Cerpen : Bila dah jodoh

GERAM melihat si kecil berlari-lari di ruang tamu. Tubuh molek itu di paut ke dalam pelukannya. Pipi tembam milik Afrina dicubit Arael. Afrina menyeringai kesakitan.
  "Aii, Rael. Janganlah kau cubit pipi anak akak tu kuat-kuat. Kang pecah kilang air liur dia kang. Tak pasal-pasal menjejeh air liur dia." Laung kak Nisha yang sedang menghampiri ruang tamu lalu menarik anaknya ke dalam dakapannya.
  "Geramlah kak. Comel sangat." Jawab Arael lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Briefcasenya diletak di sisi.
  "Asyik main dengan anak akak je. Apakata kau kahwin cepat, cepat dapat anak. Dapat laa kau main dengan anak kau nanti." Tukas kak Nisha, rambut ikal Afrina di sikat tinggi lalu di ikat style tocang kuda pony.
  "Kahwin?" Kedengaran keluhan berat dilepaskan. Arael senyum senget.
  "Cukuplah Arael kahwin sekali je kak. Kali kedua? Rasanya sampai ke tua Arael sanggup membujang tau." Ujar Arael sambil membetulkan duduknya.
  "Cakap tu satu doa Syed Arael Hamidi. Awak nak jadi duda sampai tua?" Sampuk mama yang tiba bersama dulang berisi teko teh dan beberapa biji cawan.
  "Tak payahlah kau dok trauma sangat nak kahwin lagi. Bukan semua perempuan macam ex wife kau dulu tu." Pangkas kak Nisha sambil bangkit lalu menuang air ke dalam cawan.
  "Tak boleh kak. Arael tak boleh lupa langsung apa yang dia pernah buat kat Arael." Bantah Arael. Geram dengan pujukan kak Nisha yang tiba-tiba membangkitkan isu kahwin yang telah lama diharamkan oleh Arael sendiri.
  "Arael. Cuba kau bukak mata kau luas-luas. Akak yakin jodoh kau tengah menanti kau waktu ni." Kak Nisha cuba meyakinkan Arael. Namun reaksi Arael, begitulah. Dia akan cuba dalih seboleh mungkin. Dia merasakan perkahwinannya itu satu kegagalan. Dia tak mahu terima tamparan yang sama lagi.
  "Mama sentiasa doakan Arael. Semoga mama ada rezeki dapat menantu perempuan." Sambut mama pula.
  "Apa yang anak beranak ni dok sembangkan mamanya?" Soal babah sambil membuka songkok. Baru balik dari masjid gamaknya.
  "Babahnya, anak lelaki kita ni tak nak kahwin lain dah katanya. Trauma." Adu mama. Arael mengelus lehernya.
  "Takpelah mamanya. Kita buat solat hajat untuk Arael. Kita doa moga jodoh dia datang bergolek."

AFRINA berlari riang dihadapan sebuah rumah teres. Nisha dan Irsyad memandang ke arah Afrina kemudian saling pandang memandang sambil bibir mengoyak senyuman.
  "Seronok Afrina duduk dengan Aisya kan abang." Ujar Nisha pada Irsyad.
  "Biarlah. Asalkan kita tak susah hati tinggalkan dia." Balas Irsyad sambil memeluk tubuh.
  "Eh, kakak. Abang. Sorry. Sorry, tak dengar suara orang bagi salam. Tadi Aisya masak kat dapur." Ujar Aisya sebaik saja muncul di muka pintu.
  "Kami tak bagi salam pun lagi. Ni haa..Afrina bukan main gembira lagi. Tak sempat apa dah lari gi depan pagar Aisya." Sampuk Nisha. Aisya terus memeluk tubuh montel Afrina.
  "Rindu cik Aisya ya?" Duga Aisya sambil memicit hidung Afrina manja. Afrina ketawa, menampakkan giginya dua batang.
  "Kami pergi dulu ya..?" Pinta Nisha, Aisya mengangguk. Afrina melambai-lambai dengan gembira.
  Sebaik sahaja memasuki rumah, Afrina terus berlari ke arah rumah mainan yang dibeli Aisya.
  "Afrina dah makan ke?" Soal Aisya. Afrina menggangguk. Aisya ketawa, Afrina sering begitu kalau di tanya. Akan angguk sahaja, tiada gelengan.
  Afrina ke dapur untuk menyediakan sarapan buat Afrina. Kemudian dia ke depan, melihat Afrina yang leka dengan anak patungnya.
  "Jom makan sayang." Aisya sudah bersila bersama bubur ayam. Afrina terkedek-kedek berlari ke arah Aisya.
  "Sayang benar Afrina kat Aisya kan?" Tebak umi yang baru saja balik dari pasar bersama beberapa plastik bag ditangan.
  "Yelah. Aisya dah jaga Afrina masa dia baby lagi umi. Ni dah besar, memang laa dia sayang kat Aisya." Balas Aisya. Umi menyimpul senyuman.
  "Umi rasa kalau Aisya berumah tangga sekarang pun dah okey, kan?" Duga umi lalu menghilang ke dapur.
  Berumah tangga? Dia terkedu. Tak pernah terlintas dihatinya untuk berumah tangga. Dia gembira dengan kehidupannya yang kini. Menjaga Afrina sekadar menambah income, dalam masa yang sama dia peniaga online. Menjual jubah dan tudung.
  "Yelah. Umi nak juga merasa pegang cucu sendiri. Asyik pegang cucu orang je." Sampuk umi. Aisya menepuk dahi. Adeh, umi tak beragak.
  Afrina sudah berlari ke tempat lain, bubur sudah licin di makannya. Tu tanda dia sudah kenyang.
  "Siapalah nak dengan anak umi ni. Lagipun Aisya bahagia hidup macamnilah umi."
  "Jangan cakap takde yang nak ye. Umi dah banyak kali offer kat Aisya dengan anak-anak kawan-kawan umi. Semua Aisya reject. Lupa?" Pangkas Umi lalu duduk di sisi Aisya.
  "Err..Aisya.." dia kematian kata. Mana mungkin dia lupa! Masih dia ingat kali pertama dia di aturkan janji temu dengan lelaki. Lelaki itu sangatlah memandang jelek pada pemakaiannya yang hanya berjubah merah bertudung warna coklat emas.
  "You takde pakaian lain yang I boleh bawak ke red carpet ke?" Soal lelaki itu tanpa riak. Mata lelaki itu melihatnya atas bawah atas bawah sambil bibirnye mengoyak senyum mengejek.
  "Maaf..ini pakaian harian saya." Jawab Aisya sopan.
  "Terus teranglah, yang I tak suka perempuan yang takde lekuk macam you ni. Tengok you pakai baju bertutup straight macam ni buat I rasa takde keinginan." Sindir lelaki itu.
  Aisya menyimpan senyum. Memang aku takkan tunjuk lekuk badan aku pada lelaki tak halal macam kau! Rasa nak jawab macamtu. Tapi dia masih waras, masih fikirkan yang dia ada mak ayah yang perlu dijaga maruahnya.
  "Jadi saya rasa eloklah kita cakap dengan parents masing-masing yang kita tak sesuai." Balas lelaki itu lagi.
  "Okay." Balas Aisya, air sirap limau disisip laju.
  "Tengok tu! Umi cakap panjang lebar dia boleh pulak mengelamun. Kena kahwin cepatlah Aisya ni gamaknya bang." Usik umi. Mematikan lamunan Aisya.
  "InshaAllah. Ada jodoh kahwinlah anak umi ni. Kan abi?" Abi yang pada ketika itu baru melabuhkan punggungnya mengangguk-angguk, setuju dengan kata-kata Aisya.
  Afrina sudah melentok di atas riba Aisya, tanda mahu tidur. Segera Aisya bangkit membawa Afrina.
  "Aisya pergi tidurkan Afrina kejap ya umi, abi."
  "Tengoklah tu. Sentuh bab kahwin terus nak mengelat. Haihh.." keluh umi. Kedengaran juga suara abi menasihati umi. Sipi-sipi.

