. Lana yang berasa terkejut terus terjatuh.
“Cik, cik tak apa-apa?” Pemilik kereta Porsche itu turun sendiri melihat keadaan Lana.
“Saya okay je.” Jawab Lana lalu menoleh ke arah lelaki itu.
Alamak, handsomenya!! Kenapa handsome sangat lelaki ni? Arghh..melting! Malunya dia tengok aku yang tengah selekeh ni. Aaa..benci. Benci!
“Betul ke cik tak apa-apa?” Soal lelaki itu lagi.
“Saya Lana.”
“Err..Adam.” Lelaki itu mengerutkan dahinya.
Argh!! Lana. Apa kau buat ni? Kau buat tebiat ke? Lana terus bangun lalu pergi dari situ tanpa sikitpun menoleh.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumsalam, ya?” Seorang wanita yang usianya sekitar 40-an terus membuka pintu sebaik saja Lana memberi salam. Mungkin inilah auntie Mardhiah yang mak cakap tadi.
“Saya Lana. Anak mak Milah. Mak suruh hantar kuih lompat tikam kat auntie.” Ujar Lana sambil menghulur bekas pada wanita itu. Auntie Mardhiah itu terus tersenyum manis lalu menyambut huluran Lana.
“Oh, anak Milah. Cantik anak daranya. Marilah masuk.” Pelawa wanita itu.
“Eh, takpelah. Lana hantar ni je. Hehe. Lana mintak diri dulu ya auntie. Assalamualaikum...” Ujar Lana lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam.
“Kebetulan auntie buat cucur, ada teh. Marilah masuk sembang-sembang.” Ujar wanita itu.
“Eh, takpelah. Lana nak kena tolong mak kemas dapur. Tadi sepah sikit masa buat kuih.” Lana cuba memberi alasan.
“Oh, iyeke. Okaylah. Waalaikumsalam. Hati-hati.” Ujar wanita itu lalu bersalaman dengan Lana.
Langkah Lana terhenti sebaik saja Porsche silver tadi memasuki perkarangan rumah Tuan Haji. Errkk! Cepat-cepat Lana melajukan langkahnya. Malu dengan insiden tadi.
Bab 2 ***
“Good morning guys!” Ucap Lana sebaik saja memasuki office.
“Morning Lana.” Ucapan Lana dibalas baik. Mereka memang saling mesra antara satu sama lain.
“Ehem. Korang berkumpul ni ada gosip panas ke?” Soal Lana lalu duduk diatas kerusi sambil menyusun-nyusun fail diatas meja.
“Pagi ni takde gosip panas. Tapi ada cerita best! Aku dengar tudung Fareeda ada buat clear stock seminggu.” Ujar Ayda.
“Serius? Fuh..mesti harga runtuhkan.” Sampuk Lana. Perempuan memang takkan lari dari bercakap tentang shopping.
“Orang perempuan suka cakap isu shopping hari-hari. Termasuk bini aku. Korang tak bosan ke asyik-asyik topik baju, tudung, kasut, handbag.” Sampuk Sharul.
“Kan? Aku pun tak fahamlah dengan orang perempuan.” Faisal cuba menambah garam dengan kata-kata Sharul.
“Eee..diamlah. Kau orang lelaki. Apa tahu.” Balas Ayda.
“Entah, kita orang perempuan. Ada 9 nafsu. 9 kemahuan.” Sampuk Lana.
“Eh, kau orang nak tau satu cerita tak?” Ujar Muna yang entah dari mana munculnya terus menyampuk perbualan mereka. Muna, siapa tak kenal. Pembawa cerita dari utara ke selatan. Gosip girl paling terkenal di office.
“Haa..apa dia?” Soal Afika.
“Semalam, aku rayau Pavi tau. Tetiba kan, aku terserempak dengan seseorang. Cuba korang teka siapa aku terserempak.” Ujar Muna.
“Bos ea..?” Teka Lana.
“Terer la Lana. Yes, aku nampak bos dengan sorang awek ni. Amboi, berkepit kemahen lagi bos tau. Pastukan, tiba-tiba. Bos kena lempang dengan awek tu. Aku tak tahu kenapa. Sebab aku baru je nak curi-curi dengar, tengok-tengok bos dah kena lempang. Haha.” Ujar Muna.
“Kau biar betul? Singa tu ada awek? Hahahaha. Lawak siot!” Ujar Lana sambil ketawa berdekah-dekah.
“Kau ingat aku reka-reka ke cerita tu?” Soal Muna, masih berwajah serius.
“Hehe. Sorry beb. Geli hati.” Ujar Lana.
“Me too. Hehe. Tengah tahan ketawa. Gilalah singa tu kena tampar. Tak terbayang.” Sampuk Ayda.
“Cerita panas tu Muna.” Sampuk Harun.
“Hei, korang. Bos dah sampai...” Ujar Afika separa berbisik. Masing-masing terus ambik tempat duduk dan berpura-pura buat kerja.
“Lana, masuk bilik saya kejap.” Ujar Tengku Zafran sebaik saja melintasi meja Lana. Lana mengeluh. Pasti ada yang tak kena kalau Tengku Zafran memanggilnya. Lana membuntuti Tengku Zafran.
“Sila duduk.” Ujar Tengku Zafran sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Yes, bos.” Lana menurut kata Tengku Zafran.
“Saya nak tanya awak, awak masih nak kerja sini lagi tak?” Soal Tengku Zafran, wajahnya serius. Begitulah Tengku Zafran hari-hari. Sentiasa serius. Tiada senyuman diwajahnya.
Apa punya soalan laa bos aku ni? Tiba-tiba je.
“Ya, saya masih nak kerja sini.” Jawab Lana.
“Kalau awak betul nak kerja sini, kenapa laporan awak macam tempoyak?!! Satu pun saya tak faham! Proposal yang saya suruh awak siapkan dalam dua hari, pun saya tak nampak atas meja saya.” Maki Tengku Zafran.
“Sorry bos. Sa..saya..lupa.” Ujar Lana.
“Sori. Sori! Saya dah fedap dengar ayat 'sory' awak tu. Apa yang awak ingat dalam otak awak ni? Tell me!” Marah Tengku Zafran. Jerkahan Tengku Zafran jelas kedengaran diluar.
“Buat semula laporan ni!”
Mencicit-cicit Lana berlari keluar. Semua mata memandang ke arahnya. Air mata Lana sudah bergenang. Sungguh dia takut dengan lelaki panas baran seperti Tengku Zafran.
“Dia suruh kau buat apa?” Soal Ayda.
“Biasalah, gorila buli tikus kecil macam aku ni.” Ujar Lana. Dia sendiri tak boleh fokus dengan kerjanya sejak akhir-akhir ini. Semua gara-gara emaknya. Asyik mendesak dirinya untuk kahwin. Namun dia pendam saja masalah yang menimpa dirinya.
“Saya tak puas hati dengan kerja awak!” Habis bertaburan kertas-kertas yang disusun Lana semalaman. Kali ini Tengku Zafran memakinya dimeja dia. Bukan dalam bilik pejabat seperti selalu. Lana menundukkan wajahnya. Dia malu apabila dirinya dimarahi sebegitu.
“LANA!!” Jerkahan kuat dari interkom membuatkan Lana terperanjat. Ada saja yang tak kena.
“Yes, bos.”
“Ini kopi ke teh? Kenapa cair sangat? Kan selalu awak buat kopi untuk saya!” Aik? Isu kopi pun nak kecoh. Argh!
“Geram betul aku dengan gorila tu. Dahlah suka hati je mengarah kita. Buat itu buat ini. Dia ingat kita ni robot ke?” Luah Muna.
“Kan.. Tak puas hati, baling kertas. Baling pasu. Yang kemasnya? Kita jugak!” Sampuk Afika.
“Yelah, kita pekerja je. Hamba-hamba abdi dia je.” Ujar Ayda.
“Dia tu tak layak dipanggil bos. Elok panggil MR. Singa. Singa pun tak garang macam dia tau. Muka dahlah serius. Tiap kali panggil orang muka mesti macam ayam berak kapur 'Lana, saya tak puas hati dengan kerja awak.' 'Awak siapkan sebelum lunch.' 'Lana, kerja awak macam belacan.'” Ujar Lana mengajuk-ngajuk memek muka Tengku Zafran.
“Haha. Jadilah muka kau tu Lana.” Muna ketawa terbahak-bahak.
“Mentang-mentang bos, dia ingat dia hebat sangat?! Muka kalau handsome macam Kim Soo Hyun takpe jugak, nak berlagak macho. Ini muka dahlah macam mat bangla kerja MRT. Lepas tu eksyen muka serius. Seriously, annoying gila lelaki macam tu.”
“Lana..pstttt..” Ayda sudah mencuit-cuit Lana.
“Dia ingat king kong tuff sana sini macam dia tu boleh buli aku sesuka hati?. Perangai macam singa, badan macam king kong, thats why laa dia kena lempang dengan awek. Malang weh siapa jadi awek dia. Hahahaha.” Lana terus mengutuk Tengku Zafran, tanpa menyedari Tengku Zafran berada dibelakangnya. Rakan-rakannya yang lain semua sudah berpura-pura membuat kerja.
“Siapa king kong yang awak maksudkan?”
“Siapa lagi, Tengku Zafran Izuddin lah!” Jawab Lana lalu menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia Tengku Zafran betul-betul berada dibelakangnya, wajah Tengku Zafran ketika itu sudah merah padam menahan marah.
“Ikut saya.” Laju Tengku Zafran berjalan.
“Alamak. Habislah aku.” Lana membebel sendirian. Lana memandang kiri kanan. Semua menikus. Risau memikirkan nasib Lana yang bakal ditengking.
“Seronok kutuk saya nampak.” Ujar Tengku Zafran sebaik saja pintu biliknya ditutup.
“Err..saya..saya..”
“Apalagi gelaran yang awak bagi kat saya selain king kong?” Soal Tengku Zafran. Lana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Saya tanya jawab!” Jerkah Tengku Zafran.
“MR. Singa!” Jawab Lana spontan.
“Lagi?”
“Gorila.”
“Siapa yang cipta gelaran ni? Banyak sungguh gelaran untuk saya.” Lana membisu.
“Dari mana awak tahu cerita kena lempang ni?” Soal Tengku Zafran. Dikepal-kepal buku limanya. Terasa geram dengan kata-kata Lana yang didengarnya tadi.
“Err.. Tak ingat.”
“Macammana boleh tak ingat?!!” Tengku Zafran menumbuk meja kacanya. Pecah berderai meja tersebut! Tangan Tengku Zafran berdarah.
“Sa..saya minta maaf Encik Zafran..!” Ujar Lana sambil menutup telinganya. Lana terduduk. Tangannya menggigil. Dia takut! Terlalu takut dengan lelaki panas baran.
Tengku Zafran turut terkejut dengan reaksi Lana. Dia tak pernah lihat Lana begini diwaktu sedang dimarahi.
“Lana..” Perasaan bersalah menerpa ke hatinya. Dia cuba mendekati Lana namun Lana menjarakkan lagi dirinya hingga dia akhirnya terperangkap di bucu dinding.
“Tolong Encik Zafran. Sa..saya..saya takut. Jangan dekati sa..saya. Saya mi..mintak ma..ma..maaf.” Ujar Lana diiringi tangisannya yang sayu.
Ingin dia memeluk gadis itu. Dia kesal kerana mengikut rasa amarahnya.
“Saya akan maafkan awak, janji awak tolong saya bersihkan luka ni.” Ujar Tengku Zafran sambil menunjuk luka ditangannya.
Peti kecemasan dicapainya. Dengan tangan yang menggigil, Lana membersihkan luka ditangan Tengku Zafran. Manakala Tengku Zafran terus merenung wajah Lana.
Matanya. Hidungnya. Bibirnya. Sempurna. Dia terlalu cantik. Argh..kenapa? Kenapa kau? Apa kau telah guna sampai aku jatuh cinta pada kau?
Tengku Zafran tahu apa yang dia buat selama ni adalah kerana egonya. Dia sendiri mencipta tembok ego demi melindungi dirinya. Dia akui yang dia sudah lama cintakan Lana. Sejak Lana bekerja dibawahnya. Namun martabat antara mereka menjadikan Tengku Zafran menafikan perasaannya.
