Cerpen : Mana dia cinta?

MATA dipejam rapat, terasa angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut mukanya. Bunyi ombak menghempas pepasir di pantai mendamaikan hatinya yang gundah gulana. Bagai terngiang-ngiang kata-kata abang Han pada telinganya.
  "Ramai orang kat kolej tu cakap, Rissa ni awek abang. Padahal abang dengan Rissa adik beradik angkat je. Tak lebih dari tu." Ujar Farhan sambil matanya menala ke arah taman permainan, melihat kanak-kanak riang ria bermain. Rissa mengoyak senyum pahit. Entah kenapa kenyataan itu membuatkan hati Marissa pedih.
  "Yelah. Ramai jugak kawan-kawan Rissa tegur macam tu." Ujar Rissa sambil membetulkan duduknya.
  "Alah, kita buat biasa je la. Lumrah manusia, suka menilai orang." Sambung Rissa.
  "Abang rasa Rissa kena cari boyfriendlah lepas ni." Cadang Farhan. Rissa menggigit bibir bawahnya. Bukan tak pernah ada lelaki meluahkan perasaannya, tapi dia menolak. Atas alasan mahu setia pada yang satu.
  "Atau Rissa yang tak nak mencari? Abang carikan, boleh?"
  Rissa mendiamkan diri. Bukan tak nak! Tapi hati ini sudah dicuri, cuma 'pencuri' hatinya itu tidak sedar yang dia telah 'mencuri' hatinya.
  "Rissa nak belajar, capai cita-cita dulu. Bercinta kemudian." Balas Rissa sambil matanya ditala ke tepi. Ada air mata di tubir matanya. Farhan ketawa kecil.
  "Jangan jadi anak dara tua sudahlah. Nanti takde yang sudi." Gurau Farhan tanpa dia sedar gurauan itu menoreh hati insan yang bernama Marissa.
  "Kalau Rissa jadi anak dara tua, Rissa nak kahwin dengan abang je lah! Abang je sudi jaga Rissa." Sengaja dia mendongak ke atas berharap agar air matanya tak jadi keluar.
  "Gurau kasar nampak. Sampai Rissa kerepot abang boleh jaga Rissa tau. Tapi abang tak naklah jadi suami Rissa. Sebab abang nak Rissa dapat suami yang lebih baik dari abang, yang boleh bawak Rissa pada keluarga yang lebih besar. Keluarga kitakan kecik je. Takkanlah sampai tua Rissa nak berkepit dengan keluarga ni je." Pangkas Farhan.
  Rissa membisu. Terang dan jelas ayat Farhan. Rissa hadam semua butir bicara Farhan.
  "Eh, Marissa! Kau buat apa kat sini? Mama dan baba kau tengah risaukan kau tu." Tegur Mina. Mati segala memori Marisa tadi. Memori 3 tahun yang lalu.
  "Kalau aku tak hadir, majlis tetap berjalan jugak, kan?" Ujarku. Aku melabuhkan punggung pada batu yang bentuk seperti kerusi. Hujung jubahku basah dek ombak.
  "Kau tak tahu ke, tunang abang kau hilangkan diri last minit. Keluarga dia datang tadi pulangkan cincin kat masjid." Luah Mina senafas. Terus Rissa berdiri tegak.
  "Hah? Biar betul? Siannya abang Han." Segera aku mencari handphone dalam handbag.
  37 misscall? Dari mama?
  "Eh, jomlah pergi masjid." Bergegas Marissa menuju ke arah keretanya. Mina pula menaiki keretanya. Sebaik saja enjin kereta di hidupkan, pedal minyak di tekan kuat. Earphone dipasang. Nombor mama di dail. Dia risau. Terbayang wajah mama yang sugul. Terbayang wajah baba. Yang paling utama dia terbayang wajah abang Han tika ini.
  Abang Han mampu membuat sesuatu yang luar biasa kalau sedang marah atau sedih!
  "Rissa kat mana ni? Kenapa tak sampai lagi? Bukan ke Rissa gerak awal tadi? Rissa okay ke?" Tanpa salam aku terus di tujah soalan bertalu-talu dari mama.
  "Ma..Rissa tadi habis minyak gi isi minyak dulu. Pastu lapar, makan kejap. Baru nak gerak ni. Abang mana?" Tipu aku. Takpelah, tipu sebab nak sedapkan hati mama.
  "Baba tengah bercakap dengan abang Han tu. Rissa.." mama diam. Mungkin sedang mencari kekuatan untuk bercakap.
  "Tunang abang Han hilangkan diri. Sedara mara ramai dah datang ni. Tanya bakal isteri abang Han mana. Kalau Rissa jadi pengganti tunang abang Han boleh?" Serentak itu ada kereta dari selekoh laju melanggar kereta yang sedang Rissa pandu.
  "ALLAH!!" kepalanya terhantuk kuat pada stereng kereta.
  "Bunyi apa tu Rissa?" Soal mama risau.
  "Nothing. Ma.." terasa pening seketika kepalanya. Punat merah ditekan. Tak mahu mama risau. Mina yang mengekori kereta Rissa terus berhenti.
  "Rissa..kau okay ke?" Mina mencari luka pada Rissa tapi tiada.
  "Aku okay je. Kereta yang langgar tadi tu mana?" Soal Rissa mamai.
  "Dah lari." Jawab Mina. Rissa senyum.
  "Sekurang-kurangnya dia okay. Jom. Aku tak apa-apa.."
  "Habis kereta kau ni..remuk dah pintu dia."
  "Nantilah... Settlekan hal kat masjid tu dulu..."