Arael meraup wajahnya. Bagai terngiang-ngiang kembali perbualan semalam mereka sekeluarga. Entah kenapa dia seperti dah tak ada keinginan untuk berumah tangga setelah dia menemui jalan buntu dalam perkahwinannya yang dulu.
  "Bos, ni lunch." Ujar Merlina, setiausahanya. Lalu meletakkan plastik berisi nasi dan lauk bungkus di atas meja. Merlina cantik, menggoda namun itu tidak cukup menjadikan keinginan untuk dia memiliki seorang wanita.
   "Bos.." Merlina masih setia berdiri.
  "Oh, ya. Thanks. Sorry, I tengah serabut sangat ni."
  "Nak I urutkan tak?" Soal Merlina lembut lalu mengenyitkan matanya.
  "Its okay." Arael mengisyaratkan tangannya pada Merlina supaya keluar dari biliknya. Dia rimas dengan perempuan. Lagi-lagi yang menggedik dan tak putus asa dengannya.
  'Sebelum Arael balik nanti, tolong ambik Afrina kat rumah pengasuh. Kakak balik lambat sikit.' -kak Nisha-
  'Okay!' -Arael-
  Seronoknya dapat main dengan Afrina balik nanti. Dapat tengok riak manjanya. Kalaulah perkahwinannya dengan isterinya dulu kekal hingga ke hari ini, pasti dia sudah ada anak sekarang.
   Anak? Arael menggeleng. Rasa tak percaya yang dia sudah berfikir sejauh itu. Arael bergegas mengemas barang di atas meja. Setelah itu, pintu pejabatnya dikunci.
  "Eh, bro? Nak balik dah?" Soal Aziem yang baru nak menapak ke bilik Arael.
  "Sorrylah bro. Aku balik awal. Ni serabut." Jawab Arael sambil menunjuk jari telunjuk ke otaknya. Aziem ketawa kecil.
  "Pergilah tenangkan fikiran kau dulu."
  Enjin kereta Toyota Camry warna biru cair dihidupkan. Beberapa minit seketika, barulah Toyota Camry meluncur laju membelah jalanraya.
  Setelah hampir setengah jam di atas jalanraya, barulah dia tiba dihadapan sebuah rumah teres. Inilah kali pertama dia ke rumah pengasuh Afrina.
  "Assalamualaikum.." tak lama selepas itu pintu dibuka.
  "Waalaikumsalam..err..encik cari siapa ya?" Soal Aisya yang hanya menjengulkan mukanya pada pintu. Arael terkedu seketika. Lama dia menatap wajah Aisya. Kenapa di rasakan gadis dihadapannya itu seperti pernah ditemui?
  "Saya pak cik Afrina."
  "Oh, syukurlah encik datang. Afrina demam tiba-tiba ni. Kejap ya." Aisya berlalu masuk ke dalam lalu mengendong Afrina yang sedang merengek manja. Sebelum keluar bilik sempat dia menelek dirinya seketika, risau tak sopan. Baju t-shirt lengan panjang labuh sampai bawah punggung bersama seluar palazzo.
  Okaylah ni kot!
  "Maaf tunggu lama." Aisya terus mengendong Afrina menuju ke kereta. Arael masih pegun melihat Aisya.
  "Encik. Nah!" Aisya menyua Afrina, namun Afrina memeluknya kuat. Arael teragak-agak untuk mengambil, namun Afrina tetap memeluk erat tubuh Aisya.
  "Takpelah. Saya letak kat kereta." Aisya ke sisi pemandu, lalu dibuka pintunya. Afrina tetap juga tidak mahu lepaskan Aisya.
  "Alaa..macamana ni?" Aisya buntu.
  "Takpelah. Saya bawak dia ke klinik dulu. Awak ikutlah." Pelawa Arael
  "Hah?" Aisya terngadah. Biar betul naik sekereta dengan lelaki ini? Arael sudah memasuki perut kereta. Aisya terus ke bahagian penumpang.
  "Kenapa duduk belakang?" Soal Arael. Saja ingin menduga gadis yang nampak polos itu.
  "Err..saya. Saya biasa duduk belakang." Ujar Aisya menutup rasa gugup dihati. Arael menyimpan debar. Entah kenapa dia rasa berdebar berhadapan dengan gadis polos ini. Mungkin sebab dah lama tiada perempuan yang naik keretanya itu.
  Setibanya mereka di Klinik, Aisya terus membawa Afrina ke bilik doktor ditemani Arael. Kelihatan seorang doktor perempuan sedang duduk dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri.
  "Yes, ada masalah apa?"
  "Dia demam. Baru je. Tiba-tiba." Terang Aisya pada doktor. Doktor perempuan itu mengangguk lalu membuat pemeriksaan ke atas Afrina.
  "I think dia demam biasa. Baru demam, kan? Maybe demam nak membesar. You all sebagai parents dia, kena bagi galakan pada dia, okay." Aisya terkejut. Begitu juga Arael.
  "Kami bukan parents dia. Saya pengasuh dia je." Akui Aisya.
  "Opss..sorry. Nampak macam suami isteri. Okaylah. I dah masukkan ubat punggung. Kalau demam Afrina ni makin panas dan tak kebah dalam 3 hari, bawak ke klinik semula ya? Risau dia ada sakit lain." Pesan doktor perempuan itu lagi.
  "Terima kasih doktor."
  Setelah mendapatkan ubat, selesai membayar Aisya dan Arael menapak kembali ke kereta. Masing-masing membisu, hanya celoteh dj radio sahaja kedengaran.