“Kau tak nak cerita ke apa yang berlaku kat office tadi?” Soal Ayda sambil mengacau horlicks di dalam mug.
“Aku tak nak ingat.” Ujar Lana sambil menonton televisyen.
“Kitorang kat luar semua terperanjat lepas dengar kaca pecah. Aku ingat kot bos hentak kau ke. Dia tu bukan boleh percaya sangat. Panas baran.” Ujar Ayda.
“Tak ada apa-apalah.” Lana membisu.
“Lana, Ayda. Taraa..cuba tengok aku bawak balik apa ni.” Ujar Fathia, ex housemate Lana. Fathia sudah tidak serumah dengan mereka lagi, kerana telah berkahwin. Fathia menayang-nayang begnya.
“Ehem. Apa tu?” Soal Ayda.
“Tara!!” Fathia mengangkat sepapan coklat.
“Wahhh! Coklat fevret Lana.” Teriak Ayda.
“Untuk korang dualah. Share okay.” Ujar Fathia. Kira ole-ole dari honeymoon.
“Lana, apesal kau senyap je ni? Kau tak suka eh aku datang?” Ujar Fathia sebaik saja tersedar Lana tidak mengendahkannya.
“Lana badmood.” Ujar Ayda.
“Ooo..yeke? Okeylah. Aku balik. Ingat nak tidur rumah korang malam ni. Tak jadilah.” Ujar Fathia sambil mendail nombor suaminya, Yusri.
“Fat, matikan fon kau sekarang.” Ujar Lana.
“Why?” Soal Fathia.
“Tidurlah sini. Aku bukan badmood sebab kau. Badmood sebab stress kerja kat office.” Ujar Lana.
“Ohh..Tengku Zafran? Aku rasa dia syok kat kau la.” Ujar Fathia.
“Please, jangan sebut nama dia okay.” Ujar Lana. Ayda dah buat isyarat zip mulut dan kunci.
Handphone Lana berbunyi. Tertera nama 'MAK' di skrin Lana. Punat hijau dislide ke tengah.
“Assalamualaikum, Lana.”
“Waalaikumsalam, mak.”
“Lana, mak nak tanya sikit.”
“Ye. Apalagi.”
“Lana dah ada boyfriend belum?”
Dah agak! Tu je la soalan mak Milah tiapkali hubungi Lana. Sampai naik muak Lana dibuatnya.
“Belum mak.”
“Lana, mak bukan apa. Hari-hari mak risau je Lana tak kahwin-kahwin lagi. Manalah tau nanti mak dan ayah dah takde, siapa nak jaga Lana.”
“Alah, mak ni. Lana muda lagi. Lagipun Lana pandai jaga diri sendiri. Mak janganlah risau. Yang penting mak jaga kesihatan.” Ujar Lana.
“Lana, kamu bukan muda sangat. Dah 22. Zaman mak dulu, 22 tu orang dah ada anak 4 tau.” Bebel mak Milah.
“Tu zaman dulu-dulu mak. Zaman mak. Ni zaman Lana, zaman sekarang. Standartlah 22 tak kahwin lagi.” Ujar Lana.
“Ish, kamu ni. Mak nak tanya lagi satu soalan.”
Berdebar-debar pula jantung Lana sebaik saja mendengar intonasi mak Milah kali ni. Lebih serius. Selalu kalau mak Milah telefon, soalannya satu je. Kali ni dua pulak.
“Ye, tanyalah mak.”
“Kalau orang meminang, kamu terima tak?” Soal mak Milah.
“Err..tak nak.” Ujar Lana.
“Hmmm...” mak Milah mengeluh panjang.
Suasana di office senyap sunyi je. Tiada lagi gosip pagi seperti selalu. Aneh!
“Morning guys!” Sapa Lana.
“Morning Lana. Kau okey ke?” Soal Muna.
“Ye, aku okey je. Kenapa korang diam je? Tak macam selalu.” Soal Lana.
“Kitorang risaukan kau. Sorry pasal semalam.” Ujar Afika.
“Eh..takde apelah. Aku okey je.” Ujar Lana.
“Betul ni?” Soal Sharul. Lana mengangguk. Dia bersyukur kerana kawan-kawan sepejabatnya sentiasa ambil berat tentang dia.
“Lana, nanti teman saya lunch okay.” Ujar Tengku Zafran yang menghentikan langkahnya di meja Lana. Lana teragak-agak untuk menjawab.
“Err..okay.” Balas Lana. Tengku Zafran tersenyum. Inilah kali pertama dia melihat Tengku Zafran tersenyum padanya. Cantik rupanya senyuman Tengku Zafran ni. Mampu mencairkan hati wanita sepertinya.
“Ehem.. Lana. Ada something yang aku terlepas ke?” Soal Muna.
“Ish, takdelah. Bos ajak aku lunch sama sebab ada perbincangan khas kot.” Ujar Lana.
“Kot? Lain macam je bunyinya.” Muna menduga.
Jam menandakan sudah pukul 12.30 tengahari. Lana menyudahkan kerjanya sebaik saja Tengku Zafran keluar dari biliknya.
“Jom.” Ujar Tengku Zafran. Terasa kekok apabila Tengku Zafran berbaik sebegini padanya. Kereta BMW milik Tengku Zafran meluncur laju meninggalkan perkarangan office.
“Lana..saya minta maaf sebab marah awak sebelum ni.” Ujar Tengku Zafran.
“Err..” Lana kekok.
“Saya tahu agak kekok situasi kita. Percayalah. Yang saya sebenarnya nak berbaik dengan awak.” Ujar Tengku Zafran.
“Dengan saya je?” Soal Lana.
“Tak. Satu office. Saya akan buat jamuan makan-makan untuk office kita. Tapi bukan hari ni. Hari ni just you and me. Sebab saya rasa, awak paling banyak kene marah dengan saya.” Ujar Tengku Zafran sambil menikmati makan tengahari
“Tahu takpe.” Lana menjeling lalu tersenyum.
“Saya ada belikan hadiah ni untuk awak tanda minta maaf saya pada awak. Harap awak suka. But, jangan buka sekarang.” Ujar Tengku Zafran lalu menghulurkan beg kertas pada Lana.
“Terima kasih.” Ujar Lana.
“Kasih diterima.” Balas Tengku Zafran perlahan. Usai makan tengahari mereka pun pulang bersama.
“Mak! Lana tak nak kahwin lagi.” Ujar Lana sebaik saja mendapat tahu rombongan yang datang tadi adalah rombongan meminang.
“Lana. Orangnya baik, bekerjaya. Malah ada syarikat sendiri. Rugilah Lana tolak pinangannya.” Ujar mak Milah yang masih memegang kotak baldu berisi cincin.
“Mak, orang tak nak kahwin! Tak kisahlah dia baik ke handsome ke. Yang penting orang tak nak kahwin. Orang tak cintakan dia!” Bantah Lana.
Hantaran merisik dipandang sepi. Mak Milah terdiam. Kenal benar dia dengan Lana. Kalau jawapannya TAK NAK tetaplah sampai bila-bila pun dia tak nak.
“Maknye pun. Jangan dipaksa anak kita tu kalau dia tak nak. Dia dah besar, biarlah dia tentukan masa depan dia.” Ujar ayah. Lana memandang ayahnya, ayah selalu berpihak pada Lana. Kan bagus kalau emak pun begitu.
“Ayahnya, macammana kalau dia silap memilih satu hari nanti? Kita yang akan dapat malu. Saya cuma nak yang terbaik untuk anak kita.” Ujar mak Milah.
“Iyelah. Bagilah masa kat dia. Kalau dia cakap, tak nak. Takkan kita nak paksa.” Ujar pak Hamid lalu memeluk bahu mak Milah.
“Baiklah. Lana. Kamu fikirlah masak-masak. Mak ikut keputusan Lana.”
“Sekarang juga Lana akan bagi jawapan mak. Lana tak nak terima pinangan ni.” Ujar Lana.
“Hoi! Jauh berangan!” Sergah Ayda.
Lana yang sedang mengelamun terperanjat dengan sergahan Ayda.
“Hehe.” Lana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kau berangan apa tu? Share la kat aku. Dah sampai mana? England? London? Mesir?” Usik Ayda.
“Ish, takdelah. Teringat mak ayah aku kat kampung je.” Ujar Lana. Ayda mengecilkan matanya, kurang percaya dengan jawapan Lana.
“Betullah. Teringat mak ayah aku je. Kau ni, aku sekeh kang.” Lana buat isyarat menyiku, cepat-cepat Ayda melarikan diri.
“So, macammana dengan projek resort kita yang baru ni?” Soal Tengku Zafran sambil membelek-belek fail perbentangan untuk meeting yang bakal diadakan petang nanti.
“Kita akan buat perasmian pembukaan resort tu bulan depan. Macam yang saya tengok semalam kat tapak projek, semua dah hampir siap. Lagi sikit akan disempurnakan.” Ujar Lana.
“Baguslah. Tak sia-sia saya serah projek tu kat awak. Saya dah ada nama untuk resort kita tu.” Ujar Tengku Zafran. Lana menanti ayat Tengku Zafran seterusnya.
“Saya akan namakan dia Zaf D'Lana Resort.” Lana mengerut-ngerutkan dahinya. Apesal macam ada nama aku je! Ish, Lana. Kau jangan perasan laaa.
Tiba-tiba handphone Lana berdering.
“Excuse me.” Lana meminta diri untuk menjawab panggilan.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.. Lana, mak sakit kuat sekarang. Lana balik ya.” Hampir terlepas handphone Lana sebaik saja mendengar khabar itu.
“Apa?! Mak sakit?? Ayah dah bawak mak ke hospital?” Soal Lana.
“Belum. Mak tak nak. Ni mak meracau-racau nak jumpa Lana.”
“Ayah, tunggu ya. Lana balik kampung sekarang jugak.” Punat merah di slide. Baru dia ingin menoleh, kelihatan Tengku Zafran betul-betul dibelakangnya.
“Encik, saya nak minta cuti 3 hari. Mak saya sakit...” Belum Lana sempat menghabiskan kata-katanya, Tengku Zafran terus memotong ayatnya.
“Takpe, saya dengar dah semuanya. Awak nak saya hantarkan?” Soal Tengku Zafran.
“Eh, takpe. Takpe. Saya boleh drive sendiri. Thank you bos.”
Bab 3 ***
Kereta myvi ungu milik Lana meluncur laju memasuki Kampung Rambutan Lebat. Terasa sedikit sengal-sengal tubuhnya apabila terpaksa memandu jauh dari KL ke Kuantan.
Lana yang baru tiba dikampungnya terus berlari-lari anak menaiki tangga. Mencari mak Milah. Kelihatan mak Milah terbaring di atas tilam nipis.
“Mak... Mak... Lana dah balik mak...!” Lana terus memeluk mak Milah. Sepanjang memandu tadi hatinya gundah gulana. Auntie Mardhiah yang turut ada disitu sibuk mengipas-ngipas mak Milah.
“Lana, mak dah tak lama... Siapa nak jaga Lana kalau mak dah takde nanti...?” Ujar mak Milah.
“Ayah, kan ada.” Ujar Lana.
“Ayah kamu dah tua...” Mak Milah terbatuk-batuk. Sayu hati Lana melihat mak Milah begitu. Baru 4 hari yang lalu dia balik kampung, mak Milah masa tu nampak begitu sihat. Hari ini Lana tengok mak Milah sudah terbaring.
“Mak... Jom pergi hospital! Lana jaga mak jom...” Ujar Lana.
“Tak payah... Mak ni sakit tua Lana... Bila-bila je Allah boleh ambik mak Lana...” Ujar mak Milah.
“Mak cakap je Lana kena buat apa. Lana akan buat mak. Asalkan mak pergi klinik. Lana janji Lana akan ikut semua cakap mak.” Ujar Lana.
“Lana kahwin ya. Mak yakin, suami Lana mampu jaga Lana.” Ujar mak Milah. Lana terdiam. Namun bila difikirkan kesihatan mak Milah, terus saja Lana bersetuju tanpa berfikir panjang.