  Hanya sekali lafaz, kini aku sah bergelar isteri kepada Farhan. Mama tak sudah memeluk aku. Saudara mara semua datang mengucapkan tahniah beserta sesi bergambar.
  Rasa pening kesan kemalangan tadi kembali datang menyengat. Terasa ada benda panas mengalir dari hidungku. Cepat-cepat aku mencapai tisu.
  "Abang nak pergi ke kereta kejap." Ujar Farhan lalu meninggalkan aku melayan saudara maranya. Farhan kembali dengan wajah yang berkerut.
  "Kenapa dengan kereta Rissa tu? Remuk teruk. Bila punya? Pagi tadi abang tengok elok lagi kereta Rissa." Baru aku hendak berdiri, menenangkan Farhan yang mungkin akan mengamuk tiba-tiba terasa kepala lututku longlai. Aku pitam.
  "Rissa?"
  Setelah itu pandangan aku berbalam-balam. Aku dah tak nampak sesiapa lagi. Yang aku yakin abang Farhan sedang memangku aku. Kerana terasa tangan kasarnya mengoncang-goncang tubuhku.
  Terbuka saja mata, terus terpandang siling yang serba putih. Lihat pula pada sekeliling yang serba putih. Ditemani bunyi mesin. Aku cuba menggerakkan badan, tapi kepala yang terasa sakit. Barulah perasan abang sudah terlentok di sisi katil.
  Aku di mana ni?
  "Rissa dah sedar?" Soal abang sambil meraup wajahnya. Muka baru bangun tidur. Mungkin penat menemani aku. Aku mengerdipkan mata sekali. Kemudian abang terus duduk di sisi aku.
  "Sakit tak ni?" Soal abang sambil mengisyaratkan tangannya pada kepalanya. Aku mengerdipkan mata sekali lagi tanda jawapan ya. Masih terasa lemah.
  "Rehat kejap. Abang panggil doktor."
  Setelah diperiksa barulah mama, baba datang ke bilikku. Mamalah yang paling gembira bila mendapat tahu aku sudah sedar. Rupanya dah dua hari aku tidak sedarkan diri selepas pembedahan kecemasan dilakukan.
  Sudah enam hari aku berkampung di hospital. Kesian abang terpaksa menunggu aku di wad. Saudara mara silih berganti datang. Doktor mengatakan aku mengalami kecederaan dalam kepala. Kata doktor, dua tiga hari lagi baru boleh keluar wad.
  "Lepas Rissa pengsan, Mina bagitahu abang yang Rissa kemalangan sebelum sampai masjid. Nampak pada remuk macam teruk. Kata Mina, pelik sebab Rissa tak cedera. Rupanya cedera dalam. Kemudian baru abang perasan kat hidung Rissa ada darah kering."
  "Maaf. Rissa tak nak susahkan abang. Rissa dah banyak kali susahkan abang." Ujar aku. Abang menyeluk kedua tangannya ke dalam poket seluarnya sambil memandang ke arah luar tingkap.
  "Rissa tak pernah susahkan abang. Tapi Rissa selalu buat abang susah hati." Aku mengukir senyum.
  "Menyusahkan jugak tu kan namanya?"