  Arael ketawa sendiri di dalam kereta selepas menghantar gadis itu. Boleh pula doktor tu cakap, gadis itu isteri dia. Kenal pun tak, takkanlah boleh jadi isteri. Teringat dia akan drama sebabak tadi di kala dia menghantar gadis itu tadi.
  "Keluar tak bagitau umi abi pun. Dengan lelaki pulak tu. Siapa tu?" Soal umi yang pada tika itu sedang menyiram pokok.
  "Isk, umi. Tadi spontan sangat. Aisya bawak Afrina ke klinik. Tu pak cik Afrina." Jawab Aisya sambil mengunci pagar. Hanya itu yang sempat dia dengar. Selebihnya dia terus berlalu pergi.
  Sebaik tiba dirumahnya, kelihatan raut wajah risau kak Nisha sedang berdiri di pintu utama.
  "Alolo..sian anak ibu demam. Yang kau ni lambat balik kenapa? Kau bawak anak dara orang pergi mana dengan Afrina ni?" bebel kak Nisha sambil memaut Afrina ke dalam pelukannya.
  "Amboi kak. Menuduh. Arael bawak Afrina pergi klinik. Bawak si apa tu Ai..Asy.."
  "Aisya." Sampuk kak Nisha
  "Haaa..Aisya, dia tolong pegang Afrina sebab Afrina peluk dia kuat." Ujar Arael.
  "Seronok dating?" Usik abang Irsyad. Arael mengelus lehernya. Malas mahu melayan suami isteri dihadapannya itu, Arael membawa langkahnya ke ruang tamu.
  "Mama dengar tadi Arael bawak anak dara orang keluar. Siapa tu? Bakal menantu mama ke?" Soal mama sebaik sahaja tiba di ruang tamu sambil membawa sepinggan cucur udang. Mama memang rajin menyajikan makan petang untuk mereka sekeluarga.
  "Cepatnya berita sampai ke telinga mama ya?" Sela Arael sambil menjeling ke arah kak Nisha yang baru masuk bersama abang Irsyad.
  "Berita gembira mesti kena sampai cepat ke telinga mama. Babahnya kita kena standby dari sekarang. Sebab tak lama lagi kita akan dapat menantu perempuan." Usik mama.
  "Iyelah." Babah pun sama. Bersekutu dengan mama.
  Arael buat tak peduli. Dia menyua cucur udang ke mulutnya satu persatu.

  Arael menghela nafas panjang. Barulah dia teringat di mana dia bertemu dengan gadis bernama Aisya. Dia mengoyak senyum. Kalaulah gadis itu masih mengingatinya lagi, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Benda itu sudah lama.
  "Kak.." tegur Arael. Kak Nisha yang sedang membancuh susu Afrina terhenti seketika.
  "Ye, kenapa? Kau kalau tegur akak tak menyempat tu mesti ada hal mustahak, kan?" Duga kak Nisha. Arael menyengih, terserlah gigi taringnya.
  "Kalau Arael selalu jemput Afrina balik boleh tak?" Soal Arael sambil matanya menatap susu tepung di dalam balang.
  "Aii..lain macam je bunyinya. Kau jatuh cinta ke dengan pengasuh Afrina ke?" Duga kak Nisha sambil kening kirinya dijongket-jongketkan.
  "Eh, taklah. Arael saja nak tolong kak Nisha. Tak boleh?" Soal Arael sambil tangannya masuk ke dalam pijama.
  "Tolong ada makna!" Sela kak Nisha, mencebir.
  "Hmm.. kalau kak Nisha tak bagi, takpelah." Rajuk Arael sambil kedua tangannya diseluk ke dalam saku seluar. Dia ingin berlalu. Namun langkahnya mati sebaik saja kak Nisha bersuara.
  "Yelah." Kak Nisha mengalah.
  "Sungguh ke kak Nisha bagi?" Soal Arael.
  "Kau kalau tak nak keizinan ditutup, baik jangan banyak tanya." Ujar kak Nisha sambil menutup botol susu lalu digoncangnya.
  "Okay." Arael berlalu. Dalam hati bersorak riang.
  Yes! Plan pertama berjalan lancar.
  "Hari ni Afrina nakal tak?" Soal Arael sambil mengusap-ngusap rambut Afrina.
  "Alah, biasalah. Nakal budak-budak. Petik pokok cili tu dah biasa dah. " adu Aisya sambil menjuihkan bibirnya pada pokok cili yang sedang merah-merah cilinya.
  "Betul ke? Alamak, nak ganti tak boleh. Saya tak reti tanam pokok cili. Beli kat kedailah. Boleh?" Duga Arael sambil tangan kanannya di masukkan ke dalan poket seluarnya.
  "Alaa..takpe. Banyak lagi benih boleh ditanam." Balas Aisya sambil menyandarkan tubuhnya pada pagar rumahnya.
  Setelah Toyota Camry milik Arael berlalu pergi barulah Aisya menutup pintu pagar lalu di selaknya.
  "Seronok nampak lepas jumpa 'pakwe'." Usik umi sambil menggubah bunga hidup yang menjadi hiasan di atas meja.
  "Ish, bukan pakwelah. Dia tu pak cik Afrina. Saja tanya khabar Afrina." Balas Aisya. Umi menggeleng.
  "Umi bukan tak tahu perasaan Aisya. Tapi eloklah tak di tonjolkan. Cuma cara Aisya layan dia tu, umi tak berapa kenan. Tak manis dipandang."
  "Yelah. Lepas ni tiapkali petang umi yang hantar Afrina ya." Ujar Aisya kemudian berlalu masuk.
  "Eh, anak bertuah ni la." Kedengaran suara umi menyambung leter.
  "Kak, bakal abang ipar ke tadi tu?" Soal Hanis, adik Aisya yang sedang cuti semester tika ini.
  "Errkk..siapa?"Aisya mengurut dada apabila tiba-tiba dia di sagah Hanis. Budak ni. Nasib baik aku takde heart attack.
  "Ala..yang muka kacak tadi tu. Yang pakai cermin mata tu."
  "Eeii..tu pak cik Afrinalah." Jawab Aisya.
  "Kalau bukan bakal abang ipar, Hanis nak try ngoratlah." Ugut Hanis.
  "Sungguh ke Hanis nak?" Soal Aisya pula.
  "Jangan nak mengada. Awak tu belajar lagi. Tahu?" Sampuk abi yang entah dari mana munculnya. Hanis tersengih kambing.
  Keesokkan petangnya, Arael datang lagi akan tetapi kali ni tidak dengan tangan kosong, hari ini dia ada bawa beberapa buah.
  "Eh, apa ni? Susah-susah je bagi." Ujar Aisya.
  "Tak susahlah. Beli kat kedai pastu bungkus, then bagi. Ni sebagai tanda terima kasih sudi jagakan anak sedara saya yang sorang ni." Luah Arael lalu mendukung Afrina yang sedari tadi memeluk kakinya.
  "Laa..kan kakak awak bayar saya. Kalau bagi ni macam dah terlebih-lebih pula." Aisya cuba menapis ayatnya.
  "Takpelah kalau tak sudi terima." Arael sudah berjauh hati. Mengambil kembali plastik yang disua pada Aisya. Namun Aisya memegang kuat plastik tersebut.
  "Apa pulak tak sudi, orang dah bagi kita merasa. Terima kasih." Ucap Aisya. Arael mengelus lehernya. Berlagak macho.
  Sebaik sahaja Aisya masuk, wajah umi dan abi sudah menyengih di ruang tamu. Ngumpatlah tu!
  "Baik bakal menantu kita ye bang." Usik umi.
  Tak habis-habis! Sengaja matanya dijulingkan ke atas. Malas mahu melayan usikkan umi dan abi.