“Alhamdulillah. Akhirnya setuju jugak Lana. Tak sia-sia mak berlakon sakit. Hish, susah betul nak paksa anak dara ni kahwin.” Ujar mak Milah yang tiba-tiba terus boleh bangun dan sihat.
“Mak!! Apa ni?” Lana sudah bercekak pinggang. Dia sudah ditipu hidup-hidup oleh mak Milah.
“Alhamdulillah..” Ucap auntie Mardhiah.
“Insya-Allah, akad esok ya. Kita dah boleh panggil orang kampung rewang.” Ujar mak Milah.
“Mak. Tak adilnya buat Lana macamni.”
“Ayah..!” Lana memandang pak Hamid yang baru muncul dari dapur.
“Ayah pun bersekongkol dengan mak, tipu Lana.”
“Eh, ayah tak bersekongkol. Ayah pun baru tahu mak kamu nipu. Aishh..” Pak Hamid membela diri.
“Sampai hati ayah.” Lana menghentak-hentak kakinya memasuki biliknya. Namun langkahnya terhenti sebaik saja melihat barang hantaran tersusun cantik dibiliknya. Katilnya juga sudah dihias.
“Lana, ada baiknya Lana dengar cakap mak tu. Kami ni dah tua. Dah tak boleh nak melindungi Lana lagi. Tu sebabnya mak nak jugak kahwinkan kamu.” Ujar pak Hamid. Lana terus memeluk ayahnya. Dia tahu mak dan ayah sentiasa fikirkan terbaik untuknya. Lana menangis didada ayahnya.
“Syhhh..dah dah. Ayah nak pergi pasang khemah.” Ujar pak Hamid.
Keesokan harinya,
Awal-awal pagi lagi rumah Lana sudah dipenuhi saudara maranya. Segala persiapan sudah dibuat malam tadi. Manakala Lana pula masih diatas katil berbaju tidur. Dia belum mandi lagi. Puas semalaman dia menangis. Menangis kerana dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak dicintainya.
“Ya Allah, anak dara. Cepatlah mandi. Jap lagi tok kadi sampai.” Ujar mak Milah sebaik saja melihat Lana termenung lagi di atas meja solek.
“Mak, siapa bakal suami Lana? Dia baik tak? Hensem tak?” Soal Lana. Mak Milah tersenyum.
“Bakal suami Lana, perfect.” Ujar mak Milah. Lana memandang mak Milah dengan penuh curiga. Mak ni semua lelaki perfect!
“Aku nikahkan dikau dengan anakku, HIDAYAH ALANA BINTI HAMID dengan mas kahwinnya RM888 tunai.” Jelas kedengaran suara ayah sampai ke bilik membuatkan Lana menangis keharuan.
“Aku terima nikahnya Hidayah Alana Binti Hamid dengan mas kahwinya RM888 tunai.” Hanya sekali lafaz Lana sudah sah menjadi isteri orang.
“Sah?”
“Sah!”
“Sah!”
“Alhamdulillah.”
“Lana, nah lap ni. Jangan menangis. Pudar mekap tu nanti.” Ujar auntie Mardhiah.
“Pengantin lelaki nak masuk.” Ujar pak Hamid. Beberapa saat kemudian, pengantin lelaki pun masuk. Duduk menghadap Lana. Lana tidak sanggup mengangkat wajahnya. Dia kalau boleh tak nak lihat suaminya!
Jari manis Lana disarung cincin. Lana masih memandang bawah. Dia melihat jemari pengantin lelaki yang panjang dan runcing. Cantik jarinya.
“Lana, angkat wajah sayang. Kamera nak ambik gambar.” Ujar mak Milah.
Sebaik saja matanya memandang mata si lelaki itu hatinya berdegup kencang lajunya. Aduhai, mamat handsome ni ke suami aku?
“Okey, sedia. 1 2 3!”
Secara spontan tubuh Lana ditarik suaminya. Rapat! Acara bergambar saja sudah makan masa.
“Jemput tetamu makan jamuan sarapan pagi. Kita bagi ruang untuk pengantin buat persalinan.” Ujar mak andam. Semua tetamu keluar dari bilik. Hanya tinggal Lana dan suaminya, Adam Harraz.
“Err..macammana nak salin baju? Boleh awak keluar kejap?” Soal Lana.
“Lana tak lapar? Kita makan dulu. Jap lagi sanding saya risau je isteri saya ni pengsan.” Ujar Adam. Amboi, lembut sungguh bicaranya. Terpesona.
Lana dan Adam pun keluar dari bilik menuju bawah khemah. Mereka menikmati sarapan pagi yang agak terlajak ke pukul 11.
Lana menghela nafas leganya. Lega kerana majlisnya baru saja tamat pukul 4 petang tadi. Lana terus ke bilik air, untuk membersihkan badannya. Dia harus bersiap untuk solat asar pula.
“Assalamualaikum...” Lana yang sedang menyisir rambutnya terkesima seketika sebaik saja mendengar suara garau memberi salam.
“Err..waalaikumsalam...” Ujar Lana.
“Dah mandi?” Soal Adam yang kelihatan agak comot.
“Dah.”
“Lana tunggu saya ye. Kita solat asar sama-sama.” Ujar Adam lalu membuka songkoknya. Lana mengangguk. Adam yang setakat ini dia kenali, adalah lelaki yang alim dan warak. Amboi Lana, cepatnya kau menilai orang.
Adam terus masuk ke bilik air. Manakala Lana bersantai-santai sambil bermain handphone di atas katil.
“Lana, baju saya mana?” Soal Adam. Lana menggaru-garu kepalanya.
“Err..tu kat dalam beg awaklah.” Tunjuk Lana.
“Aik? Tunjuk je? Tolonglah ambilkan. Kan tugas seorang isteri menyediakan baju suami. Isteri ambil baju suami, dah dapat pahala. Tak nak ke pahala besar? Rugi tau.” Ujar Adam. Tersentuh Lana mendengar kata-kata Adam.
Lana terus mengambil t-shirt dan kain pelikat Adam lalu menyerahkan pada Adam. Setelah itu mereka pun solat asar bersama.
“Lana, sayakan pernah bernazar. Kalau saya berkahwin dalam tahun ini, saya nak hadiahkan isteri saya surah An-Nisa. Jadi, boleh tak kalau saya baca dan Lana dengar.” Ujar Adam.
“Boleh. Tapi..awak nak baca sampai habis ke?” Soal Lana.
“Ish, takdelah. Sikit-sikit. Setiap kali lepas solat. Dan saya akan habiskan.” Ujar Adam. Lana mengangguk setuju.
“Sadaqallahh..”
Lana terus melipat telekungnya lalu disangkut kemas dalam almari.
“Lana, sini kejap.” Panggil Adam.
Ergh! Nak apalagi? Aku dahlah kekok gila dengan lelaki tak dikenali ni.
“Ye.” Lana duduk dihadapan Adam. Adam terus memegang kedua tangan Lana.
“Lana tahu, bila suami isteri berpegangan tangan macamni. Allah gugurkan dosa-dosa kecil kita.” Ujar Adam.
“Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima saya sebagai suami awak. Dan sudi jadi isteri saya.”
“Err..” Lana menarik tangannya. Sejujurnya dia tidak selesa sebegitu.
“Lana, Adam. Meh la keluar. Jangan la terperap dalam bilik. Belum malam lagi.” Laung mak Milah dibalik pintu bilik mereka yang tertutup. Lana memandang Adam lalu mengerutkan dahinya. Apa maksud mak ni?
Kelihatan di ruang tamu, ada beberapa saudara maranya yang masih belum pulang sedang duduk santai sambil menikmati pisang goreng.
“Haa..tu pun pengantin. Baru keluar bilik. Hari belum gelap lagi. Nanti dulu.” Usik mak Wan.
“Kami berkenal-kenalanlah mak Wan.” Ujar Adam sambil memegang erat tangan Lana. Lana menepis-nepis. Namun Adam menguatkan lagi pegangannya.
“Berkenal-kenalan tu malam karang boleh. Sekarang ni la masa bersuai kenal dengan saudara pengantin perempuan. Esok lusa, pengantin perempuan dah kena tinggal dengan suami.” Ujar pak Hamid.
“Mak betul ke Lana kena tinggal rumah Adam?” Soal Lana. Mak Milah mengangguk.
“Tempat Lana disisi suami.” Ujar pak Hamid. Lana memuncungkan bibirnya. Inilah satu sebab dia tak nak kahwin. Dia terpaksa berpisah dengan keluarganya.
“Kalau Lana nak duduk sini je. Bolehkan?” Soal Lana pada mak Milah.
“Tanya suami dulu.” Ujar mak Milah. Dilihatnya Adam sedang bergaul dengan pak cik dan mak ciknya sambil menikmati pisang goreng. Ergh!
“Esok saya nak balik KL.” Ujar Lana sebaik saja memasuki biliknya. Adam yang sedang membaca buku terus menutup bukunya.
“Kenapa?” Soal Adam.
“Lusa saya kerja. Ini pun cuti sebab saya ingat mak sakit.” Ujar Lana.
“Laa..saya ingat Lana ambik cuti kahwin.” Ujar Adam.
“Sebenarnya saya sendiri tak tahu menahu pasal majlis hari ni. Mak call cakap mak sakit kuat. Saya balik, rupanya mak nak suruh saya kahwin.” Ujar Lana.
“Jadi, awak memang tak tahu yang awak akan kahwin?” Soal Adam.
“Yelah. Tup-tup kena kahwin. Kahwin dengan orang yang saya tak kenal.” Ujar Lana.
“Oh..macamtu. Okey, kita balik KL sama-sama. Lepastu, Lana pindah ke rumah saya.” Ujar Adam. Lana mengerutkan dahinya. Tinggal bersama? No way!
“No. No. No. Kawan-kawan saya sorang pun tak tahu yang saya ni dah kahwin. So, apa kata kalau kita rahsiakan dulu perkahwinan ni. Boleh?” Soal Lana. Adam terdiam.
“Jadi Lana bagitahulah, Lana dah kahwin.”
“Awak cakap senanglah. Perasaan diorang macammana?” Ujar Lana.
“Betul jugak tu. Takpelah, tidur dulu. Jangan kusutkan fikiran.” Ujar Adam sambil menepuk-nepuk tilam disebelahnya. Lana membulatkan matanya. Alamak, apa maksudnya? Arghh!
“Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Akan dilaknat isteri itu sepanjang malam jika dia meninggalkan suami berseorangan sehingga suaminya redha.” Ujar Adam.
Lana terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia mula terasa tak selesa apabila terpaksa baring disebelah seorang lelaki. Lana terus membelakangi Adam.
“Berdosa seorang isteri membelakangi suami.” Ucap Adam.
“Maafkan saya. Saya belum sedia untuk jadi isteri awak.” Jujur Lana.
“Abang faham. Sayang tidurlah.” Ujar Adam yang mula menggelar dirinya dalam bahasa manja.
“Saya gelilah bahasa abang sayang ni.” Ujar Lana terus terang.
“Tapi itukan sunnah Rasullullah. Suami isteri memberi gelaran manja.” Ujar Adam.
“Hm..yelah. Sorry again. I think tak payah kot pakai gelaran 'sayang'. Lana tak selesa. Saya awak je dahlah.” Ujar Lana.
“Tapi umur saya tua dari awak. Kira saya ni pangkat abang tau.”
“Okey, Lana abang. Puas hati? Dahlah. Lana letih. Nak tidur.” Leter Lana. Tak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus Lana. Adam tersenyum, matanya terus memerhatikan Lana. Isterinya benar-benar cantik walaupun tanpa secalit bedak dan lipstik.
Tipulah kalau lelaki sepertinya tak tergoda dengan perempuan cantik yang tidur disebelahnya. Bahkan perempuan itu bukan siapa-siapa. Perempuan itu adalah isterinya! Namun dia tahu, memaksa bukan jalan terbaik.
“Aaaa!! Hantu!!” Jerit Lana sebaik saja melihat bayang-bayang lembaga baru keluar bilik air. Biliknya gelap. Lana sudah menjerit tak keruan. Cepat-cepat Adam menekup mulut Lana.
“Lana. Lana. Ni abanglah. Suami Lana.” Ujar Adam lalu memetik suis disisi katil. Lana terkejut apabila melihat Adam yang hanya bertuala.