  Aku menghela nafas lega. Barulah boleh bernafas setelah selesai menyusun barang. Babalah yang hadiahkan apartment ni sempena perkahwinan kami.
  "Nak air tak?" Soal aku sebaik saja melihat abang yang baru sahaja keluar dari bilik.
  "Boleh jugak. Air panas eh." Aku mengangkat ibu jari lalu berlalu ke dapur menyediakan air untuk minum petang. Sebaik sahaja tiba di hadapan kelihatan abang sedang duduk bersandar menghadap tv LG hadiah kahwin kami. Mug berisi air teh o panas itu aku letak di atas meja kopi di hadapan sofa.
  "Malam ni ada cerita hantu. Kita tengok sama-sama nak?" Soal abang sambil menjungkit-jungkitkan kening.
  "Eh, no no! Rissa ada korea malam ni. Abangkan tahu Rissa tak layan cerita hantu. Jangan nak kacau line Rissa."
  "Buat apa layan korea, korea tu bukan boleh jadi suami Rissa. Tak handsome pun hero dia, hero cantik." Ejek abang. Aku menjulingkan mata ke atas. Sejak dulu itulah yang selalu menjadi topik pergaduhan aku dan abang. Selera cerita kami tak sama.
  "Okay, separuh korea, separuh cerita hantu." Aku mengalah.
  "Mana boleh. Cerita hantu kena tengok dari awal. Kalau tak nanti tak tau cerita. Kenapa tiba-tiba orang tu kena rasuk." Balah abang, mug di capai lalu di sisip perlahan.
  "Rissa nak jugak tengok korea. Kalau tak malam ni, Rissa tak nak masak untuk abang." Bentak ku lalu berlalu ke bilik. Kedengaran abang ketawa lepas. Seronoklah tu dapat menyakat aku. Benci!
  Buku novel Rehan Makhtar di atas almari lampu tidur aku capai, aku menelek muka surat satu persatu namun semuanya tak menarik minat. Padahal aku hantu novel. Ini semua gara-gara abang!
  "Urghh..!! Geramnya! Mama tengok abang buli Rissa." Sudahnya aku menelentang tubuh di atas katil.
  "Amboi, sedap je tuduh abang." Sapa abang yang entah sejak bila berdiri sambil kedua tangannya bersilang di dada.
  "Hmm.." aku pura-pura baca novel. Malas mahu melayan abang.
  "Jom keluar. Kita pergi cari makanan untuk makan malam. Abang laparlah." Sengaja memancing akulah tu. Aku pura-pura buat tak peduli.
  "Jomlah. Makan kat Restoran Tom Yam favorite Rissa tu." Ajak abang. Aku menegak!
  "Sungguh ni?" Soalku. Abang mengangguk berkali-kali. Segera aku bangkit mencari baju. Almari dibuka.
  Hei, kenapa barang dalam abang sebelah barang dalam aku ni? Setahu aku, aku tak kemas baju aku dan abang macamni.
  "Abang! Kenapa baju..err.."
  "Baju apa? Apa lagi?" Soal abang selamba mendekati aku. Aku menggigit bibir bawah. Terasa deruan nafasnya pada muka aku.
  "Eeii..malulah seluar dalam abang sebelah.." terasa berbahang seluruh mukaku ketika ini.
  "Nak malu apa? Kitakan suami isteri. Berkongsi semua benda." Bidas abang.
  "Tapi tak kongsi yang ni kan?" Laci barangan dalam aku tarik. Aku nampak abang tahan senyum. Geram! Sejak bila entah datang penyakit menyakat kat abang ni.
  "Biar jelah. Abang nak pergi start kereta dulu. Kalau Rissa lambat, abang tinggal." Abang terus berlalu pergi. Aku mendengus kegeraman.
  Sejak bila datangnya penyakit menyakat abang ni?