  "Eh, mama. Harini Afrina tak pergi ke rumah pengasuh ke?" Soal Arael sambil membutangkan lengan kemejanya. Kelihatan Afrina sedang bergelak ketawa di laman luar.
  "Taklah. Katanya Aisya tak berapa sihat." Jawab mama sambil melayan keletah Afrina.
  "Tak sihat?" Arael dah susah hati. Takkan dia nak pergi jenguk ke rumah Aisya dan tanyakan khabar. Macam tak kena pula. Sudahnya Arael terus menaiki kereta membawa jiwa yang resah.
  Di pejabat;
  "Tema perumahan kali ini akan di adakan di Sungai Buloh. Kita buat tema garden. Banyak pokok. Lebih banyak oksigen. Tempat yang kita pilih kali ni sangat strategi, dekat dengan AEON." Kata-kata Aziem bagai angin lalu. Arael mengelamun jauh.
  "Arael. Aku rasa, perbincangan kita ni tunda dululah. Aku tengok kau tak berapa sihat." Sakat Aziem. Arael terpempan.
  "Oi, aku sihatlah ni."
  "Macamni kau kata sihat? Termenung sana, termenung sini. Aku rasa kau tengah alami penyakit angaulah!" Ujar Aziem sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Arael atas bawah.
  "Angau apanya?" Arael menyinga tiba-tiba.
  "Kau cerita kat aku, siapa perempuan yang berjaya membuka hati kau ni?" Soal Aziem sambil menongkat wajahnya.
  "Merepeklah. Aku dengan Aisya mana ada apa-apa." Arael sudah berpura-pura membuka lap top, menyambung kerja.
  "Wow, Aisya! Goodluck bro. Apakata kau call dia ke, jumpa kejap ke. Takdelah kau mencanak kat sini tapi hati merindu di sana." Nasihat Aziem. Ada benarnya. Tapi tak ke pelik, tiba-tiba dia call Aisya. Dia bukan tak ada nombor gadis itu setelah dipujuk sedaya upaya pada kakaknya. Tapi dia rasa belum masanya lagi untuk dia menghubungi Aisya.
  Sudah tiga hari Afrina tidak ke rumah pengasuh. Arael sudah tidak keruan lagi. Sudah tiga hari dia tidak bersua dengan gadis itu.
  Akhirnya Arael menapak jua ke rumah gadis itu. Selalu petang-petang begitu Aisya akan duduk di luar. Lama dia berdiri menatap pagar coklat emas dihadapannya.
  "Mak cik, Aisya ada?" Soal Arael sebaik saja melihat umi sedang mengankat bakul untuk mengangkat baju.
  "Ada. Demam kat atas tu. Tak boleh jalan, kaki dia terseliuh." Keluh umi, tangannya laju menarik baju satu persatu yang sudah kering di ampaian. Arael membulatkan matanya. Sampai macam tu sekali? Teruk sangat ke?
  "Boleh ke kalau saya. Err.." Arael kematian kata.
  "Nak lawat dia? Marilah." Pelawa umi lalu mengangkat bakul berisi baju kering. Umi berjalan diikuti Arael.
  "Tunggu kejap. Mak cik tengok Aisya kejap, risau dia tak sopan." Umi menghilang di balik pintu bilik Aisya. Arael mengeluh. Geram dengan hati yang dah pandai merindu.
  "Masuklah. Mak cik bukak pintu luas-luas ni. Risau fitnah pula nanti." Ujar umi. Nampak sangat Aisya dijaga rapi oleh keluarganya. Dari segi aurat, kesopanan dan maruah.
  Kelihatan Aisya sedang duduk di atas katil, ada bantal di belakang badannya. Terasa bahang biliknya. Air cond ada tapi tak buka.
  "Apa khabar? Kak Nisha cakap awak demam."
  "Memang pun." Jawab Aisya dengan suara serak. Malu pula berhadapan begini dengan seorang lelaki.
  "Mak cik kata kaki awak terseliuh, tak boleh bangun. Dah ada yang urut?" Soal Arael. Aisya mengangguk. Tapi makin urut, makin bengkak!
  "Boleh saya tengok kaki awak yang terseliuh tu. Ni sampai demam ni, mesti something wrong." Ujar Arael. Dia bukan tak tahu tentang perubatan, dulu dia pernah belajar tentang perubatan, tapi sekerat jalan. Sebab dia tak minat. Akhirnya dia sambung belajar tentang perniagaan dan menceburi bidang niaga.
  Aisya menggeleng. Dia malu kalau lelaki itu lihat kakinya yang lebam dan bengkak itu, kesan terseliuh.
  "Mak cik, saya nak tengok kaki Aisya ni boleh ke?" Soal Arael. Umi mengangguk, umi menyelak sedikit selimut yang menutupi kaki Aisya. Di buku lali terserlah lebam kebiruan.
  "Saya rasa dia ni ada tulang retaklah auntie." Ujar Arael. Aisya membulatkan matanya, macammana lelaki ini tahu? Sentuh pun tak, tengok je!
  "Saya belajar perubatan dulu. Kalau keadaan kaki macamni, memang ada kait dengan tulang." Terang Arael lagi. Heh, mamat ni baca fikiran aku ke?
  "Nanti umi mintak abi bawak Aisya pergi kliniklah." Balas umi.
  "Takpelah. Saya bawak Aisya." Pelawa Arael.
  "Aisya tak rasa patah pun. Awak salah tengok tak?" Dalih Aisya. Dia tak mahu berduaan. Dia segan.
  "Ini penilaian saya. Macammana kalau betul-betul patah? Dan awak biarkan. Itu nanti ada infection lain. Nak hidup cacat seumur hidup?" Ugut Arael. Aisya menjatuhkan bahu.
  Macamana dia nak pergi klinik, sedangkan kaki dia tak boleh jalan langsung. Arael mengalas kaki Aisya dengan selimut kemudian diusiknya buku lali yang dikatakan terseliuh itu.
  "Urghhh..!" Aisya menyeringai kesakitan, kemudian dia mengetap bibirnya sekuat hati. Menahan pedih.
  "Sakit ni. Saya tolong bawa awak ke klinik.." Arael mengerutkan dahinya. Geram dengan gadis dihadapannya itu. Degil.
  "Tapu saya tak boleh jalan. Sakit."
  "Takpe, saya dukung. Boleh kan mak cik?" Pelawa Arael. Kau memang gila Arael!
  "Hah?" Ujar Aisya separuh menjerit.
  "Darurat takpe kan mak cik?" Arael terus mencempung tubuh Aisya lalu berjalan menuruni anak tangga. Aisya menutup mukanya. Malu.

  Wajah lena Aisya ditatapnya. Nampak sangat dah beberapa hari Aisya tak lena. Mungkin menahan sakit. Seperti yang ditelah, tulang kaki Aisya mengalami keretakkan. Sebab itu dia demam dan lebam di bahagian terseliuh tersebut. Dan kini Aisya ditahan wad untuk beberapa hari bagi memantau infection pada kakinya.
  "Terima kasih tolong bawak Aisya." Ucap abi, yang turut ke hospital sebaik sahaja dihubungi umi, yang katanya Aisya dibawa Arael ke hospital.
  "Takpe, dah jadi tanggungjawab saya. Eh, tak. Err..saya saja nak menolong. Kebetulan hari ni off day." Arael rasa nak tampar mulutnya tika ini. Tak bersatu dengan hati langsung.
  "Lepas ni tak perlulah kamu datang jumpa Aisya lagi. Pak cik bukan tak suka kamu, tapi tak manis. Lainlah kalau kamu dan Aisya tu ada hubungan yang halal." Ujar abi terus terang. Arael terpempan. Ini bermakna lepas ni dia dah tak boleh bersua dengan Aisya.
  "Maaf pak cik, Tapi saya memang ada niat nak peristerikan Aisya. Kalau pak cik tak keberatan, esok saya hantar rombongan meminang." Terang Arael. Lancar sahaja mulutnya berkata-kata kemudian dia menyedari akan keterlanjuran ayatnya.
  "Yang baik elok dipercepatkan." Jawab umi entah sejak bila berdiri di belakang mereka.
  "Err..ya. ya." Arael menggosok lehernya. Segan pula rasanya bila dah terlepas cakap.
  Di rumah, semua gempar dengan berita yang telah Arael sampaikan. Ingatkan berita Aisya masuk hospital lagi gempar, rupanya berita lagi satu lagi menggemparkan.
  "Kamu ni dah terdesak sangat gamaknya. Kan tengah sakit orang tu." Tukas babah. Arael menggaru pipinya yang tidak gatal itu.
  "Sebab dia tengah sakitlah Arael nak jaga dia." Balas Arael. Kak Nisha dan abang Irsyad saling pandang memandang, membiarkan mama dan babah bercakap dengan Arael.
  "Kak Nisha tak nak masuk campur." Balas kak Nisha sambil mengawang-gawangkan kedua tangannya.
  "Sungguh kamu nak dengan Aisya tu? Babah tak kisah, esok kamu nak nikah pun boleh." Ujar babah.
  "Betul ke bah boleh akad esok?" Soal Arael bersungguh. Dia dah semakin yakin dengan hatinya.
  "Hmm..kita buat cara baiklah. Takkanlah nak akad kat hospital esok." Sampuk mama. Betullah kata hati tuanya yang Arael memang ada hati pada Aisya.