“Ehehehe. Lupa la.” Lana menggaru-garu kepalanya. Nasib baik tak kecoh. Dibuatnya mak dan ayah terjaga, tak ke naya.
“Belum subuh lagi ni. Jomlah tahajjud.” Ajak Adam.
Tahajjud? Seumur hidupnya dia tak pernah tahajjud. Bukan mak dan ayah tak pernah suruh, tapi dia sendiri yang tak amalkan.
“Gi la tahajjud dulu. Nanti Lana bangun okay.” Ujar Lana sambil menguap. Ditarik comforternya lalu menutup tubuhnya. Indahnya dapat sambung tidur.
“Aduhai, isteriku. Nasib kau la Adam.” Bebel Adam sendirian.
“Lana, dah subuh. Bangun. Bangun. Jom kita solat subuh berjemaah.” Adam mengerak-gerakkan badan Lana. Namun Lana masih berdengkur. Tak ada tanda-tanda ingin bangun sembahyang.
Nak kejut macammana ye? Takkan nak siram air pulak. Ish. Tak boleh. Tak boleh. Adam buntu!
Adam merebahkan tubuhnya disisi Lana. Rapat. Jantungnya berdebar hebat. Namun ditahan rasa debar itu. Adam mendekatkan bibirnya di telinga Lana.
“Lana, bangun. Kalau Lana tak bangun..abang..err..”
“Hah?!” Bulat mata Lana melihat wajah Adam yang begitu dekat dengannya.
“Ab..ab..abang buat apa ni?” Lana terus terduduk. Lega melihat dirinya masih lengkap berpakaian.
“Kejut Lana bangunlah. Susah betul. Terpaksa la abang ikut rentak Lana.” Usik Adam.
“Eeee..silap-silap Lana kena heart attack tau kalau hari-hari abang buat macam tu. Terkejut orang.” Ujar Lana sambil mengemaskan rambutnya.
“Hehe..” Adam menyengih.
“Doakan perjalanan kami selamat.” Ujar Adam pada mak Milah dan pak Hamid sambil memasukkan beg-beg ke dalam bonet kereta.
“Insya-Allah. Hati-hati jalan tu. Ingat nyawa tersayang.” Pesan pak Hamid.
“Mananya si Lana? Dari tadi tak turun-turun.” Bebel mak Milah sambil lehernye dipanjangkan pusing ke belakang mencari bayang Lana.
“Entah dia. Awak pergilah tengokkan dia.” Ujar pak Hamid pada mak Milah.
“Hehe. Maaflah. Lambat. Lana sakit perut.” Ujar Lana.
“Yelah. Ada-ada je anak mak ni la. Haa..Adam. Kamu jangan ikut sangat cakap Lana ni. Mak kenal sangat dia ni. Suka buat kepala sendiri. Tegas-tegas sikit dengan dia.” Pesan mak Milah panjang lebar.
“Mak ni kuat bebel laa. Lana tak tahu macammana ayah boleh bertahan dengan mak sampai tua.” Usik Lana.
“Amboi budak bertuah ni. Ngutuk mak depan-depan. Nanti dah ada anak, kau kat tempat mak. Kau paham ler.” Balas mak Milah sepedasnya.
“Yang penting, mak kamu ni adalah wanita paling hebat dalam hidup ayah.” Puji pak Hamid sambil memeluk bahu mak Milah. Adam tersengih-sengih geli hati mendengar perbualan anak beranak itu.
“Mak, ayah. Kami pergi dulu.” Ujar Adam lalu bersalaman dengan mak mertuanya. Lana sudah berpeluk-pelukan dengan mak Milah.
“Mak, jaga diri tau. Walaupun mulut Lana ni jahat dengan mak, tapi Lana sayang mak. Apa-apa hal call. Tau!” Ujar Lana sebak.
“Mak lega, Lana dah ada suami yang boleh jaga Lana.” Ujar mak Milah.
“Alahai..berdrama pulak Lana. Eee..menci. Okey mak. Bye.” Ujar Lana lalu memasuki ke dalam perut kereta.
“Ehhh..jap. Jap! Kamu balik KL naik kereta asing-asing ke ni?” Soal mak Milah sebaik saja lihat Adam menaiki Porsche, manakala Lana menaiki myVinya.
“Yelah mak. Takde kereta susahlah nak pergi mana-mana. Lagi pun kami tempat kerja asing-asing.” Ujar Lana.
“Hurm..tak manis dilihat orang.”
“Adam follow Lana dari belakang mak. Jangan risau.” Tokok Adam. Lalu mak Milah terus membiarkan mereka berlalu pergi.
“Assalamualaikum..umi.”
“Waalaikumsalam. Eh, Lana. Adam.” Lana terus mencapai tangan auntie Mardhiah lalu disalamnya.
“Umi sihat?” Soal Lana.
“Alhamdulillah, sihat. Lana dan Adam gerak ke KL pukul berapa?” Soal umi.
“Lepas makan tengahari umi.” Jawab Adam selaju yang mungkin. Lana memandang Adam. Bukan ke katanya nak singgah rumah sekejap je?
“Baguslah tu. Umi tu ada masak ikan patin masak tempoyak. Fevret Lana katanya. Juga ada kari ayam, fevret Adam.” Ujar Tuan Haji Malik yang baru turun dari tingkat atas.
“Yeke umi? Sedapnya. Lama Adam tak makan kari ayam umi.” Ujar Adam. Lana mencebik. Tempoyak punya pasal, layankan je la.
Usai makan tengahari, Adam dan Lana pun bersalaman dengan umi dan abah.
“Ni haa..umi dah siapkan bekal ni. Buatlah makan malam. Adam ni malam-malam memang tak sah tak cari nasi.” Ujar umi separa berbisik di telinga Lana.
“Terima kasih umi.” Lana menyambut huluran lauk bungkus dari umi.
Bab 4 ***
“Macammana mak awak? Okey?” Soal Tengku Zafran sebaik saja melihat Lana membawakan secawan kopi untuknya.
“Alhamdulillah. Mak saya okey. Biasalah orang dah berusia ni bos. Macam-macam sakit datang.” Tipu Lana.
“Hari ni kita nak jumpa klien. Harap awak dah readylah.” Ujar Tengku Zafran sambil menikmati kopi.
“Pukul berapa?” Soal Lana.
“Pukul 1:15 nanti.”
“Pukul 1? Bukan tu..err..i mean. Saya nak solat zohor macammana? Kan dah nak dekat masuk waktu zohor time tu.” Ujar Lana.
“Nanti kita singgah mana-mana masjid. Kita solat. Okey?” ujar Tengku Zafran tenang.
“Okey,” balas Lana.
“Terima kasih atas kerjasama.” Tengku Zafran bersalaman dengan kliennya. Pertemuan mereka berakhir dengan kata sepakat.
“Sama-sama.” Lelaki itu kemudiannya pergi. Lana sempat menjeling ke arah jam dinding. Lagi 10 minit akan masuk pukul 2. Dia dah terlambat untuk solat zohor.
“Lana, jom kita lunch.”
“Saya nak solat. Dah lewat.” Ujar Lana.
“Okey, lepas solat kita lunch.”
Suasana di masjid agak ramai orang. Katanya ada kuliah khas lepas zohor. Mujur Lana sempat menunaikan solat zohor sebelum kuliah bermula.
“Allah menjanjikan syurga bagi isteri solehah... Isteri yang solehah, adalah isteri yang tak pernah merungut dengan apa yang suaminya bagi. Isteri yang solehah itu adalah isteri yang taat setiap perintah suaminya. Pendek kata; isteri solehah itu adalah isteri yang suaminya sentiasa redha dengannya.”
Lana memegang dadanya. Ayat itu betul-betul menusuk hatinya. Lana memandang muka penceramah itu. Aik? Macam ku kenal saja penceramah tu!
Lana melihat jam ditangannya. Alamak, mesti bos dah lama tunggu. Mampus aku kena marah! Lana segera meninggalkan masjid. Kelihatan Tengku Zafran sedang menunggu didalam kereta.
“Sorry bos.” Ujar Lana.
“Its okay.” Balas Tengku Zafran. Sangkanya mungkin Tengku Zafran akan memakinya kerana lambat. Namun sangkaan Lana meleset sama sekali. Tengku Zafran respon sebaliknya.
“Kita lunch dulu eh.” Ujar Tengku Zafran.
“Ikut bos laa. Lana follow je.” Ujar Lana. Sempat Lana menoleh ke arah banner yang terpampang maklumat tentang ceramah zohor. Penceramah, Ustaz Adam Harraz. Sah! Dia la tu. Hampir-hampir Lana tak mengenalnya. Mana taknya, Adam berserban. Serta ridak dilehernya. Lana mengeluh, dia sendiri tak tahu yang Adam kerja apa.
“Kenapa mengeluh ni? Lana penat? Nak rehat?” Soal Tengku Zafran.
“Erkk! Takdelah.” Ujar Lana.
Isk! Kau ni Lana. Jangan nampak sangat diri kau tengah fikirkan orang lain. Profesional sikit! Kau kan tengah kerja.
“Lana, malam jumaat ni aku takde tau.” Ujar Ayda sambil menonton televisyen.
“Kau buat apa malam jumaat haa? Ooo..buat 'projek' ea..” Usik Lana lalu mengambil tempat duduk disebelah Ayda. Ais krim oreo dicapainya lalu disuap sesudu demi sesudu ke dalam mulutnya. Menanti jawapan Ayda.
“Amboi, jauhnya fikiran kau melayang! Ish, taklah. Aku balik rumah parents aku. Ada hal sikit.” Ujar Ayda lalu ditarik bekas ais krim oreo dari pegangan Lana, menikmati ais krim oreo sambil menonton tv.
“Tinggal la aku seorang diri...hmm...”
“Macam tak biasa pulak kau eh. Sekali sekala. Lagipun aku dah lama tak jumpa diorang. Hari tu kenduri, sekejap je aku balik.”
“Yelah. Yelah. Pergilah balik. Aku okey je sorang-sorang.” Ujar Lana.
'Lana, malam esok awak free tak? Saya ada nak bawak awak jumpa kawan saya. Sudi tak?' -Tengku Zafran-
'Okay.' -Lana-
“Oit..whatsapp siapa tu?” Ujar Ayda sambil menyiku Lana.
“Bos ni ha..”
“Amboii.. Dah berwhatsapp bagai dengan Tengku Zafran. Kena story dekat Muna ni. Hahaha.” Galak Ayda mengusik Lana.
“Weh, agak-agak ar. Whatsapp pasal kerja je la. Kau orang ni. Gosip je la tahu. Jahit mulut kang.”
“Aihh..malam-malam camni pun masih sembang pasal kerja? Dahsyat. Ish ish ish..”
“Aydaaa..” Laju tangan Lana mencubit peha gebu Ayda.
“Ouchhh..sakit siot cubitan kau.” Ayda mengusap-usap kesan cubitan Lana.
“Padan muka. Cari pasal dengan aku lagi.” Ujar Lana.
“Yelahhh. Ampun! Dah. Dah. Drama korea kita dah nak start!” Masing-masing terus mendiam. Khusyuk melayan drama korea.
Jubah sattin hadiah hantaran bewarna hijau pekat corak kelabu dicapainya. Dipadankan dengan tudung kelabu hadiah dari mak mertuanya. Cantik! Lana menoleh pula ke arah dress labuh hadiah dari Tengku Zafran, bersama tudung Aidijuma.
Yang mana jadi pilihan eh?
“Lawa gila jubah hijau tu!!” Jerit Ayda sebaik saja 'menceroboh' bilik Lana.
“Weh, sape izinkan kau masuk? Kan aku dah cakap bagi salam dulu sebelum masuk.” Bebel Lana sambil bercekak pinggang.
“Aku dah bagi salam dari tadi lagi. Kau je yang tak dengar. Sibuk bercakap dengan baju.” Ayda membela diri.
“Okay, ada apa kau masuk ni?” Soal Lana.
“Nak tolong kau buat pilihan. Kau lebih cantik pakai jubah sattin hijau tu.” Ujar Ayda serius.
“Yeke? Okay, aku pakai yang ni. Thankssss!” Terus Lana memasuki bilik persalinan.
Setelah puas dengan penampilannya barulah Lana menyembur pewangi pada dirinya.