  Balik dari makan tom yam aku terus membersihkan diri. Terasa melekit badan ini sebab cuaca panas sangat walaupun malam tanpa matahari. Kelihatan abang sedang duduk santai depan televisyen bersama cerita hantunya.
  "Abang tukarlah. Rissa tak suka cerita hantu indon ni. Banyak part terkejut-terkejut." Rayuku namun tak di endahkan abang. Makin galak dia menguatkan suara tv. Sudahnya aku duduk juga di sisi abang, kedua kaki aku angkat bersila di atas sofa. Bantal dadu hiasan sofa aku peluk, standby tutup muka kalau hantu muncul.
  "Nanti pocong ni teman Rissa tidur." Usik abang sambil menuding jari ke arah kaca televisyen yang sedang menayangkan movie 44 hari menanti pocong. Laju aku menampar pehanya.
  "Bencilah! Nanti kalau Rissa jadi pontianak baru abang tahu. Mengilai-ngilai kacau abang tiap-tiap malam. Biar tak aman hidup abang." Balas aku geram.
  "Pontianak boleh paku kat tengkuk, terus jadi cantik." Pangkas abang. Aku sudah menjeling geram.
  "Tak sempat paku, pontianak ni terus gigit leher abang tau. Padan muka."
  "Amboi, gelojohnya!" Sakat abang lagi bersama ketawa kecil.
  "Dahlah. Rissa nak pergi tidur! Malas nak layan abang. Malam ni abang tidur dengan cerita hantu abang tu!" Aku terus bangkit namun tangan abang lebih cekap menangkap pergelangan lenganku. Tanpa sempat mengawal diri aku terus terhenyak di atas ribaannya.
  Terasa seluruh darah menyerbu ke muka aku tika ini. Jantung juga bekerja keras mengepam darah gemuruhku.
  "Err..apa ni pegang-pegang. Rissa nak tidurlah." Suaraku bertukar-tukar nada. Aku cuba bangun tapi pinggang aku di paut kemas. Nampak abang senyum senget.
  "Rissa lupa ke yang depan Rissa ni suami? Bukan abang angkat Rissa yang dulu tu tau. Yang setiap apa yang ada pada Rissa dah halal tau untuk abang."
  Aku meneguk liur. Abang dah kenapa semacam je ayatnya. Alahai, hati. Kenapalah waktu ni tak boleh nak bekerjasama dengan akal. Akal menegah, tapi hati yang mencintai si dia cakap tidak mengapa relakan saja.
  "So kenapa dengan semua tu?" Soalku berlagak selamba. Halkum abang bergerak-gerak naik turun. Mata abang juga tak lepas memandang tepat ke arah bibir Marissa.
  Marissa membulatkan mata sebaik sahaja bibir Farhan menyentuh bibirnya. Terus Marissa menolak dada bidang Farhan.
  "Maaf..tak sengaja." Luah abang sebaik sahaja menyedari keterlanjurannya. Aku terus bangkit meninggalkan abang.

  Farhan meraup wajahnya berkali-kali. Akhirnya dia sendiri terpedaya dengan wangian Marissa. Sebelum ni ada juga terbau wangian Marissa, tapi tiada apa-apa rasa pun. Tapi kini sejak Marissa menjadi isterinya, dia sudah punyai rasa itu. Rasa ingin memiliki setiap lahir dan batin wanita itu.
  Cerita hantu entah ke mana dia juga entah ke mana. Tiba-tiba bibirnya mengoyak senyum, bila teringat insiden tadi. Bibirnya di sentuh. Sebenarnya tadi bukan sengaja. Dia nak ajak Marissa teman, tak sangka pula boleh terbabas.
  Pasti Rissa dah kunci pintu bilik. Bisik hatinya.
  Hanya sekali pulas kunci pendua, tombol pintu terbuka. Sekali lagi wangian Marissa menerpa menusuk ke rongga hidungnya. Marissa sedang menekup muka dengan bantal. Masih marahkah?
  "Rissa...abang min.."
  "Hm..takpe. Dah terlanjur dah pun." Balas Rissa.
  "Nanti kalau Rissa mengandung abang mesti bertanggungjawab!" Sambung Rissa.
  Aik? Macamana boleh mengandung kalau sekadar sentuh bibir je? Farhan mengelus belakang lehernya sambil senyum senget. Nampak sangat kesucian fikiran isterinya itu.
  "Okay. Abang bertanggungjawab. Rissa dah ready nak jadi mummy to be ke?" Soal Farhan. Saja menduga Rissa. Rissa mengalihkan bantal dari mukanya menampakkan wajahnya yang sembab. Baru lepas menangislah tu. Wajah sembab Rissa ini lagilah membuatkan dia nampak comel.
  "Kalau dah terlanjur, ready tak ready kenalah juga ready."
  Farhan merebahkan tubuhmya di sisi Marissa. Lengannya di letak pada dahi. Bibirnya masih mengukirkan senyuman.
  "Sungguh?" Soal Farhan.
  "Apa yang sungguh tak sungguh ni? Hurm..dahlah. Rissa nak tidurlah. Malas layan abang."
  "Aipp..dosa tak layan suami tau."
  "Dah tu. Abang merepek kenapa? Ni mesti sebab tengok cerita hantu tadi." Balas Rissa.
  "Hurm..jangan salahkan abang kalau bibir Rissa kena kiss lagi. Bahkan lebih dari tu abang buat nanti kang."
  "Kiss tu apa? Lebih-lebih tu apa? Isk! Tak faham!"
  "Nak tahu? Emm.."