  Sejak pulang dari hospital seminggu lalu, Aisya pelik melihat sikap umi dan abi yang sentiasa sibuk itu dan ini. Aisya menolak wheelchairnya ke ruang tamu, namun dia terhenti dari menolak wheelchair saat terdengar perbualan antara umi dan abi.
  "Abang, macamana nak bagitau Aisya yang dia dah di pinang orang?" Soal umi cemas.
  "Nanti kita bagitau dia elok-elok ya." Pujuk abi tenang.
  "Nanti tu bila? Majlis dia lusa ni. Kang dia pelik tengok khemah, orang datang merewang." Adu umi lagi.
  "InshaAllah. Kita cakap perlahan-lahan dengan dia."
  "Arael dah call saya tadi tanya saiz jari Aisya. Saiz baju Aisya dah bagi, tapi saiz jari lupa nak ukur." Kedengaran suara abi mengeluh. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Aisya.
  "Ukur?" Soal Aisya. Umi dan abi menoleh. Terkejut barangkali.
  "Eh..Sya. err.." umi sudah menyiku abi. Aisya saja buat muka garang. Padahal dalam hati tak marah, cuma dia berkecil hati. Kenapa Arael tak cakap apa-apa padanya tentang ini tiapkali mereka berhubungan dalam telefon.
  "Hmm.. Aisya, kalau ada orang meminang Aisya, nak terima tak?" Soal abi lembut.
  "Baik pada abi, baik pada umi maka baiklah pada Aisya. Tapi siapa yang meminang Aisya?" Soal Aisya. Sudahlah dia sedang berkerusi roda, takkan nak naik pelamin dengan kerusi roda?
  "Arael. Dia.."
  Aisya sudah berpaling. Dia sengaja buat-buat rajuk. Nak tengok reaksi umi dan abi.
  "Sya marah ke kami terima?" Soal umi.
  "Buat apa nak marah, kan umi dah terima." Jawab Aisya tanpa memandang umi dan abi.
  "Kalau Aisya nak batalkan boleh je. Umi sanggup berhadapan dengan mama dan babah Arael." Aisya terkedu. Takkanlah!
  "Takpe, umi. Teruskan. Bagi Aisya ruang untuk menyendiri." Aisya tidak terasa hati akan orang tuanya. Cuma berkecil hati dengan Arael yang tak memberitahu apa-apa setiapkali menghubunginya.

  "Aku terima nikahnya Siti Aisya Al-Humaira Binti Rosli dengan mas kahwinnya RM300 tunai." Hanya sekali lafaz, Aisya kini telah pun menjadi isteri kepada Syed Arael Hamidi.
  Seusai majlis itu, Arael terus masuk ke bilik Aisya yang kini menjadi biliknya juga.
  "Sya..buat apa kat luar ni?" Soal Arael saat melihat Aisya yang sedang duduk di balkoni luar di temani angin malam.
  "Saja. Menghirup angin malam." Jawab Aisya senada. Arael duduk mencangkung di depan Aisya. Nampak wajah Aisya yang kelat. Entah di mana raut wajahnya yang manis. Arael memegang jari jemari Aisya.
  "Marah Arael ke?" Soal Arael yang membahasakan diri Arael. Aisya membisu. Matanya masih memandang ke arah luar. Melihat orang sedang mengemas di bawah.
  "Arael minta maaf tak bagitahu Aisya yang Arael masuk meminang Aisya sejak kat hospital lagi. Umi cakap Aisya merajuk 2 3 hari ni tak nak makan, dan tak keluar bilik. Sebab rajukkan hal ni, betul ke?" Duga Arael. Aisya pandang mata Arael, jantung Arael usah dikatalah tika ini. Berdegup tak tentu arah.
  "Marahlah. Awak tak cakap pun." Aisya mencebik. Rasa mahu menangis.
  "Sorry. Ingatkan umi dan abi dah bagitahu."
  "Semua orang rahsiakan dari Aisya.." tubir matanya sudah bergenang air mata.
  "Jangan menangis okay. Arael minta maaf." Arael terus memeluk Aisya. Membiarkan Aisya menangis dibahunya. Seketika barulah terasa Aisya membalas pelukannya.
  "Kak..! Aiseh..umi! Kakak dengan abang tengah asmaradana la. Depa kenyang kot bercinta." Ujar Hanis lalu berlalu pergi. Aisya dan Arael termalu sendiri apabila ditangkap keadaan begitu dihadapan Hanis.
  "Awak lapar tak?" Soal Arael. Aisya menggeleng.
  "Tapi dah 2 3 hari mogok tak nak makan kan? Ini perintah suami, Aisya kena makan jugak." Arael terus membantu Aisya bangkit dari wheelchairnya. Membantu memapah.
  "Tapi sweet, kan macamni. Nak tak nak, Aisya tetap kena peluk Arael sebab nak berjalan." Ujar Arael. Aisya yang sedang malu, laju tangannya mencubit manja perut Arael.
  "Ouchh..tangan Aisya ni spesis tangan ketam jugaklah ye rupanya." Usik Arael. Kelihatan di meja makan ada umi dan abi serta Hanis sedang makan.
  "Alolo..romantiknya." usik Hanis. Aisya menjegilkan matanya. Geram disakat.
  "Ada Arael baru nak makan. Kalau tak, memanjang mogok tak nak makan." Usik umi pula. Aisya diam, malas mahu melayan. Abi ketawa perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
  "Sayang kena makan banyak sayur tau. Kena banyak makan benda berkhasiat untuk bakal zuriat kita."
  Dang!
  Aisya memandang tajam menghantar isyarat pada Arael. Ceh, cakap pasal zuriat pulak dia. Aku ni kan tengah sakit, lupa?
  "Hehe..gurau je." Arael menyengih.
  "Nanti sya cubit awak kang, tau la!" Bisik Aisya, menghantar amaran keras. Arael tersengih.
  Usai makan, Arael terus membawa Aisya ke bilik semula. Sebelum merebahkan tubuh, Aisya menarik getah rambutnya melepaskan rambutnya. Arael tergamam melihat Aisya yang pertama kali tanpa tudung. Aroma wangian dari rambut Aisya membuatkan Arael terpaku seketika.
  "Jangan tengok Aisya macam tu. Aisya tak sihat lagi nak layan awak malam ni." Ujar Aisya. Wajahnya berona merah bila bercakap begitu.
  "Takpe, take your time." Arael memegang rambut belakang Aisya lalu di tarik ke bahu kanan. Nampak sangat menawan.
  "Cantik." Puji Arael. Lama matanya menatap wajah polos Aisya. Namun lama kelamaan mata itu jatuh ke bibir merah Aisya. Dia mendekat, Aisya mengeraskan diri. Terpaku.
  "Err.." Aisya terkulat-kulat sendiri bila perasan Arael sedang merenung dirinya. Arael ketawa lepas.
  "Gurau je. Dahlah. Kan tak sihat." Ujar Arael lalu menepuk bantal di sebelahnya. Aisya pula terasa kekok dengan situasi ini.