“Kau cantik-cantik macam ni. Wangi-wangi macam ni nak ke mana? Tak bagitau aku pun.” Ujar Ayda, pura-pura merajuk.
“Aku..err..aku.. Ada jemputan khas. Okeylah. Aku pergi dulu. Lambat dah ni.” Ujar Lana lalu terus berlalu pergi meninggalkan Ayda sendirian.
Kereta Tengku Zafran sudah sedia menanti agak jauh park dari rumah Lana. Lana tak mahu Ayda nampak dia dan Tengku Zafran. Dia tak mahu Ayda menyangka yang bukan-bukan pada dirinya. Dari jauh kelihatan Tengku Zafran berdiri segak disisi keretanya bersama sut mahal.
“Dah lama tunggu?” Soal Lana.
Mata Tengku Zafran terpaku pada Lana. Sungguh. Lana begitu cantik berpakaian begitu. Tak pernah dia lihat Lana secantik itu sepanjang dia mengenali Lana.
“Hello. Hello.” Lana melayang-layangkan tangannya.
“Opsss..sory! Awak tanya apa tadi?” Cepat-cepat Tengku Zafran membuka pintu keretanya lalu mempersilakan Lana masuk.
“Saya tanya dah lama tunggu ke..?”
“Eh, taklah.”
“Bos..”
“Kat sini awak jangan panggil saya bos boleh? Panggil je Ku Zafran.” Ujar Tengku Zafran. Lana menjongkit keningnya. Apa kena la dengan bos aku ni?
“Bos..”
“Saya tak suka ulang 2 kali Lana.” Ujar Tengku Zafran, laju memintas kata-kata Lana.
“Ku Zafran. Ini majlis apa?” Soal Lana sebaik saja melihat suasana acara karpet merah.
“Ini adalah anual dinner antara usahawan-usahawan.” Ujar Tengku Zafran sambil menghulurkan lengannya sedia untuk dipeluk. Lana melihat suasana para hadirin. Kebanyakan mereka kena berjalan seiring seperti pasangan lain.
“Peluk lengan saya Lana.” Arah Tengku Zafran.
“Err..kenapa pulak saya kena peluk lengan Ku Zafran?”
“Ini acara karpet merah. Tak kisahlah kita memang couple ataupun tidak...”
“Apa-apa je la.” Lana terus memotong kata-kata Tengku Zafran. Lalu Lana pun menyambut huluran lengan Tengku Zafran lalu dipeluknya. Banyak kamera mengambil gambar mereka.
“Err..kata nak jumpa kawan je. Kenapa sampai ke acara karpet merah pulak ni?” Soal Lana.
“Kat dalam majlis ni la ada kawan saya.” Ujar Tengku Zafran tenang. Mereka melangkah masuk. Suasana segalanya formal. Dipenuhi hadirin yang memakai sut hitam. Bersama para gadis yang anggun dengan dress mereka.
“Kawan saya kat sana. Jom!” Tuding Tengku Zafran. Lana menuruti saja. Cepat-cepat Lana melepaskan pelukannya sebaik saja ternampak seseorang yang dia kenali! Mampus aku! Apa dia buat kat sini?
“Adam Harraz, how are you?” Soal Tengku Zafran sebaik saja menyapa kawan baiknya.
What? Kawan Tengku Zafran ialah Adam Harraz? Mampus aku! Kalau aku tau laki aku ni bestfriend Tengku Zafran, awal-awal lagi aku tolak! Erghhh!!
“I'm fine. Kau apa kabar?” Soal Adam. Namun mata Adam tidak pada Tengku Zafran, tapi pada Lana. Tajam!
“Aku sihat je. Lama tak jumpa kau. Balik Malaysia senyap-senyap je kau ni.”
“Haha. Saja aku nak suprisse kat kau! Supprise!”
“Kau ingat supprise la. Kalau ikut aku rasa marah ni, nak je aku tumbuk muka kau tau. Dahlah balik Malaysia tak bagitahu aku, kau kahwin pun tak bagitahu aku. So where your wife?” Soal Tengku Zafran. Lana menikus.
Dia ni kerja apa? Hari tu nampak kat masjid. Hari ni kat dewan majlis vip. Siapa Adam Harraz yang sebenarnya? Lana tertanya-tanya sendirian.
“Isteri aku tak dapat datang. One day, aku akan kenalkan kat kau isteri aku okey?” Ujar Adam.
“Takde hal.”
“Kau tak nak kenalkan aku ke siapa gadis yang berkepit dgn kau ni?” Soal Adam. Sengaja perkataan berkepit tu ditekankan nadanya.
“Oh, ya! Terlupa. Ini Lana, pekerja aku. Juga bakal isteri aku. Dan Lana, this is Adam Harraz. My bestfriend.” Ujar Tengku Zafran.
Errk!! Bakal isteri??
“Hmm..serius? Tengku Zafran yang aku kenali, susah percaya perempuan. Come on Zaf.” Usik Adam.
“Yup! Serius.”
Adam mengecilkan matanya, tanda isyarat pada Lana supaya menjarakkan dirinya dari Tengku Zafran.
“Ku Zafran, minta diri kejap. Lana nak pergi ladies.” Ujar Lana lalu berlalu pergi ke arah laluan tandas. Argh! Adam, kenapa kau sering buat aku tak keruan? Kenapa?
Lana menghadap cermin. Dipandang dirinya dihadapan cermin. Kau bodoh Lana. Kenapa kau tak cakap je dengan Tengku Zafran yang Adam tu suami kau? See..kan kau dah terkepit dan tersepit sekarang! Hadapilah. Itu jalan yang kau pilih untuk situasi ini Lana. Lana mendengus kasar!
Lana membetulkan lilitan shawlnya. Lebih rapi dari tadi. Dicapainya bedak compact lalu ditempek sedikit bedak yang pudar diwajahnya. Lana menarik nafas lalu menghembuskannya. Rileks Lana...
“Lana sihat?” Sapa Adam sebaik saja Lana mengorak langkah keluar dari tandas.
“Sihat.” Jawab Lana malas.
“Lana, abang nak minta tolong satu perkara boleh?” Soal Adam sambil mengambil kedudukan selesa menghadap Lana.
“Apa dia?”
“Tolong jangan keluar dengan lelaki lain. Abang tak sanggup tanggung dosa. Abang tak nak jadi lelaki Dayus yang membiarkan isterinya keluar dengan lelaki lain.”
“Abang cemburu?” Soal Lana selamba.
“Tak salahkan seorang suami cemburu akan isterinya?” Soal Adam.
“Tak salah pun. Tapi akan jadi salah bila cemburu tu tak bertempat. Dia bos Lana. Lana pekerja dia. Tak lebih dari tu.”
“Habis tu dia dah berniat nak peristerikan Lana, takkan itu dikira sebagai bos dan pekerja?” Soal Adam.
“Not my fault abang. Itu Tengku Zafran yang memandai-mandai meninggikan status Lana pada dia.”
“Eh, guys. Tak masuk dalam? Lana?” Sapa Tengku Zafran sebaik saja tiba dilaluan itu.
“Ahaha..saja nak berkenalan lebih. Kebetulan bertembung tu yang sembang sampai lupa masuk dalam.” Jawab Lana.
“Jom.” Ku Zafran menarik tangan Lana. Lana jadi tak selesa apabila melihat pandangan tajam Adam.
Keesokan harinya..
“Lana, kita ada meeting tergempar sekarang. Awak join meeting okay.” Ujar Tengku Zafran.
“Tapi Lana tak pernah jo..” Belum sempat Lana menghabiskan kata-katanya Tengku Zafran terus memotong ayatnya.
“Takde tapi-tapi Lana. Saya cuma nak awak dengar je isi meeting. Boleh, kan? Yang akan usul cadangan, bercakap adalah saya.”
“Boleh Ku Zaf..eh bos.” Lana menikus.
“Saya suka dengar awak panggil saya Ku Zafran. Rasa macam lebih akrab. Awak panggil je la saya Ku Zafran. Tak payah bos-bos. Formal sangat.” Ujar Ku Zafran.
“Err..”
Tengku Zafran terus bangkit dari kerusinya, di capai baju kotnya lalu disarung ke tubuhnya.
“Jom.” Lana mengangguk dengan pelawaan Tengku Zafran. Semua mata memandang ke arah Tengku Zafran dan Lana sebaik saja mereka keluar dari bilik pejabat.
“Pstttt..kau nak ke mana?” Soal Ayda sambil keningnya sengaja di jongkit-jongkit.
“Meeting. Join bos.” Jawab Lana.
Sangka Lana mereka akan ke Meeting Room di tingkat 3. Tapi tidak. Mereka terus ke car park. Lana hanya membisu. Dia tahu, pertanyaannya mungkin akan mengundang bala. Lebih baik diam dari banyak tanya.
Kereta mewah Tengku Zafran meluncur laju memasuki jalan raya.
“Kita nak ke office Datuk Tengku Zambri.” Ujar Tengku Zafran.
“Oh. Saya ingat kita meeting kat office je. Tak sangka pula ke office Datuk.” Ujar Lana.
“Ada Datin Tengku Azizah jugak. Actually, parents saya nak jumpa Lana lepas meeting.” Ujar Tengku Zafran. Terus terang. Terperanjat Lana dibuatnya sebaik saja mendengar kata-kata Tengku Zafran.
Meeting berjalan selama 2 jam. Membuatkan Lana lebih mengantuk. Dia tak pernah ikut meeting. Sebab tu dia agak letih berlama-lama membincangkan sesuatu isu.
“Inilah Lana yang selalu Zaf sebut tu ya?” Sapa Datin Tengku Azizah sebaik saja meeting selesai.
“Ah, ya Datin.” Lana menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Datin Tengku Azizah.
“Cantik macam yang Zaf selalu cakap.” Ujar Datin Tengku Azizah.
“Jom kita lunch sama hari ni. Boleh bual macam-macam.” Ujar Datuk Tengku Zambri.
Cara percakapan mereka terlalu sopan. Terlalu beradab. Maklumlah mereka ini kerabat diraja. Segala tingkah laku dijaga.
“Zaf ni agak susah rapat dengan perempuan. Tiba-tiba tempoh hari dia sembang tanya kat saya macammana nak pikat hati perempuan. Tu yang saya risik-risik siapa perempuan yang dia suka tu. Cantik gadis pilihan Zaf.” Ujar Datin Tengku Azizah.
“Ma.. Kan Zaf dah cakap jangan cerita pasal tu kat Lana.” Ujar Tengku Zafran.
“Zaf ni malu sikit bab luahan perasaan.” Sampuk Datuk Tengku Zambri.
“Haha. Yeke? Lana biasa-biasa je Datuk Datin. Lana anak orang kampung. Takde yang istimewa. Lagipun Tengku Zafran ni kat office dengan Lana garang.” Ujar Lana.
Lana mengeluh kecil. Dia tak tahu, pada waktu bilakah dia akan berterus terang dengan Tengku Zafran. Lana terus memulas kunci keretanya. Dia ingin pulang rehatkan dirinya.
Tiba-tiba di persimpangan yang sunyi. Kereta myvi Lana mati di tengah jalan.
“Alamak, apesal ni? Dan dan laaa time ni kau nak rosak! Erghh!” Panik Lana dibuatnya.
Lana menoleh kiri kanan. Sudahlah senja. Dah takde siapa lalu lalang jalan tu. Pada siapa aku nak mintak tolong ni? Hanya wajah Adam yang melintas di otaknya.
Adam melihat jam ditangannya. Alamak, sudah pukul 7! Dia sepatutnya hadirkan diri di masjid ketika ini. Disebabkan kelalaiannya di market tadi, dia sudah terlajak masa.
Nasi dan lauk bungkus diletak di kerusi sebelah pemandu lalu enjin kereta dihidupkannya. Sementara sedang panaskan enjin, sempat Adam melihat handphonenya. Memeriksa panggilan masuk ataupun whatsapp penting.
“Eh? 37 misscall? Dari..Lana?” Cepat-cepat Adam mendail semula nombor Lana.
“Assalamualaikum...” Adam mulakan bicara. Namun salamnya tidak berjawab. Hanya kedengaran suara tangisan Lana yang teresak-esak.