  Entah berapa hari sudah dia tak dapat nak masuk pejabat lagi, kepalanya pening. Mungkin kesan kemalangan sebulan yang lalu masih belum pulih lagi. Rissa mengurut-urut dahinya.
  "Pening kepala ke?" Soal abang yang baru tiba di pejabat. Melihat aku menyungkur di atas meja pejabat.
  "Emm..makin kuat. Rissa dah makan 8 biji panadol. Tak hilang."
  "Banyaknya makan panadol! Kita pergi hospital. Jom."
  "Buat apa? Appoinment yang kemalangan tu minggu depan."
  "Jangan tunggu minggu depan. Sekarang je la. Takut ada infection lain ke."
  "Yelah. Yelah." Rasa seluruh tubuhnya lemah.
  Di hospital..
  "Takde kena mengena dengan kesan kemalangan. Tengok pada ct scan, semua dah okay dah. Mungkin Puan Marissa sedang migrain. Ada sejarah migrain sebelum ni?" Soal doktor perempuan itu sambil matanya terjeling-jeling abang. Tahulah abang Han handsome. Tak hairanlah doktor ini pun ada hati dengan abang Han.
  "Tak pernah kena migrain."
  "Okay, i guess Puan Marissa kena migrain. Nanti boleh ambil ubat migrain di luar. Cuma kalau tak baik juga atau pening semakin kuat minggu depan datang lagi ya Puan Marissa."
  Usai keluar dari klinik perut pula buat hal. Perut terasa sebu. Macam angin penuh dalam perut.
  "Okay ke?" Soal abang.
  "Rasa nak muntah." Luahku. Segera abang papah masuk kereta. Baru buka air cond aku dah muntah angin. Hanya muntah angin, takde air liur atau makanan.
  "Kita gi hospital lainlah." Ajak abang.
  "Rasanya sebab angin kot." Abang terus menutup air cond bila aku tak boleh nak bau aircond. Rasa sebu je perut.
  "Majlis sanding kita dah nak dekat. Rissa kena jaga kesihatan elok-elok."
  Kata-kata abang aku biar sepi. Sudahnya aku terlena. Bila sedar aku dah di atas katil sudah tukar baju. Abang sedang membuat kerja di atas meja kerjanya.
  "Kenapa Rissa bukan kat offiice?" Pelik. Kenapa aku tak sedar langsung? Setahu aku, orang alihkan kaki aku pun aku jenis mudah sedar. Inikan pula angkat?
  "Rissa, kan tak sihat. Abang bagi cuti. Baba dah luluskan Rissa cuti sakit. Abang mohon kat baba nak bawak kerja office balik rumah." Aku mengangguk-anggukkan kepala. Kesian abang.
  "Abang dah makan ke?" Soalku. Abang menggangguk-anggukkan kepalanya.
  "Makan apa?" Soalku. Abang mengangkat kotak pizza hut. Deliverylah tu. Aku mengeluh kecil. Susah bila badan tak berapa sihat. Nak sedia makan minum pakai apa semua untuk suami pun tak larat.