  Hari ini, Aisya berlatih berdiri sendiri di rumah mama. Mama dan papa pula kebetulan kekuar ruan Dengan kudrat yang ada Aisya bangkit dari kerusi roda, lalu berjalan melangkah setapak, dua tapak dia goyah. Hampir jatuh namun cepat-cepat dipaut Arael.
  "Kan Arael cakap kalau nak buat latihan berdiri tunggu Arael ada. Kalau jatuh lagi, kaki patah lagi macamana?" Soal Arael lembut.
  "Tak kesian dekat Arael yang menunggu Aisya sihat?"
  "Maafkan Aisya." Ucap Aisya perlahan lalu tangannya memaut leher Arael. Arael terkedu. Tindakan spontan dari Aisya membuatkan dia terpaku. Pinggang Aisya di pegang kejap.
  "Jom cuba jalan."
  "Aisya letih berlatih dari tadi. Rasa macam tak ada harapan Aisya nak sembuh." Aisya mengeluh.
  "No. No. Jangan macam tu. Kalau Aisya dah fedup, habis tu Arael macamana? Menduda sekali lagi?" Arael mengusap pipi Aisya.
  "Hurm..sorry " Aisya menjatuhkan kepalanya pada dada bidang Arael.
  "Jom, teman Arael rehat." Arael terus mencempung Aisya lalu tubuh itu diletak di atas katil.
  "Aisya malu tak kahwin dengan duda macam Arael?" Soal Arael. Aisya tersenyum. Dia menoleh ke arah Arael.
  "Taklah. Duda pun manusia jugak apa." Jawab Aisya. Arael mengangguk. Tak sangka sebegini cepat keputusannya untuk berumah tangga selepas bertemu dengan gadis bernama Siti Aisya. Walaupun hanya sekadar akad nikah. Majlis resepsi katanya selepas Aisya sihat nanti.
  Aisya dan Falisha keduanya berbeza. Sangat berbeza. Falisha seorang yang pandai bergaya dan ada gaya menggoda, itu yang menjadikan dia cantik. Falisha gorgeus. Aisya pula memang cantik semulajadi, di tambah pula dengan sikapnya yang sopan itu menampakkan lagi kecantikkan pada dirinya.
  Dia akan pastikan perkahwinannya dengan Aisya bukanlah satu kesilapan.

  Aisya berdebar-debar. Sebab sekarang dia dah boleh jalan sepenuhnya. Dia dah pulih. Doktor sendiri sahkan semua saraf kakinya pulih 100%.
  Aisya berjalan melangkah keluar dari bilik doktor. Kelihatan Arael sudah pacak berdiri di tiang berhampiran. Mata Arael membulat.
  "Awak dah sihat?" Bagai tak percaya Aisya sedang berdiri dihadapnnya. Aisya mengangguk perlahan.
  "Bila Arael sampai?" Soal Aisya. Arael memeluk pinggang Aisya. Laju Aisya menepis.
  "Tempat awam ni awak!" Marah Aisya.
  "Baru je sampai. Kata mama, awak pergi buat rawatan. Tu Arael datang. Terkejut sebab keluar tanpa kerusi roda."
  "Yelah. Sebelum ni dah boleh jalan setapak dua. Hari ni rasa macam seluruh kaki ni berfungsi."
  "Syukurlah. Eh, sayang. Laparlah. Sebelum balik. Jom makan dulu." Ajak Arael. Aisya mengangguk. Terus mereka berjalan ke restoran berdekatan.
  "Nak makan apa?" Soal Aisya, dia sudah bertekad bila dia sudah boleh berjalan seperti biasa dia akan menjadi sebaik-baik isteri pada Arael.
  "Makan sayang boleh?"
  "Jangan gurau macam tu boleh tak? Saya tanya serius ni."
  "Arael seriuslah ni." Aisya menjulingkan kedua matanya ke atas. Malas mahu melayan Arael. Baru dia ingin bangkit mengambil makanan, lengannya di paut Arael.
  "Arael kan? Lama tak jumpa." Sapa seorang  wanita anggun yang memakai cermin mata hitam. Arael sudah mengerutkan dahinya. Ah, sudah! Siapa pulak ni?! Bertudung tapi pakai baju kebaya ketat bersama skirt labuh terbelah sampai peha.
  "Do you remember?" Wanita itu membuka cermin matanya.
  "Siapa ni? Girlfriend baru you?" Sindir wanita itu.
  "Kenalkan. Siti Aisya, my wife. And.." belum sempat Arael menghabiskan ayatnya wanita itu terus memotong percakapannya.
  "Oh, I Fara Falisha. Ex wife Arael Hamidi. Well, I tak sangka taste you dah berubah." Sindir Falisha lagi. Arael berdiri. Geram dengan sindiran Falisha. Aisya perasan akan tangan Arael yang sudah menggenggam buku limanya. Dengan lembut Aisya memegang jari jemari Arael, memberi kekuatan.
  "I dah cakap, jangan pernah muncul depan I. You, blah!"
  "Kenapa you nak angin ni? I ni datang nak baik-baik dengan you. Kalau boleh I nak jadi isteri you semula. I dah insaf." Rayu Falisha. Arael mengherot senyum.
  "Insaf? Perempuan macam kau mana pernah insaf." Balas Arael.
  "I nak minta maaf kat you..I.."
  Arael terus menarik lengan Aisya berlalu dari situ. Dia sudah tidak tahan lagi. Arael terus menarik lengan Aisya menuju ke kereta walaupun Falisha tetap menjerit-jerit. 'I still love you'. Aisya membisu. Muka Arael kemerah-merahan menahan marah.
  "Arael..sabar. Banyak istighfar. Walau siapa pun dia. Bukankah dulu dia adalah sebahagian dari hidup Arael. Bertenanglah." Pujuk Aisya lalu mengusap lembut belakang Arael. Dia tak pernah nampak lelaki itu semarah itu.
  Sebaik tiba di rumah mama, Arael terus menonong laju masuk ke bilik. Mama yang sedang menyiram pokok hairan dengan sikap Arael yang badmood.
  "Kenapa tu sya?" Soal mama sambil menutup pili air.
  "Err..tadi tertembung dengan Falisha."
  "Padanlah marah sangat." Mama menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau dia di tempat Arael, pasti dia sudah bunuh wanita bernama Falisha.
  "Sya naik bilik dulu ye ma."
  Perlahan-lahan Aisya melangkah masuk ke biliknya. Takut mengganggu Arael yang mungkin sedang melayan perasaan lagi. Kelihatan Arael sedang baring meniarap bersama muka di sembamkan pada bantal.
  Aisya membawa langkah ke katil. Mendekati Arael. Buntu. Tak tahu nak buat apa. Sudahnya Aisya mencapai tangan Arael lalu di salam kemudian dikucupnya. Arael terus angkat wajah.
  "Sorry. Emosi." Sungut Arael. Aisya menggariskan senyuman nipis, hadiah untuk Arael.
  "Its okay. Take your time."
  "Teman Arael meh." Pinggang rapi Aisya dipaut merapatinya. Aisya menjerit cepat-cepat Arael menekup mulut Aisya.
  "Arael tak buat apa-apa lagi. Jangan jerit. Nanti mama ingat Arael apa-apakan menantu dia." Ujar Arael sambil menyengih nakal.