“Lana..are you okay?” Perasaan risau semakin membuak-buak apabila soalannya tak dijawab.
“Lana..awak kat mana ni?”
“Isteriku sayang..jangan buat abang risau. Lana kat mana ni?”
“Abang..Lana kat simpang jalan nak ke rumah... Kereta rosak... Jalan ni sunyi... Lana takut sangatt...” Ujar Lana bersama nada sendunya.
“Share location. Abang on the way sekarang. Kunci kereta. Jangan keluar dari kereta, tunggu hingga abang sampai. Okey?” Ujar Adam.
“Okay....”
15 minit kemudian, barulah muncul kereta porsche Adam. Lana masih didalam kereta. Tingkap kereta diketuk. Lana terus keluar dari kereta lalu memeluk Adam.
“Syhhh..dah dah. Abang dah sampai ni. Ambik barang penting Lana, abang hantar Lana balik rumah. Jap lagi kawan abang bawak kereta Lana pergi bengkel.” Ujar Adam. Lana mengangguk.
“Sorry abang...Lana dah susahkan abang.”
“Lana... Lana tak pernah susahkan abang. Lana tanggungjawab abang.”
Kereta Porsche Adam kini sudah sampai betul-betul di depan rumah sewa Lana.
“Dah sampai.” Ujar Adam.
“Okey, thank you so much.” Ucap Lana.
“Kenapa rumah Lana gelap je? Kata ada housemate.”
“Alamak, housemate Lana takde malam ni!” Ujar Lana perlahan.
“Takpe ke sorang-sorang?” Soal Adam.
“Tulah... Housemate Lana cuti. Dia balik rumah parents dia. Tak tau nak ajak sape teman Lana... Sebenarnya Lana takut tinggal sorang-sorang...”
“Okay... Camnilah. Abang teman Lana. Okey?” Laju Lana mengangguk. Dia lebih rela ditemani Adam daripada berseorangan.
“Masuklah. Bilik bujang je.” Lana mempelawa Adam.
“Kita maghrib sama-sama eh.” Ujar Adam lalu meletak baju kemejanya di almari Lana.
“Okay. Lana mandi dulu.”
“Mandi sekali je lah.” Usik Adam sambil tersengih nakal.
“Eee..abang ni.”
“Rasulullah pun mandi bersama-sama tau dengan isterinya.” Ujar Adam.
“Malulahh.” Lana terus mengunci pintu bilik airnya. Berdegup-degup jantungnya dengan usikan Adam. Walaupun santai, tapi hati kecilnya terusik.
Usai solat maghrib berjemaah, Lana pun melipat telekungnya. Manakala Adam pula sedang membelek handphonenya.
“Assalamualaikum ustaz. Maaf. Ana tak dapat buat kuliah malam ni.”
“Waalaikumsalam.. Takpelah kalau macam tu. Ana gantikan enta.”
“Syukran ustaz.” Punat merah ditekan. Mujur dia sempat bagitahu.
“Maafkan Lana abang sebab susahkan abang. Lana ganggu waktu abang. Lana...” Adam meletakkan jari telunjuknya dibibir Lana.
“Kan abang dah cakap, Lana tanggungjawab abang. Syukur sebab Lana call abang, bukan Tengku Zafran.” Ujar Adam.
“Er..apesal kaitkan dengan Tengku Zafran?”
“Bayangkan kalau orang yang Lana call tadi Tengku Zafran. Dan yang duduk depan Lana ni Tengku Zafran..”
“Eee..abang ni. Fikir lain. Lana tak seteruk tu la abang. Sebab Lana fikir abang suami Lana laa Lana ajak abang masuk teman Lana tau!” Ujar Lana.
“Haha. Abang cuma kata bayangkan je.” Ujar Adam sambil ketawa.
“Abang nak air tak? Lana buatkan.”
Adam meraih tangan Lana lalu diletak atas perutnya. Lana mengerutkan dahinya.
“Abang lapar. Haha.” Ujar Adam.
“Ish, ingat apalah tadi. Okay Lana masakkan.” Ujar Lana.
“Tapi abang ade beli nasi ngan lauk tadi. Tapi cukup untuk perut abanglah. Maklumlah. Orang bujang.” Ujar Adam.
“Lupa pulak Lana, abangkan malam-malam carik nasi. Okey, Lana masak lauk tambahan dengan nasi. Kita makan berdua okey.” Ujar Lana, sempat menghadiahkan ciuman di pipi Adam sebelum bangkit lalu berlari anak meninggalkan Adam.
Adam tersenyum sendiri. Ada petanda baik!
Nasi dan lauk dihidang di atas meja. Lana tersenyum. Sudah lama dia tak masak. Selalu dengan Ayda, time macamni diorang melantak pizza delivery je.
Adam menikmati makan malam dengan penuh berselera. Manakala Lana tersenyum sambil melihat Adam yang sedang makan.
“Makanlah.” Ujar Adam.
“Lana tengok abang makan pun dah kenyang. Actually, Lana happy sebab abang makan masakan Lana dengan penuh selera.” Ujar Lana.
“Serius, masakan Lana hebat. Ini kali pertama abang makan masakan Lana. Nanti kalau abang lapar, abang datang sinilah.” Ujar Adam.
“Boleh je. Takde hal. Hehe.”
Usai makan Lana terus mengangkat pinggan lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh. Sedang Lana leka membasuh pinggan, tiba-tiba pinggangnya dipeluk.
“Terima kasih.” Bisik Adam. Lana menjerit kegelian. Mereka ketawa. Adam turut mengacau Lana yang sedang membasuh pinggan. Perasaan bahagia terasa seolah-olah menusuk perlahan-lahan jauh ke dalam lubuk hati Lana dan Adam pada ketika itu.
“Lana..kereta siapa yang kat.. Arghhh!!” Menjerit Ayda sebaik saja melihat Adam dan Lana yang sedang bermesraan di dapur.
“Ayda, aku boleh explain.” Ayda sudah berjalan laju memasuki biliknya. Lana terus mengejar Ayda.
“Lana, kau curang dengan Tengku Zafran... Kenapa kau macamni Lana? Aku sangka kau baik...kau pun tau yang Tengku Zafran ada hati kat kau. Kenapa kau buat camtu kat dia..? Aku tak sangka kau boleh bawak lelaki masuk rumah...” Ujar Ayda sebak.
“Dia..dia..”
“Cukup Lana. Aku dah nampak semuanya.”
“Dia suami akulah!” Dengan sekali nafas Lana berterus terang.
“What? Suami kau? Bila kahwin?” Ayda menggoncang-goncang tubuh Lana. Dia bagaikan tak percaya yang selama ini Lana sudah berkahwin tanpa memberitahunya.
“Habis tu Tengku Zafran macammana?”
“Panjang ceritanya. Nanti aku cerita. Kau kata tak balik malam ni. Apa cer tetibe muncul?” Ujar Lana.
“Yelah, aku tertinggal barang. Kau pun satu, tak pernah cerita kat aku status kau. Tup-tup kat dapur korang bermesraan. Ergh! Dahlah handsome gila suami kau.” ujar Ayda sambil mengambil baju dari penyangkut lalu disumbat saja ke dalam beg kertasnya.
“Sorry, tak tahu pula Lana dah kahwin.” Ujar Ayda pada Adam.
“Tulah, Lana ni suka sangat berahsia.” Balas Adam.
“Okey, pergi dulu ye. Lana, kau jangan lupa hutang kau untuk explain aku pasal malam ni. Bye!” Ujar Ayda lalu berlalu pergi.
“Terima kasih.” Ucap Adam lalu mengucup dahi Lana. Lana yang separuh mamai mengerutkan dahinya.
“For what?” Soal Lana.
“Sebab membenarkan abang menjalankan tanggungjawab sebagai suami.” Ujar Adam sambil membelai rambut Lana yang berbau harum.
“Err...” Tiba-tiba kejadian malam tadi mengimbau seketika hingga membuatkan muka Lana kemerahan menahan malu. Alahai..!!
“Eh, kenapa muka isteri abang pinkish ni?” Soal Adam sebaik saja perasan riak muka Lana.
“Malu!” Lana terus menekup wajahnya. Adam ketawa kecil melihat kecomelan Lana menahan malu.
“Itulah namanya malam rahmat sayang. Malam dimana suami isteri mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Itu bukan perkara yang memalukan.” Terang Adam.
“Abanglah! Nakal sangat.” Lana cuba membela diri.
“Haha. Abang pulak. Okey.. Okey.. Abanglah yang nakal. Eh, dah nak subuh. Abang nak pergi mandi dulu. Ke sayang nak follow?”
“Isk! Abang ni. Pergilah mandi dulu.” Ujar Lana.
Lana! Apa kau dah buat ni? Ee..malunya! Aduh, mana nak sorok muka dari Adam ni?
Usai saja Adam mandi, Lana pula masuk bilik air untuk mandi. Lana sempat mengintai Adam, dilihatnya Adam sedang duduk ditikar sejadah sambil berdoa.
“Eh? Lana tak basuh rambut?” Soal Adam sebaik saja melihat Lana keluar dari bilik air bersahaja.
“A'ah. Nanti rambut tak sempat kering sebelum pergi kerja.” Ujar Lana.
“Isteri abang ni tau tak mandi wajib?” Soal Adam.
“Lana mana perioud, watpe nak mandi wajib?” Ujar Lana bersahaja.
“Mandi junub tahu?” Soal Adam.
“Tau. Sama je macam mandi wajib, mandi selepas berji..alamak! Lupa.” Cepat-cepat Lana masuk ke bilik air semula. Kedengaran Adam ketawa diluar bilik air. Alahai..isteriku pelupa.
Usai mandi, Lana dan Adam pun solat subuh bersama-sama. Seperti biasa, selepas solat Adam akan membaca al-quran dan di dengari oleh Lana.
“Abang, Lana nak pergi kerja macammana kalau takde kereta?” Soal Lana sambil mengemaskan katil.
“Tumpang abanglah. Takkanlah abang tegar membiarkan isteri abang tunggu bas..” Ujar Adam.
“Habis tu? Abang tak lambat ke gi office nanti?” Soal Lana.
“Yang tu Lana jangan risau.” Ujar Adam.
“Okey.”
Suasana pejabat hari ini agak sibuk. Kerana katanya hari ini Datuk Tengku Zambri nak datang melawat pengurusan yang di uruskan oleh Tengku Zafran.
“Lana, awak teman saya dalam pejabat ni ya.” Ujar Tengku Zafran sebaik saja Lana melangkah masuk untuk melaporkan diri seperti yang Adam pinta.
“Err..kerja saya macammana?” Soal Lana.
“Yang tu lain kali boleh buat.” Ujar Tengku Zafran lagi.
Tepat jam 10 pagi, Datuk Tengku Zambri dan Datin Tengku Azizah pun datang. Melihat seluruh bangunan anak syarikat mereka yang di sandang oleh Tengku Zafran.
“Zaf, kata ada hal nak bincangkan dengan Lana. Hm.. Macam mana? Dah bincangkan?” Soal Datin Tengku Azizah sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas sofa.
Bincang? Lana sudah tidak sedap hati. Hatinya galau. Ah..sudah! Jangan-jangan..isk! Jangan fikir bukan-bukan Lana oi.
“Bincang apa ma?” Soal Tengku Zafran.
“About your wedding.” Ujar Datin Tengku Azizah.
“Err..itulah. Zaf tak reti nak prepare.” Tengku Zafran beralasan.
“Marilah duduk sini Lana. Mama tolong pilihkan tema. Nak?” Datin Tengku Azizah mempelawa Lana yang dari tadi berdiri duduk disebelahnya.
“Tema inggeris yang mama pilihkan untuk kita tu Lana okey ke?” Soal Tengku Zafran sambil menelek-nelek baju contoh busana pengantin.
“Ku Zafran, saya rasa Ku Zafran dah salah faham ni.” Ujar Lana.
“Salah faham?”
“Ye. And saya rasa kita tak patut meneruskan perancangan ni.” Ujar Lana lagi.
“Sebab?”
“Sebab darjat kita jauh. Saya tak kaya. Ku Zafran kaya, bahkan ada nama.”
“Kalau sebab darjat, saya rasa itu alasan tak munasabah.” Ujar Tengku Zafran sambil menarik beberapa pakaian yang menarik minatnya.