  Gaun putih tersarung kemas pada tubuhku. Abang pasti sudah siap pakai tuxedo putih yang kami tempah khas di Itali.
  "Buncit sikitlah." Bebelku sendiri saat melihat diri sendiri dari tepi. Nampak perutku membuncit. Bila tekan terasa senak.
  "Itulah. Tak jaga badan. Kan dah buncit." Tegur abang. Aku menoleh ke arah abang. Sensitif betul hati ini bila abang cakap macamtu. Rasa nak menangis.
  "Rissa dah cuba jaga. Tapi naik juga."
  "Jomlah turun. Mama dah panggil. Mama ada kat luar." Terus lenganku ditarik abang. Aku paut lengannya kemas. Terasa berdebar pula jadi pengantin harini. Haritu tak jadi sanding sebab aku masuk hospital lepas akad nikah.
  Tiba-tiba rasa nak muntah tu datang lagi. Aku muntah angin lagi. Banyak kali. Mama yang ada di sisi sudah membulatkan matanya.
  "Ai, dah mengandung la ni. Macamana nak sanding kejap lagi ni." Bebel mama.
  "Eh, takdelah ma." Nafi aku namun mama terus memotong.
  "Apa yang takde. Mama tahulah. Kalau dah macamni mengandung dahlah."
  Pening datang lagi, cepat-cepat abang paut tubuh aku. Aku terus duduk di kerusi berdekatan sementara tunggu paluan kompang. Nampak mama tersenyum-senyum.
  "Tak lama lagi rumah kita meriah dengan tangisan bayi." Luah mama. Nampak abang juga turut tersenyum.
  Usai majlis, aku naik ke bilik hotel. Pintu lif di tekan, tiba-tiba tubuhku di tolak dari belakang. Aku terkedepan.
"Perempuan, kau jangan nak melebih!" Penampar sulung hinggap ke pipi kananku. Aku hampir terduduk. Kelihatan seorang wanita anggun memakai gaun tanpa lengan berdiri dihadapanku. Cantik.
  "Cik ni siapa?" Soalku polos sambil memegang pipi kanan yang pijar dek penampar tersebut.
  "Aku ni perempuan yang patut menjadi wife Farhan!"
  "Oh, bakal kakak ipar tak jadi saya ya?" Balasku.
  "Kau tu budak kutip je tahu?! Kau tahu tak Farhan pergunakan kau je. Lepas kau mengandungkan anak dia, dia akan kembali pada aku." Jawab wanita itu.
  "Maksudnya?"
  "Aku yang suruh keluarga aku pulangkan cincin, aku yang suruh Farhan terima kau. Aku yang suruh Farhan buntingkan kau, dan aku akan suruh Farhan lepaskan kau." Balas wanita itu. Terngadah seketika aku yang mendengarnya .
  "Pardon me? Saya tak percaya. Cik ni mesti dihantar nak hancurkan rumahtangga kami kan?"
  "Kau tengoklah sendiri gambar-gambar ni." Satu sampul di campak tepat ke muka aku kemudian wanita angkuh itu pun berlalu pergi.

  "Rissa..lamanya dalam bilik air." Seru abang sambil mengetuk pintu bilik air. Aku membisu, memerhati double line pada pregnancy test. Kit pregnant test segera aku masukkan ke dalam balutan tisu.
  "Emm..apa? Rissa mandi. Salah ke?" Soal aku senada.
  "Mandi apanya? Tak basah rambut pun." Bebel abang yang hanya bertuala.
  "Bukan mandi wajib pun." Selaku.
  "Aii..kenapa ni moody sangat ni?" Abang menarik bahu aku menghadapnya. Aku menunduk.
  "Lepas majlis haritu Rissa moody sangat dengan abang kenapa? Rissa ada masalah ke?" Soal abang lembut. Aku menunduk. Aku tak mahu kalah lagi dalam perlawanan perasaan. Puas sudah aku buang rasa ini, makin hari makin ia bercambah. Lagi kuat aku cuba membenci, lagi kuat perasaan ini mendatang.
  "Jangan keluar bilik. Tunggu abang lepas mandi. We need to talk." Abang terus berlalu masuk ke dalam bilik air. Pregancy test tadi aku sorok letak dalam handbag.
  Usai memakai baju, aku membawa langkah menuju ke meja solek. Rambut ikal aku di sikat rapi. Pintu bilik air di buka dari dalam, abang keluar dengan rambut serabai segera aku mencapai tuala kecil lalu mengelap rambut abang. Memang itu rutin kebiasaan aku. Abang suka begitu.
  "Rissa ada masalah ke?" Soal abang, pinggang aku di paut rapi. Aku diam, membiarkan soalan itu berlalu pergi.
  "Rissa tak suka abang ke? Walaupun abang tahu, perkahwinan kita bukanlah atas dasar saling cinta mencintai. Tapi abang cuba belajar menerima Rissa. Rissa pun kena macamtu. Belajar terima abang seadanya." Luah abang seraya itu terus memaut tubuhku ke dalam pelukannya. Aku yang sedang khusyuk mengelap telinganya terhenti seketika bila abang tiba-tiba memeluk aku.
  "Please say something." Rayu abang.
  "Nothing to say Mr Farhan." Dada bidangnya aku tolak namun hampa bila abang bertindak memeluk aku erat.
  "Ada. Abang dapat rasa Rissa sembunyikan sesuatu."
  "Abang tak cakap pun ex fiancee abang dah balik." Luahku. Dahi abang berkerut. Halkumnya bergerak naik turun.
  "Ex fiancee?

Bersambung...

9 ulasan:

Ty so much for reading