  "Memandangkan Sya pun dah sihat, dah tiba masa kot kita buat majlis untuk Sya dan Arael." Cadang mama di suatu petang sambil meniup nescaffe.
  "Err..ikut mamalah. Sya ikut je."
  "Hurm..kena cepatlah buat ma. Takut sya muntah-muntah je atas pelamin nanti." Usik Arael matanya dikenyitkan pada Aisya. Kaki kanan Aisya menendang manja kaki Arael. Amboi kau!
  "Hah? Dah berapa bulan dah?" Soal mama kalut.
  "Hah? Berapa bulan apa ma?" Aisya pula kehairanan. Arael sudah ketawa terkekek.
  "Heh, belum lagi ma. Otw." Usik Arael. Aisya menjegilkan matanya. Makin galak Arael ketawa. Suka benar dia melihat muka Aisya yang kemerahan mungkin sedang menahan malu atau mungkin juga sedang menahan marah.
  Seusai mereka makan malam, laju Aisya mencapai pinggan mangkuk lalu dibawa ke sinki. Sedang dia membasuh pinggan terasa ada tangan melingkari pinggangnya.
  "Arael, Sya tengah basuh pinggan ni."
  "Takpe..Arael temankan." Ujar Arael manja.
  "Tak selesalah."
  "Kenalah selesakan diri. Nanti lebih dari ni Arael nak. Sebab dah 2 minggu malam pertama kita ditangguhkan." Bisik Arael pada peluput telinga Aisya.
  "Awak, saya ni baru je sihat tau. Bagilah rehat dulu."
  "No sayang. Dah lama sangat sayang rehat." Bibir Arael mendarat pada bahu Aisya yang tertutup dengan t-shirt lengan panjang.
  "Astaghfirullah Al Azim..budak dua ketul ni laa..nak berdating jangan di dapur. Tu pergi naik bilik." Sergah mama. Cepat-cepat Arael melepaskan pelukkannya, tangannya terus dibawa ke lehernya. Dia menggosok leher belakangnya. Adui, kantoi!
  "Hehe..ma. Apa salahnya."
  "Memanglah tak salah. Dah pergi la masuk bilik..mama tengok Arael dari kat meja makan lagi, asyik tenung Aisya macam nak makan. Ni kat sinki, berpeluk-peluk. Haishh.." leter mama sambil bercekak pinggang.
  "Sayang, mama suruh kita ke bilik, jom sayang." Bisik Arael, lembut.
  "Habis tu pinggan berbaki ni..?" Bisik Aisya pula, dingin.
  "Takpe. Sikit je lagi tu..biar mama basuh." Mama ni macam ahli nujum. Macam dengar-dengar je.
  Aisya terus ke bilik air sebaik saja naik dibilik tidur mereka, berdebar rasanya bila lelaki itu menuntut hak yang satu itu.
  "Arael..." Panggil Aisya meleret dibalik pintu bilik air.
  "Apa sayang?" Soal Arael sambil membetul lipatan kain pelikatnya. Aisya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
  "Saya ABC laa Arael. Tolong ambilkan pad saya kat laci almari." Pinta Aisya. Arael terngadah.
  "Biar betul sayang? Laaa.. " Arael melepaskan keluhan berat. Aisya ketawa lepas, awak kena sabar sikitlah encik suami. Ekikiki.

  Awal-awal pagi lagi Aisya sudah membersihkan diri, kelihatan Arael sedang bersandar di kepala katil.
  "Takde rezeki Arael lagi ye.. tengoklah sayang. Nanti sayang habis je ABC tu. Satu malam Arael tak bagi awak tidur tau! Silap-silap sehari Arael kurung awak dalam bilik ni." Ugut Arael. Aisya menjelirkan lidah.
  "Tak takut." Aisya gelak lagi lalu berlalu keluar dari biliknya.
  Arael ketawa sendiri. Oo..tak takut ea..
  Di dapur, kelihatan mama sedang menjerang air sambil mengelap meja. Tin roti tuna ditarik bagi buka sepenuhnya, roti sandwich dicapai oleh mama lalu di sapunya tuna
  "Awal Sya turun. Semalam mama dengar Arael cakap nak ikat Aisya kat bilik." Ujar mama sambil menyusun sayur pada roti yang sudah disapu tuna.
  "Alah. Dia sekadar cakap je ma." Balas Aisya, roti sandwich dicapai lalu di potong tepinya.
  "Siapa kata abang sekadar cakap je? Sekarang juga abang heret sayang masuk bilik kita kang. Tak payah keluar," ugut Arael lalu memeluk pinggang Aisya kemudian, pipi Aisya di kucupnya.
  "Ada mamalah. Awak ni..malulah!" Bentak Aisya perlahan, pisau ditangannya hampir terlepas. Bibirnya dimuncungkan.
  "Muncungkanlah lagi bibir tu. Abang cium muncung sayang kat sini jugak kang." Sakat Arael, sengaja dia duduk dihadapan Aisya yang sedang menolong mama.
  Eeeii..dia ni! Aisya menjeling ke arah Arael lalu berlalu ke dapur belakang.
  "Lagi sayang marah, lagi sayang seksi. Kalau tak fikir sayang ABC, kat dapur ni juga abang tuntut kang." Pinggang Aisya ditolak merapati dinding. Dapur belakang agak kecil, muat untuk dua orang sahaja. Kedua tangan Arael mengepung tubuh Aisya. Aisya tergamam dengan tindakan Arael. Mata Aisya dan mata Arael berlaga, kemudian matanya jatuh pada bibir Aisya.
  "Arael..no." Aisya gelabah! Dia dah takde ruang untuk mengelak lagi. Arael makin galak mendekat.
  "Amboi Arael. Buat free show kat sini ya." Sergah abang Irsyad. Baru nak seronok dapat menyakat Aisya, rasa seronok itu hilang sebaik sahaja abang Irsyad menyergahnya. Dia berhenti lalu menoleh ke arah abang iparnya yang sedang tersengih kambing. Arael mengubah posisi, malu ditangkap begitu.
  "Saja. Nak romantik." Arael ketawa lepas. Dia bukan begini sifatnya. Dia tak nakal. Tapi berhadapan dengan Aisya, menjadikan dia lelaki nakal.
  "Itulah. Dari semalam tak habis-habis melekat dengan Aisya. Akak dengan abang Irsyad pun masa mula-mula kahwin tak macam ni tau. Isk!" Sampuk kak Nisha lalu menarik tangan abang Irsyad menuju ke meja makan.
  "Awaklah ni." Marah Aisya lalu berlalu ke depan bersama pinggan.