“Saya dah tak nak tipu Ku Zafran lagi... Saya rasa, Ku Zafran patut lupakan niat Ku Zafran nak peristerikan saya...” Lana menarik nafas, dia perlu beritahu kebenaran sebelum Tengku Zafran bertindak lebih jauh daripada ini!
“Maksud Lana? Lana tak suka saya? Tak cinta saya? Ia boleh di pupuk lepas kahwin.” Tengku Zafran menghentikan perbuatannya, dia ingin tahu lebih lanjut kenapa Lana tiba-tiba berkata sedemikian.
“Sebenarnya, saya dah kahwin Tengku!” Dia sudah tidak betah lagi berdiri di situ! Lana terus meninggalkan Tengku Zafran yang terkejut. Manakala Tengku Zafran terpempan dengan kenyataan Lana. Dia tergamam. Baju-baju pengantin sudah terjatuh dari pelukannya! Dia lemah!
Bab 5 ***
“Lana, kau tahu tak kenapa bos tiba-tiba 'bercuti'?” Soal Muna sebaik saja Lana tiba di pejabat.
“A'ahlah. Tiba-tiba je.” Sampul Faisal.
“Entahlah.” Jawab Lana acuh tak acuh.
“Aihh..lain macam je. Korang gaduh ek?” Soal Afika.
“Hal Tengku Zafran takde kene mengena dengan akulah. Ish, korang ni.” Lana sudah takde mood. Dia juga sebenarnya serba salah.
“Lana.. Kenapa dengan Tengku Zafran? Kau dah ceritakan kat dia hal sebenar ke?” Soal Ayda separa berbisik.
“Jangan kusutkan fikiran aku boleh tak? Aku busy ni.” Lana terus mengeluarkan fail-fail dilacinya.
“Sah. Sah! Korang gaduh besar. Yang si pakwe pergi nun jauh disana. Yang si makwe makan hati disini. Sabar je la dik non oih.” Ujar Muna. Lana hanya menggeleng. Dia malas melayan.
“Lana masuk pejabat saya jap.” Suara di interkom memanggilnya. Segera Lana bangkit lalu ke bilik pejabat. Rindunya Tengku Zafran memanggil aku begitu hari-hari. Aish, tak boleh! Kau isteri orang Lana. Kau tak boleh rindu kat lelaki lain.
Kelihatan seorang wanita berkasut tumit tinggi berkot wanita warna krim menghadap ke arah tingkap. Mungkin menikmati pemandangan diluar.
“Kau rupanya perempuan yang hancurkan hati abang aku.” Sinis wanita bertumit tinggi.
“Aku Tengku Zinnirah. Adik Tengku Zafran. Tengoklah rupa kau yang kekampungan ni. I dont know why abang aku gilakan kau. Oh, ya. Lupa. Pakai bomoh.” Ujar Tengku Zinnirah selamba.
“Walaupun saya miskin, tapi saya takdelah bodoh sangat nak pakai bomoh.”
“Oh, ingat bisu tadi perempuan depan I aku ni. Saja aku panggil kau. Nak tengok rupa perempuan kegilaan abang aku.” Lana mengetap bibirnya menahan marah. Boleh tahan pedas ayat adik Tengku Zafran ni.
Sudah 3 bulan Lana tidak bertemu dengan Tengku Zafran sejak kejadian itu. Sungguh dia ingin menemui lelaki itu. Dia ingin mohon maaf.
Dan sejak kejadian itu juga, Lana sudah berpindah ke rumah Adam.
Entah kenapa pagi ini, kepalanya terasa berpinar. Dia pening. Namun digagahi juga untuk bangun pergi kerja. Perutnya juga terasa sebu. Mungkin salah makan kot semalam!
“Lana, awak okey ke?” Soal Adam sebaik saja melihat Lana yang sedang menyiapkan sarapan.
“Okey je. Kenapa?” Soal Lana.
“Kenapa muka Lana pucat? Lana tak sihat?” Soal Adam. Lana menggelengkan wajahnya. Dia tak nak Adam risau akannya.
Sebaik saja tiba dipintu office, rasa ingin muntah membuak-buak. Laju Lana ke bilik air. Dia membuang segala yang dimakan pagi tadi. Setelah lega Lana pun mengesat mulutnya dengan tisu. Namun kelegaannya tak lama, Lana kembali loya dan muntah-muntah.
“Lana..kau kenapa?” Soal Ayda yang kebetulan ingin buang air kecil di toilet berkenaan.
“Aku salah makan semalam.” Jawab Lana.
“Jomlah pergi klinik.” Ajak Ayda, laju Lana menolak pelawaan Ayda. Dia tak mahu sesiapa risau akannya.
Rasa mual-mual itu datang lagi. Kali ini sudah tiada isi lagi. Yang ada hanyalah air liur kuning. Terasa perit tekaknya.
“Lana..awak okey ke? Ayda call abang bagitau Lana muntah-muntah.” Ujar Adam yang tiba-tiba muncul.
“I'm fine.” Lana sudah terkulai di atas kerusi di pantry. Dia sudah tiada daya lagi untuk ulang alik ke sinki.
“Dah, jom pergi klinik. Panas badan sayang ni.” Ujar Adam, baru saja dia ingin memapah, Lana sudah menolaknya. Adam sudah tidak boleh sabar lagi dengan kerisauannya terhadap Lana. Di cempung tubuh kecil itu lalu keluar dari pejabat itu.
TAK GUNA!!!
Pecah berderai cermin bilik air yang ditumbuknya. Menitik-nitik darah di celah-celah buku limanya. Puas hatinya melihat cermin itu pecah. Luka di tangan itu langsung tak sakit berbanding luka dihatinya yang bagai ditoreh-toreh.
“Abang Zaf, are you okey?” Soal Tengku Zinnirah.
“Kau ingat aku okey dengan berita ni? Argh!!” Habis segala barang hiasan dicampaknya. Tengku Zafran terduduk. Dia menangis. Hilang kejantanannya.
Kenapa? Kenapa kau buat aku macamni?!
Berita kehamilan Lana sampai ditelinga Tengku Zafran. Bahkan anak yang dikandung Lana bukan anak sesiapa, tapi anak kawan baiknya sendiri. Adam Harraz!
Sedih hati Tengku Zinnirah melihat rupa abangnya. Tengku Zafran benar-benar kurus. Langsung tidak terurus. Semua ini gara-gara LANA!
Gambar curi Lana sedang ketawa dicapai Tengku Zafran. Wajah itu, senyuman itu, sudah 3 bulan dia tidak temui. Bahkan kini mengandung. Bahagia bersama kawan baiknya.
Kini Lana tidak lagi bekerja di syarikat itu. Adam yang minta Lana berehat dirumah sepanjang tempoh mengandungkan anak sulung mereka.
“Abang... Lana teringin sangat buah harum manis. Dapat makan sikit pun jadilah.” Ujar Lana tiba-tiba sebaik saja selesai berdoa. Adam yang baru selesai solat isyak itu tersenyum.
“Dah pandai dah mengidam ya sekarang anak abi ni. Sekarang jugak abi pergi cari buah untuk anak abi.” Ujar Adam sambil mengusap perut Lana yang kini berusia 5 bulan. Lana melipat telekungnya. Dia tersenyum.
“Jaga diri ya sayang. Abang nak pergi dah ni.” Ujar Adam. Lana mencium tangan suaminya. Tersenyum gembira Lana apabila lihat wajah kesungguhan Adam mencari buah harum manis untuknya.
Kereta myvi milik Lana diguna Adam. Memang Adam suka guna kereta myvi Lana untuk ke tempat terdekat.
Jam menandakan sudah pukul 10 malam, Adam masih belum pulang. Mungkin masih mencari harum manis. Nombor Adam didailnya. Lega panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum... Abang kat mana ni?”
“Waalaikumsalam... Cik kenal pemilik handphone ini?” Suara perempuan lain menjawab membuatkan hati Lana sedikit terusik. Namun dia tidak cepat melatah.
“Ya, dia suami saya.”
“Cik, suami cik terlibat dalam kemalangan. Sekarang dia di Hospital KPJ Rawang.” Hampir luruh jantungnya mendengar berita itu. Lana terus start enjin lalu bergerak sendirian ke hospital tersebut.
Sepanjang perjalanan, hatinya tak berhenti-henti mendoakan Adam. Ya Allah, selamatkanlah suamiku ya Allah.
Sebaik saja tiba, segera Lana mencari informasi tentang kemalangan suaminya.
“Puan Lana, cik inilah yang melanggar suami Puan.” Ujar salah seorang anggota polis. Kelihatan seorang wanita sedang menangisi akan kesalahannya.
“Maafkan saya cik. Saya tak sengaja. Saya panik anak saya di rumah dengan amah. Saya risau..”
“Takpe. Jangan risau saya takkan dakwa cik. Pulanglah dengan selamat.” Bertambah sendu wanita itu sebaik saja melihat perut Lana yang bulat itu.
“Maafkan saya puan. Ya Allah, janganlah kau jadikan anak ini anak yatim..” Lana sudah takde mood melayan wanita itu. Dia terus ke wad di mana Adam ditempatkan.
Langkah Lana terhenti sebaik saja melihat kelibat susuk tubuh seseorang disisi Adam. Apa dia buat kat sini? Ergh!!
Lana melihat rupa Tengku Zafran dari atas ke bawah. Selekeh! Dengan janggut dan misai yang tidak bercukur. Rambut tak bersikat. Tubuhnya juga kurus. Sungguh Tengku Zafran yang dia lihat kali ini benar-benar lain. Tak seperti Tengku Zafran yang dia kenali dulu.
“Lana..duduklah.” Pelawa Tengku Zafran lalu diapun keluar dari wad itu. Memberi ruang untuk Lana dan Adam. Dilihatnya plastik yang berdarah disisi katil Adam. Didalam itu ada buah harum manis! Ya Allah!!
Tanpa disedari air matanya mengalir selajunya. Kalaulah aku tak mengidam, mungkin Adam takkan terbaring disini.
“Abang, Lana datang abang. Abang bangunlah demi anak kita. Lana tak sanggup besarkan anak kita tanpa abang.” Lana sudah menangis teresak-esak. Tengku Zafran yang sengaja tidak tutup rapat pintu itu menangis. Dia tersentuh dengan tangisan wanita yang dicintainya itu.
“Abang, kalaulah Lana tak mengidam. Abang tentu takkan terbaring kat sini kan. Abang, Lana minta maaf..” Ada air mata diwajah Adam. Sayu hatinya sebaik saja melihat Adam yang berbalut sana sini, bersama wayar yang berselirat di badannya.
“Lana banyak salah dengan abang. Kita baru nak berbaik. Baru nak jadi suami isteri yang sebenar. Kenapa macamni Allah uji pada Lana, abang? Abang, Lana minta maaf. Bangunlah abang demi anak kita.”
Jari jemari Adam bergerak. Tanda respon. Baru Lana ingin bangun memanggil doktor, Adam menahannya lemah.
“Tak perlu... Masa tak banyak... Abang minta maaf... Halalkan makan minum abang...” Ujar Adam lemah. Terlalu lemah dan perlahan.
“Ab..abang min..minta..ma..maaf..se..s..sebab..tak..tak dapat..ja..jag..jaga..a..anak..k..ki..kit..ki..ta.. To..tolong.. Do..do..doakan..ab..ab..ab..abang..” Lana mengangguk. Dia meletakkan tangan Adam diperutnya. Adam tersenyum saat menyentuhnya. Sesaat kemudian mata Adam terpejam.
“Abang..!!” Air mata Lana terus mengalir tanpa henti. Adam telah pergi buat selamanya.
“Innalillah...” Tengku Zafranlah yang menutup wajah Adam dengan selimut. Ada air mata di mata Tengku Zafran.
Mak milah dan pak Hamid yang baru tiba turut berasa hiba atas kematian menantu mereka. Auntie Mardhiah dan Hj Malik lah yang bawa jenazah Adam ke kampung untuk diuruskan.
Berhari-hari Lana mengurungkan diri dibiliknya tanpa makan dan minum. Kematian Adam betul-betul mengejutkan dia. Dia memegang dadanya. Dia masih sebak.
“Lana, dahlah tu. Mak paham perasaan kau. Tapi baby dalam perut tu kau kena fikirkan juga.” Ujar mak Milah.
“Mak...” Lana terus memeluk mak Milah. Hatinya sebak dipagut kerinduan pada Adam.
“Kalau kau rindu dia, hadiahkan alfatihah banyak-banyak.” Ujar mak Milah memujuk Lana. Dia tahu hati Lana lebih-lebih lagi sedih di saat ini.
Di satu malam yang hening, lena Lana terganggu. Semuanya dek kerana sakit pinggang dan perut. Entah kenapa pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena.
“Mak!!” Jerit Lana.
Terkocoh-kocoh mak Milah dan pak Hamid ke bilik Lana sebaik saja mendengar lana melaung-laung namanya.
“Ya Allah, kenapa ni sayang?” Soal mak Milah.
“Mak, perut Lana sakit mak...” Bertambah panik mak Milah apabila melihat darah di atas cadar katil Lana.
“Kamu bleeding ni! Jom ke hospital. Ayahnya cepatlah start enjin!” Arah mak Milah.
“Boleh jalan tak ni?” Soal mak Milah.
“Tak boleh mak. Sakit sangat..!”
“Maafkan kami, kami dah cuba sedaya upaya. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Bayi puan sudah meninggal didalam perut.” Lagi sekali Lana diuji. Kini anaknya diambil Allah.
Bertambah sayulah hatinya. Sudahlah suaminya baru sebulan meninggalkan dia gelaran balu. Kini anaknya pula pergi meninggalkan dia sendirian.
Bab 6 ***
Setahun lamanya Lana membina semangat baru. Dengan wasiat harta dari arwah suaminya Adam, dapatlah Lana membuka perniagaannya sendiri.
Lana bekerja keras demi menaikkan jenama tudung dan pakaian jenamanya. Kedainya diberi nama Lana Boutique. Sempena namanya sendiri.
Lana mengenakan dress berkot labuh ditubuhnya bersama tudung AJ kegemarannya. Dia tersenyum. Hari ini, dia berjaya bersama semangat yang telah runtuh dahulu.
“Amboi, cantik kau meletup!” Usik Ayda.
“Ada-ada je la kau ni.” Ujar Lana lalu mencapai kunci keretanya. Dan terus memasuki perut Porsche silver milik arwah Adam.
“Kau nak numpang aku ke tak ni? Aku nak gerak dah ni. Kang lewat pulak aku sampai ke meeting.” Bebel Lana.
“Yelah. Yelah. Kejaplah.” Kelihatan Ayda sedikit comot dengan gincunya membuatkan Lana ketawa besar.
“Dah lama eh aku tak nampak kau ketawa macam ni.” Ujar Ayda.
“Yeke? Selalu aku ketawa cover-cover cun eh?” Ayda mengangguk.
Resort Zaf D'Lana menjadi pilihan untuk mereka berbincang tentang majlis yang akan diadakan di resort tersebut.
“Baiklah. Hari ni saya ada bawakan owner resort ini sendiri, Datuk Tengku Zafran. Beliau sendiri meluluskan majlis untuk Lana Boutique.”
Lana sudah panas punggung melihat Tengku Zafran yang turut ada disitu. Tengku Zafran yang kini tampak lebih matang.
“So how Puan Lana? Okey?” Soal Tengku Zafran.
“Everything its okay. And maybe anyone ada cadangan lain?” Ujar Lana. Yang lain hanya menggeleng. Meeting berakhir dengan kata sepakat.
“Hai Lana, lama tak jumpa.” Sapa Tengku Zafran.
“Eh, hai Ku Zafran. How your life now?” Soal Lana sambil menikmati pemandangan sekeliling resort tersebut.
“Abadikan diri dengan kerja kerja dan kerja.” Ujar Tengku Zafran.
“Serius?”
“Yup! Hm..awak pulak?”
“Tabahkan hati dengan bekerja tanpa fikirkan hal peribadi.” Ujar Lana.
“Dah ada pengganti or maybe..” Janganlah Lana dah ada buah hati. Please. Aku mengharap beribu kali demi memilikinya.
“Takde.” Jawab Lana. Ah, lega! Ada chance ni..
“Saya berdiri di atas kejatuhan saya sendiri. Saya tak nak miliki sesiapa lagi dalam hidup saya. Saya dah tak nak kehilangan yang tersayang lagi. Cukuplah..saya kehilangan suami dan anak..” Lana sebak. Dia terduduk. Tanpa disedari air matanya mengalir.
“Lana, i'm sorry. Saya tak bermaksud nak bukak luka hati awak..”
Lana, tolong jangan menangis. Hati saya sakit saat melihat awak menangis. Awak patut tahu, cinta saya pada awak tidak pernah berubah sejak dulu lagi.
“No..i'm fine. Dah lama saya tak emosi macamni. Oh, ya. Surat ni dah lama tau saya simpan. Dari arwah untuk ku Zafran.” Ujar Lana lalu menyerahkan sepucuk surat.
Kerana sepucuk surat itu, Lana dan Tengku Zafran pun berkahwin. Ini semua kerana wasiat Adam Harraz. Siapa sangka perkahwinan ini benar-benar didirikan atas dasar cinta di dalam lubuk hati yang tidak pernah disedari.
Entah kenapa mood dia pagi ni nak marah je. Dah macam mood perempuan datang bulan.
“Pleaselah! Benda senang macam ni pun awak nak tanya saya?!” Lana sudah bercekak pinggang. Setelah emosi kepalanya pening. Bila dah pening mulalah terasa seperti nak tidur.
“Puan Lana, ada orang kirim bunga.”
Lana yang memang suka bunga terus mencapai bunga tersebut dihidunya.
“Bunga bau longkang apa ni? Busuknya! Buang! Buang!”
Tengku Zafran yang baru tiba hairan dengan suasana Lana Boutique yang agak kecoh dengan maki hamun Lana.
“What happen sayang? Bunga ni kan fevret Lana, abang yang bagi. Takkan nak buang pulak. Sayang nii.” Bebel Tengku Zafran.
“Busuklah bunga tu! Lana tak tahan. Loya tekak ni. Baik abang jauhkan bunga tu.” Bebel Lana.
“Pulak! Hidung sayang rosak agaknya. Wangi je abang bau. Indah.”
“Indah mendenya! Busuklah. Abang..jauhkan bunga tu.” Tengku Zafran lagi seronok menyakat. Entah macammana tiba-tiba Lana muntah dibaju Tengku Zafran.
“Ya Allah..sorry..” Berdenyut-denyut kepalanya. Lana terus ke bilik air membersihkan mulutnya. Manakala Tengku Zafran terus membuka kemejanya yang terkena muntah.
“Aishh! Kotor terus baju ni. Nasib baik ada kemeja lain dalam kereta.” bebel Tengku Zafran sendirian.
“Abang.. Lana pegi ambik baju abang ya.”
“Okay sayang.”
Beberapa minit kemudian...
“Datuk Tengku Zafran.. Puan Lana pengsan kat tangga.” Ujar salah seorang pekerja Lana Boutiqe. Panik! Apalagi, berlarilah Tengku Zafran ke tangga.
“Sayang..? Sayang? Lana?” Lana masih tidak sedarkan diri. Dicempung tubuh Lana lalu dibawa masuk ke keretanya. Laju keretanya berlalu.
“Tahniah Datuk Tengku Zafran. Puan Lana mengandung 3 bulan.” Ujar Dr. Mila sambil menyimpulkan senyumannya.
Hati Tengku Zafran yang mendengar berita itu bukan main gembira bukan kepalang dibuatnya. Inilah berita paling gembira dalam hidupnya. Adakah begini perasaan arwah Adam, kawan baiknya itu sebaik saja dapat tahu wanita yang dicintai hamil anaknya?
“Abang, jom kita cari otak-otak.” Ujar Lana sebaik saja terjaga pada jam 2 pagi. Tengku Zafran yang masih lena terus saja berdengkur.
“Abang...!” Kali ni Lana terus menangis sebaik saja permintaannya diabaikan. Tengku Zafran terjaga sebaik saja mendengar rengekan Lana yang bagaikan anak kecil itu.
“Okay, okay. Jom kita cari otak-otak.” Dengan mamai Tengku Zafran mencapai kunci kereta.
“Eh, ni nak ke mana pagi-pagi buta ni?” Soal Datin Tengku Azizah sebaik saja melihat Lana dan Tengku Zafran menuruni anak tangga.
“Ada orang ngidam otak-otak ma.” Ujar Tengku Zafran.
“Laa..yeke? Cucu mama teringin ya. Jomlah kita pergi satu keluarga. Papa kamu pun tak boleh tidur bila asyik teringat baby yang bakal lahir tu. Teruja benar.” Ujar Datin Tengku Azizah.
30 otak-otak order untuk Lana saja habis dibedal dia sorang. Lana tersenyum setelah selesai makan.
“Cukup tak tu? Ke nak lagi?” Soal Datin Tengku Azizah.
“Cukup dah ma. Dah tegang perut Lana ni mama.” Ujar Lana sambil mengusap perutnya yang kini sudah 6 bulan.
“Betul ke kak Lana dah kenyang?” Soal Tengku Zinnirah.
Tiba-tiba saja air matanya mengalir. Walau berkali-kali dia cuba menahan menyimpan rasa itu. Namun ingatan itu masih datang walaupun dah 3 tahun berlalu.
“Kenapa ni sayang abang?”
“Abang..saya rindukan mereka..” Terus Lana memeluk Tengku Zafran. Basah dada Tengku Zafran dek kerana air mata Lana.
“Esok kita pergi kubur mereka ya.” Pujuk Tengku Zafran.
Keesokan harinya, Lana dan Tengku Zafran pun ke Tanah Perkuburan Kampung Rambutan Lebat. Lama Lana terduduk di sisi kubur Adam dan anaknya.
Sebak hati Tengku Zafran sebaik saja teringat akan kepayahan Lana menerima kematian orang-orang yang dia sayang.
“Abang.. Tengku Zafran jaga Lana dengan baik. Lana harap abang dan baby bahagia disana.” Ucap Lana perlahan.
Setelah mereka membacakan yassin, barulah Lana dan Tengku Zafran pun pergi meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Tengku Zafran memegang erat jemari Lana. Dia takkan sesekali lukakan hati wanita itu, cukuplah sekian lama Lana menderita kehilangan orang yang disayangi dulu.
best!! :))
BalasPadamNice story.... Kipidap!! :)
BalasPadamAkak, cerpen akak buat smua best giler. So hrap update cerpen bebanyak. Hihi
BalasPadamAkak, cerpen akak buat smua best giler. So hrap update cerpen bebanyak. Hihi
BalasPadamSalam, best cerpen ni. Jemputlah singgah ke blog penulisan saya ^^ http://sayaafeenashah.blogspot.my/
BalasPadamSayunya..dahla baca pukul 3 pagi n lusa ada paper..hehe..release stress..doakan sy utk paper lusa..bai2
BalasPadamtersentuh...hati ni...best!..
BalasPadamBest.... tersentuh hati ...
BalasPadamBest.... tersentuh hati ...
BalasPadamTersentuh hati sy bila bce...terasa mcm diri sendiri yg mengalaminya
BalasPadamTersentuh hati sy bila bce...terasa mcm diri sendiri yg mengalaminya
BalasPadamTersentuh hati sy bila bce...terasa mcm diri sendiri yg mengalaminya
BalasPadamair mataku berlinangan ,, haha ,, sedih.syiot Sampai jatuh air mata baca citer ni ,,
BalasPadamKenapa sedih sngt...tapi jangan risau jalan cerita dia memang best!!!
BalasPadambest gila thumbs up
BalasPadamNice story... Love it
BalasPadamBestnye
BalasPadamCerpen yang baik dengan pengolahan penyampaian dan isu-isu yang di utara serta gambaran watak Lana yang tegas tetap mementingkan kekeluargaan,kawan, Agama Islam dan menziarah kuburan...
BalasPadamItulah kehidupan Islam serta taat kepada suaminya walaupun dipaksa kahwin.
Cerpen yang sangat baik.
Harap dapat menghasilkan cerpen yang bermutu. Selamat Berbahgia Dan Sejahtera.