  Umi yang sedang menggulung laksam diperhati sungguh-sungguh. Aisya gembira sebenarnya setelah hampir sebulan dia menjadi isteri orang, hari ini baru dia direzekikan pulang ziarah keluarganya.
  "Bersungguhnya Sya tengok umi buat laksam ya? Sampai tak perasan abang dah turun." Sapa Arael. Aisya menoleh ke belakang. Tergamam melihat Arael yang lengkap berjubah warna biru eletrik. Jubah jenama Al-Hafiz.
  "Eh, abang. Maaf.." baru Aisya menghulurkan tangan nak salam, Arael dah menggeleng.
  "Abang dah ada whuduk. Abang nak pergi solat maghrib kat masjid ni. Awak teman umi ya?" Bisik Arael. Aisya mengangguk. Aisya tersenyum lebar kerana tahu yang Arael akan balik lepas isyak. Paling-paling pun pukul 9 malam, itupun kalau abi tak minum kopi dengan orang-orang masjid.
  "Jom Arael. Risau abi lambat. Maghrib ni abi kena azan kat masjid." Ujar abi sebaik saja menuruni anak tangga.
  "Yelah, abi. Jom."
  Kedengaran bunyi motor tua abi dihidupkan, deruman yang semakin perlahan menandakan abi dan Arael sudah pun pergi ke masjid.
  Hanis menguap, dia tiba di pintu dapur dengan rambut mengurai seperti pontianak.
  "Huh! Kus semangat! Hanis, kau dari mana ni? Sejak akak sampai tadi, la ni baru nampak kau." Sapa Aisya.
  "Hanis tertidur tadi masa tengah siapkan kerja."ujar Hanis terus terang.
  "Mana abang ipar dengan abi?" Soal Hanis sambil memanjangkan lehernya mencari bayang abi dan Arael.
  "Solat maghrib di masjid." Jawab umi. Hanis mengangguk lalu terus ke bilik air. Mujur takde Arael, kalau tak mahu tergamam Arael tengok rambut serabut Hanis tadi. Sedang umi menyiapkan laksam terakhir, tiba-tiba lampu terpadam.
  "Umi!!!" Jerit Hanis dari bilik air.
  "Haihh.. tertendang lagilah ni." Keluh umi. Aisya yang sedang mengacau kuah laksam terkejut. Sudah menjadi kebiasaan, kalau kerosakan apa-apa yang berlaku di rumah tanpa abi. Aisyalah yang akan membaiki kerosakan tersebut.
  Tangga besi yang selalu abi guna untuk pertukangan di capai. Torchlight diletak pada mulut lalu tangannya ligat melihat wayar-wayar di kabel. Sedang dia leka, tiba-tiba jarinya tersentuh wayar yang terdedah, dia terkena kejutan eletrik beberapa saat!
  "Ouchh.." akibat terkejut, Aisya hilang pertimbangan.
  "Allah! Aisya..!!" Tak sempat jatuh tubuhnya disambut Arael. Eletrik hidup semula.
  "Eh?" Aisya terkedu. Lama mereka begitu sehingga umi tiba bersama Hanis disitu.
  "Amboi kak, abang. Beromantik kat sini pulak." Sela Hanis. Cepat-cepat Arael menurunkan Aisya dari dukungannya.
  "Haihh..umi nak pergi sambung buat laksam. Hanis meh turun dapur. Aisya pergilah tu, Arael dah balik." Arah umi lalu menjuihkan bibirnya ke arah Arael. Hanis sudah muncung sedepa. Dia paling liat nak turun dapur. Namun lengannya terus ditarik umi lalu mengorak langkah ke dapur.
  "Sorry sayang. Abang rasa tak sedap hati. Tu balik awal, rupanya ada hikmah. Nasib baik abang sempat sampai. Kalau jatuh lagi, mau sebulan lagi abang kena tunggu ni." Luah Arael lalu membukakan songkoknya.
  "Terima kasih." Ucap Aisya, songkok Arael disambut lalu diletak atas meja lampu bilik tidur.
  "Kasih diterima. Tapi trima kasih je tak cukup Aisya. Aisya kena buktikan terima kasih Aisya tu kat abang malam ni." Lengan Aisya ditarik lalu duduk disisinya. Aisya yang terkelu itu turutkan sahaja. Nak marah, tak boleh. Itukan suami. Sudahnya Aisya diam, mengikut rentak Arael.

  "Kak, besarnya merah kat leher tu. Banyak pulak tu, akak ada alergik apa-apa ke?" Soal Hanis saat menikmati sarapan pagi. Aisya memegang lehernya. Arael sudah tersengih-sengih di sisinya. Aisya sudah menjeling tajam.
  "Malam tadi ada nyamuk besar gigit leher akak. Kalau kau nampak Nis, konfem kau tak caya tengok nyamuk sebesar tu." Balas Aisya. Umi dan abi yang sedang makan, terletus juga ketawanya sejak dari tadi menahan. Hanis melopong sebaik sahaja mendengar penjelasan Aisya.
  "Apa yang lucunya?" Soal Hanis polos.
  "Dahlah. Jom makan. Tak lama nanti hilanglah kesan ni." Yakin Aisyab  "Dia takkan hilang sayang." Bisik Arael. Laju tangan kiri Aisya mencubit peha Arael, terus Arael menyeringai kesakitan.
  "Urghh!!" Jerit Arael.
  "Kenapa Arael?" Soal umi gelabah.
  "Ketam sepit peha Arael." Adu Arael. Aisya sudah buat tak tahu. Mee goreng sesudu demi sesudu ke mulutnya.
  "Aihh..terer ketam umi keluar dari peti ais." Sambut Hanis.
  "Ketam akhir zaman Hanis." Sampuk abi. Kali ini terhambur tawa umi. Arael senyum sumbing sambil menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
  Seusai makan, Aisya terus mengemas meja makan. Yang lain sudah ke depan menghadap televisyen. Aisya terus memasuki biliknya. Cepat-cepat dia berdiri dihadapan cermin besar.
  Eee..geramnya!! Banyak kesan merah dilehernya. Kalau tau tadi, konfem dia pakai tudung. Malu tahu tak semua orang perasan.
  Tiba-tiba tubuhnya didakap dari belakang. Tak payah teka, sudah tahu siapa.
  "Sorry laa..tak sangka nampak sangat kesan ni." Arael mengusap kesan merah dileher Aisya. Aisya diam, terkelu.
  "Mama cakap, mama teringin nak cucu..." Jeda Arael.
  "Umi pun kata teringin. Lagipun umur abang ni dah tua tau. Apakata kalau kita sahut hasrat umi dan abi. Mama dan babah." Arael sudah menarik getah rambut Aisya. Tubuh Aisya berpusing 360 darjah, menghadap Arael. Kedua tangan memaut leher Arael.
  "Apa hukum seorang isteri menolak kehendak suami?" Arael terus mencubit manja hidung Aisya.
  "Nakal juga ya isteri abang ni."

P/S : sorry, cerita ni tak buat dugaan pape pun. Happy je. Cuba bayangan dalam hidup takde dugaan, pasti boringkan?

2 ulasan:

Ty so much for reading